Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Strategi ialah bagaimana kita hendak pergi ke mana arah arah tuju yang kita ingini. Strategi
juga boleh dianggap sebagai satu pelan atau rancangan tindakan yang berskala besar untuk
membolehkan organisasi berinteraksi dengan persekitaran bagi mencapai matlamat utama
organisasi tersebut. Dalam konteks perniagaan, terdapat pelbagai strategi korporat yang
digunakan oleh sesebuah organisasi atau perniagaan. Antara jenis strategi yang di maksudkan
ialah integrasi hadapan, integrasi mundur, penembusan pasaran, pembangunan pasaran,
pembangunan pasaran, pembangunan keluaran dan kepelbagaian berkaitan.

STRATEGI INTEGRASI HADAPAN


Strategi Integrasi hadapan bermaksud memiliki atau menambah pegangan atau kawalan ke
atas pengedar dan peruncit. Banyak pengeluar atau perniagaan yang menggunakan kaedah
atau strategi ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat
membangun. Antara kaedah yang berintegrasikan teknologi maklumat terkini adalah
perniagaan dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai online business. Antara medium
yang paling popular pada ketika ini adalah penggunaan media sosial sebagai medium
perniagaan.
Antara media sosial yang dimaksudkan ialah Muka Buku ataupun Facebook dan
Instagram. Selain itu terdapat juga medium lain iaitu melalui laman web. Perniagaan melalui
laman web ini lebih banyak berbanding dengan media sosial yang baru meningkat naik.
Antara laman web yang popular yang menjadi medium perniagaan ialah seperti lelong.my,
mudah.my, Zalora dan Lazada. Cara seperti ini dapat menjimatkan pelbagai kos dan
keuntungan berlipat kali ganda.
Terdapat enam panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini
dengan lebih efektif. Panduan pertama ialah kita tidak boleh percaya sepenuhnya terhadap
pengedar yang sudah wujud sedia ada. Ianya juga menyebabkan kos yang tinggi serta kadang
kala tidak memenuhi kehendak sesuatu firma perniagaan. Seterusnya adalah sukar untuk
mendapat pengedar yang berkualiti dan berwibawa kerana banyak firma perniagaan
mengambil faedah dari kebaikan untuk melaksanakan strategi integrasi kehadapan ini. Selain
itu, Firma bersaing sesama sendiri di dalam industri yang sedang pesat membangun dan
dijangka akan terus berterusan. Hal yang demikian dilihat mengurangkan keupayaan seseuatu

firma untuk mempelbagaikan aktiviti atau perniagaannya sekiranya aktiviti asasnya


menghadapi masalah dan kegagalan.
Sesebuah organisasi atau firma yang perlu mempunyai kepakaran, modal dan sumber
tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan strategi ini. Firma atau organisasi tersebut juga
perlu mencapai tahap kestabilan yang tinggi dan berterusan dari segi penyediaan sesuatu
produk atau perkhidmatan. Ini akan seiring dengan keupayaan firma atau organisasi untuk
menjangka peningkatan permintaan melalui strategi integrasi hadapan. Panduan terakhir ialah
pengedar dan peruncit sedia ada dilihat terlalu banyak mengaut keuntungan. Perkara sebegini
menyebabkan pihak pengeluar dapat mengagihkan keuntungan secara lebih efektif melalui
aktiviti mengedar terus dan melaksanakan strategi harga yang lebih berkesan secara integrasi
hadapan.
Antara contoh organisasi atau syarikat yang menggunakan starategi integrasi ke
hadapan ini ialah Maxis Telecomunication. Maxis Telecomunication merupakan salah satu
syarikat popular yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Pada ketika ini
pihak Maxis mempunyai lama web mereka sendiri dalam proses untuk mengiklankan produk
dan perkhidmatan mereka. Selain itu juga syarikat ini turut mempunyai kedai atau pusat
utama di setiap negeri di Malaysia dalam usaha menjual produk dan perkhidmatan mereka.
Selain Maxis, syarikat seperti Dell dan Asus juga menggunakan strategi ini dalam usaha
mereka menjual produk dan perkhidmatan masing-masing. Pihak Dell sendiri akan membuka
booth untuk pengenalan setiap produk baharu yang mereka keluarkan. Para pelanggan akan
datang pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Dell bagi mencuba setiap produk tersebut
sebelum membelinya ketika di jual di pasaran kelak. Pihak Dell akan menjalankan urusniaga
dalam talian bagi produk tersebut dan juga penjualan di kedai rasmi Dell.

STRATEGI INTEGRASI MUNDUR


Strategi integrasi mundur bermaksud memiliki atau menambah peratusan pengawalan
terhadap pembekal. Pengeluar dan peruncit membeli barangan yang diperlukan daripada
pembekal. Melalui strategi ini, mereka memiliki syarikat pembekal secara mengambil alih
atau menambah peratus kawalan pegangan saham terhadap pembekal. Hal demikian
bermaksud pembekal terpaksa akur dengan kehendak pengeluar dan peruncit.

Strategi ini dilaksanakan apabila pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang
terlalu tinggi terhadap barangan mereka ataupun pembekal sukar untuk dipercayai lagi akibat
tidak dapat memenuhi kehendak firma yang mementingkan kecekapan penghantaran dan kos
belian yang rendah. Selain daripada itu, persaingan yang sengit dan global memaksa firma
meningkatkan kecekapan mereka secara menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk
bersaing.
Terdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan strategi ini iaitu yang pertama ialah
pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding dengan harga
pasaran, sukar dipercayai dan tidak efisien dari segi pengurusan penghantaran. Kedua, Jumlah
pembekal sedikit dan bilangan pesaing pula ramai. Seterusnya ialah industri berada dalam
persaingan sengit dan sedang berkembang dengan mendadak. Faktor ini mustahak kerana
apabila sesebuah firma atau organisasi melaksanakan strategi menegak dan mendatar mereka
tidak berpeluang lagi untuk melaksanakan kepelbagaian kerana industri berada dalam keadaan
pertumbuhan yang menurun.
Selain itu, Firma mempunyai sumber manusia dan modal yang mencukupi untuk
melaksanakan strategi ini. Kelebihan harga yang stabil amat diperlukan di dalamindustri. Ini
penting kerana harga yang stabil dan bekalan yang konsisten dapat meningkatkan kecekapan
industri serta merealisasikan integrasi kebelakang. Seterusnya, Pembekal menikmati margin
untung yang berlipat ganda yang menggambarkan bahawa aktiviti bekalan bagi industri
tersebut berdaya maju untuk diceburi. Garis panduan terakhir ialah organisasi amat
memerlukan keperluan sumber yang terdesak.
Salah satu organisasi perniagaan yang menngunakan integrasi mundur ialah
Amazon.com. Amazon.com merupakan satu laman web yang menjadi pusat perniagaan secara
dalam talian online yang diasaskan pada tahun 1994. Amazon.com ini berpusat di Amerika
Syarikat. Antara jenis barangan yang di jual di Amazon.com ialah buku, DVD dan pelbagai
jenis Software atau perisian komputer mahupun perisian telefon pintar. Dalam penjualan
buku, pihak Amazon.com akan membeli buku daripada penjual buku mengikut harga penjual
tersebut. Hal yang demikian menyebabkan harga yang ditawarkan oleh Amazon.com
mempunyai had atau batasan, namun mereka masih memperolehi keuntungan. Sekiranya
pihak Amazon.com mengiklankan buku tersebut secara sendiri, harga yang mereka tawarkan
akan menjadi lebih murah berbanding dengan harga yang diberikan oleh penjual yang asal.
Selain itu, ketika penjual mengiklankan buku-buku mereka melalui pelbagai medium atau
kedai, pihak Amazon.com boleh memilih sama ada menggunakan medium atau kedai tersebut

ataupun terus melalui laman web Amazon.com itu sendiri. Dalam hal ini, Amazon.com boleh
mengawal persaingan untuk buku yang mereka jual dan juga harga yang akan ditawarkan.

STRATEGI PENEMBUSAN PASARAN


Strategi penembusan pasaran bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia
ada sama ada bagi barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui
melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi.
Terdapat lima garis panduan bagi strategi ini iaitu pasaran sedia ada tidak berada pada
paras tepu sama ada bagi sesuatu produk atau perkhidmatan, Kadar penggunaan pengguna
yang sedia ada boleh ditingkatkan lagi, Syer pasaran pesaing yang terkuat sedang menurun
padahal jualan keseluruhan industri tersebut sedang meningkat, Korelasi di antara ringgit
jualan dan yang terakhir iaitu ringgit pemasaran yang dibelanjakan adalah secara
perbandingannya terlalu tinggi dan pertambahan ekonomi bidangan mewujudkan kelebihan
kompetitif.
Contoh terbaik bagi syarikat yang menggunakan strategi pembangunan pasaran ini
ialah Syarikat Airasia Berhad. Syarikat Airasia berhad merupakan syarikat penerbangan yang
menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Syarikat Airasia Berhad telah
menjalankan pelbagai jenis pertandingan atau kempen menggunakan medium media massa
dan media social yang bertujuan untuk penembusan pasaran perkhidmatannya seperti Airasia
Memories contest, The #Hi5AirAsia Instagram contest dan macam-macam lagi. Airasia
berhad juga melaksanakan aktiviti lain seperti AirAsia Bloggers Comunnity Party dalam
usaha untuk penembusan pasaran mereka. Syarikat Airasia berhad ini juga terkenal dengan
promosi mereka. Syarikat ini sentiasa menjalankan pelbagai promosi yang mana menawarkan
tiket penerbangan yang lebih murah berbanding syarikat penerbangan lain. Hal yang demikian
menyebabkan lebih banyak pelanggan atau pengguna mengunakan perkhidmatan Airasia dan
contoh salah satu promosi mereka ialah 1 milion free seats.

STRATEGI PEMBANGUNAN PASARAN


Strategi ini bermaksud memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ke
kawasan geografi yang baru. Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran memainkan
perana penting dan diminati ramai. Di dalam banyak industri seperti industri penerbangan

adalah sukar untuk memperolehi kelebihan kompetitif dengan hanya menumpukan aktiviti
kepada aktiviti domestik sahaja. Usaha-usaha perlu dijalankan untuk memasarkan produk ke
luar negara.
Terdapat enam panduan bagi melaksanakan strategi ini iaitu Rangkaian pengedaran
adalah boleh dipercayai, mudah diperolehi, tidak melibatkan kos yang tinggi, berkualiti serta
berdaya maju, Organisasi berjaya dengan apa yang dilaksanakannya, Terdapat peluang atau
pasaran baru yang belum diterokai, Organisasi mempunyai sumber manusia, kepakaran dan
modal yang mencukupi untuk menguruskan perkembangan operasi pengurusan, Organisasi
mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran dan industri asas organisasi meningkat dengan
mendadak sekali dan meluas dari segi skopnya.
Syarikat Airasia berhad juga menggunakan strategi ini dalam perniagaan mereka.
Pengunaan strategi ini dapat dilihat bagaimana dalam usaha untuk pembangunan pasaran
syarikat Airasia Berhad, adalah penting bagi mereka untuk menambah destinasi penerbangan
antarabangsa. Antara negara yang mempunyai perkhidmatan penerbangan tambang murah
Airasia ialah Brunei, Cambodia, Hong Kong, India, Indonesia, Laos, Macau, Myanmar,
Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Melalui penerbangan daripada dan kepada negara
tersebut, pasaran dan penggunaan perkhidmatan penerbangan Airasia dapat diluaskan.

STRATEGI PEMBANGUNAN KELUARAN


Strategi ini bermaksud sesebuah firma itu akan meningkatkan jualannya secara memajukan
produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun mewujudkan produk atau perkhidmatan
yang baru. Pembangunan produk melibatkan perbelanjaan yang banyak di dalam menjalankan
penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan pra operasi.
Antara panduan bagi strategi ini ialah organisasi itu memiliki satu produk yang berjaya
dan telah mencapai tahap kematangan di dalam kitaran hayat produk. Tujuannya ialah untuk
menarik minat pengguna yang berpuas hati dengan produk yang terdahulu untuk mencuba
produk terbaru akibat dari pengalaman positif mereka menggunakan produk atau servis yang
lalu, Sesebuah organisasi bersaing di dalam sesebuah industri yang dicirikan oleh
pertumbuhan teknologi yang pesat membangun, Pesaing utama menawarkan kualiti produk
yang lebih baik pada kadar harga yang setanding, Organisasi bersaing di dalam industri yang

pesat pertumbuhannya dan Organisasi memiliki keupayaan penyelidikkan dan pembangunan


yang efisien.
Contoh terbaik bagi organisasi yang menggunakan strategi ini dalam perniagaannya
ialah McDonald. McDonald merupakan satu jenama yang paling popular dalam kalangan
penggemar makanan segera. McDonald sangat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai
cawangan di setiap negara. McDonald terkenal dengan makanan segera iaitu Burger. Dalam
hal ini, pihak McDonald telah mengembangkan pelbagai jenis produk makanan. Dengan
hanya nama Burger, pelbagai jenis resepi Burger mereka sediakan dalam memenuhi citarasa
pelanggan. Selain itu, pihak McDonald telah mencuba menyediakan roti atau Burger yang
menyerupai makanan ala-ala restoran mahal. Mereka berani berbuat demikian di sebabkan
pada hari ini semakin ramai pelanggan yang bersedia membayar dengan harga mahal bagi
setiap produk terbaik dan berkualiti tinggi yang di hasilkan oleh McDonald. Salah satu contoh
popular roti atau Burger yang mereka sajikan ialah roti atau Burger yang intinya mengikut
kehendak pelanggan itu sendiri.
Selain daripada McDonald, syarikat penerbangan tambang murah Airasia berhad juga
menggunakan pendekatan atau strategi pembangunan keluaran ini. Selain daripada
perkhidmatan penerbangan tambang murah, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain.
Perkhdmatan lain yang di maksudkan ialah sewa kereta, penjualan cenderahati dan
cenderamata yang dijual melalui laman sesawang Megastore dan portal pelancongan dalam
laman web AirAsiaGo.com.

STRATEGI KEPELBAGAIAN BERKAITAN


Strategi kepelbagaian berkaitan terbahagi kepada tiga iaitu kepelbagaian kosentrik,
kepelbagaian konglemerat dan kepelbagaian mendatar. Strategi kepelbagaian Kosentrik
berkaitan dengan pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru yang ada kaitan langsung
dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran. Strategi kepelbagaian konglemerat dan
mendatar pula merujuk kepada usaha sesebuah firma atau organisasi tersebut menambah jenis
produk produk atau perkhidmatan baru yang tidak berkaitan langsung dengan rangkaian
produk atau perkhidmatan yang sedia ada kepada pelanggan yang sedia ada.
Terdapat beberapa panduan dalam melaksanakan strstegi kepelbagaian kosentrik iaitu
Organisasi bersaing di dalam industri yang tidak berkembang atau pertumbuhannya yang

perlahan, pertambahan produk baru yang berkaitan akan meningkatkan jualan secara
signifikan kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada, produk atau perkhidmatan baru
yang berkaitan boleh ditawarkan pada kadar harga yang kompetitif dan tinggi, produk baru
yang berkaitan mempunyai tahap musim jualan yang mengimbangkan turun naik jualan
organisasi dan yang terakhir iaitu Organisasi mestin mempunyai team pengurusan yang kuat.
Salah satu contoh syarikat atau organisasi yang menggunakan strategi kepelbagaian
kosentrik ini ialah syarikat pengeluar jenama Maggi. Maggi terkenal dalam industri makanan.
Antara barang yang popular ialah mee segera maggi yang pelbagai perisa. Dalam masa yang
sama, pengeluar produk yang berjenama Maggi ini jug mengeluarkan bahan makanan yang
berlainan iaitu sos Maggi. Pengeluaran sos ini juga banyak jenis mengikut perisa.
Dalam pelaksanaan strategi kepelbagaian konglomerat pula, terdapat enam garis
panduan yang perlu diikuti iaitu Industri asas sesebuah organisasi mengalami penurunan dari
segi jualan tahunan dan keuntungan, Organisasi tersebut mempunyai keupayaan dari segi
modal dan tenaga kerja yang berbakat untuk bersaing secara jayanya di dalam sesebuah
industri baru, Sesebuah organisasi itu berpeluang untuk memiliki sesebuah organisasi
perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan kegiatan utamanya yang merupakan peluang
pelaburan yang menarik baginya, Wujud sinergi kewangan di antara firma yang diambil alih
dengan firma yang mengambil alih. Perlu diingat bahawa terdapat perbezaan di antara
kepelbagaian konsentrik dan kepelbagaian konglomerat di mana kepelbagaian konsentrik
perlu diasaskan kepada persamaan di dalam pasaran, produk, atau teknologi manakala
kepelbagaian konglomerat perlu diasaskan lebih kepada pulangan keuntungan, Pasaran sedia
ada untuk produk yang dihasilkan oleh organisasi telah mencapai tahap tepu dan yang terakhir
iaitu Tindakan boleh diambil terhadap sesebuah organisasi yang secara umumnya diketahui
hanya menumpukan kepada satu industri sahaja.
Strategi kepelbagaian konglomerat ini digunakan oleh syarikat seperti Gutherie.
Syarikat ini terkenal dengan kegiatan perladangan. Namun yang demikian selain fokus
dengan bidang perladangan yang sangat maju, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan
insurans. Hal yang demikian menunjukkan syarikat ini mennjalankan perniagaan yang
berbeza dalam satu masa yang di uruskan oleh dua cabang jabatan yang berbeza.
Empat panduan wujud dalam usaha melaksanakan strategi kepelbagaian mendatar.
Antara panduan yang dimaksudkan ialah hasil yang terhasil dari produk organisasi semasa
atau servis yang boleh ditingkatkan secara berkesan dengan menambah produk baru yang

tidak berkaitan, Sesebuah organisasi bersaing di dalam industri yang mempunyai daya saing
yang tinggi atau tidak terdapat pertumbuhan yang di perlihatkan melalui margin keuntungan
yang rendah dan pulangan kepada pemegang saham yang rendah atau tiada langsung,
Rangkaian distribusi organisasi boleh digunakan untuk memasarkan produk-produk baru
kepada pengguna yang sedia ada dan produk-produk baru telah menunjukkan prestasi yang
baik dari segi jualan dan juga margin keuntungan berbanding dengan produk yang sedia ada.
Strategi kepelbagaian mendatar digunakan oleh syarikat besar seperti Airasia Berhad.
Selain daripada perkhidmatan penerbangan dan pelancongan, terdapat perkhidmatan lain yang
turut dijalankan oleh Airasia berhad seperti kargo, Airasia RedTix, perkhidmatan akaun
simpanan dan kad kredit. Antara negara yang menggunakan perkhidmatan kargo ialah
Australia, Brunei, China, Cambodia, Japan, Korea, Laos, Malaysia, Myanmar, Sri Lanka,
Singapura, Thailand dan Vietnam. RedTix pula merupakan laman web Airasia yang
menawarkan perkhidmatan bagi pelanggan untuk menemui, membincangkan, mengkaji
semula dan menempah tiket dalam barisan konsert antarabangsa, acara sukan, persembahan
muzikal, teater dan lain-lain. Selain itu, syarikat Airasia berhad juga turut bekerjasama dan
salah satu bank terkenal di negara ini iaitu CIMB Bank bagi menyediakan perkhidmatan
akaun simpanan. Contoh nama akaun simpanan tersebut ialah Cimb Airasia Saver. Syarikat
Airasia berhad ini juga turut bekerjasama dengan pihak Citibank dan menawarkan pelbagai
jenis kad kredit seperti kad kredit Platinum dan Gold Visa, kad kredit Gold dan Platinum
Master.

KESIMPULAN
Kesimpulannya dalam setiap perniagaan strategi intergrasi hadapan, integrasi
mundur, penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan
keluaran dan kepelbagaian berkaitan akan digunakan mengikut perancangan teliti mereka.
Setiap firma, organisasi atau syarikat di dalam dunia perniagaan mempunyai pelbagai jenis
matlamat dan ianya akan dapat dicapai melalui penggunaan pelbagai jenis strategi yang
bersesuaian dengan matlamat tersebut. Penggunaan strategi yang paling bagus dan berkesan
memberi impak atau kesan positif terhadap perniagaan yang dijalankan. Oleh hal yang
demikian, terpulang pada perancangan teliti yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat atau
organisasi dalam melaksanakan strategi yang mereka pilih dalam memajukan perniagaan
masing-masing.

2516 Patah Perkataan.

RUJUKAN
Rujukan Internet
Assignment 2. < http://documents.tips/documents/asmt-2.html > , Akses pada 15 October
2015.

The power of strategic integration. < http://sloanreview.mit.edu/article/the-power-of-strategicintegration/ >, Akses pada 15 October 2015.

Strategi Pemasaran dalam menghadapi persaingan menggunakan internet makalah. <


http://www.academia.edu/7854875/STRATEGI_PEMASARAN_DALAM_MENGHADAPI_
PESAING_DENGAN_MENGGUNAKAN_INTERNET_MAKALAH > , Akses pada 21
October 2015.

7 Tips dalam memajukan perniagaan. < http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/7-tipsmemajukan-perniagaan.html >, Akses pada 16 October 2015.

Strategi dan pelaksanaannya. < http://turipanam.blogspot.my/2010/08/strategi-dalampelaksanaan.html >, Akses pada 16 October 2015.

Google Book, Pengurusan Strategik. < https://books.google.com.my/books?id=xazSqBSfywC&pg=PA178&lpg=PA178&dq=STRATEGI+DALAM+PERNIAGAAN+INTEGRASI&s


ource=bl&ots=3dKNqDmWWV&sig=yUPRzAwDDsspzMZ2axjbildAJYE&hl=en&sa=X&re
dir_esc=y#v=onepage&q=STRATEGI%20DALAM%20PERNIAGAAN
%20INTEGRASI&f=false >, Akses pada 20 October 2015.

Example of backward vertical integration strategies. <


http://smallbusiness.chron.com/examples-backward-vertical-integration-strategies-14703.html
>, Akses pada 20 October 2015.

Example of companys forward integration. < http://smallbusiness.chron.com/examplecompanys-forward-integration-37601.html > Akses pada 21 October 2015.

Example of companys forward integration. < http://yourbusiness.azcentral.com/examplecompanys-forward-integration-28860.html >, Akses pada 21 October 2015.