SOALAN:
1. Nyatakan definisi kaedah saintifik.
- Sumber pengetahuan yang menggabungkan sumber-sumber pengetahuan taakulan
deduksi dan taakulan induksi. (Sayer,1992)
- Suatu proses penyelidikan yang berterusan berkaitan cara menguji kebenaran idea
berkenaan tindak tanduk dan hasil ujian yang dijalankan memberi keyakinan pada
idea tersebut. (Mohd Arif, 1990)
2. Jelaskan dua kaedah saintifik.
a. Kaedah Sistematik
- Berpandukan kepada peraturan-peraturan dan melibatkan prosedur-prosedur yang
dirancang setiap langkah supaya boleh diulangi oleh orang lain.
b. Kaedah Objektif
- Merujuk kepada pengumpulan maklumat yang benar dengan menggunakan
instrument atau peralatan yang sah. Contohnya borang soal selidik. Ini bertujuan
untuk menyekat atau mengelak timbulnya bias atau emosi.
TAJUK: KEMAHIRAN PEMBELAJARAN
SOALAN:
1. Nyatakan definisi pembacaan.
- Membaca sebagai proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara
pembacaan dengan teks (Rumelhart & Stanovich)
- Membaca adalah memahami erti dari suatu tulisan, kata ataupun simbol (Oxford
Advanced Learners Dictionary)
2. Huraikan 2 teknik membaca pantas.
a. Teknik skimming
- proses membaca dengan cepat untuk mencari fakta.
- mengambilkira ayat-ayat yang dirasai mengandungi maklumat yang diperlukan secara
cepat untuk mendapatkan fakta-fakta yang ada dalam setiap perenggan
b. Teknik scanning
- ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk
mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
- untuk mendapatkan maklumat khusus dari sebuah teks, seperti nombor telefon, satu
perkataan dalam kamus, tarikh lahir pada buku biografi dan lain-lain.
SOALAN:
1. Nyatakan 3 kaedah pengajaran.
- Kaedah penemuan
- Kaedah kuliah
- Kaedah perbincangan