Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia antara seorang individu dengan individu yang lain yang
melibatkan penggunaan kod, iaitu gabungan antara fonem sehingga membentuk kata
dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti atau maksud. Melayu
merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu
dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau melayu. Ahli-ahli bahasa
telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula
dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dan akhirnya bahasa
Melayu Moden. Jurang masa yang ketara dan bertentangan kewujudannya pasti
menimbulkan seribu satu perbezaan antara Teks Melayu klasik dan Teks Melayu moden.
Bahasa Melayu Klasik dipercayai berkembang dari abad ke-13 hinggalah abad ke-17.
Manakala Bahasa Melayu moden merupakan bahasa yang diguna pakai sehingga ke hari
ini. (Asmah Omar,1985).

2.0 BAHASA MELAYU KUNO


Bahasa Melayu kuno tergolong dalam bahasa nusantara di bawah golongan bahasa
sumatera. Bahasa Melayu Kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan sriwijaya. Bahasa Melayu Kuno berperanan sebagai lingua franca dan bahasa
pentadbiran disebabkan sifat bahasa melayu yang sederhana, mudah menerima pengaruh
luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang
lebih mudah berbanding bahasa jawa.
2.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno berkembang melalui aktiviti perdagangan. Pada abad pertama,
pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula
belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat
Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja
sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan
Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.
Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan
Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar
agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu
Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.
Oleh sebab agama hindu menjadi pegangan orang melayu ada ketika itu bahasa Melayu
banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa sanskrit yang menyumbang kepada penggayaan
kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap
sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahsa melayu juga mudah dilentur
mengikut keadaan dan keperluan.
Bukti penggunaan bahasa Melayu boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang
ditulis dengan huruf palawa iaitu Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).
Batu besurat di Talang Ruwo , Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau
Bangka (686 M) dan lain-lain. Berpandukan isinya, penulisan batu bersurat tersebut dibuat
atas arahan raja Srivijaya, sebah kerajaan yang mepunyai empayar meliputi Sumatera,
2

Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Hal ini menunjukkan
bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahsa rasmi dan bahasa pentadbiran
kerajaan Srivijaya sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan
takluknya. Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa sanskrit, akan tetapi
masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno didalamnya.
3.0 BAHASA MELAYU KLASIK
Kamus Dewan (2005) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau
kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang
tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa
bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan
tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada
para ilmuan dan pengkaji untuk menggunakannya atau menyelidiki pertumbuhan dan
perkembangannya.
3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK
Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu iaitu
selepas bahasa Melayu Kuno. Ianya dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada
abad ke-19. Bahasa ini diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah
timur Aceh iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih.
Oleh yang demikian bahasa ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kedatangan agama
dan kebudayaan Islam. (Awang Sariyan)
Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi
perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur
kata dan hasil tulisannya. Kewujudan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga telah
dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu Bersurat Minye Tujuh di
Aceh (1930). Ianya merupakan batu bersurat pertama yang ditemui dengan penggunaan
kata-kata Arab seperti khalifah, nabi, Allah, rahmat dan sebagainya. Ini disusuli dengan
penemuan berikutnya iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung yang mempunyai sedikit perbezaan
dari segi bahasanya.
3

Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan
wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman
permulaan bahasa ini telah ditandai dengan kemunculan prasasti di Terengganu yang
bertarikh 702 Hijrah atau bersamaan dengan 1303 Masihi. Bukan itu sahaja, prasasti bahasa
Melayu Klasik juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan
Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa pulau yang
lainnya. Ianya juga turut ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat,
Sumatera Utara dan Aceh.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa
manuskrip Melayu lama. Sejumlah kira-kira 10,000 naskah manuskrip lama didapati
tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang
tertua merupakan surat kiriman Sultan Pernate yang berasal dari kepulauan Maluku kepada
Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di
bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Keadaan ini berpunca kerana
kerajaan-kerajaan tersebut telah menjadi lokasi yang penting bagi kegiatan perdagangan,
perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.
Zaman keagungan bahasa Melayu dikatakan berlangsung pada zaman Melayu Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya membina
dan meluaskan empayar serta jajahan takluknya. Secara tidak langsung ianya telah dapat
meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau tersebut dan telah
digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan juga aktiviti perdagangan sehingga
berupaya menjadi bahasa lingua franca kepada para pedagang. Bahasa Melayu juga telah
diangkat sebagai alat penyebar agama Islam di seluruh kepulauan Melayu. Bukan sahaja
lahirnya tulisan baru iaitu tulisan Jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah
dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban
Islam. Keagungan kesultanan Melayu Melaka ini telah tergambar menerusi Sejarah
Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang tinggi nilainya

4.0 BAHASA MELAYU MODEN


Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19
hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia
Tenggara. Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti
dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan
mempengaruhi bahasa Melayu.
4.1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah
mengalami dua fasa perkembanagan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang dunia
Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa
Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan
sebelumnya. Sungguhpun kerajaan British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu,
pegawai-pegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian
bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhubung dengan penduduk tempatan
dengan mudah dan lancar. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat ramai pegawai atasan
British seperti Brown, Kilkinson, Maxwell, Winstedt, Dussek, Marsden, Skinner dan lainlain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu.
Sebaliknya, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasarnya dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu yang
berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan untuk bekerja
dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan
pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Mereka telah menggunakan Bahasa
Inggeris dalam urusan seharian. Pada ketika itu individu yang boleh berbahasa Inggeris
dianggap sebagai orang bijak dan bertaraf tinggi.
Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah
dikembalikan. Perkara 152 Perlembangaan Persekuatuan telah mengangkat bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga
telah diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah
5

sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi
dengan pengubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam institusi
pendidikan, bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam urusan
kehakiman, persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19
hinggalah sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara
Eropah di Asia Tenggara. Keadaan ini telah mengakibatkan bahasa Portugis, bahasa
Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, dan seterusnya
mempengaruhi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik,
tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Namun begitu,
bahasa Melayu Moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa tersebut. Ianya juga
tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai
sebelumnya.
Banyak istilah-istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam Bahasa Melayu
Moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke
semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai
keupayaan untuk berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsurunsur bahasa asing telah menjadikannya semakin dinamik dan dapat meneruskan
kelangsungannya.
Tidak seperti Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu
Moden tidak mampu berkembang secara bersendirian. Catatan sejarah telah membuktikan
Bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perancangan dan pembangunan oleh
sebuah badan bahasa yang ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Bahasa Melayu Moden telah diangkat statusnya sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

5.0 PERBEZAAN ANTARA TEKS KLASIK DAN TEKS MODEN DARI SUDUT
PERKATAAN (MORFOLOGI)
5.1 PERBEZAN DAN PENGARUH KOSA KATA ASING
Teks Melayu klasik kerap kali menggunakan kosa kata asing. Kosa kata asing yang
jelas terlihat pada teks klasik Hikayat Datuk Merpati ialah kosa kata pinjaman bahasa arab.
Contohnya Rabbulalamin, fakir, dan niat pada halaman 136. Kata-kata pinjaman
iniasalnya ialah perkataan jawi namun kemudiannya dirumikan. Teks klasik juga dilihat
telah menerima banyak pengaruh kosa kata asing bahasa arab dan sanskrit. Hal ini besar
kemungkinan berikutan kurangnya perkataan bahasa melayu dalam menterjemahkan
sesuatu perkara. Hal ini turut disokong dengan pernyataan Bahasa Melayu klasik dilihat
banyak menerima fonem-fonem dari Bahasa Arab (Abdullah Hassan,1992)
Teks Melayu moden pula menggunakan kosa kata asing pinjaman Bahasa Inggeris.
Pada teks Melayu moden Lari Dari Neraka dapat ditemui kata pinjaman seperti inspektor
(halaman 132) dan universiti (halaman 28). Akan tetapi Penggunaan kata pinjaman
Bahasa Inggeris pada teks melayu moden telah ditukarkan struktur ejaannya kepada Bahasa
Melayu. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh ketidakwujudan perkataan tersebut
dalam bahasa Melayu mahupun kebolehan bahasa Melayu mencipta perkataan yang
membawa maksud yang sama seperti perkataan asal.
5.2 PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT
Kata pangkal ayat juga turut disebut sebagai perdu perkataan. Antara perdu perkataan
yang digunakan dalam Hikayat Datuk Merpati ialah sebermula, syahadan, Alkisah,
Tersebutlah dan sebagainya. Penggunaan kata pangkal ayat ini boleh ditemui pada halaman
1, Hikayat Datuk Merpati.
Alkisah darihal sebuah cerita purbakala zaman yang terdahulu zaman. Maka adalah
suatu cerita tentang anak-anak dewa dari kayangan.
Sekiranya kata pangkal ayat ini tidak digunakan atau diabaikan sekalipun, makna
7

sesebuah ayat tidak akan berubah. Hal ini kerana penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat
tidak memberi sebarang fungsi atau makna dalam sesebuah ayat yang diwakilinya.
Berdasarkan keterangan tersebut, Bahasa Melayu moden pada hari ini tidak lagi kerap
menggunakan kata pangkal ayat. Oleh itu, petikan diatas boleh ditulis semula tanpa
menggunakan kata pangkal ayat seperti berikut.
Darihal sebuah cerita purbakala zaman yang terdahulu zaman. Maka adalah suatu
cerita tentang anak-anak dewa dari kayangan.
Petikan yang diambil pada halaman 1 yang telah dituliskan semula dengan
mengabaikan kata pangkal ayat jelas membawa maksud yang sama dari petikan teks klasik
yang asal. Oleh itu,jelaslah perbezaan antara teks klasik dan teks moden dari segi
penggunaan kata pangkal ayat dimana teks melayu moden tidak lagi menggunakan perdu
perkataan kerana menganggap perdu perkataan tidak membawa sebarang pengaruh dari
segi maksud sesuatu ayat.

5.3 PENGGUNAAN AKSARA JAWI


Berbeza dengan ciri bahasa Melayu Moden, bahasa Melayu Klasik didapati sering
menggunakan aksara Jawi iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Ciri-ciri penggunaan aksara Jawi ini adalah
berpunca dari kesan pengaruh Islam ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Kedatangan Islam
ke alam melayu telah memberikan impak yang begitu besar. Roh Islam bukan sahaja
terpancar pada diri individu malahan turut dapat dikesan dalam istilah dan ungkapan
bahasa. Istilah dan ungkapan Islam ini telah diterima pakai oleh masyarakat Melayu ketika
itu sebagai perantara dalam komunikasi atau dalam penghasilan sesebuah karya. Tokohtokoh Islam seperti Hamzah Fansuri dan Raja Ali Riau banyak membantu dalam
perkembangan istilah Islam ini.
Ciri-ciri ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Moden terutama
dalam penghasilan karya sastera. Penulisan karya sastera bahasa Melayu Moden tidak lagi
menggunakan aksara Jawi ini kecuali pada karya-karya yang bercorak keagamaan. Kesan
8

pengaruh penulisan bahasa penjajah terutamanya bahasa Inggeris sama sekali telah
melengkapkan penggunaannya di dalam penulisan bahasa Melayu Moden.
6.0 PERBEZAAN ANTARA TEKS KLASIK DAN TEKS MODEN DARI SEGI
PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)
Bahasa Melayu Klasik bukan sahaja telah memperlihatkan beberapa perbezaan dengan
bahasa Melayu Moden dari sudut pembentukan perkataan malahan telah memperlihatkan
beberapa perbezaan dari aspek pembentukan ayat. Antara aspek-aspek yang membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut sintaksis adalah seperti
penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang, berbelit-belit dan meleret-leret,
mempunyai bentuk ayat pasif dan songsang, penggunaan frasa atau ayat pengaruh Arab,
penggunaan unsur humor, penggunaan unsur-unsur penyembahan, penggunaan unsur
perlambangan, memasukkan unsur-unsur sensasi, unsur kiasan atau perbandingan, gaya
bahasa sindiran, serta penggunaan pantun dan peribahasa.

6.1

PENGGUNAAN

AYAT YANG

PANJANG,

BERULANG-ULANG

DAN

BERBELIT-BELIT
Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri utama
yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut
sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga
dianggap meleret-leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang
membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden ini dapat dikesan
melalui beberapa baris ayat yang terkandung di dalam Hikayat Datuk Merpati.
Ada suatu cerita Dayang Seri Bulan menyuruh Samaun membuat rumah panjang dua
puluh depa dan bukannya sepuluh depa, pakai menempatkan perempuan yang tiada berdaya
ibu bapanya. Hikayat Datuk Merpati, halaman 116.
9

Contoh ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang
terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang
strukturnya. Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak dua puluh tujuh patah
perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada kita
bahawa ayat-ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu klasik terdiri dari struktur yang
panjang dan berbelit-belit.
Selain terdapatnya unsur pengulangan perkataan, sesebuah ayat bahasa Melayu Klasik
juga didapati panjang dan meleret-leret kerana berpunca daripada gaya bahasa hiperbola
yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermakna sesuatu
perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama Di dalam bahasa Melayu
Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam sesebuah ayat tidak berlaku. Sekiranya
sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam sesebuah ayat ianya dianggap sebagai suatu
kelemahan terhadap binaan ayat tersebut. Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi
menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataanperkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat.
Pengarang harus sedar bahawa sesebuah ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelitbelit akan menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya.

6.2 PENGGUNAAN AYAT PASIF DAN SONGSANG


Selain daripada penggunaan ayat yang berulang-ulang, ciri-ciri lain yang turut dikesan
dalam bahasa Melayu Klasik ialah terdapatnya pendepanan predikat dalam sesuatu ayat
yang digunakan. Pendepanan predikat dalam ayat ini juga disebut sebagai penyongsangan
ayat. Terdapat pelbagai-bagai jenis pendepanan predikat ini antaranya adalah pendepanan
predikat kata kerja, pendepanan objek dan pendepanan kata pelengkap.
Hal yang sedemikian berlaku berpunca daripada pengaruh bahasa Arab yang terdapat
di dalam bahasa Melayu Klasik itu sendiri. Antara contoh-contoh ayat yang menunjukkan
ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti Adik beta melawat di Sikudana lalu beristeri
10

juga Hikayat Datuk Merpati halaman 142, Ditariknya ke dalam bilik lalu bertangisan
meratap-ratap akan dia Hikayat Datuk Merpati, halaman 144.
Ciri-ciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Klasik dilihat berbeza dengan ciriciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Moden. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu
Moden boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang,
melalui proses pendepanan atau penjudulan. Nik Safiah Karim (2010). Dalam susunan
songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek
dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan hendaklah diberi penegasan
iaitu melalui proses pendepanan. Dalam bahasa Melayu Moden, terdapat sekurangkurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu pendepanan seluruh
predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
Antara berikut menunjukkan contoh proses pendepanan yang terdapat dalam bahasa
Melayu Moden. Perasaan kasihan pada suaminya memang ada. (susunan biasa)
Memang ada perasaan kasihan pada suaminya. (ayat songsang yang telah didepankan
seluruh predikatnya). Lari Dari Neraka, halaman 71.
6.3 PENGGUNAAN GAYA BAHASA
Gaya bahasa melibatkan cara dan ayat seseorang pengarang menyampaikan buah
fikiran dan pandangannya sendiri. Antara gaya bahasa bagi karya bahasa Melayu Klasik
adalah seperti penggunaan pantun.

6.3.1 PENGGUNAAN PANTUN


Di dalam hikayat Datuk Merpati, penggunaan pantun kerap digunakan sama ada untuk
meraikan majlis keramaian dan perpisahan. Penggunaan pantun dapat ditemui pada
halaman 2, 3, 4, 11, 19, 23, 24 dan seterusnya.
Pada halaman 34, anak-anak negeri iaitu Pak Jenaka dan Pak Melar berbalas pantun
bagi menghiburkan majlis keramaian pada majlis perkahwinan Sultan Johari itu.
11

Lalu berpantunlah Pak Jenaka


Sudah tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Selama ini sultan mencari,
Baharu sekarang nyatalah dapat.
Lalu dijawab oleh Pak Melar
Singapura bernama Selat,
Sudah bernama negeri baru,
Inilah baharu akan dilihat,
Hatiku senang menjadi pilu.
(Hikayat Datuk Merpati, halaman 34 )
Aduh abangku adikku jua,
Baharulah adik berasa tua,
Ditambah dinaik nama bahagia,
Rasanya kusut fikiran adinda.
Aduh adikku kekasih kakak,
Adikku tinggal dengan kakaknya,
Kerana pakai berura-ura,
Supaya dapat hati berkira.
(Hikayat Datuk Merpati, halaman 37)
Didalam Hikayat Datuk Merpati, terdapat adegan pada halaman 37 dimana Sultan
Johari mendapatkan abangnya Sultan Pahlawan Muda dan juga adiknya pada majlis
perkahwinannya bagi meraikan keberangkatannya pergi sambil diiringi bunyi meriam
sebanyak tujuh kali.
Gaya bahasa Melayu Klasik seperti pantun dilihat telah memasukkan pelbagai unsur
12

bahasa. Selain menarik minat pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan,
elemen bahasa juga bertujuan menzahirkan perasaan negatif iaitu mengejek dan menyindir
ianya juga digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu
perkara atau benda.
7.0 RUMUSAN
Setelah ditelusuri secara bestari dapatlah dirumuskan bahawa terdapat beberapa
perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden terutamanya perbezaan
dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat. Elemen ini amat dititik beratkan di
dalam bahasa Melayu Klasik bagi meninggalkan kesan yang berkekalan di ingatan sesorang
pembaca. Namun begitu menerusi gaya bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah
dibincangkan tidak begitu ketara penampilannya. , Pertuturan dan penulisan dalam bahasa
Melayu Moden dilihat lebih bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana
masyarakat moden hari ini lebih bersikap terbuka dan berterus terang dalam mentafsir
sesuatu perkara. Mereka juga mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan
cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.

13

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah karim, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.
Haji Mohammad Tahir bin Abdul Ghani, 1989. Hikayat Datuk Merpati. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Osman Dol, 1991. Lari Dari Neraka. Selangor. Marwilis Publisher and Distributors
Sdn.Bhd.
Umar Junus, 2010. Gaya Bahasa Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sato Hirobumi, 1997. Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks
Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20
ogos daripada http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=933
Mohammad Fadzeli Jaafar Analisis Komponen Tekstual Dalam Teks Melayu Klasik Abad
ke-17. Dicapai pada 17 Ogos daripada
content/uploads/2014/08/1-Analisis-kompon

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wpen-tekstual-dalam-teks-melayu-

klasik.pdf

14

15

Anda mungkin juga menyukai