Anda di halaman 1dari 2

SAJAK 'KUNCI BAHASA' KOMSAS TINGKATAN 1 (ms 14)

Pengenalan
Dengan hanya 38 patah perkataan, sajak ini dipecahkan kepada enam rangkap dua baris. Hal
yang menariknya ialah rima akhir setiap baris sajak berakhir dengan huruf 'h'. Maka, boleh
dikatakan bentuk 'aa' ini mirip dengan syair.
Perbincangan Rangkap Demi Rangkap
Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa ialah akal budi insan, serta berkait rapat dengan nama baik seseorang. Maka, seseorang
yang berbahasa tidak akan menuturkan perkataan yang menggores atau melukakan perasaan
orang lain.
'Berbilur' maksudnya bekas (luka) pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis
seperti cemeti, rotan dan lain-lain: klik di sini).
Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.
Bahasa sentiasa berkembang seiring dengan perjalanan masa dan kemajuan manusia.
Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.
Bahasa mewakili suatu kesinambungan sejarah yang panjang. Bahasa tidak lenyap kerana
disambut oleh generasi demi generasi silih berganti.
Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa menjadi wahana atau ikatan yang mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan yang
akrab.
Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah.
Bahasa mempunyai peranan yang tersendiri dalam mengangkat martabat umat. Bahasa
menyumbang terhadap kekuatan umat.
Bahasa begitu indah
tidak habis bahasa bermadah.

Keindahan bahasa tidak terbatas dalam mengungkapkan kata-kata yang baik, berkesan dan
menarik.