Anda di halaman 1dari 73

MODUL KESELAMATAN

KEBAKARAN
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA
(AKTA 341)
ASAS PENCEGAH
KEBAKARAN

SKOP TAKLIMAT
1. Pengenalan kepada Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 - (Akta 341)

2. Tafsiran Bahaya Kebakaran dan


Pepasangan Keselamatan Kebakaran
3. Penghapusan Bahaya Kebakaran, Air
dan Pili Bomba, Penguatkuasaan dan
Perakuan Bomba

4. Kesalahan-kesalahan dan Penalti yang


boleh dikenakan.

Sejarah Akta Perkhidmatan Bomba 1988

(Akta 341)
1976 - Draf Awal Kawalan Keselamatan Kebakaran
(Fire Services Acts dan Fire Precaution Acts)
1980 - draf baru telah disediakan
27 Disember 1983 - cantumkan kedua-dua Akta
dinamakan Fire Services Acts (Akta Perkhidmatan
Bomba).
12 Disember 1988 - Diwartakan
1 Januari 1989

Dikuatkuasakan

Pengujudan Akta 341


Suatu peruntukan undang-undang yang perlu
untuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat

berfungsi dengan berkesan dan cekap untuk


melindungi manusia dan harta daripada
risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan

yang berkaitan dengannya

Pindaan ke atas Akta 341


Akta A799 = Akta Perkhidmatan Bomba
(Pindaan), 1991
Berkuatkuasa 11 April 1991
(Sek 49, Kumpulan Tabung Wang Kebajikan)

Akta A879 = Akta Perkhidmatan Bomba


(Pindaan), 1994
Berkuatkuasa 3 March 1994
(Jadual,Borang,Sek 35A,B, 48A,B, 62ca ects)

Peraturan-Peraturan yang
diadakan di bawah Akta 341
Peraturan Fee Pusat Latihan Bomba 1996 (P.U (A) 244/96)
Peraturan Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Bomba 1997
(P.U (A) 276/97)
Perintah Premis Ditetapkan 1998 (P.U (A) 276/98)
Peraturan Pengkompaunan Kesalahan 2000
(P.U (A) 313/2000) - Pinda oleh P.U(A) 281/04
Peraturan Perakuan Bomba 2001
(P.U (A) 241/2001) - Pinda oleh PU(A) 334/02
Peraturan Tatasusila Pegawai Bomba 2003 (PU (A) 388/2003)

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988


9 Bahagian dan 63 Seksyen
Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX

Permulaan
Pentadbiran
Penghapusan Bahaya Kebakaran
Air dan Pili Bomba
Perakuan Bomba
Penguatkuasaan
Siasatan Tentang Kebakaran
Kumpulan Wang Kebajikan
Pelbagai

Seksyen 5 Tugas-tugas Jabatan


Perkhidmatan Bomba
(1) (a) mengambil langkah-langkah yang sah bagii) memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran
ii) melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
iii) menentukan adanya jalan keluar kebakaran,
penyelenggaraannya, dan pengawalseliaannya yang sempurna; dan
iv) menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua
premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran.
(b) menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca, dan hal keadaan
kebakaran; dan
(c) melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan
nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana
(2) Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungkan kepadanya
oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri
supaya dilaksanakan

Kuasa Menjalankan Kerja Operasi


Seksyen 18 -

Kuasa Pegawai Bomba semasa kebakaran.

Seksyen 19 -

Kuasa Pegawai Bomba semasa kecemasan


yang tidak melibatkan kebakaran.

Seksyen 20 -

Perlindungan Pegawai Bomba dan Pegawai


Bomba Bantuan.*

Seksyen 21 -

Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah


termasuk kerosakan akibat daripada
menentang kebakaran.

Seksyen 60 -

Kuasa memakai Akta bagi vesel dan struktur


boleh alih.

Seksyen 18 Kuasa-kuasa Pegawai Bomba


Semasa Kebakaran
(1) (a) mengambil apa-apa langkah yang didapatinya perlu atau
suaimanfaat bagi melindungi nyawa dan harta.
(b) mengeluarkan mana-mana orang yang dengan kehadirannya atau
perbuatannya mengganggu kerja JBPM
(c) memasuki, memecah masuk atau merempoh masuk, dan
mengambil milik atau merobohkan, atau menyebabkan diambilmilik
atau dirobohkan, mana-mana premis, tempat atau benda bagi tujuan
memadamkan kebakaran atau melindungi premis, tempat, atau benda
itu daripada kebakaran, atau bagi menyelamatkan mana-mana orang
atau apa-apa benda
(d) menutup mana-mana jalan yang berhampiran dengan tempat
kebakaran atau mengawal lalulintas atau orang ramai di mana-mana
jalan tersebut
(e) menggunakan mana-mana bekalan air yang sesuai
(2) kuasa-kuasa di atas boleh dijalankan setakat yang perlu jika sesuatu
kebakaran telah munasabahnya dipercayai terjadi atau berlaku

Kuasa Penguatkuasaan Akta


Seksyen 38 -

Kuasa untuk masuk

Seksyen 40 -

Kuasa untuk menangkap tanpa


waran.

Seksyen 41 -

Kuasa bagi penyiasatan.

Seksyen 42 -

Kuasa menghendaki kehadiran


saksi.

Seksyen 43 -

Pemeriksaan saksi-saksi.

Seksyen 44 -

Perjalanan Pendakwaan
(Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 377(b)
oleh Surat perwakilan kuasa oleh Timbalan
Pendakwa Raya)

Seksyen 38 Kuasa untuk masuk


(1) Pegawai diberikuasa boleh, bersama-sama dengan orang lain yang
difikirkan perlu memasuki mana-mana premis bagi maksud;
(a) menentukan sama ada terdapat, atau pernah terdapat, pada atau
berkaitan dengan premis itu, apa-apa perlanggaran mana-mana
peruntukan Akta ini;
(b) mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan dengan premis itu
sebagaimana yang dikehendaki bagi tujuan menentang kebakaran,
termasuk bekalan air yang boleh didapati untuk atau di premis itu
dan jalan masuk ke bekalan air tersebut;
(c) menentukan sama ada terdapat apa-apa bahaya kebakaran di
dalam atau yang menjejaskan premis itu;
(d) menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkan perlu berhubung
dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam peruntukan-peruntukan
Akta ini; atau
(e) menjalankan apa-apa kuasa atau apa-apa tugas Ketua Pengarah di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, yang tiada kuasa
masuk diberikan oleh undang-undang tersebut bagi menjalankan atau
melaksanakannya.

Seksyen 38 Kuasa untuk masuk


(2) Tiada tempat kediaman persendirian boleh dimasuki menurut
seksyen ini di antara jam tujuh petang hingga jam tujuh pagi
(3) Sebelum memasuki mana-mana premis, pegawai hendaklah
menunjukkan kad pengenalnya kepada penghuni premis tersebut @
pemberikuasaan bertulis Ketua Pengarah
Sah bagi penghuni untuk tidak membenarkan atau mengusirnya jika
gagal atau enggan menunjukan kad pengenal @ pemberikuasaan
bertulis Ketua Pengarah
(4) mana-mana pegawai hendaklah meninggalkan mana-mana premis
kosong atau tak didiami yang telah dimasukinya menurut kuasa
seksyen ini dalam keadaan selamat daripada penceroboh
sebagaimana keadaan yang terdapat semasa dia memasukinya.

PEPASANGAN KELENGKAPAN
KEBAKARAN & BAHAYA
KEBAKARAN

MENGIKUT TAFSIRAN
DALAM AKTA
PERKHIDMATAN
BOMBA 1988

KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN ATAU


PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN (PKK)
Ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi
a)

memadam, menentang, mencegah atau menghadkan kebakaran;

b)

memberi amaran tentang sesuatu kebakaran;

c)

mengadakan laluan masuk kemana-mana premis atau tempat atau kemana-mana


bahagiannya untuk tujuan memadam, menentang, mencegah, atau menghadkan
kebakaran;

d)

mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa;

e)

mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan melepaskan diri dari bangunan;

f)

Menunjukkan arah kesuatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; atau

g)

mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat untuk tujuan pengungsian atau
pengeluaran penghuni-penghuni sekiranya berlaku kebakaran;

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


PEMADAMAN DAN MENENTANG KEBAKARAN
Sistem Pili Bomba(Hydrant)
Gelung Hos(Hose Reel)
Dry / Wet Riser

Semburan Air Automatik (Sprinkler)


Alat Pemadam Api

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


PENCEGAHAN DAN MENGHADKAN KEBAKARAN

Pintu Api(Fire Door)

Lantai
Dinding luar
Dinding Pengasing(Party Wall)
Dinding Pangsa

Pengasingan kawasan risiko kebakaran

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


MEMBERI AMARAN
KEBAKARAN

TENTANG

BERLAKUNYA

Sistem Pengesan Api Automatik

Sistem Penggera Kebakaran Elektrik Manual


Sistem Penggera Penunjuk Isyarat
Pusat Pemeritahan dan Kawalan

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


MENGADAKAN LALUAN MASUK

Akses Perkakas Bomba

Lif Bomba
Ruang Asap
Tangga Menentang Kebakaran
Ruang Akses Menentang Kebakaran

Ruang terlindung

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


MENGADAKAN
KECEMASAN

Uni titik isyarat


Bateri Pusat
Janakuasa

BEKALAN

KUASA

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


MENGADAKAN LAMPU KECEMASAN
Lampu kecemasan
MENUNJUKAN ARAH MENUNJUKKAN KE
SUATU LALUAN KECEMASAN
Tanda tempat keluar kecemasan

PKK (PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN)


MENGADAKAN JALAN KELUAR
Tangga terlindung
Pintu Keluar
Koridor Terlindung

Pintu Keluar Tingkat

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(a)

apa-apa pengubahan menyalahi

undang-undang

pada

mana-mana

bangunan yang mungkin menjadikan


pelepasan diri pada matannya lebih

sukar atau kurang mudah

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Jalan keluar yang sukar.


i.

Mengunci pintu keluar semasa premis


berpenghuni.

ii.

Mengubahsuai bangunan menyebabkan


jarak perjalanan melebihi had yang
dibenarkan oleh undang-undang.

iii. Memasang jeriji besi pada laluan keluar


atau tangga.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Jalan keluar yang sukar.


iv.

Meletakkan barang-barang pada ruang


tangga.

v.

Merobohkan dinding pemetakan pada


sistem perlindungan pasif.

vi.

Halangan pada ruang tangga keluar


(dijadikan tempat pameran, barangbarang, tempat simpanan barang-barang
dll.

Pintu keluar untuk tujuan laluan perlepasan diri


dihalang menyebabkan ianya tidak berfungsi

Tangga Terlindung untuk tujuan perlepasan diri


dihalang menyebabkan ianya tidak berfungsi

Pintu Ketahanan
Api yang dikunci.

PKK tidak
berada dalam
keadaan baik.
Jalan keluar
yang tidak
mencukupi.

Tangga Terlindung untuk tujuan perlepasan diri


dihalang menyebabkan ianya tidak berfungsi

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(b) Kesesakan mana-mana tempat


hiburan awam atau perhimpunan
awam yang mungkin menjadikan
pelepasan

diri

dari

mana-mana

bahagiannya sukar sekiranya berlaku

kebakaran

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Kesesakan tempat hiburan awam perhimpunan

awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri


menjadi sukar
i) Menambahkan bilangan tempat duduk dalam
panggung wayang yang melebehi had yang
dibenarkan (e.g. Muatan Kelas C: 100 -300).
Lihat UBBL 179.
ii) Pengunjung yang bersesak-sesak di sesebuah
pub/disko/kelab malam pada hujung minggu
atau majlis tertentu yang melebehi muatan
kependudukan berdasarkan keluasan lantai.
Sila lihat UBBL 180.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(c)

apa-apa pengalihan dari, atau tidak

terdapatnya
bangunan

dalam,
apa-apa

mana-mana
pepasangan

keselamatan kebakaran ( PKK ) yang

dikehendaki

oleh

undang-undang

supaya diadakan di dalam bangunan itu;

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Pengalihan atau tidak terdapatnya kelengkapan


menentang kebakaran atau pepasangan
keselamatan kebakaran dalam bangunan.

i) Merobohkan dinding pemisah (pemetakan) yang


sedia ada.
ii) Menanggalkan pintu rintangan api dan
digantikan dengan pintu biasa.
iii) Fire Alarm Panel / Springkler Alarm Bell dll
dialihkan.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Pengalihan atau tidak terdapatnya kelengkapan


menentang kebakaran atau pepasangan
keselamatan kebakaran dalam bangunan.
iv) Tidak terdapat bekalan kuasa elektrik pendua
seperti Generator.

v) Lampu kecemasan tidak dipasangkan.


vi) Lampu tanda KELUAR tidak dipasangkan.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(d)apa-apa

kebakaran
kemudahan,

pepasangan

PKK
yang

kehendak-kehendak

keselamatan

atau

apa-apa

dipasang

mengikut

mana-mana

undang-

undang bertulis atau sebagaimana yang


dikehendaki

oleh

Jabatan

Perkhidmatan

Bomba, yang tidak berada dalam keadaan

baik;

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Alat kelengkapan menentang kebakaran atau


alat pepasangan keselamatan kebakaran tidak
berada dalam keadaan baik.

Hose reel/pili bomba/fire alarm system/CO2


System/telefon bomba/lift bomba/fire
damper/pressurization system/lampu
kecemasan/lampu tanda KELUAR/smoke
detector/heat detector dll tidak berfungsi atau

rosak samada sebahagian atau keseluruhannya

PKK tidak berada


dalam keadaan baik.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(e)

jalan keluar yang tidak mencukupi

dari

mana-mana

bahagian

sesuatu

bangunan ke mana-mana tempat, sama


ada di dalam atau di luar bangunan itu,
yang memberikan perlindungan kepada
orang-orang
kebakaran; atau

sekiranya

berlaku

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Jalan keluar tidak mencukupi.


i.

Kegunaan bangunan kedai menurut UBBL


1984 telah ditukarkan menjadi pusat
tuisyen atau sekolah swasta dan lain-lain
tanpa mengadakan jalan keluar kedua.

ii.

Tangga telah dihalang/kepung(tutup).

iii.

Tangga tambahan tidak dibina apabila


premis dibesarkan dll.

Ruang Tangga
Terlindung di halang.
PKK tidak
berada dalam
keadaan baik.
Jalan keluar
yang tidak
mencukupi.
Mengganggu
JBPM
menjalankan
tugas.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

(f) Apa-apa perkara atau hal keadaan lain


yang pada matannya meningkatkan
kemungkinan berlakunya kebakaran atau
bahaya kepada nyawa atau harta akibat
daripada berlakunya kebakaran, atau
pada matannya akan mengganggu
Jabatan Perkhidmatan Bomba dalam
menjalankan tugas sekiranya berlaku
kebakaran.

BAHAYA KEBAKARAN
Seksyen 2 Tafsiran (Akta 341)

Perkara yang akan meningkatkan bahaya


kebakaran kepada nyawa atau harta atau
mengganggu tugas JBPM sekiranya berlaku
kebakaran.
i. Meletakkan selinder gas LPG pada laluan
kecemasan dalam kuantiti yang banyak.
ii. Menyimpan dan menjual gas LPG melebihi had
yang dibenarkan.
iii. Tidak mengepung ruang lobi lift dan tangga
dengan dinding rintangan api.
iv. Air pressurisation system tidak berfungsi.
v. Lampu kecemasan EL tidak berfungsi dll.

PENGUATKUASAAN AKTA 341


Seksyen 37 kewajipan Ketua Pengarah untuk
menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta
ini.
a. bagi mempastikan keselamatan kebakaran
di premis-premis dapat dipertingkatkan
b. dapat mengurangkan kejadian kebakaran
yang boleh mengorbankan nyawa dan harta
benda.
c. membantu peningkatan ekonomi negara
samada dari segi pelancongan dan menarik
pelabur asing.

Penguatkuasaan Akta 341


ke atas premis
Penghapusan Bahaya Kebakaran (Sek 8 17)
Pengurangan Risiko Kebakaran (Sek 35 36)
Perlaksanaan Perakuan Bomba (Sek 28 36)

Penyiasatan Kebakaran (Sek 5, 45 47)


Pendakwaan di Mahkamah

Penghapusan Bahaya Kebakaran Dan


Pengurangan Risiko Kebakaran
Pemeriksaan Berjadual

Pemeriksaan Atas Aduan Awam


Pemeriksaan Sempena Musim Perayaan
Pengkompaunan Kesalahan

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
TUJUAN PEMERIKSAAN
untuk mengambil langkah awal pencegahan dan
bukannya bertujuan menghukum sesiapa.
Bagi mengenalpastikan bahaya-bahaya kebakaran
terdapat di sebuah premis.
Pemeriksaan ini adalah bukan untuk tujuan
mendapat CF atau LESEN tetapi untuk
mengenalpastikan perlanggaran di Akta 341 dan
terdapatnya bahaya-bahaya kebakaran. Oleh itu
pemeriksaan hendaklah dijalankan dengan betul
dan mematuhi peraturan dan undang-undang

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
MENYENARAIKAN PREMIS YANG PERLU DIPERIKSA.
mengenalpasti dan menyenaraikan premis yang
perlu diperiksa dengan memberi keutamaan kepada
premis yang mempunyai risiko yang paling tinggi.
Keutamaan juga harus diberikan jika terdapat
sebarang aduan mengenai perlanggaran keatas
peruntukan-peruntukan Akta.
BUKU DAFTAR PEMERIKSAAN/RONDAAN
Buku ini hendaklah digunakan untuk mencatatkan
aktiviti pemeriksaan yang dijalankan, dan ia juga
digunakan untuk menyenaraikan premis yang perlu
dan bakal diperiksa.

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
TEMUJANJI
Pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran sebaikbaiknya tidak dijalankan secara mengejut ( kecuali bila
perlu atau di dalam kes yang mendesak sahaja ). Ia
seharusnya dilakukan setelah temujanji di buat dengan
cara menghubungi pihak pengurusan premis yang hendak
diperiksa.
PEGAWAI PEMERIKSA
Pemeriksaan hendaklah dilakukan secara berpasukan
dengan komposisi minima bagi setiap pemeriksan ialah
seorang pegawai diberikuasa dan seorang pegawai
yang lain. Bagi premis yang lebih besar, mungkin lebih
ramai pegawai diperlukan Ditegah sama sekali
menjalankan pemeriksan secara bersendirian atau
tanpa pegawai diberikuasa

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
UNIFORM DAN PENGENALAN DIRI
Semua pegawai bomba yang terlibat dengan
pemeriksaan hendaklah beruniform lengkap
dan menunjukan kad pengenalan diri apabila
dikehendaki berbuat demikian
TINGKAHLAKU, BUDIBAHASA DAN PERTUTURAN
Semasa menjalakan tugas pegawai dikehendaki
menjaga tingkahlaku, budibahasa dan pertuturan.
Bercakaplah dengan bersopan dan jangan
mengugut atau cuba menakut-nakutkan sesiapa.

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
WAKTU LAWATAN
Secara umumnya, pemeriksaan seharusnya
dijalankan pada waktu pejabat. Sekiranya perlu
juga dijalankan pemeriksaan pada waktu malam
atau di luar waktu pejabat, pihak pengurusan
hendaklah dimaklumkan terlebih awal, termasuk
didalam kes yang mendesak atau bahaya yang
amat sangat. Manakala rumah persendirian
hendaklah menepati seksyen 38(2) Akta ,
Tiada tempat kediaman persendirian boleh dimasuki
menurut seksyen ini di antara jam tujuh petang
hingga jam tujuh pagi

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
TIDAK MENGGANGU OPERASI PREMIS.
Seboleh-bolehnya tidak menggangu kerja-kerja atau
operasi yang dijalankan di dalam premis yang
diperiksa
PENYEDIAAN LAPORAN PEMERIKSAAN
laporan pemeriksaan perlu disediakan pada setiap
kali pemeriksaan samaada ujudnya bahaya
kebakaran atau tidak. Semua laporan hendaklah
di buat dengan menggunakan Borang PGK 1A.

PEMERIKSAAN PREMIS BAGI TUJUAN


MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN
GAMBAR DAN BAHAN BUKTI.
Adalah sangat digalakan supaya gambar-gambar
dirakamkan dengan baik bagi setiap bahaya
kebakaran yang ujud. Gambar perlu diambil dari 4
sudut yang berlainan. Negatif perlu disimpan
dengan baik dan ditandakan dengan nombor fail
rujukan di sebelah belakang . Bahan bukti ini
amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi kes
sekiranya di bawa ke mahkamah.

CONTOH NOTIS MENGHAPUSKAN BAHAYA KEBAKARAN

Jika Tidak mematuhi Notis


Menghapuskan Bahaya Kebakaran

Boleh menyebabkan dijalankan


apa-apa kerja yang didapatinya
perlu untuk MBK seksyen 11.

Tindakan menurut
Undang-undang

Didakwa menurut seksyen 10

Laksanakan Perintah Tutup


menurut seksyen 13.

PERAKUAN BOMBA
Bahagian V (Seksyen 27 36),

AKTA PERKHIDMATAN
BOMBA 1988
PERATURAN-PERATURAN
PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN
BOMBA) 2001 [P.U.(A) 241/2001 dan
P.U.(A) 344/2002]

PERINTAH PERKHIDMATAN BOMBA (PREMIS


DITETAPKAN) 1998 [P.U.(A) 276/1998]

TUJUAN PERAKUAN BOMBA


Semua kemudahan bagi kelengakapan
keselamatan
kebakaran
di
premis
ditetapkan
adalah
mencukupi
dan
sentiasa berada dalam keadaan baik dan

Pemunya, penghuni dan pengurusan


keseluruhan premis ditetapkan hendaklah
bertanggungjawab kepada premis mereka.

The Aim
Mengurangkan
kejadian kebakaran
demi melindungi
nyawa penghuni
dan orang awam
serta harta benda

Perintah Premis Ditetapkan 1998 (P.U (A) 276/98)


PENGGUNAAN
PREMIS

SAIZ

TEMPAT

1) PERPUSTAKAAN

LEBIH DARIPADA 1000 METER PERSEGI


( KELUASAN JUMLAH LANTAI )

KESELURUHAN
MALAYSIA

2) HOSPITAL DAN
RUMAH RAWATAN

i) 3 TINGKAT DAN LEBIH DI MANA SETIAP


KAWASAN LANTAI MELEBIHI 250 METER PERSEGI
ii) 5 TINGKAT DAN LEBIH

KESELURUHAN
MALAYSIA

3) HOTEL

i)

REKA BENTUK LALUAN LANGKAN TERBUKA


a) 4 TINGKAT DAN LEBIH DENGAN LEBIH
DARIPADA 50 BILIK.
b) 6 TINGKAT DAN LEBIH

KESELURUHAN
MALAYSIA

ii)

REKA BENTUK LAIN 21 BILIK DAN LEBIH

4) ASRAMA DAN
DORMITORI

i) 4 TINGKAT DAN LEBIH DI MANA SETIAP


KAWASAN LANTAI MELEBIHI 250 METER PERSEGI
ii) 6 TINGKAT DAN LEBIH

KESELURUHAN
MALAYSIA

5) PEJABAT

KETINGGIAN MELEBIHI 30 METER ATAU 10,000


METER PERSEGI ( KELUASAN JUMLAH LANTAI )

KESELURUHAN
MALAYSIA

Perintah Premis Ditetapkan 1998 (P.U (A) 276/98)


PENGGUNAAN
PREMIS

SAIZ

TEMPAT

6) KEDAI

2001 METER PERSEGI DAN LEBIH


( KELUASAN JUMLAH LANTAI )

KESELURUHAN
MALAYSIA

7) KILANG

i) SATU TINGKAT 2001 METER PERSEGI DAN


LEBIH YANG TERPASANG SISTEM SEMBURAN
AUTOMATIK
ii) 2 TINGKAT DI MANA SETIAP LANTAI DI
BINA SEBAGAI RUANG BERSAINGAN,
PEMBINAAN TUNGGAL ATAU TERES MELEBIHI
1000 METER PERSEGI (KELUASAN JUMLAH
LANTAI )
iii) 3 TINGKAT DAN LEBIH
iv) KILANG BERTINGKAT PEMBANGUNAN BLOK
PENDEKATAN LANGKAN TERBUKA 2 TINGKAT
DAN LEBIH DI MANA SETIAP RUANG MELEBIHI
7000 METER PADU.
v) STRUKTUR KHAS
a) KOMPLEKS KILANG SEPERTI KOMPLEKS
KISAR MINYAK SAWIT, KILANG PENAPIS
MINYAK, KERJA SIMEN, DLL
b) PROSES BERBAHAYA

KESELURUHAN
MALAYSIA

Perintah Premis Ditetapkan 1998 (P.U (A) 276/98)


PENGGUNAAN
PREMIS
8) TEMPAT
PERHIMPUNAN

SAIZ
i) BANGUNAN TANPA SISTEM PENYAMAN
UDARA PUSAT 2000 METER PERSEGI DAN LEBIH

TEMPAT
KESELURUHAN
MALAYSIA

ii) BANGUNAN DENGAN SISTEM PENYAMAN


UDARA PUSAT MELEBIHI 1000 METER PERSEGI
ATAU DENGAN MUATAN 1000 ORANG DAN LEBIH
9) STORAN DAN AM

i) STRUKTUR TEMPAT LETAK KERETA BAWAH


TANAH MELEBIHI 1000 METER PERSEGI

KESELURUHAN
MALAYSIA

ii) LEBIH DARIPADA 7000 METER PADU

iii) 2 TINGKAT DAN LEBIH DENGAN LEBIH


DARIPADA 1000 METER PERSEGI ( KELUASAN
JUMLAH LANTAI)

Peraturan 3 Semua premis ditetapkan hendaklah disambung secara


elektrikal atau melalui telepon ke balai bomba yang paling hampir
dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian
penggeraan dengan serta merta dan cecara automatik dalam hal
kecemasan

FI BAGI PERAKUAN BOMBA


PREMIS DI TETAPKAN

FI SETAHUN
( RM )

PEMBAHARUAN
( RM )

1) PERPUSTAKAAN

310.00

155.00

2) HOSPITAL DAN RUMAH


RAWATAN

400.00

200.00

3) HOTEL

400.00

200.00

4) ASRAMA DAN DORMITORI

310.00

155.00

5) PEJABAT

400.00

125.00

6) KEDAI

400.00

200.00

7) 1. KILANG PROSES
BERBAHAYA
2. KILANG SELAIN
DARIPADA PROSES
BERBAHAYA

620.00

310.00

400.00

200.00

8) TEMPAT PERHIMPUNAN

310.00

155.00

9) STORAN DAN AM

400.00

200.00

PERMOHONAN PERAKUAN BOMBA


Pemohon hendaklah membuat permohonan
untuk mendapatkan perakuan bomba dengan
menngunakan Borang I seperti mana di bawah
Peraturan 2, P.U.(A) 241/2001.
Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat JBPM
Negeri atau Penguasa Zon di mana tempat
terletak premis ditetap tersebut yang mana
merupakan
pejabat
memproses
apa-apa
permohonan Perakuan Bomba.

PENGELUARAN PERAKUAN BOMBA


Seksyen 29(4), Perakuan Bomba dikeluarkan :
Pemeriksaan telah dibuat.
Kelengkapan keselamatan kebakaran adalah
mencukupi dan berada dalam keadaan baik.
telah di buat pembayaran fi.
Seksyen 29(5), setelah membuat pemeriksaan
dan tidak berpuashati tentang kemudahan bagi
Kelengkapan Keselamatan Kebakaran Notis
Memberitahu Tentang Keperluan-Keperluan
Yang Perlu Dipatuhi akan dikeluarkan.
Tidak mematuhi Notis dalam tempoh masa dinyatakan
dianggap tiada perakuan bomba.

PEMBAHARUAN
Seksyen
28(2),
suatu
Perakuan
Bomba
berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh
ianya
dikeluarkan
dan
ianya
hendaklah
diperbaharui setiap tahun.

Peraturan 4 P.U.(A) 241/2001, permohonan bagi


pembaharuan perakuan bomba hendaklah dibuat
tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh
tamat tempoh perakuan bomba itu.
Permohonan dengan menggunakan Borang III

PEMBAHARUAN

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba


yang dikemukakan kurang daripada 30 hari
daripada tarikh tamat tempoh boleh dikenakan
penalti lewat sebanyak RM 100 seperti mana
menurut peraturan 4 (1) P.U.(A) 334/2002.

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba


yang dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh
tidak dibenarkan (Peraturan 4 (1) P.U. (A)
334/2002). Namun demikian permohonan
perakuan bomba boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan perakuan bomba menurut
peraturan 2, P.U.(A) 241/2001 dan pembayaran
penuh sebagai permohonan baru dikenakan.

CONTOH PERAKUAN
BOMBA

BARU
PEMBAHARUAN
PINDAAN
GANTIAN

Kesalahan Di bawah Akta 341.


Seksyen 10 - Tidak mematuhi notis menghapuskan
bahaya kebakaran.
Seksyen 13 (5) Melanggar suatu Perintah Tutup.
Seksyen 22 (3) Tidak mematuhi arahan supaya
menyediakan kemudahan dan bekalan
air untuk tujuan menentang kebakaran.
Seksyen 23 (1) Tidak memaklumkan/memberi notis
bagi melakukan kerja-kerja yang
menjejaskan pili bomba.
Seksyen 23 (2) Pili bomba tidak berada dalam keadaan
baik selepas kerja-kerja dijalankan di
bawah subseksyen (1)

Kesalahan Di bawah Akta 341.


Seksyen 25 (2) Enggan membenarkan pemasangan plat
tempat pili bomba.
Seksyen 26

Menyembunyikan dan menyalahgunakan


pili bomba.

Seksyen 32 (2) Melakukan perubahan keadaan yang


menjejaskan kecukupan kemudahan
pelepasan diri dll, ke atas premis
ditetapkan tanpa pemberian notis dan

ianya telah dilaksanakan.


Seksyen 32 (5) Tidak mematuhi notis bagi memastikan
kecukupan kemudahan pelepasan diri
dll, akibat sesuatu perubahan keadaan.

Kesalahan Di bawah Akta 341.


Seksyen 33 Tiada Perakuan Bomba yang berkuatkuasa
bagi premis ditetapkan.
Seksyen 35 Melanggar suatu perintah larangan atau
menyekat penggunaan premis tertentu.
Seksyen 35A Melanggar perintah Ketua Pengarah bagi
menghentikan apa-apa kegiatan yang
berterusan yang menimbulkan bahaya
kebakaran serta merta yang memudaratkan

keselamatan nyawa atau harta.


Seksyen 47 kehadiran tanpa kebenaran dalam premis yang
telah diambil milik yang telah dirosakkan atau
dimusnahkan oleh api.

Kesalahan Di bawah Akta 341.


Seksyen 51 - Mengganggu Pegawai-Pegawai Bomba
Dalam Melaksanakan Tugas-Tugasnya.
Seksyen 52 Kegagalan mematuhi arahan Pegawai

diberikuasa.
Seksyen 53 Pemakaian pakaian seragam tanpa
kebenaran.
Seksyen 54 Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu
Seksyen 55 Kesalahankesalahan berkenaan dengan
penggera kebakaran.
Seksyen 56 Memberi laporan palsu mengenai
kebakaran

Penalti Am

denda tidak melebihi RM 5,000 atau


penjara tidak melebihi 3 tahun atau
denda dan penjara kedua-duanya dan
denda tambahan RM 100 bagi setiap hari
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Seksyen 35 Perintah Larangan

denda tidak melebihi RM 10,000 atau


penjara tidak melebihi 5 tahun atau
denda dan penjara kedua-duanya dan
denda tambahan RM 100 bagi setiap hari
kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kesalahan Boleh Dikompaun


Mengikut [P.U. (A) 313/2000] (Peraturan Kesalahan
Yang Boleh Dikompaun) kesalahan-kesalahan yang
dilakukan di bawah seksyen 23(4), 25(2) dan 26,
47, 51, 52 dan 55 adalah boleh dikompaun.
Seksyen 59 kompaun tidak melebihi RM 500.00
Sekiranya
tidak
membayar
kompaun
yang
dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan akan
didakwa di mahkamah tanpa notis selanjutnya.
Tempoh yang diberikan hendaklah tidak boleh
lebih awal 30 hari dari tarikh notis diserahkan atau
dihantar.

Kesalahan Boleh Dikompaun


Melanggar peraturan-peraturan 3(5), 5(3) dan 6(2)
mengikut [P.U. (A) 344/2002] adalah melakukan
kesalahan dan boleh dikompaun.
Penalti sekiranya melakukan kesalahan-kesalahan
berkenaan jika disabitkan boleh didenda tidak
melebihi RM 1,000 atau dipenjara selama tempoh
tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai