Anda di halaman 1dari 14

BAB

iii- DASAR POLITIK

Pengenalan
Hubungan sesebuah negara dengan negara-negara lain dilaksanakan melalui satu dasar yang
dikenali sebagai dasar luar negara. Dasar luar sesebuah negara digubal mengikut kepentingan
negara berkenaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ekonomi, sejarah, penduduk,
kedudukan negara dari segi geografi dan kepimpinan.
Di Malaysia, Kementerian Luar Negeri yang dikenali sebagai Wisma Putra ditugaskan untuk
mengendalikan hubungan antarabangsa. Dasar luar Malaysia ialah mengadakan hubungan
baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politiknya. Malaysia mengamalkan dasar
luar dengan tujuan:
i.
ii.
iii.
5.1

Menjamin kedaulatan dan keselamatan negara.


Memelihara dan menjalin persahabatan baik dengan negara-negara lain.
Menjamin keamanan dan kemakmuran negara

CIRI-CIRI DASAR LUAR MALAYSIA


i.
ii.
iii.
iv.

Berhubung mesra dengan semua negara tanpa mengira ideologi politiknya


Kerjasama serantau
Menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel dan Pertubuhan
Negara-negara Islam
Mengekalkan dasar berkecuali

Rajah 5.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia

Faktor Sejarah
Sumber Ekonomi Negara

Penduduk
(Demografik)

Kedudukan Negara Dari


Segi Geografi

Kepimpinan
Faktor Yang Mempengaruhi
Dasar Luar Malaysia

Struktur Politik Negara

Keadaan Politik Serantau

Hubungan Diplomatik

Institusi Antarabangsa
Keselamatan Negara

94

5.2

DASAR LUAR MENGIKUT JANGKA MASA

5.2.1 Jangka masa 1957-1969


1. Dasar Pro-Barat
o Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dimeterai pada tahun 1957
o Mengamalkan dasar perdagangan bebas khususnya dengan Negara-negara Barat
o Aktiviti ekonomi bergantung pada bantuan teknikal dan modal Barat, contohnya
Rancangan Colombo.
2. Dasar Anti-Komunis
o Darurat berkuat kuasa di Persekutuan Malaya
o Tidak mengiktiraf Republik Rakyat China
o Tunku Abdul Rahman melawat ke Vietnam Selatan yang menghadapi ancaman komunis
dari Vietnam Utara.
3. Dasar Kerjasama Serantau
o Menganggotai Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961
o Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963
o Menganggotai ASEAN pada tahun 1967
4. Dasar Anti-Apartheid
o Menentang dasar Apertheid di Afrika Selatan sehingga 1993
o Tindakan ini paling banyak mengubah dasar negara
5. Pergerakan Negara2 Berkecuali (NAM)
o Berpegang pada prinsip NAM yang ditetapkan dalam persidangan negara-negara AfroAsia di Bandung pada tahun 1955:
a) menghormati hak asasi manusia, kedaulatan serantau dan mengakui
persamaan ras dan negara.
b) Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara
c) Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara rundingan
d) Menghormati hak rakyat sesebuah negara untuk menentukan
nasib
negaranya.
6. Perkhidmatan tentera di bawah Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB)
o Malaysia telah menghantar tentera di bawah PBB untuk berkhidmat di Kongo antara
1965-1966.
5.2.2 Jangka masa 1970-1980
1. Dasar Berkecuali
o Tamat konfrontasi dengan Indonesia
o Berpegang teguh pada dasar berkecuali dan Zone of Peace, Freedom and Neutrality
(ZOPFAN)
o Menggugurkan dasar Anti-Komunis, mengadakan hubungan diplomatik dengan
Republik Rakyat China, Rusia dan Jerman Timur
o Menyokong kemasukan China ke PBB
2. Kelunturan Dasar Pro-Barat
o Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran
o Pelaburan asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru)
3. Dasar Pro-Islam
o Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
o Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Pertubuhan Persidangan Islam yang
pertama
o Mengeratkan hubungan dengan Negara-negara Islam seperti Pertubuhan Pembebasan
Palestine (PLO) dan Negara-negara Arab
4. Pasukan Pengaman PBB

95

Mayaysia menghantar pasukan pengaman ke tempat-tempat seperti Iran-Iraq (19881992); Angola (1989); Namibia (1989) dan lain-lain.
5. Zon Ekonomi Eksklusif
o Sesebuah negara berkuasa sepenuhnya terhadap pengurusan dan eksploitasi
kekayaan di kawasan perairan dalam lingkungan 200 batu nautika dari persisiran pantai
negaranya
o Memberi implikasi bahawa Malaysia dapat mengeksploitasi petroleum di kawasan
perairannya.
o Masih tidak dapat menyelesaikan tuntutan terhadap kepulauan Spratly (Natuna
Anambas) yang dituntut oleh China, Filipina, Vietnam dan Malaysia.
o

52.3 Jangka masa 1980-an


1. Dasar Pandang ke Timur
o Rapat dengan Jepun dan Korea Selatan
o Kerjasama teknikal dan perdagangan yang lebih erat dengan kedua-dua negara
tersebut di Timur
2. Mengurangkan pergantungan kepada Barat
o Mewujudkan Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara yang sedang membangun
o Mengadakan Rancangan Kerjasama Teknikal untuk membantu negara-negara tersebut
3. Semangat Selatan-Selatan
o Meningkatken kerjasama antara negara-negara Selatan kerana Dialog Utara-Selatan
kurang berhasil
o Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan
o Berjuang untuk mewujudkan Orde baru Ekonomi Dunia (NIEO)
o Menghadiri Persidangan Kumpulan 15 di Buenos Aires, Argentina (1995)
o Mengadakan Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia untuk menawarkan kepakaran
dalam sektor pertanian, teknikal dan khidmat nasihat dalam bidang pendidikan kepada
negara membangun seperti Papua New Guinea, Bangladesh dan Maldives
4. Pertubuhan Komanwel
o Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kemuncak Negara-negara Komanwel
(CHOGM) pada 1989
o Tun Dr. Mahathir muncul sebagai jurucakap dunia dan Wira Dunia ke-3 dalam
Persidangan Komanwel
o Menghadiri CHOGM di Auckland, New Zealand pada 1995
5.
Isu Antartika
o Hasil khazanah di Antartika adalah untuk manusia sejagat
o Ekologi alam hendaklah dipertahankan
o Kerjasama antarabangsa dalam kajian saintifik boleh dijalankan
o Antartika boleh digunakan untuk menjalankan kajian nuclear tetapi mesti bebas
daripada ketenteraan dan senjata nuklear
5.2.4 Jangka masa 1990-an
1. Sidang Kemuncak Bumi 1992 dan 1997
o Lantang menyuarakan isu alam sekitar dan ingin Negara maju memikul tanggungjawab
bersama
2. Dialog Selatan-Selatan
o Malaysia mengetuai Kumpulan 15
3. Dialog Antarabangsa Langkawi 1997
o Mengadakan perkongsian pintar bagi kesejahteraan bersama secara global
o Menggalakkan kerjasama Dunia Ketiga (meliputi kerajaan dan badan korporat di Afrika,
Arab dan Asia)
4. Isu Bosnia-Herzegovina dan Kosovo
o Lantang kemukakan ketidakpuasan cara PBB menangani isu tersebut

96

Mewujudkan kumpulan penghubung OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan BosniaHerzegovina


o Menerima orang pelarian perang Bosnia ke Malaysia
Penyertaan aktif dalam PBB
o Aktif menghantar untuk berkhidmat di bawah panji PBB
o Malaysia dipilih menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB pada 1996
o Malaysia terpilih menganggotai Majlis Keselamatan PBB dari 1990-2000 untuk kali
ketiga
Dasar Keamanan
o Malaysia terlibat dalam penyelesaian pertikaian wilayah kepulauan yang meliputi
Kepulauan Spratly, Pulau Batu Putih, Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
o Membantu untuk memulihkan keamanan di Kemboja
Pertubuhan Komanwel
Pertikaian Malaysia dengan Singapura
Penyertaan dalam D-8 (Kumpulan 8 buah Negara Sedang Membangun)
o

5.

6.

7.
8.
9.

5.2.5 Jangka masa 2000-an


1.
2.
3.
4.

5.3

Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB di Timor Timur yg
telah diberikan kemerdekaan oleh Indonesia
Menentang keganasan
Penyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca
yang menyebabkan munculnya kumpulan pengganas
Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara2 Berkecuali (NAM)
pada tahun 2003
KE ARAH PEWUJUDAN KERJASAMA SERANTAU ASEAN

Malaysia merupakan sebuah neagara yang kecil di rantau Asia Tenggara. Malaysia
menganggap kerjasama serantau amat perlu untuk mengembangkan kemajuan ekonomi dan
sosial di antara negara-negara Asia Tenggara. Kini, negara kita telah memainkan peranan
penting dalam beberapa pertubuhan serantau terutamanya Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN).
Carta 5:3 Ke Arah Pembentukan ASEAN
PERSATUAN ASIA TENGGARA (ASA), 1961
Tanah Melayu, Negara Thai, Filipina

MAPHILINDO, 1963
Tanah Melayu, Filipina, Indonesia

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA


TENGGARA (ASEAN), 1967
Malaysia, Negara Thai, Filipina, Singapura,
Indonesia

97

5.3.1 Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia ASA)


Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tuanku Abdul Rahman telah
berhasrat menjalin hubungan persahabatan dan mengadakan kerjasama dengan negaranegara Asia Tenggara yang bukan komunis.
Sebenarnya, hasrat Tunku Abdul Rahman ada kaitan dengan satu isu politik, iaitu ancaman
komunis di rantau Asia Tenggara.
Lawatan rasmi Tuanku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959 telah
menghasilkan pembentukan satu pertubuhan serantau.
Indonesia tidak berminat menganggotai pertubuhan serantau ini kerana tidak suka dengan
satu pertubuhan yang berbilang anggota. Mereka lebih berhubung secara dua hala sahaja.
Hanya negara Thai dan Filipina yang menaruh minat menyertai pertubuhan tersebut.
Berikutan dengan itu, Filipina, Persekutuan Tanah Melayu dan negara Thai telah
mengadakan rundingan di Bangkok. Rundingan ini akhirnya bersetuju untuk menubuhkan
Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada 31 Julai 1961.
ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi bertujuan membangunkan bidang ekonomi dan
kemasyarakatan supaya kemiskinan dapat dibendung dan perkembangan pengaruh
fahaman komunis dapat dihapuskan.
5.3.2 MAPHILINDO
Selepas kegagalan ASA, kerajaan Tanah Melayu telah berusaha memulihkan hubungan
diplomatik dengan Indonesia dan Filipina.
Usaha tersebut telah menghasilkan sidang kemuncak yang diadakan di Manila dari 30 Julai
hingga 5 Ogos 1963.
Dalam sidang kemuncak ini, ketiga-tiga buah negara telah bersetuju mengadakan
hubungan yang lebih baik dengan mengadakan hubungan yang lebih baik dengan
menubuhkan MAPHILINDO sebuah pertubuhan serantau yang terdiri daripada Malaysia,
Filipina dan Indonesia.
5.4

PERSATUAN NEGARA ASIA TENGGARA - ASEAN

Pada 8 Ogos 1967, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast


Asian Nations ASEAN) ditubuhkan.
Anggota-anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Singapura, Indonesia, negara Thai dan
Filipina.
Penubuhan ASEAN diwartakan melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Brunei Darussalam telah menyertai ASEAN setelah mencapai kemerdekaan pada tahun
1984.
Melibatkan 5 orang Menteri Luar:
o Tun Adam Malik (Indonesia)
o Tun Tuanat Khoman (Thailand)
o S. Rajaratnam (Singapura)
o Narcisco Ramos (Filipina)
o Tun Abdul Razak (Malaysia)

o
o
o
o
o

Anggota Asal:
Indonesia
Thailand
Singapura
Filipina
Malaysia

Kemudian disertai oleh:

98

o
o
o
o

Brunei (1984)
Myanmar (1997)
Laos (1997)
Kemboja (1999)

5.4.1 Matlamat-matlamat ASEAN


ASEAN bukanlah sebuah pakatan ketenteraan, ia merupakan sebuah pakatan ekonomi,
sosial dan kebudayaan.
Penubuhan ASEAN telah mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi,
sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
ASEAN menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan
kebudayaan di rantau ini melalui kerjasama di antara negara-negara anggota.
ASEAN mendorong keamanan dan kestabilan serantau dengan mematuhi peraturan
undang-undang dalam hubungan antara negara-negara serantau serta mematuhi prinsipprinsip Piagam PBB.
ASEAN juga menggalakkan kerjasama yang lebih berkesan dalam bidang perindustrian dan
pertanian, memperluaskan perdagangan, mempertingkatkan kemajuan pengangkutan dan
perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat negara serantau.
ASEAN menggadakan kerjasama yang erat dan berfaedah dengan pertubuhan-pertubuhan
serantau yang lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang wujud.
5.4.2 Struktur Pentadbiran ASEAN
Dalam usaha menacapai matlamat-matlamat ASEAN, Menteri-menteri Luar ASEAN telah
bersetuju mengadakan mesyuarat tahunan yang dipanggil Persidangan Tahunan Menterimenteri Luar ASEAN (Annual Ministerial Meeting AMM). Badan ini membuat keputusan
yang tertinggi bagi kerjasama politik dan sosio-budaya. Mesyuarat Menteri-menteri Luar
ASEAN yang pertama diadakan pada bulan Mei 1974.
Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Ministerial Meeting
AEMM) diadakan dua kali setahun. Badan ini membuat keputusan tertinggi bagi kerjasama
serantau.
Sebuah sekretariat tetap yang dikenal sebagai Sekretariat ASEAN ditubuhkan. Ibu
pejabatnya didirikan di Jakarta.
Beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk membantu AMM dan AEMM iaitu:i.
Jawatankuasa Tetap yang dipengerusikan oleh Menteri Luar negara tuan rumah.
ii.
AMM dibantu oleh sebuah jawatankuasa pegawai kanan yang dikenali sebagai
Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan.
iii.
AEMM dibantu oleh sebuah jawatankuasa pegawai kanan yang dikenali sebagai
Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-pegawai Ekonomi Kanan.
ASEAN juga mempunyai beberapa jawatankuasa tetap kecil yang bertanggungjawab atas
perkara ekonomi dan sosial. Antaranya ialah:

Perdagangan dan Pelancongan


Perindustrian, Galian dan Tenaga
Pertanian, Perikanan dan Perhutanan
Pengangkutan dan Telekomunikasi
Kewangan dan Urusan Bank
Sains dan Teknologi
Pembangunan Sosial
Kebudayaan dan Penerangan

5.4.3 Persidangan-persidangan ASEAN

99

i.
ii.
iii.
iv.

Deklarasi Kuala Lumpur, 1971


Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Jakarta, 1974
Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan ASEAN di Bali, 1976
Persidangan Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN Ke-4

5.4.4 Kerjasama Antara Negara-negara ASEAN


i.

Kerjasama dalam bidang ekonomi


Sehingga tahun 1976, kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN adalah
tidak menggalakkan. Kejayaan yang diperolehi dalam bidang ekonomi amat kecil.
Pada tahun 1979, para Menteri Luar Asean telah menandatangani Simpanan
Makanan Keselamatan ASEAN (ASEAN Food Security Reserve AFSR).
Peraturan perdagangan Istimewa, satu sistem tarif yang istimewa bagi barangbarang keluaran negara-negara ASEAN sehingga 70% diadakan untuk
menambahkan perdagangan intra-ASEAN.
ASEAN menggadakan kerjasama dengan Kesatuan Ekonomi Eropah (European
Economic Community EEC) serta Jepun dan negara-negara maju untuk
meluaskan pasaran bagi barangan eksport ASEAN.
ASEAN kerap mengadakan mesyuarat-mesyuarat dialog dengan negara-negara
maju seperti Australia, Kanada, Jepunm Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC), New
Zealand dan Amerika Syarikat untuk mengadakan kerjasama ekonomi. ASEAN
menggunakan mesyuarat-mesyuarat dialog ini untuk meluaskan pasaran bagi
barangan eksportnya, menstabilkan harga barangannya dan mendapatkan bantuan
pengurusan dan kewangan bagi beberapa projek. Misalnya, Jepun telah bersetuju
untuk memberi pinjaman sebanyak AS$ 1000 juta bagi membiayai projek-projek
perindustrian ASEAN.
ASEAN juga telah menubuhkan ASEAN Banking Council bagi menyelaraskan
kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN.

ii.

Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan


ASEAN telah mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara anggotanya
dalam bidang kebudayaan dan sukan.
ASEAN telah menubuhkan sebuah Tabung Kebudayaan ASEAN untuk membiayai
kegiatan-kegiatan kebudayaan.
Festival kebudayaan diadakan pada setiap tahun bagi memaparkan kebudayaan
negara-negara anggota ASEAN.
Selain itu, Pesta Filem ASEAN dan Pesta Lagu ASEAN diadakan setiap tahun. Tuan
rumah pesta ini digilirkan mengikut negara-negara anggotanya.
Sukan ASEAN atau Sukan SEA diadakan dua tahun sekali untuk memupuk
perpaduan dan semangat kesukanan di kalangan rakyat ASEAN.

iii.

Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan


ASEAN telah mewujudkan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara
(Southeast Asia Minister of Education Organisation SEAMEO).
Tujuan utama penubuhan SEAMEO ialah memajukkan kerjasama antara negaranegara Asia Tenggara melalui pelajaran, sains dan kebudayaan.
SEAMEO telah mendirikan beberapa buah pusat projek serantau yang dapat melatih
pegawai-pegawai dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan iaitu :i.
RECSAM (Regional Education Centre for Science and Mathematics atau
Pusat Serantau untuk Ilmu Sains dan Matematik) ditubuhkan di Pulau Pinang
untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik dari negara-negara Asia
Tenggara.

100

ii.
iii.
iv.
v.
iv.

RELC (Regional English Language Centre atau Pusat Serantau bagi Bahasa
Inggeris) ditubuhkan di Singapura untuk melatih guru-guru dan pegawaipegawai pendidikan dalam penggunaan bahasa Inggeris.
BIOTROP (Pusat Serantau bagi Kajihayat Tropika) ditubuhkan di Indonesia
untuk memberi pendidikan kajihayat tropika kepada anggota-anggota
ASEAN.
INOTEC (Pusat Serantau bagi Kajian Siswazah dan Penyelidikan dalam
Pertanian) ditubuhkan di Filipina untuk menjalankan pertanian yang dapat
dimanfaat bersama oleh negara ASEAN.
TROPMED (Pusat Serantau bagi Ubat Tropika dan Kesihatan Awam)
ditubuhkan di negara Thai.

Kerjasama dalam bidang Pelancongan


Warganegara ASEAN telah melawat negara-negara ASEAN tanpa memerlukan visa.
Persatuan Pelancong ASEAN telah ditubuhkan untuk membantu pelancongpelancong yang melawat negara-negara ASEAN.
Kerjasama dalam bidang politik ASEAN dan dasar ZOPFAN
1970 Tun Abdul Razak telah mencadangkan supaya anggota-anggota ASEAN
mewujudkan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman, bebas dan
berkecuali atau ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality).
ZOPFAN atau Dasar Perkecualian Asia Tenggara diwartakan melalui Deklarasi
Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
Tujuan utama ZOPFAN ialah :i.
Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara
ii.
Mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar
seperti Amerika Syarikat, negara China dan Rusia di rantau Asia Tenggara
Dasar ZOPFAN bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara negaranegara ASEAN tanpa campur tangan kuasa-kuasa besar. ASEAN juga
menitikberatkan
pertahanan
negara-negara
anggotanya.
Ia
bertujuan
mempertahankan rantau ini daripada ancaman kuasa-kuasa besar.
Negara-negara yang tidak berminat kepada dasar ZOPFAN ialah Singapura, Negara
Thai dan juga Indonesia.
Hanya Filipina sahaja yang menyokong dasar berkecuali yang dikemukakan oleh
Malaysia.
Sambutan kuasa-kuasa besar terhadap dasar ZOPFAN ialah Amerika Syarikat,
Rusia dan juga Republik China.

v.

5.4.5 Kelemahan ASEAN:

5.4.6

5.4.7

Masih bersaing sengit dalam ekonomi utamakan kepentingan domestik


Kesediaan Singapura menyediakan kemudahan pangkalan kepada pihak Amerika
Syarikat menjejaskan konsep ZOPFAN (ZONE OF PEACE, FREEDOM AND
NEUTRALITY).
Sokongan Singapura kepada Israel (isu Palestin) menjejaskan sepakat ASEAN dalam
politik dunia
Kejayaan-Kejayaan Asean:
Mencadangkan Persidangan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan Dadah dan
Pengedaran Heroin kepada PBB (Vienna; 1987) dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir
Menyuarakan isu pelarian Vietnam di forum antara bangsa
Tubuhkan Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia (MBIM) 1972 yang kemudiannya
bertukar menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM);
1985
Tujuan MABBIM:

101

5.5
o
o

o
o
o
o

o
o
o
o
o

Mengembangkan Bahasa Melayu


Meningkatkan semangat persaudaraan
Meningkatkan peranan Bahasa Melayu dengan penyelarasan ejaan, istilah dan sebutan.
Menyeru PBB utk tinjau semula Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan 1997
Kerjasama utk membanteras keganasan
Pendirian bersama tentang kepulauan Spratly, setuju cari penyelesaian secara aman.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

Pertubuhan Negara-negara Islam (Organisation of Islamic Countries OIC) ditubuhkan


pada bulan Mei 1971 hasil daripda keputusan yang diambil dalam Persidangan Menterimenteri Luar Islam di Jeddah pada tahun 1970.
Pada mulanya pertubuhan ini dikenali sebagai Sekretariat Islam atau Komanwel Islam.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penubuhan OIC. Perdana Menteri kita
pada masa itu, Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang
pertama. Ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
Pada masa penubuhannya, hanya 28 buah negara menganggotai OIC. Menjelang tahun
1988, OIC dianggotai oleh 46 buah Negara Islam.
Matlamat OIC ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota ke arah
memupuk perpaduan umat islam di dunia.
OIC memberi bantuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk negara-negara
anggotanya dalam bentuk pendidikan, kepakaran, kewangan, latihan dan peralatan.
OIC mempunyai sebuah tabung yang dikenal sebagai Tabung Perpaduan Islam. Tabung ini
telah banyak menyumbangkan wang dalam bidang pendidikan. Tabung ini pernah
membiayai :i.
Pembinaan bangunan pusat penyelidikan
ii.
Pembelian alat pengajaran dan pembelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi.
OIC juga membantu penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di beberapa buah negara
termasuklah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Malaysia dan Universiti
Islam di Nigeria dan Uganda.
OIC juga berperanan menyebarkan tamadun Islam ke serata dunia dengan menganjurkan
beberapa seminar dan simposium.
OIC telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam pada tahun 1976. Bank ini berperanan
menyalurkan bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang memerlukannya
termasuk Malaysia.
Kesemua kegiatan OIC ini dimuatkan dalam Agensi Akhbar Islam Antarabangsa dan
disebarkan kepada umat-umat Islam di seluruh dunia.
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam OIC : Oleh kerana OIC ditubuhkan atas usaha Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman,
Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam OIC.
Malaysia telah menyertai Persidangan Menteri-menteri Luar OIC yang
bermesyuarat setiap tahun bagi membincangkan isu-isu semasa yang penting.
Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam mencari penyelesaian bagi
beberapa isu melalui OIC. Antaranya ialah:i.
Mencari perdamaian di Timur Tengah
ii.
Menyokong dan membantu perjuangan orang Palestin dalam usaha
mendapatkan kembali tanah air mereka daripada pihak Zionis (golongan
yang memperjuangkan keutuhan orang Yahudi)
iii.
Menyelesaikan pertikaian Iran-Iraq dan juga pertikaian antara negaranegara utara Afrika
Malaysia telah mengambil bahagian dalam usaha-usaha pembangunan di negara-negara
Islam yang mundur di Afrika. Malaysia berusaha meningkatkan taraf pembangunan negaranegara tersebut.

102

5.6
o
o
o
o

o
o
o
o
o
o
o
o
o

KOMANWEL
Komanwel ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 oleh Parlimen Britain berasaskan idea
Lord Rosebury, Menteri Luar Britain.
Pertubuhan Komanwel dibentuk menurut Undang-undang Westminster yang diluluskan
pada tahun 1931.
Komanwel adalah sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan Britain yang
telah mencapai kemerdekaan.
Tujuan utama penubuhan Komanwel ialah:i.
Mewujudkan persahabatan dan perpaduan di antara negara-negara yang
merdeka dengan bekas penjajahnya.
ii.
Membantu negara-negara anggotanya dalam pembangunan ekonomi dan social
iii.
Berkerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam bidang-bidang
pertahanan, perusahaan, pertanian, pendidikan dan perdagangan.
Pertubuhan Komanwel diketuai oleh Ratu England, Queen Elizabeth II. Baginda dianggap
sebagai lambang perpaduan negara-negara Komanwel.
Pada tahun 1952, ahli-ahli Komanwel hanya terdiri daripada enam buah negara iaitu Britain,
Australia, Kanada, Afrika Selatan, India dan Pakistan.
Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Komanwel selepas mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957.
Menjelang tahun 1980-an, Komanwel telah dianggotai oleh 49 buah Negara yang telah
merdeka daripada penjajah British.
Negara-negara yang telah keluar daripada Pertubuhan Komanwel ialah Ireland, Afrika
Selatan dan Fiji.
Pakistan telah keluar pada tahun 1971 tetapi telah menjadi anggota semula pada tahun
1989.
Negara-negara Komanwel mengamalkan beberapa prinsip termasuk prinsip persamaan dan
toleransi kaum.
Prinsip-prinsip Komanwel telah dipersetujui pada tahun 1971 dalam Persidangan Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Singapura.
Faedah-faedah yang diperolehi oleh Malaysia dalam Komanwel ialah :i.
Bantuan Pertahanan
ii.
Kemudahan dan perkembangan perdagangan
iii.
Bantuan kewangan
iv.
Keutamaan dalam perdagangan dengan negara-negara Komanwel
v.
Bantuan dalam Rancangan Colombo

5.6.1 Dasar Apartheid dan Komanwel


o
o
o
o
o

Dasar Apartheid merupakan dasar dikriminasi kaum yang membezakan penduduk


berasaskan warna kulit.
Dasar ini diamalkan di Afrika Selatan oleh Rejim Pretoria yang memerintah negara itu.
Menurut dasar ini, kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang yang berkulit putih
enggan memberikan hak-hak politik dan sosial yang sama rata kepada orang yang berkulit
hitam.
Malaysia telah mengecam Dasar Apartheid sejak tahun 1958. Dalam Persidangan Perdana
Menteri Komanwel pada tahun itu, Tuanku Abdul Rahman telah menentang dasar tersebut.
Malaysia telah mencadangkan supaya melancarkan sekatan ekonomi terhadap kerajaan
Afrika Selatan. Sekatan ekonomi adalah dalam bentuk memulaukan barang-barang dari
negara itu dan melarang kemasukan barang-barang dari negara-negara Komanwel ke
Afrika Selatan.
Sekatan tersebut tidak begitu berkesan kerana tidak mendapat sokongan dari pihak Britain.

103

5.7
o
o

o
o

Walau bagaimanapun, sekatan tersebut menyebabkan Afrika Selatan meninggalkan


Komanwel pada tahun 1961.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)


Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada
mana-mana blok dunia, sama ada blok Barat ataupun blok Komunis.
Asas penubuhan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) bermula dengan
Persidangan Negara-negara Berkecuali yang telah diadakan pada tahun 1955 di Bandung,
Indonesia. Persidangan ini dihadiri oleh 25 buah negara yang mengamalkan dasar
berkecuali dari Asia dan Afrika.
Keanggotaan NAM meliputi negara-negara yang mengamalkan pelbagai ideology termasuk
ideology komunis.
NAM dianggotai oleh 100 buah negara. Negara-negara ini dikenali sebagai negara-negara
Dunia Ketiga.

5.7.1 Malaysia sebagai sebuah Negara Berkecuali


o
o
o
o
o
o
o
o
o

5.8
o
o
o
o

Malaysia telah menyertai pertubuhan NAM pada tahun 1969 dan mengamalkan dasar
berkecuali.
Malaysia telah mengelakkan diri dari penyertaan SEATO dan Perang Dingin.
Malaysia menyokong dan menyertai NAM kerana dasarnya adalah sama dengan pendirian
Malaysia.
Malaysia telah diberi penghormatan yang tinggi untuk menjadi naib presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade pada tahun 1989.
Dalam sidang kemuncak itu, Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 yang
ditugaskan membincangkan isu-isu berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi
negara-negara anggota NAM.
Malaysia telah memulihkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Komunis selepas
tahun 1967. Untuk membuktikan kejujuran dasarnya, Malaysia mengadakan hubungan
diplomatic dan perdagangan dengan Rusia pada tahun 1967.
Mei 1974, Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah melawat Negara China dan mengiktiraf
Negara China sebagai sebuah negara Komunis.
Peristiwa bersejarah ini, memulakan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara
China.
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Blok Barat dan Blok Komunis tanpa
mengira ideology politik dengan tujuan mengekalkan dasar berkecuali di rantau Asia
Tenggara.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah ditubuhkan pada bulan Jun 1945 di San
Francisco dan berfungsi pada Oktober selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan atas usaha Presiden Woodrow Wilson
(Amerika Syarikat) dan Perdana Menteri Winston Churchill (Britain).
1941 Kedua-dua tokoh tersebut telah mengadakan Perjumpaan Atlantik dan berjaya
merangka Piagam Atlantik yang menjadi asas prinsip PBB.
Tujuan utama Piagam Atlantik ialah mewujudkan keamanan di seluruh dunia dan menjalin
kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi.

104

o
o

Piagam PBB menekankan perlunya kerjasama dan persefahaman di kalangan semua


negara di dunia supaya dapat mengekalkan keamanan. PBB dianggotai oleh 166 buah
negara dan beribu pejabat di New York.
Perhatikan struktur pentadbiran PBB di muka surat sebelah:

5.8.1 Struktur Pentadbiran PBB


Carta 14.8.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Majlis Keselamatan

Majlis Perhimpunan
Agung

Sekretariat

Majlis Amanah

Majlis Ekonomi dan


Sosial

Mahkamah Pengadilan
Antarabangsa

5.8.2 Majlis Keselamatan


o
o

Bertanggungjawab menyelesaikan persengketaan antarabangsa dan menjamin keamanan


dunia.
Majlis Keselamatan bertindak menentukan peraturan dan mengesahkan keputusan yang
dibuat oleh Majlis Perhimpunan Agung.

5.8.3 Majlis Perhimpunan Agung


o
o

Ia merupakan badan PBB yang terbesar. Ia diasaskan pada tahun 1945 di San Francisco
dan beribu pejabat di New York.
Tugas utama Majlis Perhimpunan Agung ialah membincang dan membuat cadangan dalam
semua bidang bagi menggalakkan kerjasama antara negara-negara anggota.

5.8.4 Sekretariat
o
o
o

Ia melaksanakan segala tugas pentadbiran PBB


Secretariat terdiri daripada Setiausaha Agung sebagai Pegawai Pentadbir utama dan
beberapa pegawai lain.
Setiausaha Agung dilantik oleh Majlis Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan.

5.8.5 Majlis Amanah

105

o
o

Majlis Amanah menjaga dan menyediakan negara-negara belum merdeka yang


diamanahkan kepadanya untuk berkerajaan sendiri.
Majlis ini megandungi :i.
Anggota daripada negara yang mentadbir wilayah amanah
ii.
Anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan yang tidak mentadbir wilayah
amanah
iii.
Anggota-anggota yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung

5.8.7 Majlis Ekonomi dan Sosial


o
o
o

Majlis Ekonomi dan Sosial mengandungi 18 anggota yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan
Agung.
Anggotanya berkhidmat selama 9 tahun tetapi 1/3 daripada anggotanya berhenti
perkhidmatannya tiap-tiap 3 tahun.
Tugas Majlis Ekonomi dan Sosial ialah mengkaji dan menyelesaikan masalah
pembangunan negara-negara miskin, pelarian dan bencana alam.

5.8.8 Mahkamah Pengadilan Antarabangsa


o
o
o

Mahkamah ini mengendalikan semua persengketaan undang-undang antara negara-negara


yang dikemukakan untuk dibuat pengadilan.
Mahkamah ini mengandungi 15 pengadil yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung dan
Majlis Keselamatan.
Mahkamah ini menjalankan perbicaraannya di Kota Hague, Belanda.

5.8.9 Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


o
o
o
o
o
o

Negara kita menjadi ahli PBB pada 17 September 1957 iaitu selepas mencapai
kemerdekaan.
Negara kita terlibat secara aktif untuk menamatkan peperangan dan memulihkan keamanan
di kalangan Negara anggota PBB.
1959 Malaysia bersama-sama Ireland telah mengemukakan usul kepada Persidangan
Agung PBB untuk mengecam Republik Rakyat China di atas tindakannya menakluk Tibet.
Oktober 1961 Malaysia telah menghantar pasukan tentera menyertai pasukan pendamai
PBB ke Congo (Republik Zaire) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan perang
saudara (1960-1963).
Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM30 juta sebulan untuk membantu PBB
menyelesaikan krisis perang saudara di Congo.
1990 dan 1992 Malaysia juga telah menghantar tentera untuk berkhidmat di bawah PBB
di sempadan Iraq-Iran dan di Kampuchea bagi mengekalkan keamanan.

5.8.10 Sumbangan PBB terhadap Malaysia


o
o
o
o
o

Malaysia mendapat faedah daripada usaha-usaha beberapa agensi yang terdapat dalam
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB, seperti UNESCO, WHO, FAO dan ILO.
UNESCO telah memberi bantuan dalam bidang pembangunan dan pelajaran kepada
Malaysia.
WHO telah memberi bantuan dalam bidang kesihatan dengan menghantar pakar-pakar
perubatan, pegawai-pegawai kesihatan serta memberi pelbagai bantuan untuk
meningkatkan taraf kesihatan negara kita.
FAO telah menolong negara kita menambahkan lagi pengeluaran makanan terutamanya
pengeluaran padi. Malaysia mendapat bantuan FAO dalam bentuk kewangan dan
kepakaran.
ILO telah menghantar pakar-pakar untuk meninggikan taraf perusahaan di negara kita
dengan mendirikan Pusat Daya Pengeluaran Negara.

106

Malaysia telah menjadi anggota Bank Dunia yang ke-65. Bank Dunia telah memberi
bantuan kewangan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan
Rancangan-rancangan Lima Tahun. Dengan bantuan Bank Dunia, negara kita dapat
melaksanakan beberapa projek seperti pembinaan jalan raya, pembinaan jambatan Pulau
Pinang, rancangan kemajuan tanah seperti FELDA serta rancangan pengairan dan
perindustrian. Selain itu, Bank Dunia telah menghantar pakar-pakar ekonomi untuk
membantu negara kita menyelesaikan masalah ekonomi.

107

Anda mungkin juga menyukai