Anda di halaman 1dari 2

1.

Apakah n
diri dan sebagainya) setelah mengikuti PPGB ini sebagai Guru Baharu bersama
dengan Guru Mentor?
Pengalaman saya sebagai guru baharu atas bimbangan bersama dengan mentor adalah amat
berharga dan bernilai kerana saya berpeluang mendapat bimbingan serta garis panduan yang
betul semasa menjalankan perkhidmatan. Memandangkan saya masih baharu dalam bidang
ini, maka peranan mentor amat diperlukan. Beliau telah banyak membimbing saya secara
formal dan tidak formal dalam aspek PdP, malah membimbing saya dalam mengaplikasikan
teori kepada amalan sebenar di bilik darjah. Maka, saya dapat membina keyakinan diri
secara berterusan ke arah sahsiah pendidik yang lebih berkualiti terutama daripada
segi pergaulan yang sihat dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.

KEKUATAN PPGB

Pada pandangan saya, kekuatan dalam pelaksanaan PPGB secara keseluruhannya


adalah baik kerana dapat membantu guru baharu untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Selain itu, program ini juga dapat
meningkatkan kualiti pengajaran guru baharu dari aspek amalan profesionalisme,
kompetensi dan keyakinan diri. Seterusnya melalui pelaksanaan PPGB, ia dapat
membantu guru mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stress, teknik
belajar, motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah. Misalnya dapat menangani masalah
bukan sahaja dalam aktiviti di bilik darjah malah semasa kesukaran untuk melaksanakan
kokurikulum dan pentadbiran. Segalanya menjadi lebih mudah dengan adanya program
seumpama ini.

KELEMAHAN PPGB
Pada pandangan saya, antara kelemahan dalam pelaksanaan PPGB secara
keseluruhannya adalah dari segi kekangan masa, di mana pelaksanaan PPGB ini
memerlukan masa dan fokus yang lebih. Memandangkan guru baharu masih baru dalam
bidang pendidikan, maka mereka agak berat untuk membahagikan masa dengan baik antara
fokus utama iaitu Pdp dengan program sampingan iaitu pelaksanaan PPGB ini. Maka
kerjasama yang baik amat diperlukan daripada semua pihak di sekolah demi memenuhi hasrat
dan memastikan kelestarian kualiti guru selaras dengan hasrat Anjakan keempat PPPM
2013-2025 iaitu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
yang berfokus kepada meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB)

CADANGAN

Cadangan saya bagi meningkatkan keberkesanan PPGB untuk dilaksanakan terhadap


semua Guru Baharu pada masa akan datang adalah seperti berikut:
\baharu
Mengadakan bengkel ppgb bagi guru baharu bagi membantu guru baharu dalam garis
panduan yang betul dan pengetahuan yang lengkap mengenai pelaksanaannya selaras
dengan hasrat yang ingin dicapai.

Mengadakan taklimat kepada mentor/pihak sekolah mengenai penetapan pelaksanaan PPGB


dengan betul agar guru baharu dapat merujuk sebarang masalah semasa pelaksanaan PPGB
dengan Mentor/ pihak sekolah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan maka akan berlakunya
penindihan maklumat dan tidak ada keselarasan dalam melaksanakan program PPGB dengan
baik.