Anda di halaman 1dari 26

PSIKOLOGI

SUKAN
MOTIVASI
DISEDIAKAN OLEH :
RAS ANISHA BINTI RASHID
ROZIYANNA BINTI RAHIM

Apakah itu MOTIVASI???


Motivasi diambil
daripada perkataan
Movere yang
bermaksud To
Move
Alderman(1974), motivasi
ialah kecenderungan tingkah
laku dan pilihan yang dikawal
oleh hubungan akibat dan
kecenderungan tingkah laku
yang berterusan sehingga
matlamat dicapai.

Cox(1994), mendefinisikan
motivasi sebagai sumber atau
alat yang mengalakkan
seseorang untuk mencapai
matlamat dan seterusnya
berusaha mancapai matlamat
tersebut sehingga berjaya

Definisi dan Komponen


Motivasi
Define Sage (1997) motivasi merujuk
kepada arah dan
intensity usaha
seseorang individu.

Wann (1997) - proses


kebangkitan dalam diri
invidu yang
membantu usaha
mengarah serta
mengekalkan
perlakuan yang
diingini.

Tiga Model Motivasi


Model
KeperluanTujuan

Model
Ekspektasi
Vroom

Model
PorterLawler.

Model Motivasi Keperluan-Tujuan


Dimulai dengan perasaan keperluan individu.
Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi
perilaku yang diarahkan untuk mendukung
pelaksanaan perilaku tujuan.
Tujuan dari perilaku tujuan adalah untuk mengurangi
keperluan yang dirasakan.
Secara teoritis, perilaku mendukung tujuan dan
perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang
dirasakan telah sangat berkurang.

Model ekspektasi Vroom


Mengatasi beberapa kerumitan tambahan.

Model ekspektasi Vroom berdasarkan keperluan


yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusian
Model ekspektasi Vroom mengungkapkan isu
kekuatan motivasi.
Kekuatan motivasi adalah tingkatan keinginan
individu untuk menjalankan suatu perilaku.

Model Motivasi Porter-Lawler

konsisten dengan dua model sebelumnya dimana


model ini menerima premis bahawa :
(1) keperluan yang dirasakan akan menyebabkan
perilaku kemanusiaan; dan
(2) usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu
tugas ditentukan oleh nilai balas jasa yang
dirasakan yang dihasilkan dari suatu tugas dan
probabilitas bahawa balas jasa tersebut akan
menjadi nyata.

Keperluan Kemanusiaan
Suatu pengertian mendalam motivasi didasarkan pada
pengertian mendalam mengenai keperluan kemanusiaan.
Beberapa teori telah dikembangkan untuk membantu
wirausahawan lebih mengerti keperluan tersebut.
(1)Hirarki keperluan Maslow
(2)Rangkaian kesatuan kedewsaan-ketidak dewasaan Argyris
(3)Motif berprestasi McCleland.

Panduan untuk Membina Motivasi


Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang

Mantap

Kenalpasti dan Tetapkan matlamat


dan halatuju hidup
Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri
Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan,
Pengalaman serta Pendedahan

Panduan untuk Membina Motivasi


Tingkatkan Kemahiran Diri
Amalkan Keteraturan dan
Kesiapsiagaan.
Jaga Kualiti Kesihatan,
Kecergasan & Ketrampilan
Diri

TEORI MOTIVASI
PENCAPAIAN
Motivasi pencapaian bermaksud kecederungan seseorang atlet sama
ada mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau
berasaskan pencapaian (Shaharudin, 2002).
Seseorang individu menyertai sukan bergantung kepada dua motif
utama iaitu motif intrinsik dan motif ekstrinsik.
Motif intrinsik adalah secara dalamam seperti keinginan memperbaiki
pencapaian sendiri, meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan.
Motif ekstrinsik adalah secara luaran seperti keinginan mendapatkan
ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat
kebendaan.

Model
McClelland
dan
Atkinson

Teori
Persepso
Kebolehan

LIMA
TEOR
I

Model
Keyakinan
Sukan
Spesifik
Vealey

Teori Self
Efficacy
oleh
Bandura

Teori
Motivasi
Kecekapan
Harter

MODEL McCLELLAND AND


ATKINSON
Berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan kegagalan
FAKTOR YANG MENDORONG ATLET UNTUK MENGHARAPKAN KEJAYAAN :
Motivasi untuk mencapai kejayaan
Persepsi terhadap kemungkinan Berjaya
Nilai insentif positif terhadap kejayaan
FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK BERASA BIMBANG TERHADAP KEGAGALAN
Motivasi untuk mengelak daripada gagal
Persepsi terhadap kemungkinan akan gagal
Nilai insentif yang negative terhadap kegagalan

Teori Self Efficacy oleh


Bandura
Self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.
Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara :
perlakuan/prestasi yang berjaya
pengalaman lalu
kata-kata semangat/perangsang
kebangkitan emosi
Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan
berusaha bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan
tersebut serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan
dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.

Teori Motivasi Kecekapan


Harter
Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek
kecekapan diri atlet.
Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan
mempunyai motivasi yang tinggi.
Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan
akan menjauhi atau mengelakkan diri dari sesuatu permainan. Setiap
individu mempunyai keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan
dalam perkara yang melibatkan pencapaian.
Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut akan berusaha
untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut.

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan


keyakinan diri dalam bidang sukan dengan merujuk
sukan secara spesifik.
Definisi keyakinan sukan, keyakinan yang dimiliki
seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam
sukan. Atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan
akan membawa bersama keyakinannya untuk terus
berjaya dalam sukan yang baru.

TEORI PERSEPSI
KEBOLEHAN NICHOLLS
Gabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi
Kecekapan Harter.
Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan manusia (bagaimana
kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri mereka) Persepsi
tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke tahap
pembangunan yang berikutnya :
i. Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun
Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan
prestasi atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat
peningkatan yang telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan
bahawa kebolehan mereka semakin meningkat dan mereka berkemampuan
untuk melakukan tugasan tersebut.
Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai
kemahiran dalam tugasan tersebut
diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.

ii. Tahap usia 6 tahun ke atas


Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka
dengan rakan-rakan yang lain.
Atlet yang berorientasikan tugasan
(1) mementingkan proses menguasai kemahiran atau tugasan yang dilakukan
(2) cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan kemahiran
diri

Atlet yang berorientasikan ego


(1) lebih mementingkan keputusan
(2) kejayaan diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet
yang berorientasikan ego akan menggunakan cara serta tindakan yang
menyalahi peraturan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan
kegagalan atau kesukaran, besarkemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan
diri serta
menunjukkan perlakuan serta motivasi yang kurang
memberangsangkan.

Pembentukan Motivasi Pencapaian dan


Kegigihan Bertanding
Atlet yang bermotivasi dalaman akan sentiasa mengekalkan
penglibatannya dalam aktiviti fizikal atau sukan. Namun, seseorang
jurulatih perlu membentuk lagi motivasi atletnya dengan pelbagai
strategi.
Mewujudkan Pengalaman Kejayaan
Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di
setiap peringkat latihan. Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz gol
boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kebolehan atlet sehingga
dia mencapai kejayaan. Dengan bertambahnya kejayaan dalam
penguasaan kemahiran dan persembahan dalam latihan, atlet akan
ditingkatkan keyakinan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.
Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi keinginan bersaing.

Meningkatkan Keyakinan Diri Atlet


Keyakinan diri penting untuk persembahan yang baik dan perlu
dibina. Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri atlet adalah
memberi maklum balas positif kepada atlet terhadap perlakuan yag
betul dan tepat, berfikiran positif, berlatih dengan pemain yang
berkebolehan dan sebagainya.
Latihan Berperingkat
Proses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet
dengan menilai keupayaan kendiri. Atlet akan berlatih menguasai
kemahiran dengan latih tubi. Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu
boleh menilai diri sendiri berbanding dengan orang lain untuk
memperbaiki kelemahan. Proses terakhir ialah atlet telah dapat
mengintegrasikan penguasaan kemahiran dan telah bersedia untuk
membuat perbandingan dengan orang lain.

Penglibatkan Pemain Dalam Membuat Keputusan


Jurulatih harus memberi atlet-atletnya tanggungjawab untuk
membuat sesuatu keputusan dan peraturan. Dengan ini, kawalan
persepsi akan ditingkatan dan pencapaian peribadi dapat dirasai.
Misalnya, pemain-pemain diberi peluang
merancang atau
membuat perubahan terhadap aktiviti-aktiviti latih tubi.
Latihan Simulasi
Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan yang hampir sama
dengan pertandingan sebenarnya. Atlet akan dapat membiasakan
diri dengan pertandingan sebenar yang akan dihadapinya.
Kelemahan penguasaan kemahiran dan strategi dapat dikesan
dan dibaiki dalam latihan simulasi. Atlet akan bersedia untuk
menghadapi pertandingan dengan penuh keyakinan.

Penggunaan Motivasi Pencapaian dan


Kegigihan Bertanding dalam Latihan

Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan


menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan
keadaan-keadaan berikut:
Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak
jemu malahan ingin terus belajar.
Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu
program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.
Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu
tersebut dan bukannya kepada persaingan.
Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam
meningkatkan kemahiran sendiri.
Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai
serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan


beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi
pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:
menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya.
bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya.
memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan
dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan.
4 menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan
mengungkit kegagalan.
sentiasa melihat usaha, mendengar masalah serta cuba memahami
perasaan anak-anak.

Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan


kegigihan bertanding diambil secara bersepadu
maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi
keyakinan serta motivasi atlet serta memberi
pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

Tutorial
Anda dan rakan praktikum diminta menyediakan
satu pasukan hoki untuk mewakili sekolah ke
pertandingan MSSD. Secara berpasangan,
huraikan bagaimana anda akan membentuk
motivasi pemain-pemain anda.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai