Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : KESELAMATAN JALAN RAYA

Jalan raya merupakan laluan untuk kenderaan berat seperti lori dan kenderaan
ringan seperti kereta.Kami bersyukur kerana Malaysia mempunyai sistem jalan raya
yang baik.
Seterusnya,sebagai pengguna jalan raya,anda perlu memastikan bahawa
kereta anda dalam keadaan baik dan selamat.Anda perlu mengetahui undang-undang
dan peraturan-peraturan lalu lintas.Anda perlu mematuhi isyarat-isyarat dan papan
tanda lalu lintas di jalan raya.Jangan sesekali anda melanggar undang-undang dan
peraturan-peraturan jalan raya.
Selepas itu,semua pengguna jalan raya perlu fokus ketika memandu supaya
dapat mengelakkan kemalangan atau kecederaan.Malah,semakin ramai pengguna
jalan raya yang menggunakan telefon ketika mereka memandu.Tindakan mereka itu
akan membawa maut kepada diri mereka sendiri,Jangan memandu ketika anda dalam
keadaan mabuk,pening,mengantuk atau letih kerana anda akan hilang fokus ketika
memandu.
Selain itu,jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa.Hendaklah sentiasa
bersabar dan bersopan-santun ketika memandu.Bak kata orang tua-tua,Biar lambat
asal selamat.Jangan sesekali anda berlumba-lumba di atas jalan raya.Jangan sesekali
anda makan,minum,bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu kerana anda
boleh hilang kawalan anda akan memusingkan stereng anda dengan tidak sengaja dan
tayar anda akan beralih kearah yang lain.Hal ini akan mengakibatkan terlanggar pokok
ataupun kereta yang lain.
Di samping itu,anda perlu sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna
jalan raya yang lain tidak mematuhi undang-undang,maka ia hendaklah sentiasa
bersedia menghadapi segala tindakan liar.Jika anda ternampak pemandu yang tidak
mematuhi undang-undang,maka anda perlulah menegurnya sebelum apa-apa terjadi.

Akhir kata,anda mestilah berhati-hati ketika memandu kereta.Bersedia atas


kemungkinan yang akan berlaku dan tidak perlulah anda memandu dengan laju untuk
menuju ke sesuatu tempat.Bak kata pepatah,Pandu cermat jiwa selamat.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Nama : Ainin Sofia Binti Shahrul Nizam
Tarikh Lahir : 9 Januari 2004
Tajuk : Keselamatan Jalan Raya

Anda mungkin juga menyukai