Anda di halaman 1dari 8

LDP Pedagogi Alaf 21 ~ Pembuka Tirai LDP Guru-Guru SMKPP

Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) .
Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk
itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan
pengetahuan mengenai pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .
Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari SMK Intan Perdana iaitu Pn. Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn.
Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai pedagogi yang bakal dilaksanakan.
Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan daripada LDP)

PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;


1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian
2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif
3. Pentaksiran untuk Pembelajaran
4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
6. Pembezaan
7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi
Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21

PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif ,manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam
kelas.

Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi memudahkan murid berbincang dan
berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan
peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.

Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas matlamat aktiviti yang dijalankan .
melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa hormat, penghargaan , empati dan
persefahaman
Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL
Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata pelajaran
Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran
Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21

Dimensi
ASAS PEDAGOGI
FOKUS PEMBELAJARAN
STRATEGI
PEMBELAJARAN
MATLAMAT
PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN
PERANAN GURU
KAEDAH PENGAJARAN
PENDEKATAN
PEMBELAJARAN

KONVENSIONAL
Memberi maklumat
Isi Pelajaran
Berinteraksi
kawalan luaran

ALAF 21
Membina maklumat
Belajar untuk belajar
Bekerjasama dan
berinteraksi
Autonomi

Tingkah laku
Mengajar
Terhad
Luaran

kognitif
Fasilitator
Terbuka
Mendalam

STRUKTUR
PEMBELAJARAN
MODEL PENGAJARAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
KAEDAH
PEMBELAJARAN

Tetap

Fleksibel

Berpusatkan guru
Pemindahan maklumat

Berpusatkan murid
Pertukaran idea/pemikiran

Pasif

Aktif

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan pdp abad ke 21 ;
*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;
1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum
memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.
~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .
manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.
Contoh :
Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia .
Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung Malaysia.
2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad berwarna dan
mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan aras
pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.
contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua murid untuk menggambarkan
kefahaman mereka kepada guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.
.i) menggambarkan faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"
ii) menggambarkan tidak faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"
iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham

icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"
3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh meneruskan aktiviti pengukuhan
dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.
4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan
yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.
5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan
di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan
berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang
untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran /.
* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21 tidak semestinya menggunakan
laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan semua guru;
Contoh RPH Bahasa Melayu

Subjek : BAHASA MELAYU


Tarikh :.
Tema : (Dari teks)
Masa :.
Topik : Karangan Fakta (cth)
Bil. Murid:..
Kemahiran Bahasa
: Mendengar/Bertutur/Membaca/
Kelas
:..
Menulis
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan &
Ilmu:
intonasi/Peribahasa
FU:
Nilai:
FS:
KBT:
Objektif Pembelajaran (LO)
Pada akhir
(mesti boleh diukur)
pelajaran,
murid-murid
akan dapat:
Kriteria Kejayaan (SC)
Murid akan
Ikut aras pelajar lemah, sederhana,cemerlang
berjaya jika
mereka boleh:
Penilaian Pembelajaran (PBS)

Konsep Penting/ Kosa Kata/ Frasa Menarik

BBM/ Sumber

Cth: IMBaKUP
Rangka Perancangan
Pemula

Aktiviti

Individu
Pasangan
Kumpulan
Keseluruha
n
Individu
Pasangan
Kumpulan

Plenari
(Penutupan)

Kerja
Rumah

Keseluruha
n
Individu
Cth: Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran pada
hari itu.
Pasangan
Kumpulan
Keseluruha
n
Cth. Menulis karangan yang lengkap

Pencapaian objektif Pembelajaran


23/25 orang murid mencapai
objektif

Impak/ Refleksi
Tindakan susulan
2 orang murid lagi akan
diberi bimbingan
selanjutnya.

Penambahbaikan PdP
BBM yang lebih sesuai