Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD SAJAK AKU M/S 13

Rangkap

Maksud

Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain


di pantai ini.

Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan


bahawa dirinya itu Nabi Adam.

Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya


nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan.
Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam
ciptaan Tuhan.

Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum


kewujudannya.

Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui


kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta


kerana baginda baru sahaja dicipta.

TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar. Pembaca dipupuk untuk menghayati dan
menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.
PERSOALAN

1. Pemeliharaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.
2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia
menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i.

Bebas

ii.

Terdapat tujuh rangkap

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 3 baris rima akhir abc

Rangkap 2 terdapat 3 baris rima akhir abc

Rangkap 5 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir aab

Rangkap 7 terdapat 3 baris. Rima akhir abb

GAYA BAHASA

Sinkofe
Contoh: kecuali diriku

Kata ganda
Contoh: bertiup di mana-mana

Imej alam
Contoh: laut, langit, pohon, angin, ombak.

Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada

Aliterasi-perulangan konsonan l

Contoh: laut, langit dan pohon


NILAI

Percaya kepada Tuhan.


Contoh: aku percaya Kau Pencipta.

Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di
dunia.

Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.

Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan
Tuhan.