Anda di halaman 1dari 57

TUTORIAL 14:

KEGANASAN DALAM
SUKAN
NUR SYAKILLA BINTI
MADNURU

DEFINISI
KEGANASAN/KEAGRESIFAN
Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan
perlakuan
yang
bermatlamat
untuk
menyebabkan
kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi
untuk mengelakkan diri dari dicederakan.
Menurut Baron dan Richardson ( 1994 ):
Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamatuntuk
mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau
psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk
mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang
mendatangkan kerosakan kepada harta benda yang berpunca
dari kemarahan.

DEFINISI KEGANASAN DALAM


SUKAN
Sebarang jenis keganasan yang berlaku dalam
sukan sama ada dilakukan ketika pertandingan oleh
atlet, jurulatih, pegawai mahupun oleh penyokong.
Keganasan dalam sukan boleh membawa kepada
kecederaan dan kematian.
Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan
untuk menyerang pihak lawan.
Keagresifan yang terlalumelampau akan
menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil.
Kesannya,pemainakanmelakukan kesilapan.

Keagresifan
Instrumental

Keagresifan
Ketara

Jenis-jenis
Keagresif
an dalam
sukan

Keagresifan
Asertif

Keagresifan Ketara

Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara


merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca
daripada rasa marah dengan matlamat untuk
mencederakan individu lain (ataupun objek) serta
dengan niat untuk melihat individu tersebut
mengalami kesakitan dan ganjarannya pula
( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut
terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Contoh :
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang
perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan
lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan
kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil.
Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah
menyiku pemain pertahanan lawan tersebut
(mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola
dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan
kesakitan).

Keagresifan
Instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk
mencederakan

individu

lain,

bermatlamat

untuk

mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti


kemenangan,
bertindak
sebagai

hadiah

agresif

atau

tadi

instrumental

mencapai matlamatnya.

prestij.

Individu

yang

melihat

tindakan

tersebut

perlu

dilakukan

untuk

Contoh :
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas
pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk
mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat
beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau
membuat hantaran kepada rakannya yang lain.
Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk
memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.
Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang
pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain
pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau
verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan
permainan)
untuk
mencapai
sesuatu
matlamat
(kemenangan).
Dalam
konteks
ini,
niat
untuk
mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak
boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana
tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturanperaturan permainan dan tiadanya niat untuk
mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.

Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau
merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi
dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan
selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan.
Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain
lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak
dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia
dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan
tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

Faktor-faktor
berlakunya
keagresifan
dalam sukan

Teori Semula
Jadi
Teori
KekecewaanKeagresifan
(Frustrasi)
Teori
Bredemeire

Teori
KekecewaanKeagresifan
Yang Dikaji
Semula
(Revised
Frustration)

Teori
Pembelajaran
Sosial
Bandura

Teori Semula Jadi


Setiap manusia mempunyai sifat keagresifan
kerana ia adalah secara semula jadi
( Gill.1986).
Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan
yang ada (cathasis) pada manusia.
Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan
menghentak kakinya sedang melepaskan
tenaga.

Salah satu contoh dalam sukan adalah bola


yang dalam kawalan seseorang pemain bola
sepak telah dirampas oleh pihak lawan, pemain
tersebut berkemungkinan besar merampas
balik bola dengan melakukan tackle yang kasar
ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan
kesilapannya.

Teori Bredemeire

Berdasarkan kepada Teori Piaget mengenai


perkembangan kognitif.
Mengenai alasan moral, kehendak atau
kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan
tahap/tingkat alasan moral (Bredemeire,1994)
Sifat agresif manusia dianggap sesuatu yang
tidak beretika.

Dalam sukan lasak seperti ragbi, sesuatu yang


dianggap kasar dalam permainan ini seolah-olah
satu keagresifan yang diterima dan sah kerana
terdapat dalam peraturan. Keadaan ini akan
mencelarukan perkembangan moral seseorang
apabila cuba mengenalpasti sesuatu yang
dianggap agresif.

Teori KekecewaanKeagresifan (Frustrasi)


Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang
amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai
kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau
dihenti (Dollard, Doob, Mowrer dan Sears, 1939).
Keagresifan yang keterlaluan akan menyebabkan
seseorang itu melakukan sesuatu supaya dapat
melepaskan rasa marah atau kecewa.

Contoh:
Dalam pertandingan hoki, pemain pasukan A
telah merampas bola dengan cara yang tidak
dibenarkan tetapi pengadil tidak nampak
kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh
pemain-pemain lain. Ini akan menyebabkan
pemain pasukan B menjadi kecewa dan
menggunakan kayu hoki memukul kaki pemain
pasukan A. Pemain pasukan B berbuat demikian
kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan
marah yang ada pada dirinya.

Teori Pembelajaran Sosial


Bandura
Kanak-kanak yang memerhati orang dewasa melakukan
sesuatu tuindakan yang ganas akan terikut-ikut dengan
perbuatan tersebut berbanding golongan kanak-kanak
yang tidak ada pengalaman pendedahan menonton
perbuatan ganas (Bandura,1973).
Kajian ini sebenarnya menerangkan bagaimana Teori
Pembelajaran Sosial yang menekankan keagresifan
sebagai suatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui
pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang
mempunyai sikap yang ganjil.

Contoh:

Apabila seseorang peminat bola sepak melihat


orang lain bertindak ganas sama ada melalui
siran televisyen atau semasa menonton
perlawanan bola sepak dan akhirnya meniru
perbuatan tersebut. Bagi mereka, apa yang
ditonton merupakan satu pembelajaran yang
secara sedar atau tidak membolehkan mereka
mempraktikkan insiden yang serupa untuk
mereka meniru perlakuan sedemikian.

Teori Kekecewaan-Keagresifan
Yang Dikaji Semula (Revised
Frustration)
Aggression menyatukan Teori FrustrasiAgresif dengan Teori pembelajaran Sosial.
Walaupun bukan semua kekecewaan akan
mengakibatkan tindakan agresif tetapi ia
berkemungkinan meningkatkan kemarahan dan
kekecewaan
(Berkowitz,
1965,1969,1993;
Baron Richardson, 1994).

Faktor faktor
yang
mempengaruh
i Keagresifan

1. Kebangkitan
fisiologi
Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait
rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi
bising penonton.
Suhu persekitaran berkait rapat dengan
kecenderungan untuk bertindak secara agresif
kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang
selesa, rimas serta mudah marah.

2.Persepsi individu yang dikasari


Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa
merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau
akan dikasari oleh pihak lawan.
Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa
beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara
yang sama ke atas pihak lawan.

3.Perbezaan mata atau jaringan


Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki
ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau
jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan
(Cox,1999) .
Bagaimanapun, jika kedudukan adalah seri ataupun
perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan yang
agresif dilakukan kerana semua pihak yang terlibat
iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko
yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan
yang kasar dan agresif.

4.Lokasi perlawanan
Biasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan
bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan
penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai
tuan rumah.
Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada
corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang
diperandingkan.
Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan
biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan
kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika
bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan
(Cullen&Cullen,1975).

5. Keputusan
pertandingan

Pasukan yang kalah akan lebih


cenderung bertindak agresif.

6. Kedudukan pasukan dalam liga


Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga
lazimnya kurang agresif (kurang melakukan
kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang
kedudukannya di bawah.
Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,
pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai
matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah
kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.
Justeru itu, mereka bertindak secara agresif
untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

7. Penggunaan Steroid
Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid
dalam sukan kerana kesan sampingannya.
Antara kesan sampingan steroid adalah
peningkatan keagresifan individu yang mengambil
atau menggunakan steroid.
Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang
terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar
atlet kita tidak terlibat mengambil bahan
terlarang ini demi untuk kebaikan diri dan orang
lain.

CARA-CARA MENGATASI
KEAGRESIFAN
DALAM SUKAN

1.Kurikulum sukan
Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat
sekolah rendah lagi.
Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai
jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai
nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat
kesukanan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Dengan adanya program-program tersebut, adalah
diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat
dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan
kokurikulum di peringkat awal sekolah.

2.Teknik Mengurus Keagresifan


Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku
alternative yang perlu dipraktikkan secara berulang kali
supaya ia menjadi lazim pada dirinya.
Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa
lapang secara produktif, tegaskan pendirian, uruskan
konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara
langsung tanpa berselindung, elakkan tingkah laku
menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif
kepada orang lain, nilai semula matlamat dan harapan,
berehat dan relaksasi buat sementara waktu. Teknik ini
dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam
diri seseorang ( ADAM,1980 ).

3. Peranan Jurulatih
(Papanek,1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan agar
keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah
meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh
pemainnya daripada menimbulkan keagresifan.

Oleh

itu,

pemain-pemain

akan

mempunyai

kemahiran

mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan


tersebut.

Jurulatih

juga

disarankan

supaya

tidak

memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan


kemenangan setiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).

4. Menggalakkan role model


yang bersih kepada atlet atau
pemain.
Terdapat ramai atlet professional yang
berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan
sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini
akan membuka mata pemain bahawa kejayaan
boleh dicapai secara bersih.

5. Menghukum pemain yang


beraksi secara agresif.
Atlet yang melakukan kesalahan yang sama
berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang
berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan
atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan
mereka menjadi contoh yang negatif kepada
pemain-pemain muda.

6. Menghukum jurulatih yang


menggalakkan keagresifan
Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu
dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan
penggunaan taktik atau strategi yang bersifat
agresif juga perlu dikenakan hukuman.
Semangat bermain secara adil bukan lagi
menjadi pegangan jurulatih sedemikian.
Justeru itu, memang layaklah mereka ini
dikenakan hukuman yang setimpal.

7. Menjauhkan stimulus luaran


yang boleh meningkatkan
keagresifan.
Stimulus luaran seperti sepanduk serta kain
rentang yang bersifat menghina perlu diharamkan
kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan atau
semangat yang negatif khususnya kepada pasukan
yang merasa dihina.

8. Memberikan ganjaran kepada


pemain atau pasukan yang
bermain dengan bersih.
Pemain atau pasukan yang bermain dengan
bersih khususnya dalam keadaan tertekan
perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan
tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat
demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk
pemain atau pasukan yang lain di masa depan.

CONTOH
KES KEGANASAN DALAM SUKAN

Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane


menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam
perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Terdapat
khabar angin menyatakan bahawa beliau membuat
demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai
pelacur.

Sukan tinju

Kejadian Mike Tyson menggigit telinga Evander Holyfield


sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson
menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa
yang menggemparkan tinju dunia. Saat itu merupakan pertemuan
kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang
TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk,The
Sound and The Fury ini Tyson dua kali menggigit telinga
Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia
kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu
tahun.

Ice Hockey

Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice


hockey yang sedang bergaduh di depan goal
pasukan Tampa Bay semasapermainan playoff
HokiAisPertamadi
antara
pasukan
OttawaSenator danTampa Bay Lightning.

KEGANASAN SEMASA
PERTANDINGAN
Pergaduhan di antara atlet-atlet dari dua pasukan
berlainan akibat daripada sentuhan badan (body
contact) yang berlebihan.
Kejadian atlet marah dan memukul pengadil akibat
tidak puas hati dengan keputusan pengadil.
Jurulatih marah pengadil sebab tidak puas hati
dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan
akhirnya dihalau oleh pengadil.

Kejadian penonton menggangu perlawanan yang


sedang dijalankan. Sebagai contoh, kejadian
penonton menggunakan laser untuk menggangu
perlihatan para pemain dalam perlawanan akhir
bola sepak Piala Suzuki 2011 di antara pasukan
Malaysia dengan Indonesia.

KEGANASAN SELEPAS
PERTANDINGAN
Pergaduhan di antara atlet atau pemain akibat tidak
puas hati dengan keputusan pertandingan.
Kejadian pergaduhan besar-besaran di antara dua
pihak penonton.
Contoh:
Kejadian pertempuran di antara penyokong pasukan
al-Masri dengan penyokong pasukan al-Ahly yang
menyebabkan sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh
dan ratusan lagi cedera.

Kejadian penonton merosakkan stadium bola


sepak serta membakar kereta selepas
perlawanan.
Atlet dendam sebab kalah dalam perlawanan
pertama dan melakukan keganasan pada
perlawanan ke-dua untuk membalas dendam
kekalahan yang dialami dalam perlawanan
pertama.

KEGANASAN PENONTON

Dibahagikan kepada 2 jenis :


Penonton televisyen
II. penonton acara sukan
I.

PENONTON TELEVISYEN
Kebanyakan tontonan pertandingan
berlaku di hadapan televisyen.

sukan

Penonton di hadapan televisyen mungkin


menonton dengan penuh ekspesif semasa
menonton perlawanan atau pertandingan.
Mereka mungkin marah dan melakukan
pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau
ahli keluarganya.

Apabila penyokong-penyokong dari pasukan


yang
bertentangan
berada
di
tempat
pertandingan yang sama, mereka akan membuat
perbuatan yang fitna atau mengeluarkan
perkataan yang menyakit hati penyokong
pasukan
yang
bertentangan.
ini
akan
menyebabkan pergaduhan dan keganasan
berlaku semasa menonton pertandingan sukan.

PENONTON ACARA SUKAN


keganasan dalam kumpulan besar juga
pernah berlaku dan telah menjadi
perkara yang serius. Keganasan yang
melibatkan kumpulan yang besar juga
akan mengakibatkan kecederaan dan
kematian.

CARA-CARA
MENGAWAL KEGANASAN PENONTON

1. MEMASTIKAN TIADA SENJATA


ATAU PERKARA YANG
MEMBAHAYAKAN DIBAWA MASUK
OLEH PENONTON KE DALAM
STADIUM.
Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar
penonton tidak membawa masuk barang-barang
yang membahayakan. Di luar negara, penjualan
arak di stadium juga dikurangkan untuk
mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

2. MEMISAHKAN PENYOKONG
PASUKAN.
Penyokong
kedua-dua
pasukan
perlu
dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan
atau perkara yang tidak diingini di dalam
stadium.
Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa
negara Eropah di mana ramai penonton yang
mati kerana pergaduhan di antara penyokong.

3. SINGKIRKAN PENONTON YANG


BERTINGKAH LAKU AGRESIF
(CONTOHNYA HALAU MEREKA KELUAR).
Hentikan tingkah laku agresif dengan cepat ketika
ia bermula dan maklumkan kepada mereka bahawa
pihak penganjur tidak akan bertorelansi

4. MEMPROMOSIKAN ACARA
SUKAN SEBAGAI AKTIVITI
KELUARGA.
Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti
keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan
serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat
dinikmati dalam suasana yang selamat.

5. Maklumkan kepada jurulatih bahawa tidak


ada torelansi jika agresif berlaku dalam
pasukan mereka.
6. Bekerjasama dengan media untuk
menghantar maklumat penting supaya pihak
media tidak memuji kelakuan agresif yang
berlaku dalam sukan.

7. MEDIA TIDAK MENJADI BATU


API KEPADA KEDUA-DUA
PASUKAN
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau
publisiti yang diberikan terhadap perlawanan tersebut
tidak ada sentiment yang negative. Ini adalah kerana
kewujudan sentiment yang negatif di antara keduadua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam
di antara pemain, malahan di antara para penyokong.
Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi
tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam
pertandingan separuh akhit Piala Eropah di antara
Kelab Leeds United dari England dan Kelab Galatasary
dari Turki.

SEKIAN, TERIMA KASIH