Anda di halaman 1dari 6

SEK.

KEB KEDAIK
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU
KALI PERTAMA 2016

Tarikh
: 29 Disember 2015 ( Selasa )
Masa
: 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :
1. En. Mohd Jafri b. Mohd Ali
2. En. Rosli bin Omar
3. En. Muhammad Shukri b. Abdul Aziz
4. En.Hafizudin b. Hamzah
5. Pn. Liana a/p Yong San Khoon
6. Pn. Haslinda bt Zulkipli
7. Puan Nur Haezah Saidah binti Ismail
8. En. Norhasrudy bin Ruslan

Agenda Mesyuarat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelarasan penulisan RPH
Penetapan bilangan buku tulis murid
Penetapan bilangan latihan murid
Sudut Bahasa Melayu di dalam bilik darjah
Program Bahasa Melayu sepanjang tahun 2016
LINUS
Hal-hal lain.

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kerana dapat melapangkan masa untuk menjayakan
Mesyuarat pada kali ini.

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran


2.1Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
2.2 Syabas dan tahniah atas kerjasama dan komitmen para guru
pada tahun 2015.
2.3 Beliau mengharapkan agar semua ahli dapat membantu
meningkatkan pengurusan panitia.
2.4 Beliau juga mengharapkan peningkatan dari segi pengurusan
dan program yang terancang pada tahun 2016.
3.0 Penyelarasan penulisan RPH.
3.1 Menyelaraskan penulisan RPH Bahasa Melayu SK Kedaik sesi
2016. Berbincang dalam menghasilkan RPH terbaik supaya
pengajaran lebih terancang. Aspek yang perlu ada adalah
seperti berikut :
i) Tema
ii) Tajuk
iii) Standard Pembelajaran
iv) Objektif
v)Pengisian Kurikulum
vi) Refleksi
3.2 Penulisan RPH BM juga perlu menitikberatkan 4 kemahiran
asas iaitu membaca, menulis, mendengar dan sistem bahasa.
Guru boleh menggunakan 1 kemahiran untuk 1 hari bagi
meningkatkan kemahiran murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

4.0 Penetapan bilangan buku tulis murid


4.1 Bilangan buku tulis yang ditetapkan iaitu 3 buah antaranya :
i)
ii)
iii)

pemahaman
penulisan
tatabahasa

4.2 Buku tersebut juga perlulah ditanda setelah murid siap menulis
latihan yang diberikan. Guru juga perlu memastikan semua
murid mengcukupi ketiga-tiga buah buku latihan yang
disenaraikan.
4.3Masalah buku tulis hilang dan rosak sangat membimbangkan
pihak guru. Murid perlu lebih bertanggungjawab atas hak
sendiri. Bagi mengelakkan buku tulis hilang, guru mata
pelajaran perlu menyimpan buku tersebut di almari khas dan
tidak membenarkan muri membawa pulang buku tersebut
kecuali jika perlu.

5.0 Penetapan bilangan latihan murid


5.1 Pihak sekolah telah menetapkan latihan murid perlu diberi 1
kali seminggu bagi tahun 6 dan 2 minggu 1 kali bagi tahun 1
hingga tahun 5.
5.2 Latihan yang diberikan perlu dibincangkan jawapan dan
ditanda oleh guru.
5.3 Guru juga perlu memastikan latihan yang diberikan sesuai
dengan tahap pencapaian murid.

6.0 Sudut Bahasa Melayu di dalam bilik darjah


6.1 Sudut Bahasa Melayu perlulah dihias dan dipenuhkan di dalam
kelas yang diajar. Hal ini selaras dalam mengejar kelas abad ke21. Selain itu, guru perlulah menghias sudut BM dengan bahanbahan nilam seperti rak majalah, buku cerita dan surat khabar. Hal
ini dapat meningkatkan pembacaan murid jika ada waktu lapang.
6.2 Sudut BM dalam kelas sebaiknya dari hasil kerja murid sendiri.
Sebagai contohnya :
i)
ii)
iii)

karangan terbaik murid di dalam kelas.


Peta minda
Kolaj huruf-huruf.

7.0 Program Bahasa Melayu


7.1 Program BM perlulah dijalankan sepanjang tahun supaya
kemahiran murid dapat ditingkan dari semasa ke semasa. Antara
program yang telah dirancang iaitu :
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.

Program serlah baca bagi muird yang tidak tahu membaca (bulan 1
hingga bulan 4)
Program pemulihan : bagi murid tahun 3 sahaja (sepanjang tahun)
Minggu linus :Tahun 1 hingga 3
Program nilam : Mari membaca 15 minit di awal waktu setiap pagi.
Minggu BM : pada bulan 5
Jawab soalan lepas bagi murid tahun 6 pada bulan 6
Program intensif bagi murid tahun 6

VII.2
Selain itu, program BM sepanjang tahun dapat menarik
minat murid mempelajari BM denga lebih mendalam. Semua guru
BM terlibat secara langsung dan diiringi guru mata pelajaran lain.
8.0 LINUS
8.1 Masalah yang dihadapi iaitu terdapat murid yang jarang-jarang

hadir ke sekolah. Hal menyebabkan kesukaran murid


menghabiskan konstruk yang diberi. Jadi, para guru harus
melakukan pemantauan kehadiran murid setiap hari. Motivasi
sangat diutamakan bagi memastikan setiap murid sentiasa hadir ke
sekolah.
8.2Masih lagi ramai murid tahun 1 hingga tahun 3 yang tidak dapat
menguasi konstruk 1 dan 2. Tambahan lagi, seramai 30 orang
murid dikenal pasti tidak mengenal huruf bagi tahun 3 pada
tahun 2016.
8.3Bagi mengatasi masalah ini, kelas pemulihan dimulakan pada
awal tahun. Selain itu, guru juga akan mengajar murid mengikut
konstruk yang terdapat dalam program LINUS.

9.0 Hal-hal lain.


1.1 Masalah guru dalam mengajar antara mengutamakan tema
pengajaran mahupun rancangan pengajaran tahunan. Bagi
menghadapi masalah ini, guru perlu bijak dalam melengkapi
kedua-duanya.
1.2 Guru perlu menekankan penggunaan huruf besar dan huruf
kecil di peringkat darjah satu. Hal ini memudahkan murid
tidak mengulang kesalahan mudah sebegini apabila membuat
karangan sudah ke tahap 2 nanti.
1.3 Pembetulan hasil kerja murid perlu dibuat dan guru perlu
menyemak pembetulan tersebut supaya murid sedar kesalahan
yang dilakukan.

1.4 Guru juga diingatkan masuk ke kelas awal bagi mengelakkan


murid bermain di luar kawalan guru.
4.5 Guru tahap 1 juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi
saringan LINUS 1 iaitu pada 31 Mac manakala saringan 2 pada 30
September 2016.

4.6 Penggunaan buku latihan yang kurang terkawal kerana banyak


buku latihan yang hancur dan hilang. Selain itu, buku latihan juga
dikenal pasti bercampur dengan subjek lain. Maka guru perlu
mengingatkan murid supaya jangan campur subjek dan buku
perlulah disimpan di sekolah.

Tindakkan : Makluman
Disediakan oleh :
.

(HAFIZUDIN BIN HAMZAH)


SAN KHOON)
Setiusaha Panitia Bahasa Melayu
Melayu
SK Kedaik

Disahkan oleh :

(En Rosli b Omar)


GPK 1
SK KEDAIK

Disemak oleh :

(PN. LIANA A/P YONG


Ketua Panitia Bahasa
SK Kedaik

Anda mungkin juga menyukai