Anda di halaman 1dari 6

Konsep

Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu proses dimana
seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu individu
memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya. Definisi di atas telah
menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang proses bimbingan dan kaunseling
adalah interaksi diantara klien dengan kaunselor ataupun dengan perkataan lain
komunikasi.
Matlamat Serta Keperluan Dan Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kaunseling Di Sekolah.
Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia
sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ia juga membawa maksud seseorang
kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa
dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia
sekelilingnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada. Tugas kaunselor
yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat
serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami
serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya
dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta
hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari
keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama
dan masyarakat.
Menolong pelajar untuk bertingkah laku yang sesuai dengan bakat, minat,
sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga
berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang
bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar
segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang
diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya iaitu ke arah
penyempurnaan kendiri. Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita
seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi
seorang saintis, maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan
beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan

tentang mata pelajaran yang penting yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika
pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya. Maka,kaunselor harus berperanan
untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri
berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.
Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar
untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup
bertanggungjawab terhadap apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang
bakal diambilnya. Perkara ini akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan
teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian
pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada
awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah
di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa
bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk
masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah
pelajar.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan
hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab .Dengan ini juga membuktikan
bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh
diabaikan. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi
kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar
menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar
mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil
terutama dari segi emosinya. Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkah laku
yang sepatutnya akan dapat dilihat.

Etika kaunselor yang perlu dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling

a. Tanggungjawab
terhadap klien

b. Tanggungjawab
terhadap Rakan
Profesional

c. Tanggungjawab
terhadap
masyarakat

d. Tanggungjawab
terhadap
organisasi &
majikan

mengutamakan kepentingan klien


menghormati privasi klien
Memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur
kerahsiaan.
Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan
profesional
Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan
profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan
tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
Memahami & menghormati unsur sosio-budaya
masyarakat di mana beliau berkhidmat
Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan
tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn
organisasi tempat beliau berkhidmat.
Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Inventori, taksiran dan rekod


Bimbingan
Kaunseling
Penempatan dan tindakan susulan
Konsultasi dan rujukan
Penilaian

1.1 Peranan Guru Biasa Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di


Sekolah.
Peranan Guru
1. Mengumpul
maklumat
pelajar

2. Mengurus
program
bimbingan dan
kaunseling

3. Mengenalpasti
pelajar
bermasalah dari
segi disiplin
4. Menjadi
perunding di
antara pihak
sekolah dengan ibu
bapa.
5. Mengesan
masalah
akademik pelajar
6. Memupuk pelajar
dengan tabiat
belajar dan baik

Huraian
Guru bimbingan perlu manjalankan kerja
pentadbiran termasuklah menguruskan fail
pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat,
penubuhan dan pengelolaan kelab
bimbingan atau kelab kerjaya dan
melaporkan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kepada pentadbir.
Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
Perancangan
Guru bimbingan merancang program di
sekolahnya.
Pengelolaan
Menggunakan prosedur kaunseling untuk
mengelola program tersebut
Penentuan halatuju
Menentukan halatuju dan perlu
melaksanakan perancangan, membuat
keputusan, membuat garis panduan dan
peraturan.
Menilai
Menilai keberkesanan program
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
program dan mengambil tindakan
seterusnya.
Guru bimbingan membuat rujukan kepada
kaunselor atau pihak tertentu.

Guru bimbingan harus mewujudkan satu


kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar
berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari
segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.
Guru bimbingan bertanggungjawab untuk
menangani kelemahan ini melalui beberapa
perancangan dan program.
Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan
tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai