Anda di halaman 1dari 20

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

MODEL PENILAIAN MATLAMAT BEBAS


1.0 Konsep Penilaian Matlamat Bebas
Scriven (1972) memperkenalkan konsep Penilaian Matlamat Bebas (Free-Goal Evaluation).
Model ini lebih menekankan kepada cara bagaimana hendak mengurangkan prasangka (bias)
dengan tidak memaklumkan kepada penilai program itu. Penilai mesti berada dan menghadiri
sesuatu program dan menyelidik kesemua hasilnya. Model ini menganggap pengguna sebagai
audien utama. Untuk menggunakan model ini dalam penilaian soalan-soalan berbentuk seperti
sering ditanyakan iaitu Apakah kesan daripada menjalankan program tersebut? Melalui
model ini, beliau mahu penilai mengukur kesan yang didapati daripada sesuatu program
berbanding dengan keperluan pengguna dan tidak membandingkannya dengan matlamat pihak
penganjur.
2.0 Tujuan Penilaian Matlamat Bebas
Model ini bertujuan untuk mengesan kesan dan hasil sesuatu program serta menentukan sama
ada program tersebut berkesan atau tidak. Model ini tidak dapat menggantikan Model Penilaian
Berdasarkan Objektif (Goal-based Evaluation) tetapi dapat menambahkan rangka kerja bagi
Model Penilaian Berdasarkan Objektif. Scriven (1972) juga berpendapat bahawa Model
Penilaian Matlamat Bebas dijalankan untuk mendapat fungsi secara dalaman (internally) dan
luaran (externally) dalam sesuatu projek pengajaran. Oleh sebab Model Penilaian Matlamat
Bebas lebih menekankan penilaian formatif manakala Model Penilaian Berdasarkan Objektif
lebih menekankan penilaian sumatif, maka gabungan Model Penilaian Berdasarkan Objektif
dengan Model Penilaian Matlamat Bebas akan menghasilkan satu model yang baik.
Scriven berpendapat bahawa penekanan kepada matlamat yang telah ditentukan secara spesifik
menghadkan proses penilaian dan menyebabkan hasil-hasil yang lain tidak diendahkan. Beliau
mempercayai bahawa matlamat program atau aktiviti tidak perlu diberikan penekanan yang
terlalu tinggi untuk mengelakkan bias dan menyempitkan fokus dalam penilaian. Dalam
melaksanakan penilaian program penilai tidak perlu memberi perhatian kepada apa yang menjadi
matlamat program. Model ini memberi tumpuan bagaimana program berfungsi, dengan
mengenal pasti kekangan dan masalah yang terjadi, sama ada yang positif (iaitu hal yang
1

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

diharapkan) ataupun yang negatif (hal yang tidak dijangka). Alasan mengapa matlamat program
tidak perlu diperhatikan kerana ada kemungkinan penilai terlalu terperinci mengamati tiap-tiap
tujuan khusus.
Walaupun tujuan khusus tercapai dengan kekangan. Penilai lupa memberi perhatian kepada
sejauhmana kekangan tersebut menyokong penilaian akhir sesuatu program yang diharapkan
oleh tujuan umum. Secara tidak langsung jumlah kekangan khas ini tidak memberi banyak
manfaatnya. Dengan ini jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan "evaluasi lepas dari tujuan"
dalam model ini bukannya lepas sama sekali dari tujuan tetapi hanya lepas dari tujuan khusus.
Model ini hanya mempertimbangkan tujuan umum yang akan dicapai dalam sesuatu program
malah bukan secara terperinci bagi setiap komponen. Penilaian Matlamat Bebas memberikan
fokus kepada hasil sebenar bagi program atau aktiviti berbanding dengan matlamat yang
diinginkan. Penilaian Matlamat Bebas akan menambahkan kecenderungan untuk mengenal pasti
sebarang bentuk hasil yang didapati daripada suatu program atau aktiviti.
3.0 Komponen Model Penilaian Matlamat Bebas
Scriven (1974) mengenalpasti dua tugasan penting bagi penilaian iaitu :
(i) Mengenalpasti Keberkesanan Program
Dengan menggunakan matlamat atau objektif program, penilaian dapat mengurangkan skop
penyelidikan. Oleh itu, tugas pertama bagi penilai adalah untuk menguji semua kesan program
sama ada positif atau negetif. Scriven (1974) menunjukkan bahawa kesan sampingan (side effect)
dapat menentukan hasil penilaian secara keseluruhan. Sebenarnya, kesan sampingan (side
effects) dan kesan utama (main effects) dapat menunjukkan perspektif pemaju dan pelaksana
program. Namun demikian, tugas pemaju program bukan untuk menilai cadangan yang
dikemukakan tetapi menilai pencapaian program tersebut. Kepentingan utama bagi sesuatu
penyelidikan adalah untuk mengekalkan kebebasan pemaju daripada kakitangan-kakitangan
program. Dengan ini, langkah pertama bagi penilai ialah pergi ke tempat kajian sebelum
berbincang dengan kakitangan program untuk menentukan kesan program (Scriven, 1991). Oleh
itu, penilai harus berusaha mencari kesemua kesan program tanpa sebarang prejudis. Maklumat2

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

maklumat mengenai latar belakang dan matlamat program dapat diperoleh dengan kaedah
menyoal (Scriven, 1976).
(ii) Mengenalpasti Hubungan Antara Sebab Akibat
Mengenalpasti sebab-sebab kesan pemerhatian dalam analisis MO (modus operandi) bergantung
kepada pengetahuan latar belakang. Satu aspek yang penting bagi analisis MO adalah untuk
mengenalpasti hubungan antara peristiwa dengan hasilnya. Sebagai contoh, dalam program
pendidikan, kegagalan dan kelemahan pencapaian pelajar merupakan salah satu akibat yang
disebabkan oleh program pengajaran yang tidak berkesan. Maka analisis MO akan digunakan
untuk menentukan sebab-sebab yang mengakibatkan masalah tersebut berlaku (Scriven, 1976).
4.0 Kunci Senarai Semak Penilaian (The Key Evaluation Checklist)
Senarai semak ini mensintesis keseluruhan idea Scriven. Ia menggambarkan bahawa penilaian
melibatkan pelbagai dimensi, harus menggunakan pelbagai perspektif, melibatkan pelbagai aras
pengukuran dan mesti menggunakan pelbagai kaedah. Beliau merujuk The Key Evaluation
Chechlist sebagai penilaian pelbagai model (Multimodel of Evaluation). Ia mengandungi 18
checkpoints seperti berikut :
1) Penerangan (Description)

Apa yang dinilai? Adakah ia mempunyai komponen? Apakah perkaitannya?

2) Pelanggan (Client)

Siapakah pengguna kepada hasil penilaian yang dilakukan?


Pengilang yang dilakukan?
Pengilang atau agensi bantuan kewangan, pereka program dan sebagainya.

3) Latar belakang dan konteks pihak yang dinilai dan penilaian

Ia termasuk pengenalan stakeholders yang bukan pengguna (non-client) seperti penaja,


wakil masyarakat dan sebagainya.

4) Sumber dan kemudahan yang disediakan untuk pihak yang dinilai dan penilai

Ia termasuklah sumber kewangan, kepakaran, pengalaman lalu, teknologi dan


pertimbangan yang fleksibel.

5) Fungsi
3

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Apakah yang harus dilakukan oleh pihak yang dinilai?

6) Pelaksanaan program (Delivery System)

Bagaimana pihak yang dinilai memasuki pasaran?


Bagaimana ia dijaga?
Bagaimana ia diperbaiki?
Siapa lakukan?

7) Pengguna (pelajar dan guru)

Siapa yang menggunakan atau menerima program?


Bezakan di antara populasi pengguna sasaran dan berpotensi menjadi pengguna.

8) Nilai dan keperluan kumpulan sasaran

Perlu disesuaikan dengan matlamat program?

9) Standard

Adakah diwujudkan standard tertentu?

10) Proses

Apakah kekangan, kos, faedah ke atas opensi normal program?


Secara khusus dari perundangan, moral, politik, pengurusan, aestetik, saintifik.
Kekangan proses pengurusan darjah pelaksanaan iaitu sejauhmanaia mengikut
perancangan.
Pertimbangan proses saintifik penggunaan scientifically validated process indicators of

eventual outcomes.
Pertimbangan moral melibatkan penentuan kepentingan dalam memenuhi keperluan
populasi sasaran (pelajar) dan pihak lain yang terlibat (guru).

11) Hasil

Apakah kesan yang dihasilkan oleh program?

12) Generalizability

Kepada orang lain, tempat dan masa. Orang lain termasuklah kakitangan, guru dan
pelajar.

13) Kos

Ringgit melawan psikologi melawan kakitangan.


Awal (initial) melawan ulangan (repeated) termasuklah persediaan-penjagaan pembaikan.
Langsung atau tak langsung melawan segara atau lewat

14) Perbandingan
4

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Termasuklah yang diiktiraf dan yang tidak diiktiraf, sedia wujud dan yang boleh
dibina.

15) Signifikan

Mensintesis kesemua aspek di atas. Tidak seharusnya dilakukan oleh pelanggan (contoh :
Kementerian Pendidikan Malaysia) yang ill-equipped dari segi pengalaman, objektiviti
atau pendekatan untuk melakukannya.

16) Cadangan penilai


17) Laporan

Aspek seperti perbendaharaan kata, panjang, format, medium, masa, tempat dan
kakitangan untuk persembahan perlu diberi perhatian. Di samping itu, aspek kawalan,
publicicity, tapisan awal dan edaran juga penting.

18) Metaevaluation

Penilaian kepada penilaian yang dibuat. Sebaliknya sebelum pelaksanaan dan laporan
dikeluarkan. External evaluation diperlukan tetapi penilai asal harus menggunakan

Key Evaluation Checklist dalam penilaiannya.


Langkah-langkah di atas tidak mempunyai turutan tertentu tetapi kesemuanya mesti

dilakukan.
Penilai juga boleh mengulang beberapa kali semasa proses penilaian program.
Langkah awal membantu mencirikan program atau hasil (product) dan langkah-langkah
akhir mentaksir kesahannya.

5.0 Pelaksanaan Penilaian Matlamat Bebas


Dalam Model Penilaian Matlamat Bebas, penilai tidak boleh menyekat hasil sesuatu
penyelidikan tetapi hanya berdasarkan matlamat program sahaja. Hasil sebenar lebih
dipertimbangkan daripada hasil yang dijangkakan. Semasa menentukan matlamat, fokus kajian
penilaian tidak dibenarkan dikecilkan. Kontrak antara pengurus program dengan staf
diminimumkan. Penilaian ini juga mengambil banyak masa.
5.1

Keperluan Penilaian

Menurut Scriven (1972), terdapat tiga keperluan dalam penilaian ini iaitu :
(i) Peserta program atau projek
(ii) Semua data
5

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

(iii)Masa
5.2

Ciri-Ciri Penilai

Scriven (1972) mengatakan bahawa kelayakan bagi seseorang penilai untuk menjalankan kerja
penilaian ialah:
(i) Penilai perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penilaian.
(ii) Penilai mesti cekap dalam isu-isu penting.
(iii) Penilai tidak boleh berat sebelah (bias).
(iv) Penilai harus selalu saling bertindak balas dengan peserta program.
5.3 Teknik Pengumpulan Data
Menurut Knirk & Gustafson (1986), terdapat beberapa teknik pengumpulan data.
Antaranya termasuk :
i.

Ujian pencapaian (pengetahuan pelajar)

ii.

Ujian kecerdasan atau IQ (menilai potensi)

iii.

Ujian kertas-pensel

iv.

Soal selidik (kemungkinan bias, terhad dan kurang lengkap)

v.

Kadar skalar (misalnya skala Likert)

vi.

Penyusunan skalar (memaksa responden membuat pilihan)

vii.

Q-sort (melalui pembahagian pilihan secara terpaksa)

viii.

Diari

ix.

Teknik kritikal (mencatatkan maklumat yang penting sahaja)

x.

Pemerhatian (termasuk senarai semak, kadar skalar, nota tempat kajian, laporan secara
ringkas dan sebagainya)

xi.

Temubual (tidak berstruktir, semi struktur dan berstruktur)

xii.

Ujian persembahan (mempersembahkan satu tugasan, kemudian menggunakan kadar


skala)

xiii.

Ulasan rekod

5.4 Prosedur Penggunaan Model Penilaian Matlamat Bebas


6

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Rajah 1 : Prosedur Penggunaan Model Penilaian Matlamat Bebas


5.5

Hasil Penilaian

Oleh sebab Penilaian matlamat bebas merupakan sejenis penilaian qualitatif, maka kaedah
temubual secara tidak berstruktur dan pemerhatian selalu digunakan untuk mengenalpasti hasil
program. Akan tetapi, kadang kala penilaian ini juga akan menghasilkan satu laporan penilaian
standard yang berbentuk sama ada kualitatif, kuantitatif atau kedua-duanya.

Memerhatikan program, dokumen dan penyimpanan rekod

Menemuramah orang yang terlibat dalam program

Mengenalpasti kesemua kesan terhadap program

6.0 Perbezaan Model Penilaian Matlamat Bebas Berbanding Model Penilaian Yang Lain
Model ini mempunyai tiga perbezaan yang amat istimewa dan berlainan dengan model peniliaian
lain iaitu :
i.

Penilaian yang dilakukan tidak bergantung kepada definisi, tujuan dan matlamat program
yang hendak dinilai (Scriven, 1991). Scriven (1972) mengekalkan perhatian terhadap
matlamat program supaya menghadkan skop sesuatu penyelidikan. Apabila matlamat atau
objektif sesuatu program digunakan sebagai asas penilaian, tujuan akan digantikan untuk
menjayakan program tersebut (Scriven, 1972). Salah satu masalah yang dihapadi oleh
model ini ialah matlamat bagi program kabur, tidak jelas, objektif terlalu sempit dan
hanya mempersembahkan output yang ringkas (Stecher, 1990).

ii.

Mengenalpasti pengguna sebagai audien utama bagi penilaian. Penilaian ini juga merujuk
kepada Penilaian Berdasarkan Pengguna (Scriven,1983). Penilaian ini sama dengan ujian
produk pengguna (consumer product testing). Semua kesan program akan digabungkan
7

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

menjadi satu ringkasan yang keputusannya bergantung kepada keperluan pengguna


(House, 1978). Keperluan pengguna dapat dikenalpasti melalui keperluan penilaian.
iii.

Pelbagai kriteria akan digabungkan dan diringkaskan untuk menjadi satu penilaian
keseluruhan bagi sesuatu program. Banyak kriteria digabungkan dan diringkaskan untuk
menentukan kebaikan sesuatu program dengan mengkategorikannya kepada lemah, baik
dan cemerlang. Pendekatan ini sangat berfaedah kerana ia dapat menghasilakn satu
keputusan yang baik yang dapat mengarahkan pengguna membuat pilihan yang terbaik
(House, 1978).

7.0 Kekuatan Dan Kekurangan Model Penilaian Matlamat Bebas


7.1

Kekuatan Model Penilaian Matlamat Bebas

Membekalkan data mengenai kesan program

Penilai menjadi sensitif untuk memberi perhatian kepada kesan program

Mengenalpasti sebab-sebab bagi kesan program dan semak dengan kewujudan sebabsebab tersebut

Memperkenalkan metodologi lain untuk penilaian misalnya kaedah antropological dan


historical

Melindungi pendidik dan pengguna daripada mendapat produk atau perkhidmatan


pendidikan yang kurang baik

7.2

Kekurangan Model Penilaian Matlamat Bebas

Bergantung kepada implemantasi

Penilai tidak diberi satu panduan atau piawaian yang khas semasa menilai sesuatu
program yang besar. Program tersebut dinilai oleh penilai mengikut kepandaian dan
kreativiti masing-masing.

Memerlukan perbelanjaan yang besar

8.0 Paradigma Model Penilaian Matlamat Bebas (1967)


8

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Melibatkan seorang stakeholder sebagai fasilitator bagi program penilaian.

Merumus dan menggabungkan matlamat dan objektif yang spesifik.

Menterjemahkan objektif yang spesifik dalam bentuk yang boleh berhubung.

Memilih alat untuk menyiapkan penilaian supaya dapat membuat kesimpulan terhadap
keberkesanan program.mengadakan pemerhatian dengan menggunakan ujian kontekvalid, skala dan penilaian tingkah laku yang lain dari semasa ke semasa.

Menggunakan kaedah yang sesuai untuk menganalisis data.

Menginterpretasikan data dengan menggunakan tahap persembahan yang standard bagi


semua penilaian.

Mengembangkan implementasi, modifikasi dan semakan pada masa akan datang untuk
menambahkan matlamat dan objektif.

9.0 Jadual Rumusan Model Scriven

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

10

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

10.0 MODEL FORMATIF-SUMATIF


Selain model Model Penilaian Matlamat Bebas, Michael Scriven juga mengembangkan model
lain, iaitu model formatif-sumatif. Model ini menunjukkan adanya tahap dan objek yang perlu
dinilai, iaitu penilaian yang dilakukan pada masa program masih berjalan (dipanggil penilaian
formatif) dan ketika program sudah selesai atau berakhir (dipanggil penilaian sumatif). Tujuan
penilaian formatif memang berbeza dengan tujuan penilaian sumatif. Dengan demikian model
yang dikemukakan oleh Michael Scriven ini menunjukkan tentang "apa, bila, dan tujuan"
penilaian tersebut dilaksanakan. Para penilai pendidikan, termasuk guru-guru yang mempunyai
tugas penilaian, tentu sudah mengenal dengan baik apa yang dimaksudkan dengan penilaian
formatif dan sumatif. Hampir setiap bulan guru-guru melaksanakan penilaian formatif dalam
bentuk ulangan harian. Penilaian tersebut dilaksanakan untuk mengetahui sampai tercapai atau
tidak objektif untuk setiap matapelajaran.
10.1 .Penilaian Formatif
Menurut Scriven (1991) dalam diktat teori dan amalan penilaian program bimbingan dan
kaunseling (Aip Badrujaman, 2009), penilaian formatif adalah suatu penilaian yang biasanya
dilakukan ketika suatu produk atau program tertentu sedang dibangunkan dan biasanya
dilakukan lebih dari sekali dengan tujuan untuk melakukan pembaikan. Sedangkan Weston,
McAlpine dan Bordonaro (1995) dalam diktat teori dan amalan penilaian program bimbingan
dan kaunseling (Aip Badrujaman, 2009) menjelaskan bahawa tujuan dari penilaian formatif
adalah untuk memastikan matlamat yang diharapkan dapat tercapai dan untuk melakukan
perbaikan suatu produk atau program. Hal ini senada dengan WORTHEN dan Sanders (1997)
dalam diktat teori dan amalan penilaian program bimbingan dan kaunseling (Aip Badrujaman,
2009) yang menyatakan bahawa penilaian formatif dilakukan untuk memberikan maklumat
evaluatif yang bermanfaat untuk memperbaiki suatu program. Baker berkata ada dua faktor yang
mempengaruhi kegunaan penilaian formatif, iaitu kawalan dan waktu. Bila cadangan pembaikan
akan dijalankan, maka penilaian formatif diperlukan sebagai kawalan. Maklumat yang diberikan
menjadi jaminan sama ada kelemahan dapat diperbaiki. Apabila maklumat mengenai kelemahan
tersebut terlambat sampai kepada pengambilan keputusan, maka penilaian bersifat sia-sia.
11

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Penilaian formatif dapat memberi respons kepada program dalam konteks yang dinamik, dan
berusaha untuk memperbaki keadaan yang berantakan dari kerumitan yang merupakan bahagian
yang tidak dapat dihindarkan dari pelbagai bentuk program dalam persekitaran dasar yang
berubah-ubah. Kesesuaian antara perancangan dan pelaksanaan program baik pada konteks
organisasi, kakitangan, struktur, dan prosedur menjadi fokus penilaian formatif.
Penilaian formatif secara prinsip merupakan penilaian yang dilaksanakan ketika program masih
berlangsung atau ketika program masih dekat dengan permulaan aktiviti. Tujuan penilaian
formatif tersebut adalah mengetahui seberapa jauh program yang dirancang dapat berlangsung,
sekaligus mengenal pasti halangan. Dengan diketahuinya halangan dan hal-hal yang
menyebabkan program tidak lancar, pengambil keputusan secara awal dapat mengadakan
perbaikan yang menyokong kelancaran pencapaian matlamat program.
10.1.1.Teknik Penilaian Formatif
Penilaian formatif terdiri dari pelbagai bentuk. Menurut Martin Tessmer (1996) dalam diktat
teori dan amalan penilaian program bimbingan dan kaunseling (Aip Badrujaman, 2009) penilaian
formatif dapat dilakukan sebagai berikut:
Review ahli (expert review)
Penilaian di mana ahli yang mengkaji semula program perkhidmatan dengan atau tanpa
kehadiran penilai. Ahli boleh ahli materi, ahli teknikal, perancang, atau pengajar. Penilaian ini
dilakukan terhadap program muatan perkhidmatan yang masih kasar atau masih dalam
rancangan (draft) untuk mengetahui kelebihan dan kelemahannya.
Kelebihan dari review ahli adalah:
Ulasan menghasilkan jenis maklumat yang berbeza jika dibandingkan dengan maklumat yang
diperoleh daripada penilaian orang per orang, kumpulan kecil, atau uji lapangan.
Kadang-kadang ahli yang diperlukan telah ada dan dibayar dengan murah.
Sedangkan kelemahannya adalah:
12

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Review ahli tidak memberikan pandangan atau pendapat dari sudut pandang pelajar.
Review ahli memerlukan kos yang tinggi jika orang ahli harus didatangkan dari wilayah yang
jauh.
Maklumat yang boleh digali dari pelaksanaan review ahli antara lain:

Maklumat yang berkaitan dengan content (materi), seperti kelengkapan, ketepatan,


kepentingan, serta kedalaman.

Maklumat yang berkaitan dengan reka bentuk instruksional, seperti kesesuain dengan
ciri-ciri, dan tugas perkembangan pelajar, kesesuaian antara destinasi-bahan-penilaian,
ketepatan pemilihan media, dan ketertarikkan bagi pelajar.

Maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan, seperti kemudahan penggunaan,


kesesuaian dengan persekitaran belajar sebenarnya, kesesuaian dengan persekitaran.

Maklumat kualiti teknikal, seperti kualiti layout, grafik, audio, visual, dll.

Penilaian orang per orang (one-to-one evaluation)


Penilaian ini dilakukan dengan wawancara yang dilakukan secara individu oleh penilai terhadap
beberapa pelajar dimana secara satu persatu pelajar diminta untuk memberikan komen beliau
mengenai program perkhidmatan yang sedang dibangunkan. Selain itu pelajar juga biasanya
diminta untuk menyelesaikan pre dan post test untuk mengukur keberkesanan program
perkhidmatan.
Keuntungan dari penilaian ini adalah penilaian ini memberikan maklumat dari sudut pandang
pelajar, serta penilaian ini dapat dilakukan dengan mudah, cepat, murah, dan produktif.
Maklumat yang boleh diperoleh dari penilaian ini meliputi beberapa aspek, antara lain:

Bahan (content)

Seperti tingkat kesulitan, kejelasan, kemenarikan, serta kekinian bahan

Reka bentuk instruksional

Seperti kejelasan tujuan, kelogisan sistematika penyampaian materi.

13

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Pelaksanaan

Seperti tingkat kesulitan penggunaan, tahap kemudahan dana, kemungkinan kesulitan yang
dihadapi.

Kualiti teknikal

Seperti kualiti animasi, video, serta susun atur.


Menurut Tessmer (1996) dalam diktat teori dan amalan penilaian program bimbingan dan
kaunseling (Aip Badrujaman, 2009) untuk memilih subjek dalam penilaian satu per satu, ada
beberapa ciri-ciri yang boleh dijadikan sandaran, yakni:

Pengetahuan pelajar: meliputi seberapa jauh mereka dapat mengetahui tentang materi
yang akan diberikan (pre test).

Kemampuan pelajar: sama ada pelajar mempunyai kemampuan intelektual dan strategi
yang menunjukkan bahawa dirinya sebagai pelajar dapat belajar cepat atau lambat.

Minat pelajar: meliputi sama ada mereka akan menunjukkan motivasi yang kuat untuk
mempelajari dan mereview program perkhidmatan yang sedang dibangunkan.

Keterwakilan pelajar: seberapa jumlah pelajar daripada populasi yang mempunyai


kemampuan, kemahiran, dan motivasi.

Keperibadian pelajar: apakah cukup percaya diri dan terbuka untuk mengekspresikan
kritikannya selama penilaian.

Penilaian kumpulan kecil (small group)


Penilaian di mana penilai mengujicobakan suatu program perkhidmatan pada suatu kelompok
pelajar dan mencatat performance dan komen-komen beliau.
14

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Uji lapangan (field test)


Penilaian di mana penilai memerhatikan program perkhidmatan yang diuji kepada sekumpulan
pelajar tertentu dalam suatu situasi sebenar. Penilaian ini dilakukan terhadap suatu program
perkhidmatan yang sudah selesai dibangunkan, tetapi masih memerlukan atau membolehkan
untuk disemak akhir.
Salah satu kelebihan dari uji lapangan adalah bahawa dengan penilaian ini akan diperoleh
maklumat sama ada program perkhidmatan dengan menggunakan menggunakan kaedah tertentu
akan benar-benar berjalan sesuai dengan apa yang diharapkan.
Menurut Tessmer (1996) dalam diktat teori dan amalan penilaian program bimbingan dan
kaunseling (Aip Badrujaman, 2009) beberapa fokus penggalian maklumat yang perlu dijadikan
sandaran dalam uji lapangan adalah:

Kemampuan untuk dilaksanakan

kesinambungan

keberkesanan

Keserasian dengan persekitaran

Digunakan dalam beberapa variasi persekitaran

10.2 PENILAIAN SUMATIF


Penilaian sumatif dilakukan selepas program berakhir. Tujuan dari penilaian sumatif adalah
untuk mengukur pencapaian program. Fungsi penilaian sumatif dalam penilaian program
pembelajaran dimaksudkan sebagai sarana untuk mengetahui kedudukan atau kedudukan
individu di dalam kumpulannya. Memandangkan bahawa objek sasaran dan waktu pelaksanaan
berbeza antara penilaian formatif dan sumatif maka skop sasaran yang dinilai juga berbeza.

15

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Pola penilaian sumatif ini dilakukan apabila guru bermaksud untuk mengetahui tahap
perkembangan terkini dari pelajarnya. Andaian yang berdasarkan kepada pendekatan bahawa
hasil belajar merupakan keseluruhan sejak awal hingga akhir.
Beberapa keuntungan dari penilaian sumatif meliputi:

Mereka boleh, jika dirancang dengan tepat, menyediakan bukti untuk sebuah hubungan
sebab-akibat.

Menilai hubungan jangka panjang.

Menyediakan data mengenai kesan program.

10.3 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF


10.3.1 Model Formative-Summative Evaluation untuk Program Pemprosesan
Model penilaian formatif-sumatif yang juga dikemukakan oleh Scriven ini mengemukakan
adanya dua macam penilaian, iaitu formatif (yang dilakukan selama program berlangsung), dan
penilaian sumatif (yang dilakukan sesudah program berakhir atau pada akhir penghujung
program). Program pembelajaran dan kepramukaan adalah program yang kegiatannya
memproses input melalui transformasi dan menghasilkan keluaran. Perkataan "memproses"
sudah menunjukkan bahawa aktiviti dalam program tersebut berterusan.
Dalam memahami bentuk kegiatan yang berterusan kita boleh berfikir tentang pemenggalan
beberapa kali sesuai dengan kesatuan yang dibentuk di dlaam program. Dengan pemenggalan
para penilai dapat melakukan penilaian formative ketika proses berlangsung. Dalam program
pembelajaran, bentuk pemenggalan tertera dalam dapat diselesaikan pokok bahasan setelah habis
diajar kepada pelajar. Dlaam program dan rekreasi, bentuk pemenggalannya terletak pada akhir
setiap jenis latihan. Untuk penilaian sumatif seolah-olah tidak ada masalah. Setiap jenis program
tentu akan berakhir, dan pada akhir kegiatan program itulah penilaian sumatif dilakukan.
16

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Berdasarkan penjelasan melalaui dua contoh program diatas dapat disimpulkan bahawa model
penilaian sumatif dan formatif sesuai untuk menilai program pemprosesan. Penilaian formatif
boleh dilaksanakan pada penggal kegiatan, sedangkan penilaian sumatif dilaksanakan pada akhir
program.
10.3.2 Model penilaian formative dan sumative untuk program perkhidmatan
Dalam perbahasan mengenai ketepatan model-model penilaian untuk tiga buah perkhidmatan
(program perpustakaan, program koperasi, program bank) yang dicontohkan, sudah secara dikaji
pula kemungkinan penilaian dilaksanakan sejak awal hingga akhir program secara berterusan.
Penilaian formatif dan sumatif merupakan dua jenis aktiviti penilaian yang boleh dikatakan
merupakan sebahagian daripada penilaian berterusan. Dengan penjelasan ini, boleh disimpulkan
bahawa model penilaian formatif dan sumatif tepat digunakan untuk program perkhidmatan.
Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, penilaian formatif boleh ditakrifkan sebagai suatu
proses pengumpulan data untuk menentukan kejayaan atau menilai tentang kelebihan dan
kelemahan suatu program ketika program tersebut masih dalam tahap pembangunan, kemudian
setelah dikenalpasti (melalui penilaian formatif) barulah dapat dilakukan semakan (pembaikan).
Tujuan penilaian formatif adalah untuk menyemak semula program perkhidmatan yang sedang
dibangunkan dengan cara mengumpul data dari pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai
kaedah dan alat pengumpulan data tertentu.
Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif (Bhasah 2003; Fitzpatrick et al. 2004; Scriven 1967;Tuckman 1999). Dalam hal ini
Scriven (1967) merupakan orang pertama yang membahagikan penilaian kepada penilaian
formatif dan sumatif. Menurut Scriven (1967), penilaian formatif dilaksanakan secara berterusan
bertujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala penilaian sumatif dibuat di akhir kursus atau program,
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan sesuatu kursus atau program yang
dilaksanakan. Bagi Tuckman (1999) pula, penilaian formatif merujuk kepada penilaian dalaman
sesuatu program yang dilakukan sebagai sebahagian daripada proses pembangunan. Penilaian
formatif ini membandingkan pencapaian peserta dengan objektif-objektif program. Semasa
17

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

penilaian formatif dilaksanakan, penganjur kursus akan mengetahui tentang keberkesanan bahanbahan yang digunakan dan seterusnya boleh mencadangkan perubahan. Tuckman (1999) juga
menyatakan bahawa penilaian sumatif merupakan cubaan sistematik untuk menentukan
keseluruhan program sama ada telah mencapai objektif-objektifnya berbanding dengan program
alternatif atau tiada program dilaksanakan. Penilaian sumatif digunakan untuk proses
perbandingan dalam menilai keseluruhan program yang dilaksanakan.
Sementara Bashah (2003) berpendapat bahawa maklumat bagi penilaian sumatif
mempunyai skop yang lebih luas daripada aspek kandungan dan kemahiran yang ditaksir tetapi
kurang perinciannya, berbanding dengan penilaian formatif. Seterusnya Fitzpatrick et al. (2004),
mengemukakan perbandingan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dari segi
tujuan, kegunaan, pengguna, penilai, ciri utama, kekangan, kegunaan kutipan data, frekuensi
kutipan data, saiz sampel dan soalan yang sering dikemukakan, seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2 di bawah ini.

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Tujuan

Menentukan nilai atau kualiti

Menentukan nilai atau kualiti

Kegunaan

Menambah baik program

Membuat keputusan terhadap masa


depan program atau pengubahsuaian

Pengguna

Pengurus program dan staf-staf

Pentadbir, pembuat dasar, bakal


pelanggan atau agensi pembiaya

Penilai

Keutamaan adalah penilai-penilai Kebiasaannya adalah penilai luaran


dalaman dibantu oleh penilai- dibantu oleh penilai dalaman
penilai luaran

Ciri utama

Memberikan maklum balas agar Memberikan maklumat agar pembuat


program dapat ditambah baik
dasar menentukan kesinambungan
atau pelanggan mengubah suai
program

Kekangan

Apakah
diperlukan?
Bila?

maklumat

yang Apakah bukti yang diperlukan untuk


membuat keputusan yang besar?

18

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

Kegunaan
kutipan data

Diagnostik

Penghakiman

Frekuensi
kutipan data

Kerap

Tidak kerap

Saiz sampel

Biasanya kecil

Biasanya besar

Soalan
yang Apakah yang sedang berfungsi?
sering
Apakah yang perlu ditambah baik?
dikemukakan
Bagaimanakah penambaikan boleh
dilakukan?

Apakah hasil yang didapati?


Siapa terlibat?
Apakah syarat-syaratnya?
Apakah latihan yang terlibat?
Berapakah kosnya?

Jadual 2 : Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif


Sumber: Fitzpatrick et al. 2004
Bagi Fitzpatrick et al. (2004), tujuan utama bagi penilaian formatif adalah untuk
membekalkan maklumat bagi penambahbaikan program. Manakala penilaian sumatif bertujuan
membekalkan

maklumat

untuk

membuat

penghakiman

terhadap

pengubahsuaian,

kesinambungan atau pengembangan sesuatu program


11.0 KESIMPULAN
Penilaian merupakan aktiviti penting yang semestinya dilaksanakan oleh setiap organisasi
yang melaksanakan sebarang jenis program atau aktiviti. Penilaian program yang dibuat mampu
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut. Kelemahan dapat diperbetulkan dan
kekuatan dapat ditambah baik dalam menentukan kelangsungan sesuatu program. Model
penilaian pula menyediakan asas dan panduan, bagaimana sesuatu organisasi boleh menilai
program yang mereka laksanakan. Model Scriven memberi penekanan kepada matlamat yang
telah ditentukan secara spesifik mengehadkan proses penilaian dan menyebabkan hasil-hasil
yang lain tidak diendahkan. Model ini menyatakan bahawa matlamat program atau aktiviti tidak
perlu diberikan penekanan yang terlalu tinggi untuk mengelakkan bias dan menyempitkan fokus
dalam penilaian. Penilaian Bebas-Matlamat memberikan fokus kepada hasil sebenar bagi
program atau aktiviti berbanding dengan matlamat yang diinginkan. Penilaian Bebas-Matlamat
akan menambahkan kecenderungan untuk mengenal pasti sebarang bentuk hasil yang didapati
19

KPN 6054 Penilaian Program Pendidikan

daripada suatu program atau aktiviti. Model penilaian ini seringkali dilihat sebagai model yang
tidak mementingkan hala tuju organisasi kerana organisasi seringkali menjadikan matlamat
sebagai perkara penting yang perlu dicapai. Walaupun hasil akhir bagi penilaian akan diperoleh,
namun tiada fokus kepada matlamat menjadikan model ini tidak popular dalam bidang penilaian.
Namun demikian, model ini masih boleh digunakan dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan sesuatu program. Ketentuan pemilihan model ini perlu dilihat daripada aspek
kesesuaian atau kerelevanan penilaian dalam memberikan paling banyak maklumat kepada
organisasi. Model penilaian yang tertentu kadang-kala hanya sesuai untuk menilai sesuatu
program tertentu. Dengan kata lain, tidak ada satu model penilaian yang sesuai digunakan untuk
menilai semua jenis program. Pemilihan model ini perlu didasarkan kepada keperluan khusus
organisasi di samping kebolehan dan kemampuan orang yang dipertanggungjawabkan untuk
menilai program tersebut.

20