Anda di halaman 1dari 40

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.

10 TAHUN 1994

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Badan Berkanun

SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM MENGIKUT


PRINSIP AL-BAI' BITHAMAN 'AJIL

1. TUJUAN
1.1 Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menetapkan Syarat-syarat dan Atur cara
Skim Pembiayaan Perumahan Secara Islam (SPPI), mengikut prinsip Shaariah
Al-Bai' Bithaman 'Ajil.
2. TAFSIRAN
2.1 Melainkan sesuatu itu dijelas maksudnya di dalam Pekeliling ini, tafsiran
berikut hendaklah diikuti:
- "Al-Bai' Bithaman 'Ajil" bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan
dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan

harta yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran balik harganya
sehingga ke satu masa yang ditetapkan dan dengan bayaran beransur-ansur.
- "Amaun Pembiayaan Perumahan" bererti jumlah yang dibiaya oleh Kerajaan.
- "Arkitek" bermakna arkitek yang bertauliah atau arkitek yang berdaftar dengan
Lembaga Arkitek Malaysia, atau Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Lembaga
Arkitek Malaysia, atau Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera
Malaysia, atau Jurukur Bahan yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan
Malaysia.
- "Harta" bermakna tanah, dengan tujuan membina rumah atau tanah dan rumah
atau rumah kedai atau petak rumah kediaman atau yang seumpama dengannya.
- "Harga Belian" bererti amaun pembiayaan perumahan Kerajaan yang
diluluskan kepada Penerima Biaya.
- "Harga Harta" bererti harga yang disebut dalam Perjanjian Jual beli harta
antara Penerima Biaya dengan Penjual.
- "Harga Jualan" bererti amaun pembiayaan dan jumlah keuntungan Kerajaan.
- "Kerajaan" bermakna Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
- "Meninggalkan Perkhidmatan" bermakna tidak lagi berkhidmat dengan
Kerajaan sama ada secara sukarela atau paksaan dan tidak menerima bayaran
pencen. Ini termasuklah Penerima Biaya yang meletakkan jawatan dan dibuang
kerja.
- "Muqasah" bermakna satu amaun kurangan daripada jumlah keuntungan asas

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


- "Penerima Biaya" bermakna seorang yang sedang menikmati kemudahan
pembiayaan perumahan.
- "Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan" bermakna Kerajaan Persekutuan
melalui Perbendaharaan Malaysia.
- "Projek Terbengkalai" bermakna projek yang terbiar atau ditinggalkan oleh
pemaju seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
- "Rumah" bermakna rumah kediaman termasuk rumah kedai yang mempunyai
kediaman untuk suatu keluarga atau petak rumah kediaman.
- "Perbezaan Harga" bererti amaun perbezaan di antara harga harta dengan
amaun pembiayaan (harga belian).
3. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN
3.1 Pemohon hanya layak untuk memilih pembiayaan sama ada melalui Skim
Pembiayaan Perumahan Secara Islam (SPPI) ATAU Skim Pinjaman Perumahan,
Perbendaharaan Malaysia sahaja. Kemudahan ini hanya boleh dinikmati sekali
sahaja sepanjang hayatnya. Bagi mereka yang telah mendapat kemudahan
pinjaman/pembiayaan perumahan dibawah mana-mana Skim
Pinjaman/Pembiayaan Persekutuan, Negeri, Badar-badan Berkanun atau Kuasa
Tempatan, tidak layak mendapat kemudahan di bawah Skim ini.
3.2 Bagi maksud pembelian rumah yang didirikan di atas tanah atau membeli
tanah sahaja untuk maksud mendirikan rumah, pembiayaan hanya dibenarkan

jika ada Suratan Hak milik Individu. Bagi pembelian petak rumah kediaman, jika
telah siap, mesti mempunyai Suratan Hak milik Strata. Jika petak rumah
kediaman itu masih dalam peringkat pembinaan, mesti ada Suratan Hak milik
Blok.
3.3 Permohonan tidak boleh dibuat untuk membeli harta daripada Penerima
Biaya yang belum lagi menyelesaikan pembiayaannya.
3.4 Bagi Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri, atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
hendaklah :a) Seseorang warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang daripada 25 tahun;
c) Telah disahkan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun terus
menerus;
d) Bukan seorang bankrap, atau si berhutang hukuman atau seorang pemakan
gaji tidak berkemampuan.
3.5 Anggota-anggota Pentadbiran Persekutuan atau Negeri, iaitu Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen, Setiausaha Politik, Yang DiPertua Dewan Negara, Timbalan Yang
DiPertua Dewan Negara, Yang DiPertua Dewan Rakyat, Timbalan yang DiPertua Dewan Rakyat, Ahli Dewan Rakyat, Menteri Besar, Ketua Menteri,
Timbalan Menteri Besar, Timbalan Ketua Menteri, Yang DiPertua Dewan
Undangan Negeri, Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli mana-mana Dewan Parlimen atau Ahli
Dewan Undangan Negeri.
3.6 Hakim Mahkamah agung atau Mahkamah Tinggi.

3.7 Bagi Anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah:a) Seorang warganegara Malaysia;
b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun sepenuh masa terusmenerus. Anggota Sukarelawan termasuk yang dikerah sepenuh masa; tidak
layak menikmati SPPI;
c) Berumur tidak kurang daripada 25 tahun;
d) Bukan seorang bankrap, atau si berhutang hukuman atau seorang pemakan
gaji yang tidak berkemampuan.
3.8 Bagi Anggota PoIis DiRaja Malaysia hendaklah :a) Seorang warganegara Malaysia;
b) Telah disahkan dan teIah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun terusmenerus. Anggota sukarelawan tidak layak menikmati SPPI;
c) Berumur tidak kurang 25 tahun;
d) Bukan seorang bankrap, atau si berhutang hukuman atau seorang pemakan
gaji yang tidak berkemampuan.
3.9 SPPI tidak boleh digunakan untuk maksud pembeIian harta suami atau isteri,
ibu, bapa, anak dan adik-beradik, kecuali untuk membeli suatu harta yang
terpaksa dijual atas arahan Mahkamah atau Mahkamah Syariah.
3.10 Jika harga harta yang akan dibeli melebihi amaun kelayakan pembiayaan,
pemohon hendaklah memberikan pengesahan akan menyelesaikan terlebih
dahulu amaun perbezaan harga tersebut sebelum amaun pembiayaan yang
diluluskan dilepas untuk bayaran.

3.11 Pembiayaan SPI adalah terbatal dengan sendirinya sebaik-baik sahaja


Penerima Biaya meninggalkan perkhidmatan.
4. BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN
4.1 Permohonan SPPI hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang
Permohonan Pembiayaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang
memberikan Pembiayaan. Pemohon dikehendaki supaya mengisi tiga salinan
Borang Permohonan, di mana salinan asal dikemukakan ke Pihak Berkuasa
Memberi Pembiayaan, salinan kedua disimpan oleh Jabatan Pemohon,
sementara salinan ketiga disimpan oleh Pemohon. Adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Jabatan menyediakan Borang Permohonan secukupnya
untuk kegunaan kakitangannya.
4.2 Salinan asal Borang Permintaan Laporan Penilaian hendaklah dihantar terus
oleh Pemohon kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian
Kewangan yang akan menilai harta yang hendak dibeli dan salinan borang itu
dikembarkan bersama-sama Borang Permohonan yang dihantar ke Pihak
Berkuasa Memberi Pembiayaan.
4.3 Borang Permohonan yang telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan
Format/Lampiran sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Pihak
Berkuasa Memberi Pembiayaan dengan surat iringan untuk diproses.
5. MAKSUD PEMBIAYAAN
5.1 SPPI adalah untuk tujuan salah satu daripada maksud yang berikut sahaja: -

5.1.1 Jenis I
Membeli tanah dan rumah yang sudah siap dan mempunyai hak milik berasingan
atau membeli petak rumah kediaman yang sudah siap yang mempunyai hak
milik srata.
5.1.2 Jenis II
Membina rumah di atas tanah pemohon sendiri atau di atas tanah yang dipunyai
oleh suami dan/atau isteri pemohon. Hak milik Tanah itu hendaklah bebas
daripada bebanan. Wang pembiayaan boleh juga digunakan untuk bayaran
Arkitek, Jurutera dan juga untuk kos perabot bina dalaman dengan syarat
permohonan dikemukakan serentak.
5.1.3 Jenis III
a) Membeli tanah dan rumah yang sedang dibina yang mempunyai hak milik
berasingan atau membeIi petak rumah kediaman yang sedang dibina yang
mempunyai hak milik blok. Hak milik blok ini telah dipecah
sempadan/pemberimilikan semula mengikut kegunaannya dan tiada pecahan
sempadan lagi kecuali untuk tujuan pengeluaran hak milik strata; atau
b) Membeli tanah yang mempunyai hak milik berasingan dan mendirikan rumah
di atasnya serentak.
5.1.4 Jenis IV
Untuk membeli tanah dengan tujuan mendirikan rumah kemudian dengan syarat
harga belian tanah itu tidak boleh melebihi 50 % daripada jumlah kelayakan
pemohon. Jika Penerima Biaya kemudian ingin menggunakan baki kelayakan

untuk mendirikan rumah di atas tanah berkenaan, amaun tersebut adaIah


berdasarkan gred/kategori jawatan semasa. Pembelian tanah industri tidak
boleh dipertimbangkan. Membeli tanah dan mendirikan rumah di tempat yang
berlainan tidak dibenarkan.
5.1.5 Jenis V
a) MenyeIesaikan hutang pembiayaan perumahan atau baki hutang pembiayaan
perumahan yang telah diambil daripada mana-mana Institusi Kewangan, atau
daripada lain-lain punca yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan; atau
b) Mengambil alih baki pembiayaan terkumpul suami atau isteri yang telah
mengambil pembiayaan SPPI dan kemudiannya meninggalkan Perkhidmatan
Kerajaan, dengan syarat-syarat seperti berikut:i) Suami atau isterinya masih berkhidmat dengan Kerajaan dan layak serta
belum mengambil kemudahan SPPI atau lain-lain Skim Pinjaman Perumahan;
ii) Jumlah baki pembiayaan terkumpul di dalam had kelayakan suami/isteri;
iii) Sekiranya baki pembiayaan terkumpul melebihi had kelayakan, suami/isteri
hendaklah membayar terIebih dahulu apa-apa amaun perbezaan.
5.2 Pembiayaan perumahan akan juga diberi untuk maksud:5.2.1 Bayaran Takaful Pemilik Rumah/Kedai (Kebakaran) dan Takaful Gadai janji
yang diurus oleh Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan.
5.2.2 Bayaran Pendaftaran Gadaian ambilalih pinjaman/pembiayaan oleh
Perbendaharaan Malaysia dari
Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

5.3 Kedua-dua bayaran di perenggan 5.2.1 dan 5.2.2 di atas tidak menjejaskan
had kelayakan maksimum pemohon.
6. PEMBIAYAAN BERSAMA
6.1 Suami dan isteri boleh membuat permohonan SPPI secara bersama untuk
membeli satu harta. Pembiayaan seperti ini ditakrifkan sebagai Pembiayaan
Bersama.
6.2 Pembiayaan Bersama boleh dibuat oleh pemohon dari agensi Kerajaan yang
berlainan yang juga mengamalkan SPPI-nya sendiri.
6.3 Pembiayaan Bersama hanya dibenarkan sekiranya kedua suami dan isteri
memohon SPPI serentak.
6.4 Sekiranya kedua-dua pemohon bukan daripada Jabatan yang sama, maka
kedua-dua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pinjaman
Perumahan serentak melalui Jabatan masing-masing.
6.5 Jika salah seorang atau kedua-dua Penerima Biaya meninggalkan
perkhidmatan, meninggal dunia, bankrap atau melakukan apa-apa kemungkiran,
maka perjanjian pembiayaannya terbatal dengan sendirinya dan mereka
hendaklah membayar balik sekali gus baki Harga Jualan dalam tempoh satu
bulan dari tarikh Penerima Biaya meninggalkan Perkhidmatan, meninggal dunia,
Bankrap atau melakukan apa-apa kemungkiran.
6.6 Walau bagaimanapun, jika salah seorang Penerima Biaya meninggalkan
perkhidmatan atau meninggal dunia atau bankrap atau melakukan apa-apa
kemungkiran, Penerima Biaya yang masih berkhidmat boleh meneruskan
ansuran bulanan pembiayaan itu dengan syarat baki hutang bagi Penerima

Biaya yang meninggalkan perkhidmatan atau meninggal dunia atau bankrap atau
yang melakukan apa-apa kemungkiran, diselesaikan sepenuhnya dalam masa
satu bulan dari tarikh kejadian tersebut.
7. PEMBIAYAAN TAMBAHAN
Hanya kakitangan-kakitangan Kategori X dan XI yang mermbeli Rumah Kos
Rendah, boleh memohon pembiayaan tambahan maksimum dengan syarat
permohonan dikemukakan serentak semasa membeli Rumah Kos Rendah itu.
8. KADAR-KADAR KELAYAKAN PEMBIAYAAN
8.1 Kadar-kadar had maksimum kelayakan pembiayaan adalah seperti di
Lampiran I. Kelayakan adalah mengikut gaji hakiki semasa, Penerima Biaya
seperti di Jadual di dalam Lampiran I. Kelayakan sebenar adalah seperti di
perenggan 8.3.
8.2 Pemohon yang memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi seperti yang
diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan bagi tempoh tidak kurang
daripada 3 bulan, boleh mendapat kelayakan pembiayaan mengikut taraf
jawatan yang dipangkunya.
8.3 Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah berdasarkan kepada :(i) Harga harta; ATAU
(ii) Nilaian harta seperti yang dinilaikan oleh Pengarah Penilaian dan
Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan; ATAU
(iii) Amaun pembiayaan sebenar yang dipohon; ATAU

(iv) Kelayakan maksimum Penerima Biaya, mengikut yang mana terendah, DAN
tertakluk kepada amaun ansuran bulanan tidak melebihi 40% daripada gaji hakiki
bulanan Penerima Biaya.
9. BAYARAN PROSES
9.1 Pemohon hendaklah menghantar Bayaran Proses bersama-sama Borang
Permohonannya. Kadar Bayaran Proses ialah RM1.00 bagi tiap-tiap RM1,000.00
pembiayaan yang diminta tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir.
Jumlah Bayaran Proses yang dikenakan adalah mengikut amaun pembiayaan
yang dipohon.
9.2 Bayaran Proses tidak dikembalikan, walaupun jika permohonan ditoIak atau
pemohon menarik balik/membatalkan permohonan atau Harga Harta yang
diluluskan lebih rendah dari amaun yang dipohon.
10. KADAR KEUNTUNGAN
Kerajaan akan mengenakan kadar keuntungan atas setiap pembiayaan yang
diluluskan dengan kadar 7% bagi Harga Belian berni1ai RM100,000.00 dan
kebawah atau 9% bagi Harga Belian yang bernilai lebih daripada RM100,000.00
11. PRINSIP MUQASAH
11.1 Untuk memungkinkan Penerima Biaya terus menikmati kadar keuntungan 4
% setahun, prinsip Muqassah akan diamalkan dalam setiap ansuran bayaran
balik pembiayaan selagi Penerima Biaya itu berkhidmat dengan Kerajaan dan
tidak melakukan kemungkiran.

11.2 Prinsip Muqasah juga diamalkan bagi Penerima Biaya yang bersara wajib
dan menerima pencen bulanan, atau Penerima Biaya yang memilih Bersara
Secara Pilihan dan bagi Penerima Biaya yang ingin menyelesaikan Harga Jualan
lebih awal.
11.3 Prinsip Muqasah tidak boleh dinikmati bagi Penerima-penerima Biaya yang:
(i) Meninggalkan perkhidmatan;
(ii) Gagal membuat ansuran bayaran balik pembiayaan selama satu bulan atau
lebih;
(iii) Melakukan kemungkiran; dan
(iv) Sebab-sebab lain seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan.
12. PENGELUARAN PEMBIAYAAN
12.1 Pengeluaran pembiayaan akan dibuat seperti berikut:(a) Bayaran Sumbangan Takaful Gadai janji, sebaik-baik sahaja Surat Kelulusan
Pembiayaan dikeluarkan;
(b) Jika hak milik individu atau hak milik Strata, telah digadaikan kepada
Kerajaan Malaysia dan dokumen-dokumen perundangan lain yang berkaitan
diserahkan kepada kerajaan Malaysia. Bagi Unit Petak Rumah yang masih
dalam peringkat pembinaan setelah harta telah diserah hak (menerusi Jaminan)
kepada Kerajaan Malaysia serta dengan dokumen perundangan lain yang
berkaitan, bayaran akan dikeluarkan mengikut kemajuan pembinaan seperti
yang disahkan oleh Arkitek;
(c) Bagi kes dimana Bayaran Tebusan terlibat, Bayaran Tebusan akan dibuat

berdasarkan kepada kemajuan kerja-kerja pembinaan.


(d) Jadual Bayaran Kemajuan adalah mengikut Jadual Ketiga (Fasal 4(1) Akta
Pemaju Perumahan 1966;
(e) Jika harga Harta melebihi Harga Belian (tidak termasuk Sumbangan Takaful
dan Bayaran-bayaran Perkhidmatan Professional), Penerima Biaya hendaklah
menyelesaikan semua perbezaan harga itu dengan Penjual terlebih dahulu; dan
(f) Bayaran Sumbangan Takaful Pemilik Rumah Kediaman/Kedai (Kebakaran)
akan hanya dibuat bagi pembiayaan jenis I, II, III dan V sahaja, yang kemajuan
siapnya itu sekurang-kurangnya pada tahap 95%.
12.2 Semua bayaran dikeluarkan atas nama Pemegang Pertaruhan dan dihantar
melalui Penerima Biaya. Pengeluaran pembiayaan secara berperingkat akan
dibuat mengikut kemajuan pembinaan dan tertakluk kepada pengesahan oleh
Arkitek yang mengawasi pembinaan itu.
13. BAYARAN BALIK HARGA JUALAN
13.1 Bayaran balik Harga Jualan boleh dibayar secara ansuran bulanan dalam
tempoh yang tidak melebihi 300 ansuran bulanan berturut-turut atau tidak
melebihi 360 bulan berturut-turut bagi Penerima Biaya dari Kategori X dan XI
yang membeli rumah/petak rumah kediaman dan Skim Kos Rendah.
13.2 Jika Penerima Biaya membeli sebidang tanah dengan tujuan kemudiannya
mendirikan sebuah rumah, tempoh bayaran balik bagi pembiayaan tanah itu
hendaklah tidak melebihi 144 bulan berturut-turut. Apabila pembiayaan
kemudiannya diambil untuk membina rumah di atas tanah itu, tempoh bayaran
balik tidak boleh melebihi 300 bulan termasuk tempoh bayaran balik pembiayaan

tanah.
13.3 Ansuran bulanan akan dibuat melalui potongan daripada gaji/pencen
bulanan Penerima Biaya. Potongan atas ansuran bulanan pembiayaan
perumahan adalah merupakan potongan wajib yang mana hendaklah dibuat
selepas potongan daripada KWSP dan Cukai Pendapatan.
13.4 Panduan kasar mengenai Jadual Ansuran Bayaran Balik bulanan ....
pembiayaan seperti di Lampiran II.
13.5 Penerima Biaya hendaklah terus membuat ansuran bayaran balik
pembiayaan seperti yang ditetapkan, walaupun Penerima Biaya itu mengambil
Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji atau tidak menerima gaji atau separuh gaji
akibat dari tindakan tatatertib atau belum layak menerima pencen bagi kes
Pesara-pesara Pilihan Sendiri dan sebagainya.
3.6 Bayaran balik pembiayaan hendaklah dibuat atas nama " AKAUN
BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA."
13.7 Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan mempunyai budi bicara untuk
mendapatkan balik baki Harga Jualan daripada Penerima Biaya pada bila-bila
masa sebagaimana yang difikirkan sesuai.
14. JAMINAN PEMBIAYAAN
14.1 Semua pembiayaan perumahan yang telah diluluskan mestilah terjamin
sepenuhnya dengan cara gadaian atau penyerahan hak ke atas harta yang
dibeli.
14.2 Gadaian

14.2.1 Jika harta mempunyai hak milik berasingan/hak milik strata, gadaian
hendaklah dibuat mengikut peraturan dan syarat-syarat yang terkandung dalam
Kanun Tanah Negara (Akta 56 Tahun 1965) atau Ordinan Tanah Sabah (Sabah
Cap 68) atau Kanun Tanah Sarawak (Sarawak Cap. 81). Kerajaan hendaklah
merupakan Pemegang Gadaian Pertama.
14.2.2 Setelah surat kelulusan pembiayaan perumahan dikeluarkan, Pihak
Berkuasa Memberi Pembiayaan akan menghantar dokumen-dokumen berikut
kepada peguam yang dilantik oleh Penerima Biaya:a) Perjanjian Novasi (5 salinan);
b) Perjanjian Jual Harta ( salinan);
e) Borang Gadaian Pihak Pertama 16A (2 salinan) atau Borang Gadaian 16A
Pihak ketiga (2 salinan);
d) Lampiran kepada Borang Gadaian 1 6A (2 salinan) iaitu Borang A atau
Borang B.
14.2.3 Peguam hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Penerima Biaya
untuk menandatangani kesemua keempat-empat jenis dokumen di atas.
Sekiranya tanah tersebut terletak dalam kawasan Simpanan Melayu, peguam
akan mengarahkan Penerima Biaya menandatangani Borang Gadaian 1 6A
serta Lampiran di Pejabat Tanah berkenaan.
14.2.4 Dokumen-dokumen yang telah ditandatangani oleh Penerima Biaya dan
disempurnakan oleh Peguam itu hendaklah dikembalikan segera oleh Peguam
kepada Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan untuk ditandatangan timbal.
14.2.5 Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan akan mengembalikan semula
semua dokumen-dokumen yang telah ditandatangan timbal itu kepada Peguam

seperti berikut:a) Tiga salinan Perjanjian Novasi dan tiga salinan Surat Perjanjian Jual Harta di
mana satu salinan disimpan oleh Peguam, dan salinan-salinan kedua dan ketiga
dihantar oleh Peguam kepada Penerima Biaya dan Pemaju/Pemilik/Penjual
berturut-turut;
b) Kedua-dua salinan Borang Gadaian 1 6A serta Lampiran dikembalikan semula
kepada Peguam untuk pendaftaran di Pejabat Tanah berkenaan.
14.2.6 Selepas orang Gadaian 16A serta Lampiran didaftarkan oleh Pejabat
Tanah, Peguam hendaklah dengan serta-merta mengembalikan kepada Pihak
Berkuasa Memberi Pembiayaan dokumen-dokumen berikut:a) Salinan asal Surat Perjanjian Jual Beli;
b) Gadaian pendua Borang 16A dan Lampiran;
c) Suratan Hak milik Asal.
14.2.7 Segala kos guaman yang berkaitan dengan urusan gadaian dan
sebagainya yang dituntut oleh Peguam akan dibayar oleh Penerima Biaya terus
kepada Peguam.
14.3 Penyerahan hak
14.3.1 Jika harta tidak mempunyai hak milik berasingan atau petak (rumah
kediaman yang tidak mempunyai hak milik strata, iaitu masih di peringkat
pembinaan dan pembelian daripada pemaju sahaja), jaminan pembiayaan
adalah dibuat dengan cara Penyerahan hak kepada Kerajaan. Bagi jenis harta
Petak Rumah Kediaman yang belum lagi mempunyai hak milik strata, harta itu
hendaklah mempunyai hak milik Blok. Kerajaan akan memasukkan Kaveat

Pendaftar ke atas hak milik Blok yang berkenaan.


14.3.2 Setelah surat kelulusan pembiayaan dikeluarkan, Pihak Berkuasa
Memberi Pembiayaan akan menghantar dokumen-dokumen berikut kepada
Peguam yang dilantik oleh Penerima Biaya:a) Perjanjian ovasi (6 salinan);
b) Surat Perjanjian Jual Harta serta Penyerahan hak (6 salinan);
c) Surat Ikatan Penyerahan hak (6 saIinan) (menerusi jaminan).
14.3.3 Peguam hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Penerima Biaya
menandatangani kesemua dokumen di perenggan 14.3.2 di atas.
14.3.4 Selepas dokumen-dokumen tersebut ditandatangani oleh Penerima Biaya
dan disempurnakan oleh Peguam, Peguam hendaklah dengan segera
mengembalikan dokumen-dokumen tersebut kepada Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan untuk ditandatangan timbal.
14.3.5 Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan akan menyerahkan semula
dokumen-dokumen tersebut yang telah ditandatangan timbal kepada Peguam
untuk tindakan-tindakan berikut :a) Tiga salinan Perjanjian Novasi dan tiga salinan Surat Perjanjian Jual Harta
serta Penyerahan hak untuk disimpan oleh Peguam, Penerima Biaya dan
Pemaju/Pemilik/Penjual;
b) Keenam-enam salinan Surat Ikatan Penyerahan hak (menerusi jaminan) untuk
maksud pendaftaran "Power of Attorney" di Mahkamah Tinggi.
14.3.6 Selepas "Power of Attorney" didaftarkan oleh Peguam di Mahkamah

Tinggi, Peguam hendaklah dengan segera mengembalikan kepada Pihak


Berkuasa Memberi Pembiayaan dokumen-dokumen tersebut seperti berikut :a) Salinan Asal dan salinan pendua Surat Ikatan Penyerahan hak (menerusi
Jaminan) untuk simpanan Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan . Baki 4 salinan
lagi akan disimpan oleh Mahkamah Tinggi, Peguam, Penerima Biaya dan
Pemaju, masing-masingnya;
b) Salinan asal Surat Perjanjian Jual Beli.
14.3.7 Segala kos guaman yang berkaitan dengan urusan Penyerahan Hak dan
sebagainya dan yang dituntut oleh Peguam akan dibayar terus oleh Penerima
Biaya kepada Peguam.
15. PELINDUNGAN TAKAFUL
15.1 Takaful Pemilik Rumah Kediaman/Kedai (Kebakaran)
15.1.1 Semua Penerima Biaya dikehendaki mengambil Takaful Pemilik Rumah
Kediaman (Houseowners Policy) untuk rumah kediaman atau Takaful Kebakaran
(Fire Policy) untuk rumah kedai seperti yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa
Pemberi Pembiayaan.
15.1.2 Takaful tersebut didaftar atas nama Penerima Biaya sebagai pemunya
dan Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan sebagai Pemilik Berkepentingan, dan
apa-apa pampasan yang dibayar hendaklah dibayar kepada Pihak Berkuasa
memberi Pembiayaan.
15.1.3 Perlindungan Takaful Pemilik Rumah Kediaman/Kedai (Kebakaran) akan
mula berkuatkuasa setelah kemajuan kerja meningkat 95 % atau semasa

pemilikan kosong diserahkan kepada Penerima Biaya.


15.1.4 Untuk membuat tuntutan ke atas Takaful Pemilik Rumah Kediaman/Kedai
(Kebakaran), Penerima Biaya hendaklah memberitahu syarikat Takaful yang
berkenaan mengenai tuntutannya, dan semua rundingan mengenainya
hendaklah diurus sendiri oleh Penerima Biaya.
15.2 Takaful Perlindungan Gadai janji
15.2.1 Semua Penerima Biaya dikehendaki mengambil Takaful Gadai janji
(Mortgage Protection Policy) seperti yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa
Memberi Pembiayaan.
15.2.2 Perlindungan Takaful Gadai janji hendaklah didaftarkan atas nama
Penerima Biaya dan apa-apa wang pampasan hendaklah dibayar kepada
Kerajaan Persekutuan.
15.2.3 Takaful Gadai janji akan berkuatkuasa mulai dan tarikh pembiayaan
diluluskan.
15.2.4 Semua tuntutan Takaful Gadai janji akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa
Memberi Pembiayaan.
15.3 Borang Akad Gadai janji dan Pemilik Rumah Kediaman Kebakaran
Penerima Biaya hendaklah melengkapkan Borang Akad di atas dan
mengembarkannya dengan Borang Permohonan dan Pembiayaan Perumahan
yang dihantar kepada Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan.
16. BAYARAN DUTI SETEM

Penerima Biaya adalah dikecuaIikan daripada membayar duti setem yang


sepatutnya dibayar di bawah Ordinan Duti Setem yang berkuatkuasa.
17. PEMBATALAN PEMBIAYAAN
17.1 Penerima Biaya yang membatalkan pembiayaannya adalah dikehendaki
membayar balik baki Harga Jualan yang masih terhutang olehnya dalam masa
satu bulan dari tarikh surat kelulusan pembatalan pembiayaan dikeluarkan. Jika
bayaran sekali gus dibuat dalam masa satu bulan yang ditetapkan itu, Penerima
Biaya akan menikmati kemudahan Muqassah. Sebaliknya jika Penerima Biaya
gagal menjelaskan sekali gus tuntutan itu dalam masa satu bulan dari tarikh
yang ditetapkan itu, Penerima Biaya tidak akan menikmati kemudahan Muqasah.
Pengecualian adalah untuk Penerima Biaya yang terpaksa membatalkan
pembiayaannya itu kerana terlibat dengan Projek Terbengkalai.
17.2 Penerima Biaya yang membatalkan Pembiayaan tidak layak memohon
pembiayaan selanjutnya kecuali jika terlibat dengan Projek Terbengkalai.
18. KUASA UNTUK MENAMATKAN PERJANJIAN PEMBIAYAAN
18.1 Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan adalah berhak meminta seseorang
Penerima Biaya menyelesaikan baki Harga Jualan dengan segera kerana apaapa kemungkiran terhadap perjanjian pembiayaan atau kerana apa-apa sebab
yang mungkin ada di Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan bagi menamatkan
perjanjian itu.
18.2 Penerima Biaya yang pembiayaannya ditamatkan tidak layak membuat
permohonan pembiayaan selanjutnya.
19. PENGUATKUASAAN SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN OLEH KETUA

JABATAN
19.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua Ketua Jabatan untuk memastikan
bahawa:a) Pembiayaan perumahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan dicatitkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan Penerima Biaya
dengan merekodkan amaun pembiayaan, rujukan kelulusan pembiayaan dan
tarikh kelulusan pembiayaan.
b) Ketua Jabatan hendaklah mencatitkan dalam Buku Perkhidmatan Penerima
Biaya nombor rujukan Arahan Potongan Gaji (APG), tarikh mula berkuatkuasa
dan tarikh tamat APG, tempoh bayaran balik bulanan dan amaun ansuran
bulanan.
c) Semua APG yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya. Jika pelaksanaan APG ini tidak dapat
dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah
mengarahkan Penerima Biaya mengemukakan bayaran kepada Ketua Jabatan
yang mana kemudiannya akan mengkreditkan kepada Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan. Jika baki gaji termasuk elaun penerima biaya tidak mencukupi,
maka Ketua Jabatan hendaklah dengan serta-merta melapurkan kedudukan ini
kepada Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan. Tindakan surcaj mengikut Akta
Acara Kewangan 957 (Pindaan 1972) akan diperakukan ke atas mana-mana
Ketua Jabatan yang gagal melaksanakan APG.
d) APG hendaklah dicatitkan di dalam Sijil Gaji Akhir untuk membolehkan Ketua
Jabatan di tempat bertugas yang baru terus melaksanakan APG mengikut
jadual.

e) Ketua Jabatan tidak dibenarkan memberhentikan atau menangguhkan


pelaksanaan APG atau mengurangkan amaun potongan seperti yang ditetapkan
dalam APG. Tindakan seperti ini adalah dianggap serius yang mana jika
disabitkan kesalahan boleh dikenakan surcaj mengikut Akta Acara Kewangan
1957 (Pindaan 1972).
f) Memberitahu serta-merta ke Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan, jika
Penerima Biaya:i) Bertukar alamat pejabat;
ii) Bersara atau meninggal dunia melalui Borang seperti diLampiran 'C' Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978. Jika Ketua Jabatan gagal memaklumkan
kepada Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan kurang daripada 6 bulan sebelum
Penerima Biaya bersara wajib atau tidak langsung melaksanakan surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/1978, tindakan surcaj mengikut Akta atur cara
Kewangan 1957 akan diambil ke atas Ketua Jabatan yang cuai itu;
iii) Meninggalkan perkhidmatan. Sekiranya arahan ini tidak dilaksanakan dan
Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan terus mengeluarkan baki pembiayaan
atau jika Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan tidak dapat memungut kembali
amaun pembiayaan yang telah dikeluarkan itu selepas Penerima Biaya
meninggalkan perkhidmatan, Ketua Jabatan bertanggungJawab atas kehilangan
wang awam itu. Jika disabitkan kesalahan, tindakan surcaj akan diambil ke atas
Ketua Jabatan;
iv) Penerima biaya yang diluluskan Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau yang
digantung kerja; dan
v) Apa-apa jua kes Arahan potongan pembiayaan perumahan yang tidak dapat

dilaksanakan.
iv) Mencatitkan nombor akaun pembiayaan yang betul bagi setiap bayaran bagi
mengelakkan bayaran itu dikreditkan ke akaun lain.
20. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN PENCEN, JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
20.1 Bahagian Pencen adalah diminta untuk memberi kerjasama kepada Pihak
Berkuasa Memberi Pembiayaan dalam melaksanakan sepenuhnya Arahan
Potongan Pencen (APP) dan potongan ganjaran yang dikeluarkan bagi setiap
Penerima Biaya. Sekiranya APP dan arahan potongan ganjaran tidak dapat
dilaksanakan, Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan hendakah dimaklumkan
dengan serta-merta.
20.2 Potongan Pencen hendaklah dikreditkan ke Pihak Berkuasa Memberi
Pembiayaan tiap-tiap bulan pada bulan yang berikutnya selepas pencen
dipotong. Bayaran hendaklah dikemukakan dengan menyatakan nombor akaun
pembiayaan yang betul.
20.3 Tidak melepaskan wang ganjaran Penerima Biaya selagi tidak ada
pengesahan daripada Pihak Berkuasa Memberi Pembiayaan.
21. PENJUALAN/MEMINDAHMILIK/MENGGADAI HARTA BAGI PEMBIAYAAN
YANG BELUM DISELESAIKAN SEPENUHNYA
Seseorang Penerima Biaya yang telah diberi pembiayaan tidak boleh menjual,
memindahmilik harta, atau menggadaikan selanjutnya atau mengambil apa-apa
tindakan lain mengenai harta yang diperolehi dengan menggunakan kemudahan
pembiayaan ini dan juga harta yang digadaikan kepada Pihak Berkuasa Memberi

Pembiayaan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pihak


Berkuasa Memberi Pembiayaan.
22. KUASA KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa
olehnya, berkuasa mengenakan syarat-syarat tambahan, mengubahsuai atau
mengecualikan syarat-syarat di atas.
23. PELAKSANAAN
Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai 1hb. Jun 1994.

" BEKHIDMAT UNTUK NEGARA "

(TAN SRI DATO' MOHD SHERIFF BIN MOHD KASSIM)


Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
18/04/94

LAMPIRAN I
AMAUN KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM BAGI
ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI, AHLI KEDUA DUA
DEWAN PARLIMEN DAN DEWAN PERUNDANGN NEGERI, PARA HAKIM
DAN KAKITANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI, ANGGOTA
TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, ANGGOTA POLIS DIRAJA
MALAYSIA DAN KAKITANGAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BADAN
BERKANUN DAN KUASA TEMPATAN.
Amaun pembiayaan maksimum yang boleh didapati oleh seseorang pemohon
mengikut kelayakan adalah seperti berikut:
KELAYAKAN AMAUN PEMBIAYAAN MAKSIMUM
1. ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
1.1 Perdana Menteri - RM 500,000.00
1.2 Timba]an Perdana Menteri - RM 500,000.00
1.3 Menteri - RM 400,000.00
1.4 Timbalan Menteri - RM 240,000.00
1.5 Setiausaha-Setiausaha Parlimen - RM 180,000.00
1.6 Setiausaha-Setiausaha Politik - RM 96,000.00

2. AHLI-AHLI PARLIMEN
2.1 Yang DiPertua Dewan Negara/Yang DiPertua Dewan Rakyat - RM
200,000.00
2.2 Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara/Timbalan Yang DiPertua Dewan
Rakyat - RM 130,000.00
2.3 Senator dan Ahli Dewvan Rakyat - RM 72,000.00
3. ANGGOTA PENTADBIRAN NEGERI DAN AMAUN AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI PEMBIAYAAN
3.1 Menteri Besar/Ketua Menteri - RM 400,000.00
3.2 Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri - RM 130,000.00
3.3 Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri - RM 100,000.00
3.4 Yang DiPertua Dewan Perundangan Negeri - RM 72,000.00
3.5 Timbalan Yang DiPertua Dewan Perundangan Negeri - RM 72,000.00
3.6 Ahli Dewan Perundangan Negeri - RM 72,000.00
4. HAKIM-HAKIM
4.1 Hakim-hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi - RM 200,000.00
5. PERKHIDMATAN AWAM AM

5.1 GRED/KATEGORI (SSB)


5.1.1 Gred Utama/Khas 'C' dan ke atas - RM 200,000.00
5.1.2 Kategori I, Kategori II dan Kategori III bergaji RM3,138.00 dan ke atas RM 160,000.00
5.1.3 Kategori I bergaji RM3,137.00 dan kebawah, Kategori IV, Ketegori V dan
Kategori VI bergaji RM1,913.00 dan ke atas - RM 120,000.00 atau tertakluk
kepada amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL I mana yang
lebih rendah.
5.1.4 Kategori VI bergaji RM1,912.00 dan ke bawah dan Kategori VII - RM
80,000.00 atau tertakluk kepada amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki dan
JADUAL II mana yang lebih rendah.
5.1.5 Kategori VIII dan Kategori IX - RM 80,000.00 atau tertakluk kepada
amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL III mana yang lebih
rendah.
5.1.6 Kategori X - RM 80,000.00 atau tertakluk kepada amaun kelayakan
mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL IV mana yang lebih rendah.
5.1.7 Kategori XI - Rm 35,000.00 atau tertakluk kepada amaun kelayakan
mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL V mana yang lebih rendah.
6. PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
6.1 PANGKAT

6.1.1 Timbalan Pesuruhjaya Polis dan ke atas - RM 200,000.00


6.1.2 Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis hingga Penolong Pesuruhjaya Polis RM 160,000.00
6.1.3 Penguasa Polis hingga Penolong Penguasa Polis - RM 120,000.00 atau
tertakluk kepada amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL I mana
yang lebih rendah.
6.1.4 Ketua Inspektor hingga Inspektor - RM 80,000.00 atau tertakluk kepada
amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki dalam JADUAL II mana yang lebih
rendah.
6.1.5 Sub-Inspektor hingga Sarjan - RM 80,000.00 atau tertakluk kepada
amaun kelayakan mengikut Gaji Hakiki di JADUAL III mana yang lebih rendah.
6.1.6 Koperal hingga Konstabal Seperti di para 8.
7. ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Tentera Darat

Tentera Laut

Diraja Malaysia Diraja Malaysia

Tentera Udara

Amaun

Diraja Malaysia

Pembiayaan
Maksimum

Mejar Jeneral dan Laksamana Muda Mejar Jeneral dan


Keatas
dan keatas
keatas(udara)

RM 200,000.00

Brig. Jeneral
hingga
Kolonel

RM 160,000.00

Laksamana
Pertama
hingga
Kapten(TLDM)

Brig. Jeneral hingga


Kolonel(udara)

Lt. Kolonel hingga Komander hingga Lt. Kolonel hingga

RM 120,000.00

Kapten

Leftenan(TLDM) Kapten(udara)

atau tertakluk
kepada amaun
kelayakan
mengikut Gaji
Hakiki di
dalam
JADUAL I
dimana yang
lebih rendah

Leftenan hingga
Leftenan Muda

Leftenan Madya Leftenan hingga Leftenan RM 80,000.00


hingga Leftenan Muda(udara)
atau tertakluk
Muda(TLDM)
kepada amaun
kelayakan
mengikut Gaji
Hakiki di
JADUAL II
mana yang
lebih rendah

Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran I hingga RM 80,000.00


hingga Bentara Sarjan
atau tertakluk
hingga
Sarjan Muda
kepada amaun
kelayakan
mengikut Gaji
Hakiki di
JADUAL III
mana yang
lebih rendah
Koperal hingga
Prebet Muda

Laskar Kanan
hingga Laskar

Koperal hingga Ahli


Udara

Seperti di para
8

8. LAIN-LAIN ANGGOTA TETAP ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN


ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA
8.1. Tentera Darat - Berpangkat Koperal hingga Prebet
8.2. Tentera laut DiRaja - Berpangkat Laskar kanan hingga Malaysia Laskar
Muda
8.3. Tentera Udara DiRaja - Berpangkat Koperal hingga Ahli Malaysia Udara
8.4. Anggota Polis DiRaja - Berpangkat Koperal hingga Malaysia Konstabal
------------------------------------------------------------------------Bil. Gaji Hakiki* Amaun Maksimum Pembiayaan
------------------------------------------------------------------------1. RM 940.00 dan ke atas - RM 55,000.00
2. RM 915.00 - RM 54,000.00
3. RM 890.00 - RM 53,000.00
4. RM 865.00 - RM 52,000.00
5. RM 840.00 - RM 51,000.00
6. RM 815.00 - RM 50,000.00
7. RM 790.00 - RM 49,000.00
8. RM 765.00 - RM 48,000.00
9. RM 740.00 - RM 47,000.00
10. RM 725.00 - RM 46,000.00
11. RM 705.00 - RM 45,000.00
12. RM 690.00 - RM 44,000.00
13. RM 675.00 - RM 43,000.00
14. RM 660.00 - RM 42,000.00

15. RM 645.00 - RM 41,000.00


16. RM 630.00 - RM 40,000.00
17. RM 610.00 - RM 39,000.00
18. RM 595.00 - RM 38,000.00
19. RM 580.00 - RM 37,000.00
20. RM 565.00 - RM 36,000.00
21. RM 550.00 - RM 35,000.00
* Termasuk Elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
JADUAL I
KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BERDASARKAN KEPADA GAJI
HAKlKI BERASASKAN TEMPOH BAYARAN BALIK 25 TAHUN
Bil. Gaji Hakiki Amaun Kelayakan Pembiayaan
1. Gred Utama/Khas 'C' dan ke atas - RM 200,000.00
2. Kategori I, Kategori II dan Kategori III bergaji RM3,138.00 dan ke atas - RM
160,000.00
3. RM 1,584.00 dan ke atas - RM 170,000.00
4. RM 1,571.00 - RM 119,000.00
5. RM 1,558.00 - RM 118,000.00
6. RM 1,544.00 - RM 117,000.00
7. RM 1,531.00 - RM 116,000.00
8. RM 1,518.00 - RM 115,000.00
9. RM 1,505.00 - RM 114,000.00
10. RM 1,492.00 - RM 113,000.00

11. RM 1,478.00 - RM 112,000.00


12. RM 1,465.00 - RM 111,000.00
13. RM 1,445.00 - RM 110,000.00
14. RM 1,439.00 - RM 109,000.00
15. RM 1,425.00 - RM 1O8,000.00
16. RM 1,410.00 - RM 1O7,000.00
17. RM 1,399.00 - RM 106,000.00
18. RM 1,386.00 - RM 105,000.00
19. RM 1,370.00 - RM 104,000.00
20. RM 1,360.00 - RM 103,000.00
21. RM 1,346.00 - RM 102,000.00
22 RM 1,333.00 - RM 101,000.00
23. RM 1,320.00 - RM 100.000.00
24. RM 1,307;00 - RM 99 000.00
25. RM 1,294 00 - RM 98,000.00
26. RM 1,280.00 - RM 97,000.00
27. RM 1,267.00 - RM 96,000.00
28. RM 1,250.00 - RM 95.000.00
29. RM 1,241.00 - RM 94,000.00
30. RM 1,228.00 - RM 93,000.00
31. RM 1,210.00 - RM 92,000.00
32. RM 1,200.00 - RM 91,000.00
33. RM 1,188.00 - RM 90,000 00
34. RM 1,170.00 - RM 89,000.00
35. RM 1,162.00 - RM 88,000.00
36. RM 1,145.00 - RM 87,000.00
37. RM 1,130.00 - RM 86,000.00
38. RM 1,122.00 - RM 85,000.00
39. RM 1,109.00 - RM 84,000.00
40. RM 1,096.00 - RM 83,000.00

41. RM 1,082.00 - RM 82,000.00


42. RM 1,069.00 - RM 81,000.00
* Termasuk elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
JADUAL 11
KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BERDASARKAN KEPADA GAJI
HAKIKI BERASASKAN TEMPOH BAYAAN BALIK 25 TAHUN
Bil.Gaji Hakiki* Amaun Kelayakan Pembiayaan
1. RM 1,056.00 dan keatas - RM 80 000.00
2.. RM 1,043.00 - RM 79 000.00
3. RM 1,030.00 - RM 78,000.00
4. RM 1,016.00 - RM 77,000.00
5. RM 1,002.00 - RM 76,000.00
6. RM 990.00 - RM 75,000.00
7. RM 977.00 - RM 74,000.00
8. RM 964.00 - RM 73,000.00
9. RM 950.00 - RM 72,000.00
10. RM 937.00 - RM 71,000.00
11. RM 920.00 - RM 70,000.00
12. RM 910.00 - RM 69,000.00
13. RM 898.00 - RM 68,000.00
14. RM 884.00 - RM 67,000.00
15. RM 871.00 - RM 66.000.00
16. RM 858.00 - RM 65,000.00
17. RM 845.00 - RM 64,000.00
18. RM 830.00 - RM 63,000.00

19. RM 815 00 - RM 62,000.00


20. RM 805.00 - RM 61,000.00
21. RM 792.00 - RM 60,000.00
22. RM 779.00 - RM 59,000.00
23. RM 766.00 - RM 58,000.00
24. RM 752.00 - RM 57,000.00
25. RM 735.00 - RM 56,000.00
26. RM 725.00 - RM 55,000000
* Termasuk elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
JADUAL III
KELAYAKAN PEMBlAYAAN PERUMAHAN BERDASARKAN KEPADA GAJI
HAKIKI BERASASKAN TEMPOH BAYARAN BALIK 25 TAHUN
Bil. Gaji Hakiki* Amaun kelayakan pembiayaan
1. RM 1,056.00 dan ke atas - RM 80,000.00
2. RM 1,043.00 - RM 79,000.00
3. RM 1,030.00 - RM 78,000.00
4. RM 1,016.00 - RM 77,000.00
S. RM 1,003.00 - RM 76,000.00
6. RM 990.00 - RM 75,000.00
7. RM 977.00 - RM 74,000.00
8. RM 964.00 - RM 73,000.00
9. RM 950.00 - RM 72,000.00
10. RM 937.00 - RM 71,000 00
11. RM 920.00 - RM 70,000 00
12. RM 910.00 - RM 69,000.00

13. RM 898.00 - RM 68,000.00


14. RM 884.00 - RM 67,000.00
15. RM 871.00 - RM 66,000.00
16. RM 858.00 - RM 65,000.00
17. RM 845.00 - RM 64,000.00
18. RM 830.00 - RM 63,000.00
19. RM 815.00 - RM 62,000.00
20. RM 805.00 - RM 61,000.00
21. RM 792.00 - RM 60,000.00
22. RM 779.00 - RM 59,000.00
23. RM 760.00 - RM 58,000.00
24. RM 752.00 - RM 57,000.00
25. RM 735.00 - RM 56,000.00
26. RM 725.00 - RM 55,000.00
27. RM 710.00 - RM 54,000.00
28. RM 695.00 - RM 53,000.00
29. RM 685.00 - RM 52,000.00
30. RM 673.00 - RM 51,000.00
31. RM 660.00 - RM 50,000.00
32. RM 647.00 - RM 49,000.00
33. RM 634.00 - RM 48,000.00
34. RM 620.00 - RM 47,000 00
35. RM 605.00 - RM 46,000.00
36. RM 594.00 - RM 45,000.00
37. RM 575.00 - RM 44,000.00
38. RM 568.00 - RM 43,000.00
39. RM 554.00 - RM 42,000.00
40. RM 541.00 - RM 41,000.00
41. RM 528.00 - RM 40,000.00
42. RM 510.00 - RM 39,000.00

43. RM 502.00 - RM 38,000.00


44. RM 485.00 - RM 37,000.00
45. RM 475.00 - RM 36,000.00
46. RM 460.00 - RM 35,000.00
* Termasuk elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa.
JADUAL IV
KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BERDASARKAN KEPADA GAJI
HAKIKI BERASASKAN TEMPOH BAYARAN BALIK 25 TAHUN
Bil. Gaj Hakiki* Amaun Kelayakan Pembiayaan
1. RM 1,056.00 dan ke atas - RM 80,000.00
2. RM 1,043.00 - RM 79,000.00
3. RM 1,030.00 - RM 78,000.00
4. RM 1,016.00 - RM 77,000.00
5. RM 1,003.00 - RM 76,000.00
6. RM 990.00 - RM 75,000.00
7. RM 977.00 - RM 74,000.00
8. RM 964.00 - RM 73,000.00
9. RM 950.00 - RM 72,000.00
10. RM 937.00 - RM 71,000.00
11. RM 920.00 - RM 70,000.00
12. RM 910.00 - RM 69,000.00
13. RM 898.00 - RM 68,000.00
14. RM 884.00 - RM 67,000.00
15. RM 871.00 - RM 68,000.00
16. RM 858.00 - RM 66,000.00

17. RM 845.00 - RM 65,000.00


18. RM 830.00 - RM 64,000.00
19. RM 815.00 - RM 63,000.00
20. RM 805.00 - RM 62,000.00
21. RM 792.00 - RM 61,000.00
22. RM 779.00 - RM 60,000.00
23. RM 760.00 - RM 59,000.00
24. RM 752.00 - RM 58,000.00
25. RM 735.00 - RM 57,000.00
26. RM 725.00 - RM 56,000.00
27. RM 710.00 - RM 55,000.00
28. RM 695.00 - RM 54,000.00
29. RM 685.00 - RM 53,000.00
30. RM 673.00 - RM 52,000.00
31. RM 660.00 - RM 51,000.00
32. RM 647.00 - RM 50,000.00
33. RM 634.00 - RM 49,000.00
34. RM 620.00 - RM 48,000.00
35. RM 605.00 - RM 47,000.00
36. RM 594.00 - RM 46,000.00
37. RM 575.00 - RM 45,000.00
38. RM 568.00 - RM 44,000.00
39. RM 554.00 - RM 43,000.00
40. RM 541.00 - RM 42,000.00
41. RM 528.00 - RM 41,000.00
42. RM 510.00 - RM 40,000.00
43. RM 502.00 - RM 39,000.00
44. RM 485.00 - RM 38,000.00
45. RM 475.00 - RM 37,000.00
46. RM 460.00 - RM 36,000.00

* Termasuk elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.


JADUAL V
KELAYAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BERDASARKAN KEPADA GAJI
HAKlKI BERASASKAN TEMPOH BAYARAN BALIK 25 TAHUN
Bil. Gaji Hakiki Amaun Kelayakan Pembiayaan
1. RM 460.00 dan ke atas - RM 35,000.00
2. RM 449.00 - RM 34,000.00
3. RM 436.00 - RM 33,000.00
4. RM 422.00 - RM 32,000.00
5. RM 409.00 - RM 31,000.00
6. RM 390.00 - RM 30,000.00
7. RM 380.00 - RM 29,000.00
8. RM 365.00 - RM 28,000.00
9. RM 350.00 - RM 27,000.00
10. RM 340.00 - RM 26,000.00
11. RM 330.00 - RM 25,000.00
* Termasuk elaun memangku yang disahkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.

Lampiran II
JADUAL BAYARAN BALIK BAGI PEMBIAYAAN BERDASARKAN KURANGAN
MUQAASAH PADA KADAR 4%
Tempoh Pembiayaan Bayaran Balik Bulanan
Tahunan Bagi Tiap-tiap RM 1,000.00
1 - 85.15
2 - 43.42
3 - 29.50
4 - 22.58
5 - 18.42
6 - 15.65
7 - 13.67
8 - 12.19
9 - 11.04
10 - 10.12
11 - 9.38
12 - 8.76
13 - 8.23
14 - 7.78
15 - 7.40
16 - 7.06
17 - 6.76
18 - 6.50
19 - 6.27
20 - 6.06
21 - 5.87
22 - 5.70

23 - 5.55
24 - 5.41
25 - 5.28
26 - 5.16
27 - 5.05
28 - 4.95
29 - 4.86
30 - 4.77

Anda mungkin juga menyukai