Anda di halaman 1dari 8

Kesan positif dan negatif interaksi

antara tamadun islam dan China


Att dan amoi

Kesan Positif :
(Islam, China)
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan
peranan penting dalam interaksi ini
Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama
Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan,
teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi
dan farmasi

Kesan Negatif :
(Islam, China)
Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China
pada tahun 751 masihi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh
Kao Hsien-chih
Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai
hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin
Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga
dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan.
Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara
China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati
dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam
aktiviti perdagangan.
Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh

Interaksi Tamadun Islam dan


China
Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah
adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana
kerajaan Wei.
Orang-orang Arab menggunakan dua laluan
penting untuk ke China iaitu :
Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi
Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking
Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi
merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan
Melayu hingga ke Canton di tenggara China.
Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad
ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi

Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang


Arab telah menetap di daerah tenggara China seperti
Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan Chuan Cow.
Hubungan perdagangan antara Arab dan China
menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan mereka
telah mendirikan masjid-masjid di kawasan
Guangzhou dan Guanzhou.
Selepas beberapa abad kemudian,munculnya
beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang
Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi
(1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).
Penglibatan tokohtokoh ini turut mempengaruhi
hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas
mereka.
Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China
Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah
diterbitkan pada tahun 1642.

Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada


dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada
masyarakat tempatan.
Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan
ajaran Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu
bapa),zhong (kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak
membantu penulis-penulis China muslim memperkenalkan
ajaran Islam kepada mayarakat China.
Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China Muslim
yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku
bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak 6 jilid.
Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.
Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin
telah memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru untuk
Kublai Khan pada tahun 1267 masihi
Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika
pemerintahan Dinasti Yuan.
Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga
menyumbang dalam aspek senibina.
Cth: Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di
Xinjiang (Sinkiang ).

KESIMPULAN
Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang
terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi
pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.
Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara
tamadun. Antaranya ialah :
Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah
negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan
Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung
kepada semangat keinsanan.
Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan.
Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu
tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan
negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki
tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
teologi, ekonomi, sosial dan politik.
Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi
tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).
Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya
akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan
penting.

RUJUKAN
Internet :
http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksiantara-tamadun-dan.html
http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/malindia.pdf
http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf
Buku :
Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur,Universiti Malaya, 2001.
Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.
Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.
Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu
Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun
Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul
Ehsan,2007

Anda mungkin juga menyukai