Anda di halaman 1dari 2

Tomyam Thai Sedap

Resepi : Azie Kitchen


Diolah : Cik Tiqa
Bahan Pes Tomyam:
7 ulas bawang merah Tiqa gantikan dengan 2 biji bawang besar yg besar gila .
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah Tiqa tak letak , tengok kat pasaraya tak segar , malas nk beli .
10 biji cili kering Tiqa masukkan 2 senduk cili kering yang dah dikisar oleh mama malam tadi .
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar Baru perasan belacan dalam peti ais dah expired T___T So tak letak !
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara :
Semua bahan di atas di kisar kecuali Air asam jawa, gula dan garam .
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar .
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tomyam :


Ayam - potong kecil Tak letak sebab Tiqa tak nak campur makanan laut dengan darat :)
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6 Tiqa hiris mayang je
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk

6 helai daun limau purut Tiqa hiris dengan pisau


2 biji buah tomato - belah 6 Tak letak
2 ketul kiub tomyam Letak 1 kiub je .
1 sudu besar sos ikan Tak letak , rasa menyesal tak letak . Elok letak ye .
2 biji limau nipis Tinggal sebiji je dalam peti ais .
3 sb susu cair Tiqa letak 4 sb
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Sayuran :
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Tiqa letak bunga kubis je sebab nak praktikkan 1 jenis sayur sekali makan (nasihat ustazah)

Cara cara :
Rebus ayam beberapa minit . Masukkan bawang besar , bawang putih dan daun limau purut
, serai , cili padi dan lengkuas .
Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan
sebentar .
Bila sudah sebati mendidih , masukkan sayur sayuran dan cendawan . Kemudian masukkan
pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi , sos ikan , perahan limau nipis dan
garam .
Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar .
Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas .

Tip: Tiqa nasihatkan korang buat pes banyak-banyak . Kalau boleh doublekan apa yang
Tiqa buat . Sebab Tiqa termasak dalam kuantiti yang banyak dan Tiqa rasa pes tu tak cukup
. So kalau korang terlebih letak air ke at least korang ada pes yang banyak boleh cover .
Lagi pun tak rugi sebab pes tu boleh simpan . Boleh masak untuk paprik atau nasi gorang
tomyam !

Anda mungkin juga menyukai