Anda di halaman 1dari 34

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan mencetak
modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan
rujukan. Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian
modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik,
mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk
softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya


semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak).
Hakcipta Terpelihara 2011 BicaraHartanah.com. Sekiranya anda telah
menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain
daripada www.bicaraharatanah.com, sila laporkan kepada admin@
bicarahartanah.com

Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta


intelek. Pihak BicaraHartanah.com amat mengambil berat isu ini.
Hak Cipta Terpelihara 2011

LEGAL DISCLAIMER
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau
kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas
penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan
e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis
semasa tulisan ebook ini dibuat.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

SUSUN ATUR KANDUNGAN eBOOK


Berbeza dari ebook-ebook saya yang lalu, ebook kali ini sengaja saya
aturkan dengan kaedah menegah atau melarang anda melakukan
sesuatu perkara sama ada sebelum, semasa mahu pun setelah pinjaman
anda diluluskan kerana ianya lebih mudah untuk diingati daripada
kaedah menulis ayat-ayat penyata seperti yang ditulis di dalam bukubuku fizikal yang terdapat di pasaran.
Setiap tegahan akan dihuraikan sebab larangannya sebelum disusuli
dengan tindakan rasional yang boleh anda ambil bagi memungkinkan
pinjaman anda itu diluluskan.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

KANDUNGAN eBOOK
Prakata
Pengenalan
Tips 1 : Jangan Lupa Membayar Hutang Bulanan
Anda
Tips 2 : Jangan Lupa Formula Debt Service Ratio
Tips 3 : Jangan Maksimumkan Margin Pinjaman Anda
Tips 4 : Jangan Lupa Sediakan Penyata Pendapatan
Tambahan
Tips 5 : Jangan Tinggalkan Baki Minima di Akaun Anda
Tips 6 : Jangan Lupa Laburkan Apa Yang Anda Perolehi
Tips 7 : Jangan Maksimumkan Penggunaan Kad Kredit
Anda
Tips 8 : Jangan Memohon di Cawangan Bank
(Jika Boleh)
Tips 9 : Jangan Memohon di Satu Bank Sahaja
Tips 10 : Jangan Menipu Pihak Bank
Tips 11 : Jangan Terlalu Mendesak & Mengugut
Penutup

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

3
4
6
10
12
15
19
21
23
25
27
29
30
32

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

PRAKATA

Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea kepada saya
untuk menulis eBook ini.
Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anak dan ahli keluargaku yang sanggup
berkongsi kasih dan masa dengan minatku yang satu ini.
Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang telah mengajarkan aku tentang
peri pentingnya ilmu pengetahuan di dalam mengharungi hidup ini.
Ucapan jutaan terima kasih untuk rakan-rakanku yang sanggup meluangkan
masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku perihal selok belok pinjaman
bank.
Kepada saudara dan sahabatku, saudara Meor Azhar bin Che Saffry dan saudara
Meor Ahmad Shukri bin Zainal Abidin di atas bantuan kalian di dalam penghasilan
eBook ini.
Buat pembaca blogku, jutaan terima kasih kerana masih sudi melawat dan
memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku. Semoga Allah membalas
segala jasa kalian di dalam membantu pengembangan ilmu ini.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

PENGENALAN
Saya kerap ditanya oleh rakan-rakan saya tentang bagaimana saya masih boleh
mendapatkan pinjaman sedangkan hutang-hutang rumah saya yang semakin
menimbun. Mereka hairan kerana bagi mereka adalah sesuatu yang mustahil
sekiranya pihak bank masih mempercayai kemampuan saya membayar balik
pinjaman tersebut sedangkan pendapatan saya hanyalah setara malah mungkin
kurang dari pendapatan mereka.
Bertitik tolak dari kemusykilan tersebutlah maka terdetik untuk saya
membukukan tips-tips yang telah saya amalkan sejak sekian lama bagi membantu
anda yang mempunyai keraguan terhadap kemusykilan ini terutamanya bagi
anda yang baru berkecimpung dalam pelaburan hartanah supaya anda dapat
mengikuti jejak langkah saya.
Sebenarnya tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini dan bukanlah sesuatu
yang mengagumkan sekiranya anda masih mampu untuk mendapatkan
pinjaman walaupun pendapatan anda kurang dari jumlah bayaran bulanan
semua hutang-hutang anda. Apa yang anda perlukan hanyalah daya kreativiti
dan sedikit pengetahuan tentang tatacara yang digunakan oleh pihak bank di
dalam memproses sesuatu permohonan pinjaman.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

Ya, saya faham kreativiti adalah sesuatu yang subjektif dan ianya bergantung
kepada daya pemikiran seseorang manakala pengetahuan tentang tatacara
pemprosesan pinjaman juga adalah sesuatu yang mustahil untuk anda
memiliki melainkan anda adalah seorang pekerja bank.
Malah menurut pemerhatian dan pengalaman saya, tidak semua pekerja bank
tahu dan memahami kaedah dan tatacara sesuatu pinjaman itu diluluskan. Atas
dasar ingin berkongsi ilmu inilah, maka saya hasilkan ebook ini dengan harapan
anda akan mendapat manafaat dari rangkaian tips-tips yang saya catatkan di
dalam ebook ini untuk anda adaptasikan ketika membuat permohonan bagi
sebarang jenis pinjaman.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

TIPS 1 :
JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA
Seorang peminjam yang baik dan disukai oleh pihak bank adalah peminjam
yang tidak lupa melunaskan bayaran ansurannya setiap bulan. Ansuran yang
saya maksudkan adalah bayaran bulanan bagi pinjaman perumahan, kenderaan,
kad kredit, pinjaman peribadi mahu pun beberapa bentuk pinjaman yang lain.
Ini sebenarnya merupakan kriteria terpenting dan yang paling utama bagi
pihak bank di dalam meluluskan permohonan anda dan antara dokumen
terpenting yang akan diberi perhatian oleh mereka adalah Laporan Central
Credit Reference Information System (CCRIS), Credit Tip-Off Service (CTOS) dan
beberapa bentuk laporan yang lain. Setiap laporan yang disediakan mempunyai
tujuan yang berbeza.
Jika Laporan CTOS lebih menjurus kepada semakan terhadap sebarang tindakan
mahkamah yang pernah diambil terhadap pemohon, Laporan CCRIS tetap
menjadi laporan paling utama bagi pihak bank sebelum meluluskan pinjaman.
Untuk itu, anda perlu memberikan perhatian terhadap laporan ini bagi
memastikan pinjaman anda mudah untuk diluluskan.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

Apa itu Laporan CCRIS?

Ya, beginilah rupa bentuk Laporan CCRIS yang menjadi panduan kepada pihak
bank di dalam menentukan samaada permohonan anda itu boleh diluluskan
atau pun tidak. Secara dasarnya, Laporan ini terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu :

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

i. Customer Profile :
Menyediakan maklumat asas peminjam seperti nama, tarikh lahir, nombor kad
pengenalan, jenis peminjam (individu/syarikat) dan kerakyatan si peminjam.
ii. Outstanding Credit :
Bahagian terpenting yang menunjukkan informasi tentang tarikh pinjaman
dibuat, bentuk pinjaman, jumlah dan baki terkini pinjaman dan perkara
terpenting yang selalu diberi perhatian oleh pihak bank ialah trend/habit
seseorang peminjam itu menguruskan pinjamannya. Maklumat berkaitan
trend/habit pinjaman ini hanya akan menyimpan rekod pengurusan
pinjaman bagi tempoh satu tahun sahaja. Setiap tunggakan akan tercatat
jumlah bulan yang tertunggak dan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang
tunggakan maka angka 0 akan tertera di dalam rekod tersebut. Ianya dapat
dilihat di dalam gambar di atas yang mana sebagai contoh, item 2 (bagi hutang
kad kredit), si peminjam telah tidak membayar ansuran minimanya sebanyak
1 bulan pada bulan November dan amaun tersebut berlanjutan hingga ke
bulan Disember menyebabkan rekod tunggakannya menjadi 2 bulan (angka
1 dan 2 akan tercatat di dalam Laporan itu). Walaubagaimanapun amaun
tunggakan tersebut telah dilangsaikannya pada bulan berikut dan ini telah
mengakibatkan rekod pada bulan Januari telah kembali ke angka 0.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

iii. Special Attention Account :


Maklumat khas bagi peminjam yang pernah disabitkan dengan sebarang
tindakan mahkamah oleh mana-mana pihak khususnya pihak bank (sekiranya
ada).
iv. Application for Credit :
Informasi tentang permohonan-permohonan terkini yang telah dan pernah
dilakukan oleh si peminjam.
Bagi anda yang mempunyai trend/habit pembayaran yang baik (tanpa
tunggakan), anda tidaklah perlu risau tentang masalah ini sebaliknya bagi anda
yang mempunyai tunggakan, cuba elakkan daripada ianya tertunggak selama 2
bulan secara berturut-turut kerana ianya akan mengakibatkan pihak bank tidak
akan mempercayai anda lagi. Sekiranya anda mempunyai masalah tersebut
sekarang, adalah dinasihatkan anda memperbetulkan dulu rekod anda selama
setahun sebelum kembali memohon pinjaman di bank kerana seperti yang
saya maklumkan sebelum ini, rekod yang tertera di dalam Laporan ini hanyalah
untuk tempoh masa selama 1 tahun sahaja.
AE : Jika boleh, dapatkan salinan Laporan CCRIS ini setiap kali anda membuat
pinjaman bagi mengelakkan terdapatnya pinjaman yang bukan hak anda

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO

TIPS 2 :
JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO
Apakah yang dimaksudkan dengan Debt Service Ratio (DSR)? DSR ini
merupakan salah satu kayu pengukur yang digunakan oleh pihak bank bagi
mengukur keupayaan bakal peminjam. Memandangkan yang ianya begitu
berharga maka anda perlulah mengetahui formula pengiraan ratio tersebut
dan sebelum anda membuat pengiraan, terdapat 2 item yang perlu anda beri
perhatian sebelum memulakan pengiraan iaitu :
Jumlah pendapatan anda setiap bulan
Jumlah bayaran instalment bank setiap bulan
Kedua-duanya penting kerana ianya merupakan antara item yang memungkinkan
pengiraan itu dilakukan kerana formula bagi ratio tersebut adalah seperti berikut :

Jumlah bayaran instalment bank setiap bulan


DSR = ------------------------------------------------------------------------ X 100%
Jumlah pendapatan anda setiap bulan

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

10

JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO

Mengikut perkiraan pihak bank, lagi kecil peratusan DSR itu, maka lagi
berkemampuanlah bakal peminjamnya menjelaskan bayaran bulanannya
dan kebiasaannya pihak bank mempunyai garis panduannya sendiri dengan
menetapkan peratusan tertentu sebagai syarat kelulusan. Untuk itu cuba kita
lihat contoh yang diberikan dengan mengambil kira peratusan kelulusan yang
ditetapkan oleh Bank A adalah sebanyak 60%.
Contoh 1 :
Jumlah pendapatan = RM5,000-00
Jumlah instalment
= RM3,500-00

3,500-00
DSR = ----------------- X 100%
5,000-00

= 70% (melebihi peratusan kelulusan Bank A)
Keputusan = Gagal mendapatkan kelulusan pinjaman
Contoh 2 :
Jumlah pendapatan
Jumlah instalment

DSR

= RM4,000-00
= RM2,000-00

2,000-00
= ----------------- X 100%
4,000-00
= 50% (kurang dari peratusan kelulusan Bank A)

Keputusan = Pinjaman diluluskan


AE : Cuba bertanya dahulu kepada pihak Bank tentang peratusan kelulusan
mereka bagi memudahkan anda mengira DSR anda

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

11

JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

TIPS 3 :
JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA
Anda semua tahu bahawa setiap permohonan mempunyai peratusan
margin yang dibenarkan oleh pihak bank. Sebagai contoh, bagi rumah anda
yang pertama dan kedua, pihak bank membenarkan anda memohon sehingga
90% margin pinjaman daripada harga rumah yang anda beli.
Jika harga rumah tersebut ialah RM100,000-00, maka jumlah pinjaman yang
anda boleh pohon adalah sebanyak RM90,000-00 dan sememangnya ia
membantu anda untuk meminimakan jumlah wang yang perlu anda keluarkan.
Sekiranya anda seorang pelabur, di mata pihak bank ianya menunjukkan yang
anda kurang kredibiliti sekiranya anda memohon margin yang maksimum kerana
mereka (pihak bank) berpendapat yang anda hanya mempunyai kemampuan
yang cukup-cukup makan sahaja untuk melabur.
Kenapa pula saya berkata begitu? Dari kacamata pihak bank, seorang pelabur
yang bijak pastinya akan menunjukkan yang dia tidak terlalu bergantung

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

12

JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

kepada mereka (pihak bank) sebaliknya bank hanyalah sebagai pembantunya


untuk mengembangkan harta dan sebagai pembantu, mereka (pihak bank)
hanya perlu mengeluarkan margin yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.
Ini secara langsung mengurangkan risiko kepada pihak bank kerana anda telah
menunjukkan kesanggupan anda mengeluarkan sejumlah amaun yang agak
besar bagi berkongsi risiko dengan mereka (pihak bank). Walaubagaimanapun
anda tidak perlu risau kerana ada caranya untuk mengatasi masalah ini iaitu
dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
Dapatkan rumah yang di bawah nilai harga pasaran (market value)
Mark-up harga Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) mengikut
harga pasaran
Memohon margin pinjaman berdasarkan harga asal yang dipersetujui
oleh penjual (harga yang di bawah nilai pasaran)
Sebagai contoh :
Harga Asal

: RM100,000-00

Harga Pasaran

: RM130,000-00

Margin Pinjaman : 90%


Jika dilihat sekiranya anda memohon berdasarkan harga pasaran, anda akan
mendapat jumlah pinjaman sebanyak RM117,000-00 (90% daripada harga pasaran).
Memandangkan anda sudah mempunyai liabiliti (hutang) yang agak banyak

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

13

JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

yang sekaligus telah meningkatkan kadar gearing ratio anda, maka adalah
dinasihatkan anda memohon jumlah pinjaman pada harga asal rumah tersebut
iaitu RM100,000-00 dan sekaligus ianya akan meminimakan margin pinjaman
anda kepada 76.9% dan ianya akan secara langsung menggembirakan pihak
bank untuk meluluskan pinjaman anda. Kenapa pula ianya menggembirakan
pihak bank? Kerana ia menjadi bukti bahawa mereka (pihak bank) adalah
pembantu dan bukannya pembiaya kepada anda kerana kesanggupan anda
mengeluarkan RM30,000-00 sebagai modal (downpayment) anda.
AE : Kalau anda sanggup mengeluarkan sebegitu banyak downpayment untuk
harta anda, takkan semudah itu pula anda nak biarkan bank melelong harta
anda - tanggapan pihak bank.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

14

JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

TIPS 4 :
JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN
TAMBAHAN
Seperti biasa apabila anda berurusan dengan pihak bank pasti anda akan
bertanyakan tentang dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan dan
acapkali juga, anda pasti akan menyenaraikan semua dokumen yang diminta
tanpa berfikir panjang. Kerap kali juga pihak bank akan berkata yang dokumen
penyata pendapatan yang disediakan tidak cukup untuk menampung jumlah
hutang yang baru dan juga yang sedia ada. Akhirnya samaada pinjaman anda
tidak diluluskan atau pun anda terpaksa memberikan salinan dokumen penyata
pendapatan tambahan yang baru untuk menguatkan lagi sumber pendapatan
anda. Tidakkah ini akan membazirkan masa dan tenaga anda?
Apakah penyata/dokumen yang perlu saya sediakan selain dari dokumendokumen asas seperti slip gaji? persoalan yang pasti bermain di fikiran anda
dan penyata/dokumen yang saya maksudkan di sini ialah sebarang bentuk
penyata/dokumen yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada anda
selain dari gaji tetap anda. Ianya mungkin dalam bentuk komisyen, sewa rumah
dan sebagainya dan pastikan yang setiap pendapatan yang anda terima itu
berada di dalam bentuk dokumen hitam putih.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

15

JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

Tapi pendapatan yang saya terima itu dalam bentuk tunai. Jadi bagaimana nak
jadikannya dokumen hitam putih? satu lagi persoalan yang kerap kali diajukan
kepada saya. Sebenarnya amatlah mudah untuk menjadikannya dalam bentuk
bertulis (hitam putih) iaitu dengan hanya memasukkan wang tunai yang anda
terima itu ke dalam bank dan kemudian keluarkannya kembali sekiranya anda
mahu menggunakannya. Ya, Nampak seakan remeh kerana anda perlu ke bank
tetapi impaknya amatlah besar kepada anda di kemudian hari dan jika alasan
tiada masa hendak ke bank yang akan anda berikan, saya rasa pada masa ini
alasan tersebut tidak boleh diterima pakai kerana kebanyakan bank telah pun
menyediakan mesin deposit tunai yang beroperasi 24 jam sehari.
Selain daripada itu adalah dinasihatkan supaya turut menyediakan penyata
pendapatan anda sendiri bagi memudahkan pihak bank memahami bentuk
pendapatan yang anda terima itu. Mungkin contoh penyata pendapatan rumah
sewa yang saya sediakan ini dapat membantu anda untuk merangka penyata
pendapatan anda sendiri.
Penyata pendapatan sewa rumah saya :

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

16

JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

Jika dilihat saya telah menyenaraikan penyata sewa 10 buah rumah yang akan
tercatat di dalam penyata bank saya nanti dan apa yang penting di dalam
penyata sewa rumah saya ialah terdapatnya ruangan jumlah bersih setiap
bulan yang menunjukkan pendapatan tambahan yang saya bakal terima.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

17

JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

Pendapatan tambahan inilah yang bakal merendahkan Debt Service Ratio saya
yang saya terangkan sebelum ini. Walaubagaimanapun penyata di atas belum
cukup untuk ditunjukkan kepada pihak bank melainkan ianya turut disertakan
dengan penyata akaun bank saya yang akan menjadi bukti apa yang saya catatkan di atas itu adalah benar dan penyata akaun berikut akan saya sertakan
setiap kali saya memohon pinjaman.
Kesimpulannya, daripada kedua-dua bentuk penyata/dokumen di atas sudah
cukup membuktikan yang saya mempunyai pendapatan tambahan yang boleh
membantu saya untuk membayar balik pinjaman yang bakal saya ambil. Malah
bukan itu sahaja, kedua-dua penyata/dokumen itu turut menunjukkan sikap
tanggungjawab saya terhadap semua pembayaran pinjaman rumah saya dan
ini akan meyakinkan pihak bank bahawa saya adalah seorang peminjam yang
pasti akan bertanggungjawab dengan pinjaman baru yang akan saya ambil
nanti.
AE : Pastikan yang anda menyimpan setiap penyata/dokumen anda dan
pastikan juga yang anda mempunyai filing system yang teratur

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

18

JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA

TIPS 5 :
JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA
Adat orang makan gaji, pada setiap hujung bulan adalah hari yang paling
menggembirakan kita apabila setiap dari kita akan menerima gaji di atas jerit
perih kita bekerja selama sebulan tetapi malangnya walaupun amaun yang
diterima agak banyak, amaun yang banyak itu jugalah yang kita keluarkan
samaada untuk makan pakai kita atau pun membayar hutang kita.
Hasilnya hanya sejumlah kecil baki yang akan tertinggal di dalam akaun kita
pada setiap hujung bulan. Itu kisah yang makan gaji, bagi para usahawan pula,
hujung bulanlah biasanya mereka akan gunakan duit keuntungan mereka
untuk membayar itu ini, samaada untuk pembayaran kepada pembekal mahu
pun bayaran-bayaran yang lain dan sepertimana mereka yang makan gaji,
maka baki amaun yang tertinggal agak minima jika dibandingkan dengan harihari yang sebelumnya.
Sekarang cuba anda bayangkan sekiranya anda merupakan seorang pegawai
bank yang bertanggungjawab memproses 2 permohonan di mana satu
permohonan mempunyai baki yang banyak pada setiap hujung bulan

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

19

JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA

manakala satu lagi meninggalkan baki yang minima di akhir bulan, akaun
manakah yang lebih meyakinkan anda untuk diberikan kelulusan.
Memang ini bukan ukuran kepada kemampuan seseorang peminjam tetapi
ianya menjadi nasi tambah yang menunjukkan kecekapannya menguruskan
aliran tunainya. Habis tu, apa yang saya perlu lakukan? soal anda kepada
saya dan jawapan kepada persoalan itu ialah cuba tangguhkan dahulu duit
keluar anda sehingga ke minggu pertama setiap bulan. Mudah bukan?
AE : Pastikan baki minima akaun anda semakin bertambah setiap bulan bagi
menunjukkan yang aliran tunai anda semakin baik dari masa ke semasa

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

20

JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI

TIPS 6 :
JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI
Setiap ringgit yang anda perolehi amat bermakna dan pastikan yang nilai
ringgit tersebut semakin bertambah setiap saat. Tidak guna sekiranya
anda melonggokkan sejumlah besar wang anda di dalam instrumen yang
tidak mendatangkan pulangan yang tinggi.
Jika di dalam tips yang sebelumnya saya menitik-beratkan tentang keperluan anda
meninggikan jumlah baki simpanan anda setiap bulan, itu tidak bermaksud yang
anda perlu mengekalkannya untuk satu tempoh masa yang lama sebaliknya
pada setiap awal bulan hendaklah diperuntukkan sejumlah amaun untuk
dilaburkan ke dalam instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan. Agak
sukar untuk anda faham sekiranya saya tidak mendatangkan contohnya sekali
dan sekali lagi saya akan memberikan contoh berkaitan dengan apa yang telah
saya lakukan selama ini.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

21

JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI

Contoh :
Jika anda lihat pada penyata bank Al-Rajhi saya sebelum ini (di mukasurat 17),
saya telah mengeluarkan sejumlah RM500-00 pada 2 Januari dari akaun
tersebut dan jumlah itu sebenarnya saya peruntukkan untuk dilaburkan ke
dalam Akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan Dana Pelaburan Amanah
Public Islamic Equity Fund saya dan ianya saya lakukan pada setiap awal
bulan. Ini sedikit sebanyak akan lebih meyakinkan pihak bank yang saya
mempunyai tahap disiplin yang tinggi di dalam pengurusan kewangan.
Dari sudut pandangan pihak bank, jika saya mampu menabung sebanyak
RM500-00 setiap bulan tanpa masalah, mengapa pula saya tidak mampu
untuk melunaskan bayaran pinjaman yang bakal saya ambil.
AE : Terdapat pelbagai instrumen pelaburan selain yang disebutkan di atas
untuk anda tempatkan duit simpanan anda setiap bulan, antaranya pelaburan
emas, saham dan sebagainya

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

22

JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT ANDA

TIPS 7 :
JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN
KAD KREDIT ANDA
Kenapa kad kredit pula yang saya kaitkan dan tidak pinjaman-pinjaman yang
lain? saya pasti itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda ketika
ini dan untuk pengetahuan anda, hutang kad kredit sebenarnya memberi
pemarkahan (scoring) yang tinggi di dalam pengiraan Debt Service Ratio oleh
pihak bank. Ini kerana kad kredit merupakan satu-satunya hutang yang boleh
berubah samaada semakin bertambah atau berkurang bakinya, tidak seperti
pinjaman-pinjaman lain yang mana bakinya akan sentiasa menyusut dari masa
ke semasa.
Ya, mungkin anda akan katakan yang anda tidak pernah culas untuk membayarnya
setiap bulan tetapi percayalah itu hanya sebahagian daripada beberapa
perkara yang diambilkira oleh pihak bank. Ini kerana kebanyakan dari
kita (malah saya sendiri), yang hanya membayar amaun minimum (5%) yang
dibenarkan setiap bulan dan ini tidak akan memberi impak sangat terhadap
pemarkahan (scoring) yang diberikan oleh pihak bank.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

23

JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT ANDA

Jadi apa yang patut kami lakukan sekiranya kami tidak mampu membayar baki
penuhnya?. Berdasarkan pengalaman saya, pastikan yang anda hanya
menggunakan kurang dari 50% kredit limit yang diberikan dan sekiranya
anda mempunyai jumlah yang melebihi limit tersebut, maka pindahkan amaun
tersebut ke dalam kad-kad kredit yang lain atau pun ubahkannya kepada
pinjaman tetap atau pinjaman peribadi. Sebagai contoh :
Kredit Limit

RM10,000.00

Baki Terkini

RM8,000.00 (80% dari jumlah kredit limit anda)

Oleh itu, tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM5,000.00 di dalam kad kredit


tersebut dan pindahkan baki RM3,000.00 ke kad kredit yang lain atau pun ke
pinjaman tetap/peribadi tetapi jika dapat pindahkan kesemuanya ke pinjaman
tetap/peribadi, adalah lebih baik untuk system pemarkahan anda.
AE : Pastikan anda tidak menambah kembali baki kad kredit anda ke tahap
maksimum kerana ianya akan mensia-siakan usaha memindahkan baki anda

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

24

JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)

TIPS 8 :
JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)
Sudah tentu anda akan berasa hairan dengan tips di atas kerana saya yakin
persoalan berikut akan timbul di fikiran anda :
Kalau begitu saya perlu memohon ke mana kalau bukan ke cawangan bank?
Bukan maksud saya untuk menidakkan keinginan anda untuk memohon di
cawangan bank tetapi sekiranya anda mempunyai pilihan (terutama anda yang
tinggal di bandar-bandar besar), pohonlah melalui banks sales/marketing
executive yang mobilise dan untuk pengetahuan anda, di bandar-bandar
besar kini hampir kesemua bank mempunyai sales & marketing team
mereka sendiri yang berfungsi untuk mencari dan memberi pinjaman
kepada anda dan antara cara-cara yang pernah saya lakukan untuk
mendapatkan khidmat sales & marketing team ini :
Dengan menghubungi talian toll-free yang disediakan oleh pihak bank
dan meminta mereka menghantar seorang sales/marketing executive
untuk menghubungi saya bagi urusan permohonan pinjaman.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

25

JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)

Pergi ke cawangan bank yang terdekat dan minta mereka perkenalkan


seorang sales/marketing executive untuk menguruskan urusan
permohonan pinjaman saya.
Kenapa pula saya perlu memohon melalui mereka? satu lagi persoalan yang
mungkin timbul di fikiran anda dan jawapannya, supaya permohonan anda itu
akan diberikan lebih perhatian jika dibandingkan dengan kakitangan bank di
cawangan.
Untuk pengetahuan anda, setiap seorang sales / marketing executive
mempunyai sales targetnya yang tersendiri untuk dicapai dan setiap target
yang dapat dicapai akan diberi ganjaran oleh pihak bank samaada dalam
bentuk komisyen mahu pun peluang kenaikan pangkat. Oleh itu, bagi
mencapai target yang telah ditetapkan, maka mereka ini akan bersungguhsungguh memproses setiap permohonan yang diterima dengan harapan
ianya dapat diluluskan kerana target mereka akan hanya dikira sekiranya
permohonan itu dilulus dan diterima oleh pemohon. Jika dibandingkan
dengan kakitangan bank di cawangan yang tidak menikmati sebarang
ganjaran tambahan (seperti sales / marketing executive), mereka ini akan
berasa kurang motivasi untuk memproses permohonan anda tambah-tambah
lagi sekiranya pada masa yang sama terdapat puluhan kes lain yang perlu
diproses. Untuk itu, mereka akan menjadi lebih rigid dan tidak bersifat
membantu sekiranya keadaan seperti di atas berlaku yang pastinya akan
membantutkan kelulusan permohonan anda.
AE : Cuba dapatkan sales / marketing executive yang tidak pernah / jarang
mencapai targetnya kerana mereka ini akan lebih bermotivasi untuk
membantu permohonan anda
oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

26

JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA

TIPS 9 :
JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA
Bagi anda yang telah memiliki ebook kedua saya Tips dan Panduan Membeli
Rumah Terpakai (Subsale), tips ini merupakan ulangan dari apa yang telah
saya ceritakan di dalamnya.
Sudah menjadi kebiasaan sebahagian besar daripada kita apabila hanya
memohon pada satu bank pada satu-satu masa sahaja. Akibatnya, apabila
bank yang anda pohon telah menolak permohonan anda, maka kelam kabutlah
anda mencari bank-bank yang lain pula tanpa anda ketahui yang permohonan
anda itu bakal menemui jawapan yang sama. Kenapa saya kata begitu?
Jawapannya dapat anda lihat menerusi bahagian Application for Credit di
dalam contoh Laporan CCRIS yang ada pada mukasurat 7.
Jika anda perhatikan pada bahagian terakhir di dalam Laporan tersebut, anda
akan dapat melihat satu senarai penuh pelbagai permohonan beserta statusnya
yang pernah anda pohon dan dari situ, bank-bank lain akan dapat melihat yang
permohonan anda sebelum ini telah pun ditolak. Jadi, adakah logik sekiranya
mereka meluluskan permohonan pinjaman yang telah ditolak oleh bank lain?

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

27

JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA

Sudah tentu tidak bukan? Jika pun mereka ingin meluluskan permohonan anda
itu, sudah pasti anda akan melalui satu proses permohonan yang amat ketat
manakala kelulusan yang diberi pula akan dipenuhi dengan pelbagai syarat.
Untuk itu, apa yang perlu anda lakukan bagi mengatasi masalah ini? Jawapannya
ialah memohon kepada lebih dari sebuah bank secara serentak. Hanya dengan
cara ini pihak bank tidak dapat mengenal pasti samaada permohonan anda di
bank-bank lain telah ditolak atau pun tidak.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana bank-bank tersebut sudah pasti akan
menjalankan proses tersebut secara serentak dan pada masa itu status yang
ada dalam Laporan CCRIS anda akan menunjukkan status (P) singkatan untuk
PENDING.
Berapa buah yang sepatutnya anda pohon pada satu-satu masa? Terpulang
kepada anda tetapi kebiasannya saya akan memohon kepada 3 buah bank pada
satu-satu masa secara serentak dan sekiranya semuanya memberikan kelulusan,
maka saya akan pilih pakej yang paling menarik di antara ketiga-tiganya.
AE : Tiada guna anda memohon kepada 10 buah bank sekalipun sekiranya
nama anda telah disenaraihitamkan oleh pihak bank

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

28

JANGAN MENIPU PIHAK BANK

TIPS 10 :
JANGAN MENIPU PIHAK BANK
Kerap kali saya melihat pemohon cuba menarik perhatian pihak bank dengan
cara menyediakan dokumen palsu yang jauh lebih baik dari dokumen sebenar
dan antara dokumen-dokumen yang dipalsukan adalah seperti penyata slip
gaji, akaun bank malah kadangkala perjanjian sewa rumah juga turut menjadi
subjek penipuan.
Tahukah anda sekiranya anda tertangkap semasa melakukan penipuan tersebut,
maka nama anda akan turut sama disenaraihitamkan oleh pihak bank. Ini akan
mengakibatkan anda menghadapi kesukaran untuk memohon sebarang pinjaman
di masa hadapan. Atas sebab itu, ingin saya nasihatkan anda supaya jangan
sekali-kali cuba untuk memalsukan dokumen anda walau dengan apa alasan
sekalipun kerana ianya langsung tidak berbaloi dengan akibatnya di masa
hadapan.
AE : Biar gaji anda sekecil mana sekalipun, yang penting anda tahu bagaimana
untuk menguruskannya kerana pihak bank hanya ingin melihat bagaimana
anda menguruskan kewangan anda sebelum memberikan kelulusan

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

29

JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT

TIPS 11 :
JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT
Pernahkah anda bayangkan yang anda berada di pihak pegawai bank yang
ditimbuni dengan berpuluh-puluh permohonan untuk diproses dan jika anda
ditempat mereka, adakah anda suka sekiranya para pemohon anda terlalu
mendesak anda supaya mempercepatkan proses permohonan anda? Untuk
itu adalah lebih baik anda membuat follow-up kira-kira seminggu selepas
permohonan dibuat. Ini kerana kebanyakan bank akan meluluskan pinjamannya
dalam tempoh tersebut dan sekiranya selepas tempoh tersebut, permohonan
anda masih belum diluluskan, cubalah bertanya dengan baik kepada pegawai
bank yang memproses permohonan anda dengan lemah lembut dan
berhemat. Mungkin ayat-ayat sebegini dapat membantu komunikasi anda
dengan mereka :
Boleh saya tahu adakah dokumen-dokumen yang saya sertakan tempohari
tidak mencukupi bagi mendapatkan kelulusan?
Maaf kalau permohonan saya ini menyusahkan anda tetapi bolehkah saya
tahu samaada pinjaman saya ini mempunyai peluang untuk diluluskan?

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

30

JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT

Ya, bunyinya seakan begitu lembut tetapi impaknya bakal membuat si pegawai
bank tersebut terpaksa membuat diri mereka berjanji dengan anda. Lulus atau
tidak tetapi itulah jurus jawapan yang terpaksa mereka berikan. Jadi secara
tidak langsung, ianya akan membuatkan mereka terpaksa mendapatkan
jawapan bagi permohonan anda itu secepat mungkin.
Selalu terjadi dek kerana terlalu marah kerana jawapan kelulusan tidak anda
ketahui dalam masa yang singkat (iaitu kurang dari seminggu), maka kata-kata
ugutan seperti nanti saya akan adukan kepada pihak atasan anda tatkala
jawapan permohonan tidak diperolehi dengan cepat dan ayat-ayat sebeginilah
sebenarnya yang akan menyukarkan lagi permohonan anda untuk diluluskan.
Kenapa pula ianya boleh jadi begitu?
Untuk pengetahuan anda, memandangkan mereka (pihak bank) telah
mengambil tempoh masa yang lama untuk meluluskan pinjaman anda dan
ditambah lagi dengan ugutan dari pihak anda, maka kebiasaannya mereka
akan cuba mencari alasan untuk menolak permohonan anda kerana hanya
dengan cara itu sahajalah mereka mampu untuk menyelamatkan diri mereka
dari tindakan pihak atasan di atas kelewatan mereka memproses dan meluluskan
pinjaman anda.
AE : Sedekahkan pujian dan kata simpati kepada pegawai Bank yang
memproses permohonan anda bagi menunjukkan keprihatinan anda
terhadap mereka

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

31

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

PENUTUP
Nah, anda sudah temui rahsia dan jawapan kepada persoalan bagaimana
saya masih boleh mendapat pinjaman dari bank walaupun rumah saya
sudah melebihi 10 buah dan telah saya ungkapkan sebelum ini, segalagalanya bergantung kepada kreativiti dan pengetahuan asas tentang proses
pinjaman dan menerusi tips-tips yang saya telah ketengahkan, ianya tidaklah
sesukar yang anda fikirkan dan dari apa yang telah saya alami selama 13
tahun berkecimpung di dalam pelaburan hartanah, ianya bukanlah sesuatu
yang mustahil untuk dicapai. Apa yang perlu anda lakukan dari sekarang ialah
ikuti dan amalkan tips-tips yang telah saya berikan di dalam ebook ini dan
nantikan hasilnya.
Walaubagaimanapun suka saya nak ingatkan sekali lagi bahawa tips-tips tersebut
tidak akan bermakna selagi anda tidak menjaga dan mengawal hutang-hutang
yang telah pun anda miliki sekarang. Pastikan yang Laporan CCRIS anda bebas
dari turutan angka 2, 3 dan seterusnya kerana ianya cukup untuk menjadi
alasan bagi pihak bank untuk menolak permohonan anda.
Ingat, tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa yang penting ialah sedikit
kreativiti dan pengetahuan perihal pinjaman bank untuk anda mencapai
matlamat yang anda impikan.

oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

32

Anda mungkin juga menyukai