Anda di halaman 1dari 24

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007).


Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan seimbang
dari aspek tingkah laku dan afektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad
OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat
mereka dengan jenama OKU tersebut.
Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh
kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul
dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan
yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu
bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan perkembangan dan
kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka.
Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka.
Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi yang pada mereka tidak membawa makna apaapa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak mereka.
Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan .
Ada juga sebahagian daripada mereka tidak memberikan sokongan dan idea kepada program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Program permuafakatan sebagai medan berbincang dan bertukar
pendapat cuma dianggap satu pembaziran masa yang dianggap tidak bermakna oleh mereka.
Maka oleh yang demikian ada sebahagian ibu bapa tidak mendapat maklumat yang secukupnya
dari pihak sekolah. Guru menghadapi kesukaran untuk mendedahkan keupayaan anak mereka
dalam pelbagai aspek. Ini kerana mereka hanya melihat ketidakupayaan anak mereka dari satu
sudut sahaja.
Kurang kesedaran dalam ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak Pendidikan Khas ini terlalu
dimanjakan sehingga tidak pandai mengurus diri dengan baik. Masih ada ibu bapa tidak percaya
dengan keupayaan guru-guru menguruskan anak-anak mereka sehingga sanggup tunggu bersama
di sekolah hanya semata untuk memberikan makanan dan menghantarkan ke tandas. Pihak
sekolah sebenarnya boleh menolak penempatan anak mereka sekiranya mereka tidak boleh
mengurus diri dengan baik.
Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah dalam aspek pengurusan diri. Ini sedikit
sebanyak telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semasa ketiadaan
khidmat pembantu pengurusan murid dulu, semua tugas tersebut terpaksa dilakukan oleh guru-guru
Pendidikan Khas. Maka timbul pula isu di mana guru-guru Pendidikan Khas hanya mengasuh murid
sahaja bukannya mengajar seperti guru lain.

Selain daripada itu, ada dalam kalangan mereka telah menyalahgunakan wang bantuan yang
diberikan oleh kerajaan. Kelengkapan sekolah anak tidak disediakan dengan secukupnya dan anak
kerap tidak hadir ke sekolah. Sikap yang sedemikian akan membantutkan usaha guru memberikan
pendidikan kepada anak-anak mereka.
Kebanyakkan juga ibu bapa tidak menitikberatkan pengetahuan asas agama kepada mereka.
Anggapan bahawa mereka ini tidak mengetahui apa-apa tentang mempelajari agama adalah silap .
Ini kerana adalah satu kewajiban bagi ibu bapa memberikan pendidikan agama supaya mereka
dapat membezakan dosa dan pahala serta perkara baik dan buruk.

Cadangan mengatasi:
Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang mampu memberikan
kesedaran dan keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga tentang amanah yang telah
Allah kurniakan kepada mereka. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat
penting dalam merancang proses pembelajaran yang berterusan . Selain itu juga, ibu
bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak
kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu
bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan
kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.
Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan
masyarakat. Adalah digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan
bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak,contohnya Persatuan
Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa
kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang hampir
sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar dari masalah
kesihatan, perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa
kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-anak khas anda.
Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di
hospital atau para-profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau
audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu
peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan
atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak anda capai. Maklumat
yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang masalah
perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan
memberi maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang

merangsang pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal
yang lain.
Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak
bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang
berterusan supaya menjalani kehidupan yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat
penting kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka
menjadi anak yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup.
Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berperluan khas juga perlu
diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa. Hal ini mampu memberi
ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa berkenaan. Apabila ibu bapa
sudah tahu mengurus dan memahami anak mereka yang istimewa ini, maka perasaan
terbeban dengan karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka
akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan
dengan hati yang mulia dan murni.

Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya di peringkat


awal sangat penting dan ia membawa perubahan yang ketara dalam
perkembangan dan kejayaan seseorang kanak-kanak.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato Mohd Zubir
Embong berkata, para ibu bapa tidak boleh hanya mengharapkan tenaga
pengajar di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) sahaja untuk mendidik
anak mereka, sebaliknya perlu tahu apa yang diajar dan dipelajari oleh
anak-anak setiap hari.
Katanya, kerajaan negeri juga tidak ambil mudah mengenai pendidikan di
Terengganu termasuk pendidikan di peringkat perkembangan awal kanakkanak.
Di samping mementingkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anakanak, di Taska Permata di bawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga

Terengganu (YPKT) umpamanya, pelbagai bengkel dan kursus dianjurkan


oleh kerajaan negeri melalui YPKT untuk ibu bapa bagi memastikan mereka
lebih memahami anak-anak, ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika selepas menyempurnakan
Majlis Perasmian Program Hafaz Muqaddam Taska Permata Keluarga
Terengganu, di Dewan Kovensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan


Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin
Mustaffa.
Pada majlis tersebut, seramai 911 kanak-kanak berumur empat tahun Taska
Permata Keluarga (TPK) di negeri ini diraikan setelah berjaya menghafaz 23
surah lazim.

Sementara itu, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, berbeza


dengan tahun-tahun sebelum ini yang mengambil kanak-kanak tiga dan
empat tahun, pihaknya hanya memilih kanak-kanak berusia empat tahun
sahaja untuk menyertai program hafaz muqaddam tahun ini.
Ia bertujuan untuk memberi lebih pendedahan kepada kanak-kanak yang
akan menamatkan pembelajaran di peringkat taska dan melangkah ke
peringkat yang seterusnya dengan lebih mudah kerana telah dibekalkan
kemahiran asas dalam bacaan surah-surah lazim, ujarnya.

englibatan Ibu bapa Dalam Pembelajaran Kanak-kanak Khas


Peranan ibu bapa juga penting dalam pembelajaran anak-anak

PENGENALAN
Sekolah merupakan organisasi yang dinamik, terbuka, dan komplek. Kerjasama bermaksud
sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman dan lain-lain) dari
satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Dewan Bahasa Dan Pustaka, edisi ke4). Hubungan kerjasama di antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah meningkatkan
kualiti P&P (John V. hamby, 1992).

Konsep Keibubapaan. Ibu bapa adalah guru yang pertama dan yang paling lama untuk anak
mereka. Dalam proses pembangunan biasa, ibu bapa yang telah menyokong perkembangan
bahasa, sosial dan kemahiran akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam lepas 30
tahun menunjukkan bahawa mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu dalam
perkembangan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ibu bapa adalah unit asas keluarga dan
peranannya adalah penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Ini memerlukan
pengurusan keluarga yang dinamik, berubah proaktif dan tepat pada masanya. Peranan ibu bapa
adalah sangat penting dan perlu dilihat di peringkat makro dan semua yang terlibat komited.
Selain faktor-faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha untuk
membina keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep membentuk buluh biar dari rebungnya "
perlu diberi penekanan. Ibu bapa adalah salah satu unit dan mesti menjalankan pengurusan yang
proaktif daripada aspek sains dan kemanusiaan.

MODEL
PENGLIBATAN
IBU
KELUARGA OLEH JOYCE EPSTEIN

BAPA/

Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks. Epstein
mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein yang menggambarkan kerjasama
yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan hierarki
tetapi ia adalah satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat dan
profesional pendidikan awal kanak-kanak.

Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan :

Keibubapaan (Parenting)
merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, kanakkanak yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan. Tidak seperti guru, pengaruh yang
atas kanak-kanak yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada
anak-anak mereka. Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada
ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka
yang boleh menyokong pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Aktiviti yang dianjurkan
oleh ibu bapa di rumah mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah.

Berkomunikasi (Communication)

Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi


antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah menghantar nota rumah dan risalah mengenai
peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting. Ibu bapa juga perlu memberi guru maklumat
tentang kesihatan anak mereka dan sejarah pendidikan. Sebuah laman web sekolah ialah medium
tambahan komunikasi dengan ibu bapa dan keluarga. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan
kemas kini kalendar dinamik menggunakan iCal atau suapan RSS yang lain hanya menyemak
kalendar laman web secara kerap (Piper, 2012). Dari perspektif penglibatan yang positif,
komunikasi mesti dua hala, sekolah kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk menjadi
yang paling berkesan.

Sukarelawan (Volunteering)
Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah. Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung
semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat tiga cara
asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka mungkin
secara sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan pengkritik/juri
sebagai tutor atau pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk sekolah misalnya,

mengumpul dana untuk acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat. Akhirnya, mereka
mungkin menawarkan diri sebagai ahli penonton, menghadiri program-program sekolah atau
persembahan.

Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)


Apabila ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke
muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan. Aktiviti ini
menghasilkan sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi
dengan kurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah
menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam kelas
dan bagaimana untuk membantu mereka dengan kerja rumah.

Pembuat Keputusan (Decision making)


Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi
sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa atau
guru persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan kepimpinan
yang melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.

Bekerjasama dengan Komuniti (Colaboration With Community)


Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti sekitar. Kerjasama ini harus membawa
kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar. Penglibatan individu-individu berjaya
dalam bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka.
Contohnya, melaksanakan program mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar.

MODEL-MODEL LAIN
Model Co-Operative oleh James M. Waslh dan Barbara Jones

Pembelajaran koperatif, kadang-kadang dipanggil pembelajaran kumpulan kecil, adalah satu


strategi pengajaran di mana kumpulan-kumpulan kecil pelajar bekerja bersama-sama pada satu
tugas yang sama. Tugas ini boleh menjadi semudah menyelesaikan masalah matematik pelbagai
langkah bersama-sama, atau kompleks seperti membangunkan reka bentuk untuk jenis baru
sekolah. Dalam beberapa kes, setiap ahli kumpulan adalah secara individu bertanggungjawab
untuk sebahagian daripada tugas dalam kes-kes lain, ahli-ahli kumpulan bekerja bersama-sama
tanpa tugasan peranan rasmi.

Menurut David Johnson dan Roger Johnson (1999), terdapat lima elemen asas yang
membolehkan kejayaan pembelajaran kumpulan kecil:

Saling pergantungan positif: Pelajar berasa bertanggungjawab untuk mereka sendiri dan usaha
kumpulan itu.

Interaksi muka-ke-muka: Pelajar menggalakkan dan menyokong satu sama lain; alam sekitar
menggalakkan perbincangan dan mata kenalan.

Akauntabiliti individu dan kumpulan: Setiap pelajar bertanggungjawab untuk melakukan


bahagian mereka; kumpulan bertanggungjawab bagi memenuhi matlamatnya.

Tingkah laku Kumpulan: Ahli kumpulan menambah ilmu langsung dalam kemahiran
interpersonal, sosial, dan kerjasama yang diperlukan untuk bekerja dengan orang lain berlaku.

Pemprosesan Kumpulan: Ahli kumpulan menganalisis mereka sendiri dan kemampuan kumpulan
untuk bekerja bersama-sama.

Pembelajaran koperatif perubahan peranan pelajar dan guru di bilik darjah. Pemilikan pengajaran
dan pembelajaran dikongsi oleh kumpulan pelajar, dan tidak lagi tanggungjawab guru. Kuasa
menetapkan matlamat, menilai pembelajaran, dan memudahkan pembelajaran dikongsi oleh
semua. Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam
pembelajaran, soalan mereka dan mencabar antara satu sama lain, berkongsi dan
membincangkan idea-idea mereka, dan menghayati pembelajaran mereka. Bersama-sama dengan
meningkatkan pembelajaran akademik, pembelajaran koperatif membantu pelajar melibatkan diri
dalam perbincangan yang bernas dan memeriksa perspektif yang berbeza, dan ia telah terbukti
untuk meningkatkan pelajar harga diri, motivasi, dan empati.

Beberapa cabaran menggunakan pembelajaran koperatif termasuk melepaskan kawalan


pembelajaran, menguruskan tahap bunyi bising, menyelesaikan konflik, dan menilai
pembelajaran pelajar. Aktiviti dengan teliti berstruktur dapat membantu pelajar mempelajari
kemahiran untuk bekerja bersama-sama dengan jayanya, dan berstruktur perbincangan dan
renungan mengenai proses kumpulan boleh membantu mengelakkan beberapa masalah.

Model Psikoanalitik oleh Signmund Frued

Salah satu aliran utama dalam sejarah psikologi adalah teori Psikoanalitik Sigmund Freud.
Psikoanalisis adalah sebuah model perkembangan kepribadian, filsafat tentang sifat manusia, dan

metode psikoterapi. Secara historis psikoanalisis adalah aliran pertama dari tiga aliran utama
psikologi yang kedua adalah Behaviorisme, dan yang ketiga atau disebut juga kekuatan ketiga
adalah psikologi eksistensial-humanistik. penting untuk diingat bahwa Freud adalah pencipta
pendekatan psikodinamika terhadap psikologi, yang memberikan pandangan baru kepada
psikologi dan menemukan cakrawala-cakrawala baru. Ia Misalnya, membangkitkan minat
terhadap motivasi tingkah laku. Freud juga mengundang banyak kontroversi, eksplorasi,
penelitian dan menyajikan landasan tempat bertumpu system-sistem yang muncul kemudian.

Struktur Kepribadian

Menurut pandangan psikoanalitik, struktur kepribadian terdiri dari tiga system id, ego dan super
ego. Ketiganya adalah nama bagi proses-proses psikologis dan jangan dipikirkan sebagai agenagen yang terpisah mengoperasikan kepribadian, merupakan fungsi-fungsi kepribadian sebagai
keseluruhan ketimbang sebagai bagian yang terasing satu sama lain. Id adalah komponen
Biologis, ego adalah komponen psikologis, sedangkan superego adalah komponen sosial.

Id

Id adalah system kepribadian yang orisinil, kepribadin setiap orang hanya terdiri dari Id ketika
dilahirkan. Id merupakan tempat bersemayam naluri-naluri. Id kurang terorganisasi, buta,
menuntut dan mendesak. Seperti kawah yang terus mendidih dan bergolak, id tidak bisa
menoleransi tegangan, dan bekerja untuk melepaskan tegangan itu sesegera mungkin serta untuk
mencapai keadaan homeostatik. Dengan diatur oleh asas kesenangan yang diarahkan pada
pengurangan ketegangan, penghindaran kesakitan, dan perolehan kesenangan, Id bersifat tidak
logis, amoral dan didorong oleh satu kepentingan : memuaskan kebutuhan-kebutuhan naluriah

sesuai dengan asas kesenangan. Id tidak pernah matang dan selalu menjadi anak manja dari
kepribadian, tidak berfikir dan hanya menginginkan atau bertindak. Id bersifa tidak sadar.

Ego

Ego memiliki kontak dengan dunia eksternal dari kenyataan. Ego adalah eksekutif dari
kepribadian yang memerintah, mengendalikan dan mengatur. Sebagai polisi lalu lintas bagi id,
super ego dan dunia eksternal. Tugas utama Ego adalah mengantarai naluri-naluri dengan
lingkungan sekitar. Ego mengendalikan kesadaran dan melaksanakan sensor. Dengan diatur oleh
asas kenyataan, ego berlaku realistis dan berpikir logis serta merumuskan rencana, tindakan bagi
pemuasan kebutuhan. Apa hubungan antara Ego dan Id ? Ego adalah tempat bersemayam
intelegensi dan rasionalitas yang mengawasi dan mengendalikan impuls-impuls buta dari Id.
/sementara Id hanya mengenal kenyataan subjektif, ego memperbedakan bayangan-bayangan
mentl dengan hal-hal yang terdapat di dunia eksternal.

Super Ego

Super ego adalah cabang moral atau hokum dari kepribadian. Super ego adalah kode moral
individu yang urusan utamanya adalah, apakah suatau tindakan itu baik atau buruk, benar atau
salah. Super ego mempresentasikan hal-hal yang ideal dan mendorong bukan kepada
kesenangan, melainkan kepada kesempurnaan. Super ego mempresentasikan nilai-nilai
tradisional dan ideal-ideal masyarakat yang dijarkan orang tua kepada anak. Super ego berfungsi
mengambat impuls-impuls Id. Kemudian sebagai internalisasi standard-standar d orang tua dan
masyarakat, super ego berkaitan dengan imbalan-imbalan dan hukuman-hukuman. Imbalannya
adalah perasaan bangga dan mencintai diri, sedangkan hukumannya adalah perasaan berdosa dan
rendah diri.

KESAN KERJASAMA

Kerjasama memainkan peranan penting

Jika penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak mereka positif, maka kita
dapat kesan yang baik terhadap moral anak-anak mereka. Antara kesannya ialah, pencapaian
akademik akan menjadi lebih baik. Hal ini demikian kerana guru telah memperoleh sokongan
pembelajaran dari rumah. Oleh itu, tugas guru untuk belajar di sekolah dapat diteruskan oleh ibu
bapa di rumah. Guru perlu memberi sokongan kepada ibu bapa untuk mengajar di rumah.
Kesannya, pencapaian akademik anak-anak mereka akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Kesan kedua ialah kadar kehadiran murid berkeperluan khas ke sekolah juga akan tinggi. Hal ini
demikian kerana murid merasakan bahawa ibu bapa mereka mengambil berat tentang akademik
mereka. Hal ini akan memotivasikan mereka kerana pembelajaran di sekolah telah disokong oleh
ibu bapa di rumah. Jelaslah bahawa penglibatan ibu bapa sangat penting dalam pembelajaran
anak anak mereka.

Kesan ketiga ialah kegagalan menyiapkan kerja rumah dapat diatasi. Murid berkeperluan sering
gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan kepada mereka. Melalui komunikasi yang

berkesan, setiap mesej yang disampaikan kepada ibu bapa dapat diterima dengan baik. Oleh itu,
guru seharusnya menyampaikan mesej dengan menggunakan saluran yang betul seperti
penyediaan nota kecil. Guru perlu memberitahu kepada ibu bapa tentang kerja rumah supaya
murid dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Jelaslah bahawa komunikasi yang berkesan dapat
mengatasi kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Kesan keempat ialah tingkah laku positif dapat dibentuk dengan cepat. Guru akan mendapat
sokongan penuh daripada ibu bapa untuk membantu tugas guru. Pembentukan tingkah laku yang
positif seperti mereka menunggu giliran semasa bercakap boleh diteruskan oleh ibu bapa di
rumah kerana stastistik menunjukkan bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di
dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah (Utusan online, Julai
2012). Masa yang panjang di rumah perlu digunakan oleh guru untuk membantu murid
membentuk tingkah laku positif melalui pemantauan ibu bapa seperti yang telah ditetapkan di
dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) . Oleh itu, pencapaian murid dalam RPI dapat
diukur.

Kesan kelima ialah moral guru dapat ditingkatkan. Tugas guru sememangnya sangat berat dan
hal ini berkemungkinan akan menjejaskan moral seseorang guru. Oleh itu, penglibatan ibu bapa
dalam hal ini mampu meringakan tugas seseorang guru. Guru akan lebih bermotivasi kerana
setiap perkara yang dirancang untuk murid-muridnya telah dibantu oleh ibu bapa di rumah.

Kesan keenam ialah penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka wajar
diberikan pengiktirafan oleh guru atas usaha mereka. Hal ini bagi meningkatkan motivasi ibu
bapa untuk membantu anak-anak mereka yang memerlukan perhatian khas oleh guru dan
keluarga. Pengiktirafan seperti ibu bapa contoh dalam majlis anugerah sekolah mampu
menjadikan ibu bapa tersebut sebagai contoh kepada ibu bapa lain. Oleh itu, pengiktirafan ini

boleh bertindak sebagai serampang dua mata kerana guru bukan hanya mengiktiraf ibu bapa
tersebut bahkan juga guru mampu menarik perhatian ibu bapa lain untuk mencontohi mereka.

Kesan terakhir ialah persepsi masyarakat dapat diubah. Hal ini demikian kerana murid
berkeperluan khas mempunyai reputasi kurang baik dalam kalangan masyarakat. Oleh itu,
kerjasama antara guru dan ibu bapa diharapkan agar dapat mengubah persepsi tersebut. Hal ini
kerana murid berkeperluan khas ini dianggap sebagai penyusah kepada semua orang. Guru dan
ibu bapa perlu memastikan bahawa murid berkeperluan khas telah bersedia untuk berada dalam
kalangan masyarakat dengan memantapkan kemahiran yang diperlukan oleh mereka ketika
berhadapan dengan masyarakat seperti bersosial, berkomunikasi, kemahiran hidup dan lain lain
lagi. Oleh itu, murid berkeperluan khas juga akan dipandang sama taraf dengan murid murid
normal.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa sangat penting dalam perkembangan akademik kanakkanak berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana pembelajaran di sekolah dapat diteruskan di
rumah yang telah diambil alih oleh ibu bapa. Penglibatan ibu bapa tidak hanya tertumpu kepada
aspek akademik semata mata tetapi juga melibatkan semua aspek seperti perkembangan lain
seperti aspek sosial, komunikasi, tingkah laku dan lain lain lagi. Oleh itu, usaha yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama sama dengan ibu bapa mampu mempercepat
perkembangan dalam semua aspek murid berkeperluan khas. Usaha yang berterusan dari semasa
ke semasa ini diharapkan agar dapat melahirkan individu berkeperluan khas yang mempunyai
intrapersonal dan interpersonal yang tinggi kelak.

RUJUKAN
Ang Jit Eng (2007). Pengurusan Disiplin Murid. PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Penglibatan

Ibu

Bapa

Penting,

Utusan

Online,

23

Julai

2012

diakses

pada

lamanhttp://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapapenting

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh, Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan
Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan
Malaysia 36(1)(2011): 35-44

https://www.eprints.utm.my/10268/2/Moong_Sow_Kuan.pdf
https://www.slideshare.net/arranaim/penglibatan-ibu-bapa?related=l
https://www.vanderbit.edu/peabodyfamily-school/papers/model.pdf

KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS


Berdasarkan dua artikel yang saya telah baca tentang khidmat sokongan, khidmat
sokongan merupakan satu kumpulan orang yang mempunyai kepakaran dan keperihatan
dalam kerja kerja sosial . Mereka terdiri daripada para professional yang mahir dalam
bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan dan tidak berdasarkan bayaran. Mereka
dikenali sebagai Pasukan pelbagai Disiplin.Khidmat Sokongan biasanya dalam bentuk

bantuan

atau

pertolongan

seperti

khidmat

kepakaran,

penasihat,

kemudahan,

perundangan, kewangan atau psikologi dalam menangani murid- murid pendidikan khas
bagi mencapai matlamat pendidikan. Perkembangan khidmat sokongan telah bermula
sekitar tahun 1970-an apabila

ahli-ahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu

dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an khidmat sokongan mula mendapat perhatian


dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a) Beliau juga telah mendefinisikan khidmat
sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara
dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang
sama. Menurut Sher dan Baur (1991), khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi
interaksi setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa muridmurid khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang
murid-murid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi
juga

menghargai

kewujudan

mereka

sebagai

sebahagian

daripada

anggota

sekolah.Khidmat sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan


guru-guru khas, guru-guru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat.
Penglibatan keluarga menjadi agenda yang penting dalam tahun

1990-an. Hal ini telah

menyebabkan terbentuknya kolaborasi kumpulan pelbagai disiplin. Kolaborasi ialah


perkembangan dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian
dan saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam
membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah usahasama di
antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu
projek. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan mereka yang berbeza-beza
dapat membantu kanak-kanak tersebut. Pihak-pihak yang terlibat dalam kolaborasi
pendidikan khas di sekolah ialah kaki tangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan
khas, pentadbir dan staf sokongan sekolah, pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih,
patologis, jururawat, motivator, ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga. persatuan-persatuan
dalam komuniti, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama di antara pelbagai
disiplin dalam pendidikan khas di sekolah adalah kerana untuk menjalankan diagnosis
tentang

ketidakupayaan

dan

tahap

kanak-kanak

pendidikan

khas,

setiap

jenis

ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza caranya, membuat


keputusan secara berpasukan tentang penempatan jenis persekolahan kanak-kanak
pendidikan khas, setiap kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah yang
berlainan memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza,
pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan, setiap kanak-

kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat dengan masalah
kefungsian dan kebolehan untuk belajar perlu dirujuk kepada beberapa pakar, pendidikan
khas memerlukan sumber kewangan yang besar dengan mengabungkan tenaga dan
peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan beban ini dan akhir sekali masalah
tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih
efektif jika terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu
bapa.

KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI


IBU BAPA
Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah peka
terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang
berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak
mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak
mereka. Ibubapa seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka
berada di rumah dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi.
Ibu bapa juga perlulah mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki
kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan
kadar segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan
masalah itu dapat dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada pakarpakar perubatan tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga
perlulah memasang strategi yang sesuai untuk anak-anak mereka yang menghadapi
masalah untuk membentuk kelakuan anak-anak itu .
Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak
dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir ibu bapa malu
mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka
terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Sebahagian
Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana
mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul
dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah
tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan
kasih sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat
menunjukkan perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka.
Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak

mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi

yang pada mereka tidak

membawa makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku
pada anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah
secara berterusan . Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas juga
dapat memberikan semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga akan berasa lebih
yakin pada diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan ibu bapa juga
dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak mereka.
GURU
Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program pendidikan
khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik,
pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru
sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Profesion guru
merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis
Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut
ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas
yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang
sangat tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar
kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan
berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah
merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang
telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang
baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh
sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik
minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin
bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas,
menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai
pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap
dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab

untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah
penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga
perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan
terbaru mereka dapat diperbaharui. Guru juga berperanan penting untuk membentuk
kanak-kanak pendidikan khas supaya mereka pandai berdikari dan menguruskan diri.
Mereka juga perlulah berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif. Ini kerana jika guru
pendidikan khas seorang yang mempunyai ciri-ciri begini ia dapat menarik minat muridmurid berkeperluan khas. Guru pendidikan khas juga perlulah membawa murid-murid
berkeperluan khas melawat kawasan luar agar dapat meluaskan pengetahuan mereka
tentang dunia luar.
Selain itu, untuk melancarkan lagi perkembangan program pendidikan khas kerjasama
guru pendidikan khas sangat penting. Guru pendidikan khas dan juga guru biasa perlulah
berkongsi pendapat untuk mencapai objektif dalam pendidikan khas. Mereka juga boleh
bertuka-tukar bahan untuk mengajar. Hal ini dapat menjimatkan lagi masa dan tenaga.
Maka ketahuilah bahawa peranan guru juga sangat untuk merealisasikan aspirasi
pendidikan khas.
KOMUNITI
Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan orang
kurang upaya (OKU). Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah diri dalam
membantu

dan

menghulurkan

bantuan

kepada

golongan

OKU.

Komuniti

yang

bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalamsegala program yang dianjurkan


untuk golongan OKU.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan rawatan,
pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga memberi
bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta mereka juga
memberi penerangan kepada ibu bapa, para professional dan orang ramai. Mereka juga
berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan
kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal.
Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi
murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan
kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid

berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan
kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini
juga menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk.
Mereka juga menjalan program tindakan awal early intervention, menjalankan program pra
sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad.
Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti
Malaysian Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan,
Persatuan Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate
Association of Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme
Malaysia (NASOM).
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi perkhidmatan
kepada orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Mereka
menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar dengan mereka sahaja.
Mereka juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai
kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. Kod Amalan Akses Bagi Orang
Kurang Upaya Ke bangunan Awam dirangka bagi menwajibkan bangunan baru
mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang
bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak
kereta, tandas khas dan sebagainya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program untuk
menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang
upaya menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota
tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin
mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan
berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha
telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya
seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari
halangan.
Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat
(EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada
RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini
bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi

keperluan asas kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang
lain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan
untuk

meningkatkan

taraf

hidup

OKU

di

dalam

masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan,
pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan
tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan
pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan
potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra
vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar
diberikan kepada individu orang kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan
diberi kepada orang kurang upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.
PAKAR PERUBATAN
Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami
kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.
Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran
dan melatih mereka untuk bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas
kanak-kanak buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan
pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke
semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan
penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak
berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan
kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di
sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau
kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan
kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau
kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan
diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah
perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada
seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat
memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada

murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada
seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam
pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang
memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai
keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah.
Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik,
neurologi,

terapi

pertuturan,

terapi

fizikal,

audiologi

dan

oftomologi.

Pediatrik

bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan


mengesan punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar neurologi pula mendiagnostik dan mengubati
penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Ia juga mengawal
hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan ubat Ritalin untuk
mengawal kanak-kanak hiperaktif. Pakar oftomologi akan menaksirkan penglihatan
pelajar.Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan yang berbeza daripada kanakkanak normal mereka memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak
normal. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan
dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak tersebut.
Terapi pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan
dan bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan menggunakan pelbagai pendekatan,
teknik dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak
yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal pula adalah untuk
menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup
serta kemahiran untuk membantu diri.

RUMUSAN
Kesimpulannya, kolaborasi antara ibu bapa, guru, pakar perubatan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat penting dalam pendidikan
khas

untuk

perkembangan

dan

pengekalan

yang

positif,

hormat-menghormati,

perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah


dan perkongsian dalam membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Peranan
pelbagai pihak juga sangat penting untuk perkembangan yang positif dalam diri kanakkanak berkeperluan khas. Hal ini dapat membuatkan matlamat pendidikan khas tercapai.