Anda di halaman 1dari 17

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud


hubungan,iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam
sekelilingnya.Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka
menjalani kehidupan harian.Lembah sungai dipilih sebagai lokasi
petempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh
pelbagai manfaat sungai kepada manusia.Antaranya termasuklah sumber
air,makanan,pengangkutan dan perhubungan.Hal ini jelas menunjukkan
bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
manusia.Namun begitu,masalah pencemaran sungai pada masa ini amat
membimbangkan.
Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke
dalam sungai.Tindakan ini akan menyebabkan kualiti air sungai merosot
dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik.Hal ini boleh
mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung
kepada sungai.Tambahan pula,pembuangan sampah sarap akan
menyebabkan sungai berbau busuk.Oleh itu,setiap individu mesti
bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.
Selain itu,pembuangan sisa daripada kilang menyebabkan
pencemaran sungai.Sisa daripada kilang yang tidak dirawat terlebih
dahulu akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai kerana
mengandungi bahan kimia yang berbahaya.Apabila sisa tersebut
bercampur dengan air sungai,tahap kebersihan air sungai merosot dan
boleh mengundang pelbagai penyakit kepada individu yang menggunakan
air dari sumber tersebut.Justeru,pihak yang bertanggungjawab tidak boleh
bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing
hanya semata-mata kerana kos pengurusan sisa dari kilang mahu
dijimatkan.
Di samping itu,kegiatan pembalakan merupakan salah satu faktor
perdana pencemaran sungai.Hal ini demikian kerana apabila pokok-pokok
ditebang,struktur tanah akan menjadi lemah akibat kehilangan sokongan
daripada akar-akar pokok yang mencengkam tanah.Keadaan ini menjadi
lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas tanah
tanpa halangan.Struktur tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis
dan mengalir bersama air hujan ke sungai.Tanah yang terhakis akan
mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek.Apabila hujan
turun,sungai tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan
akhirnya akan melimpah keluar sehinnga berlaku banjir kilat.
Konklusinya,sungai memainkan peranan yang begitu penting dalam
kehidupan manusia.Manusia mestilah merancang setiap aktiviti yang
hendak dilakukan dengan baik supaya tidak mengundang kesan negatif
kepada alam sekitar.Sesungguhnya,alam sekitar merupakan anugerah

Tuhan yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya untuk kebaikan


semua hidupan di muka bumi ini.

Karangan pencemaran sungai


Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi
Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau,
memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun
begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan
rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan
terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan.
Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang,
peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap
sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam
sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu
mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri.
Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen
menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan
sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami
adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru
akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu
mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun
kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran.
Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin
teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam
negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120
kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS)
kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi
setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada
2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian
jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,
jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan
batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak
diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk
pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.
Pemantauan yang
dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak
ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan
kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini
disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin
terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-

olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan


keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi
sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai
seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan
perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun
lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan
sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika
pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai
sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai,
itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka
terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai
tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan
sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk
daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin
terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi
supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha
kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai
dipelihara supaya terus bersih.
Walaupun ada pelbagai peraturan dan
undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan
dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap
diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan
pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila
pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan
kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa
sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada
peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa
dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah
diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini
sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat
membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan
boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.Jelasnya, segala usaha
mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan
dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa
pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
Karangan pencemaran sungai
Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga
dengan baik oleh manusia.Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab
sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan.Beribu-ribu
ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai sungai di Pahang telah
teruk dicemar.
Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan
sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini
juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan
utama dunia.

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir
ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu
pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah
mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi
mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat.
Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda
apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut
penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat,
pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang
mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk
cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang
munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok
bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.Faktor
perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah
pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan
oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka
membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam
sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam
kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah
menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk
kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada
tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang
sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh
dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah
sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu
memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu,
mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap
tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu
menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai
itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran
sungai.Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik
daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang
tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai
tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan
hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang
meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin
terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan
kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti
ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai
untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan
kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah
kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan
sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka
tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam
sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan
diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.Faktor yang seterusnya


ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku
di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah
tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah.
Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan
air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan
yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak
tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuhtumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses
tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat
menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman
dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam
negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan
tong minyak yang baik sekali.Apakah kepentingan sungai dalam
kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang
mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai
medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah
dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan
antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan
perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya
dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan
memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai
pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal
ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan
2020dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan
protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi
kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar,
air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan
memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah
penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang.
Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita
makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber
protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat
dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini
mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang
merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa
daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita
tidak menyesal pada hari kemudiannya.Secara kesimpulannya, semua
pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat
diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara.
Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara
kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar
insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang

merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah


menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak
terjadi fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersamasama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah
Sungai Kita.

Pencemaran Sungai
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahanbahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan
kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan
kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria
dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan
oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahanbahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat
dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai
yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan
bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan
hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang
disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi
bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,
penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan
perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya
ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan
dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam
mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan
tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini.
Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan
mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air
seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya
menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di lautlaut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan
radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang
mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air

sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan


ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di
laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

undefined

undefined

PENCEMARAN AIR
Pencemaran

DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUL NASIHAH BINTI ABDUL RASHIT


(205553)
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia
dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia
memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan
sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar
lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air
didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang
melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini
sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan
suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan
lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik
serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah
dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik
dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah,
minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan
sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada
pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara
sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar
tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke
laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai

atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.


Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan
kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian
menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju
memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum
membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh
pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran
air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki
minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan
belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran
kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang
membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah
menyebabkan
berlakunya
pertumpahan
minyak
berhampiran Tanjung Ayam.
KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan
menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia
seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium
memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan
plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat
pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan
air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium
dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan
membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam
organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan
tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti
ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh
pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah
mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat
hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan
hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah.

Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak


organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus
daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem
air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan
peningkatan
fosforus,
ianya
akan
menyebabkan
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Media massa dan media elektronik memainkan peranan
yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai
mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu
diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk
memberi
kesedaran
kepada
masyarakat
tentang
kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan
penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk
sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab
menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undangundang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah
mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Contonya,
pihak-pihak
yang
melakukan
kesalahan
mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh
dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM


100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih
daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk
memastikan
supaya
sampah
sarap
tidak
menyebabkan
sistem
perparitan
tersumbat
maka
penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar
satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah
sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus
sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan
akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri
sendiri sebaliknya kita perlu m enyokong segala aktiviti
yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi
memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Pencemaran air
Pengertian Pencemaran Air, Penyebab, Dampak, dan Cara Mengatasi Istilah pecemaran
sudah tak asing lagi di telinga kita. Membludaknya populasi manusia dan industri yang
semaki berkembang membuat banyak masalah mengenai kependudukan salah satunya
ialah pencemaran lingkungan. Di negara berkembang seperti indonesia, pemerintahan
belum mampu mengatasi masalah tersebut. Sejumlah provinsi dengan tingkat
kepadatan penduduk dan kota kota industri memiliki masalah yang sangat sensitif
terhadap pencemaran air. Air merupakan komponen utama bagi kehidupan.
Air menjalankan fungsi penting baik untuk memenuhi kebutuhan tubuh ataupun lainnya.
Air bersih merupakan air yang baik untuk memenuhi segala macam kebutuhan
organisme. Tidak hanya manusia, namun berbagai organisme lainnya seperti hewan dan
tumbuhan serta organisme lainnya sangat membutuhkan air. Pasalnya limbah yang
dihasilkan dari buangan rumah tangga maupun industri merubah komposisi air yang
sehat. Sehingga berbagai dampak pun terjadi akibat pencemaran air. Berikut uraian
lengkap mengenai pencemaran air.
PENGERTIAN PENCEMARAN AIR
Menurut Keputusan Menteri Negara Kependudukan dan Lingkungan Hidup No. KEP03/MENKLH/II/1991, yang dimaksud dengan pencemaran air ialah masuknya atau
dimasukannya makhluk hidup, zat, energi, dan atau komponen lain ke dalam air dan
atau berubahnya tatanan air oleh kegiatan manusia atau oleh proses alam, sehingga
kualitas air turun sampai ke tingkat tertentu yang menyebabkan air menjadi kurang atau
tidak dapat berfungsi lagi sesuai dengan peruntukannya. Berdasarkan definisi tersebut
dapat disimpulkan bahwa segala sesuatu yang merubah kualitas air baik masuk atau
dimasukkan adalah bentuk pencemaran air.
Kita tahu bahwa air adalah komponen yang penting dari kehidupan. Segala macam
aktivitas manusia dan organisme hidup tak akan berlangsung tanpa air. Air merupakan
suatu senyawa yang tersusun atas molekul hidrogen dan oksigen. Sifat air adalah zat
cair yang memiliki titik didih pada suhu 100 celcius. Air berbentuk cair pada suhu

kamar, gas (uap) pada suhu titik didih dan diatasnya, serta berbentuk padat pada suhu
minus. Air mengikuti wadah yang ditempatinya, dan air berfungsi sebagai pelarut dalam
suatu reaksi kimia atau pengolahan. Air digunakan untuk berbagai keperluan mulai dari
konsumsi, kebersihan, dan lainnya. Air merupakan salah satu habitat bagi beberapa
organisme perairan. Syarat air yang dapat dikonsumsi ialah tidak berbau, tidak berasa
dan tidak berwarna.
Artinya, air yang paling baik untuk konsumsi ialah tidak mengandung partikel lain selain
hidrogen dan oksigen. Laut merupakan sumber air yang ada di bumi, siklus air yang
terjadi di alam membuat kandungan mineral air laut menguap dan mengendang melalui
proses penyulingan yang terjadi di dalam tanah. Tidak semua air dapat dikonsumsi. Hal
ini karena kandungan air dalam suatu sumber air sangat beragam, hal ini di dasarkan
pada komponen tanah sehingga memengaruhi kandungan mineral, kandungan
organisme, dan lainnya. Masuknya partikel zat / organisme yang dapat memengaruhi
kandungan air tentu dapat membuat kualitas air menurun. Dengan demikian apabila zat
pencemar memasuki sumber air dapat merubah kualitas hidup manusia.
PENYEBAB PENCEMARAN AIR
Air memiliki kemampuan untuk melakukan pembersihan secara alami akan partikel
pertikel yang masuk ke dalamnya melalui proses penguraian yang dibantu oleh bakteri.
Namun, senyawa senyawa pencemar kini yang masuk ke dalam perairan jumlahnya
lebih dari ambang batas kemampuan air itu sendiri. Sehingga, air tidak mampu
mempertahankan kualitasnya oleh zat zat pencemar. Adapun zat pencemar dibedakan
menjadi dua yaitu degradable atau yang dapat dirombak dan nondegrabale yaitu
senyawa yang tidak dapat dirombak oleh aktivitas bakteri. Bermacam macam senyawa
yang mencemari perairan disebabkan oleh aktivitas manusia baik dari buangan rumah
tangga maupun industri.
a. Buangan limbah rumah tangga
Aktivitas rumah tangga menghasilkan limbah buangan yang masuk ke perairan. Limbah
ini berasal dari senyawa senyawa yang digunakan untuk kebutuhan konsumsi, mandi,
cuci, kakus. Limbah yang dihasilkan oleh rumah tangga tak hanya melulu tentang
buangan yang dihasilkan oleh rumah penduduk, namun juga yang berasal dari rumah
sakit, rumah makan, dan lainnya. Hal ini sesuai dengan Peraturan Menteri Kesehatan
Republik Indonesia No. 173/Menkes/Per/Viii/77 Bab 1 Pasal 1 yaitu buangan rumah
tangga adalah buangan yang berasal bukan dari industri, melainkan berasal dari rumah
tinggal, kantor, hotel, restoran, tempat ibadah, tempat hiburan, pasar, pertokoan, dan
rumah sakit.
Meningkatnya jumlah penduduk membuat limbah yang dihasilkan oleh aktivitas rumah
tangga menjadi meningkat. Tak ayal jika pencemaran air yang terjadi pun semakin
tinggi. Di beberapa daerah di Indonesia masih memiliki kebiasaan yang buruk yakni
membuang kotoran di sungai yang mana sungai tersebut adalah sumber air yang
digunakan warga sebagai pemasok kebutuhan dari konsumsi dan kebersihan. Hal ini
tentu akan meningkatkan pencemaran air dengan meningkatnya mikroba penyebab
penyakit. Menurut data survey yang dilakukan oleh Cogeskel pada tahun 1943,
menemukan bahwa 5% 10% entamoeba (penyebab diare) dan 25% cacing kremi,
cacing pita, dan cacing tambang berasal dari kotoran penduduk penduduk. Dari data
tersebut kita dapat mengetahui bahwa kotoran yang mencemari air merupakan
penyebab dari berbagai penyakit yang dapat menginfeksi manusia itu sendiri.
b. Aktivitas industri
Meningkatnya industri di indonesia dibarengi dengan meningkatnya jumlah limbah yang
dihasilkan, terutama limbah cair yang dibuang melalui aliran air. Minyak adalah salah
satu contoh limbah cair yang populer dari aktivitas industri. Tidak adanya pengolahan
limbah industri yang langsung dibuang ke perairan berdampak pada komposisi air di
wilayah tersebut. Tercemarnya badan air oleh minyak dapat menyebabkan kematian bagi
organisme di sekitarnya. Masalahnya ialah minyak, tidak dapat menyatu dengan air.
Dengan demikian sangat sulit untuk memisahkan zat tercemar tersebut.
c. Limbah pertanian
Negara kita merupakan negara agraris, sebagian penduduk indonesia masih
mengandalakan sektor pertanian untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Aktivitas

penggunaan pupuk dan pestisida dalam pertanian dapat mencemari badan air
sekitarnya. Pasalnya, senyawa senyawa organik yang berasal dari pupuk atau pestisida
langsung ataupun tidak langsung dapat berdampak pada keseimbangan ekosistem dan
juga kesehatan manusia itu sendiri.
DAMPAK PENCEMARAN AIR
Adapun dampak yang terjadi akibat pencemaran air ialah sebagai berikut:
1. Banjir
Menumpuknya sampah di perairan dapat menghambat arus air. Pada musim penghujan,
dimana sungai tak mampu menampung pertambahan debit air yang masuk akibat
adanya sumbatan sampah. Oleh karena itu, banjir pun tak dapat terhalangi. Banjir
merupakan penyakit yang masih menjadi pr besar bagi beberapa wilayah indonesia salah
satunya adalah dki jakarta. Pemerinta telah berupaya untuk mengatasi masalah yang
belum kunjung selesai. Tanpa keikutsertaan penduduk setempat, maka masalah ii terus
akan menjangkiti kita semua.
2. Penyakit menular
Meningkatnya mikroba patogen tertentu di sumber air yang tercemar tentu akan
menyebabkan berbagai penyakit seperti diare, deman berdarah, malaria, typus, dan
lainnya. Hal ini di karenakan air yang tercemar tersebut merupakan air yang digunakan
untuk konsumsi dan memenuhi kebutuhan lainnya (mandi, cuci, kakus). Membuang
kotoran di sumber air tentu akan meningkatkan bibit penyakit di dalamnya.
3. Rusaknya ekosistem
Air merupakan habitat bagi organisme perairan seperti ikan, golongan invertebrata,
tumbuhan air, dan lainnya. Air yang tercemar dapat merusak keseimbangan ekosistem
yang artinya mengancam kehidupan organisme perairan. Sebagai contoh, masuknya
limbah pupuk ke dalam suatu badan air dapat menyebabkan suburnya tumbuhan air
seperti alga atau eceng gondok. Dengan demikian, tumbuhan air akan memenuhi
permukaan air. Kondisi demikian tidaklah menguntungkan bagi ikan, udang, atau lainnya
yang tinggal di dalam air. Pasalnya, meningkatnyatumbuhan air yang memenuhi
permukaan akan menurunkan kandungan oksigen terlarut dalam air yang berarti ikan
dan udang akan mengalami deoksigenasi (kekurangan oksigen). Selain itu, rapatnya
tumbuhan air dapat menghalangi cahaya matahari untuk tembus ke dalam air yang
menyebabkan suhu di dalam air akan semakin rendah.
4. Mutasi organisme
Menumpuknya senyawa kimia tertentu dapat memicu terjadinya mutasi pada makhluk
hidup. Contohnya limbah pestisida yang mengandung DDT yang mencemari suatu
perairan dapat terakumulasi pada organisme (semakin tinggi tingkatan organisme maka
kandungan DDT pada tubuhnya semkin banyak). DDT dapat memicu perubahan hormon
pada laki laki. Efeknya ialah munculnya sifat feminisme pada laki laki yang terdapat
ddt dengan memakan ikan dari air yang tercemar zat tersebut.
CARA MENCEGAH DAN MENGATASI PENCEMARAN AIR
Untuk mengatasi masalah pencemaran tentu diperlukan koordinasi baik antara penduduk
dengan pemerintah. Berbagai dampak yang ditimbulkan oleh pencemaran seharusnya
menjadi teguran bagi kita semua untuk berbenah. Kualitas hidup ditentukan dari kualitas
air, oleh karena itu kita semua wajib bertanggungjawab untuk menjaga kualitas air tetap
layak menjadi sir kehidupan kita. Berikut beberapa upaya yang dapat dilakuakan untuk
mencegah dan mengatasi pencemaran air:
1. Kesadaran diri sendiri
awal perubahan itu dimulai dari diri sendiri. dengan membiasakan diri untuk menjaga
kebersihan air dengan tidak membuang sampah di sungai contoh kecilnya dapat
ditularkan kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama.
2. Aturan yang tegas
Adanya penyuluhan bagi masyarakat umum untuk senantiasa menjaga lingkungan air
kemudian undang undang yang mengatur pembuangan limbah cair oleh industri semu
itu hanya komponen pemerintahan yang dapat membuat kebijakan. Diharapkan dengan
adanya aturan yang mengikat, dapat menjadi titik ukur bagi segenap bangsa untuk
mulai berbenah. Tindak tegas bagi pelanggar aturan merupakan upaya untuk tetap

menegakkan apa yang telah dikomitmenkan kepada alam.


3. Bioremediasi
Bioremediasi merupakan upaya mengatasi limbah cair dengan menggunakan
mikroorganisme. Minyak merupakan limbah yang tidak dapat diatasi dengan mudah,
oleh karena itu dengan menggunakan bakteri yang mampu merombak minyak ini
menjadi solusi untuk menghilangkan tumpahan minyak di badan air. Adapun
mikroorganisme yang digunakan merupakan bakteri yang mampu merombak senyawa
limbah dan tidak menyebabkan penyakit.
Sekian uraian mengenai pencemaran air, semoga dengan membaca artikel ini kita
semakin sadar akan pentingnya menjaga kualitas air. Stop pencemaran!!!
Pencemaran air
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air
seperti danau, sungai, lautan dan air tanah akibat aktivitas manusia. Menurut Keputusan
Menteri Negara Kepedudukan dan Lingkungan Hidup No.02/MENLH/I/1998, yang
dimaksud dengan polusi/pencemaran air adalah masuk/dimasukkannya makhluk hidup,
zat, energi, dan atau komponen lain kedalam air/udara oleh kegiatan manusia atau oleh
proses alam, kurang atau tidak dapat berfungsi lagi dengan peruntukannya.
Air biasanya disebut tercemar ketika terganggu oleh kontaminan antropogenik dan
ketika tidak bisa mendukung kehidupan manusia, seperti air minum, dan/atau
mengalami pergeseran ditandai dalam kemampuannya untuk mendukung komunitas
penyusun biotik, seperti ikan. Fenomena alam seperti gunung berapi, algae blooms,
badai, dan gempa bumi juga menyebabkan perubahan besar dalam kualitas air dan
status ekologi air. Danau, sungai, lautan dan air tanah adalah bagian penting dalam
siklus kehidupan manusia dan merupakan salah satu bagian dari siklus hidrologi. Selain
mengalirkan air juga mengalirkan sedimen dan polutan. Berbagai macam fungsinya
sangat membantu kehidupan manusia. Pemanfaatan terbesar danau, sungai, lautan dan
air tanah adalah untuk irigasi pertanian, bahan baku air minum, sebagai saluran
pembuangan air hujan dan air limbah, bahkan sebenarnya berpotensi sebagai objek
wisata. Di negara-negara berkembang, seperti Indonesia, pencemaran air merupakan
penyebab utama gangguan kesehatan manusia/penyakit. Hasil penelitian menunjukkan
bahwa di seluruh dunia, lebih dari 14.000 orang meninggal dunia setiap hari akibat
penyakit yang ditimbulkan oleh pencemaran air.
Indikator atau tanda bahwa air di lingkungan telah tercemar adalah adanya perubahan
atau tanda yang dapat diamati dan digolongkan menjadi :
Pengamatan secara fisis, yaitu pengamatan pencemaran air berdasarkan tingkat
kejernihan air, perubahan suhu, warna, dan adanya perubahan bau atau rasa.
Pengamatan secara kimiawi, yaitu pengamatan pencemaran air berdasarkan zat kimia
yang terlarut (perubahan pH).
Pengamatan biologis, yaitu pengamatan pencemaran air berdasarkan mikroorganisme
yang ada dalam air, terutama ada tidaknya patogen.
Penyebab Pencemaran Air Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai hal dan
memiliki karakteristik yang berbeda-beda.
Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi.
Sampah organik seperti air comberan (sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan
oksigen pada air yang menerimanya yang mengarah pada berkurangnya oksigen yang
dapat berdampak parah terhadap seluruh ekosistem.
Industri membuang berbagai macam polutan ke dalam air limbahnya seperti logam
berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah tersebut memiliki efek
termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga mengurangi
oksigen dalam air.

Akibat Pencemaran Air


Terganggunya kehidupan organisme air karena berkurangnya kandungan oksigen (O2)
yang dapat menyebabkan kematian.
Terjadinya ledakan ganggang dan tumbuhan air (eurotrifikasi)
Pendangkalan dasar perairan
Tersumbatnya penyaring reservoir dan menyebabkan perubahan ekologi
Dalam jangka panjang adalah kanker dan kelahiran cacat
Akibat penggunaan pastisida yang berlebihan sesuai selain membunuh hama dan
penyakit, juga membunuh serangga dan maskhluk berguna terutama predator
Kematian biota kuno, seperti: plankton, iank, bahkan burung
Kekurangan sumber air
Mutasi sel, kanker, dan leukimia
Cara Mengatasi Pencemaran Air yang Efektif
Mempertahankan sumber-sumber air bersih yang belum tercemar.
Sumber air yang masih bersih hendaknya tetap dipertahankan kebersihannya. Jangan
sampai ikut tercemar, karena jika sudah tercemar akan sulit membersihkannya.
Menanam tanaman-tanaman berkayu tebal.
Tanaman-tanaman yang berkayu tebal adalah tanaman yang dapat menyerap air dengan
baik. Dengan begitu, persediaan air tanah mencukupi dan sumber air bersih dapat
terjaga.
Tidak membuang sampah ke sungai.
Jika sampah yang dibuang dari satu rumah tangga masuk ke sungai saja sudah
mengotori sungai. Bagaimana halnya jika setiap rumah tangga yang ada di Indonesia
membuang sampah rumah tangga mereka ke sungai. Sungai menjadi sangat kotor dan
tercemar. Pendangkalan sungai pun terjadi yang akhirnya dapat menyebabkan banjir.
Banjir mengalirkan air tercemar ke kawasan pemukiman yang dapat menyebabkan
wabah penyakit, seperti diare, penyakit kulit, dan lain sebagainya.
Mendaur ulang semua sampah yang bisa didaur ulang.
Sampah yang bisa didaur ulang usahakan untuk didaur ulang. Tidak membuangnya ke
sungai atau got. Hal ini dilakukan agar perairan di sekitar masyarakat tidak tercemar.
Jika tercemar, biasanya menimbulkan bau tidak sedap. Hal ini sangat menganggu
masyarakat dalam menjalankan aktivitas mereka.
Penyuluhan pembuangan limbah industri.
Industri-industri yang mengeluarkan limbah cair hendaknya diberi penyuluhan agar
mereka melakukan pengolahan limbah sebelum dibuang ke sungai. Ini perlu
pengawasan ketat dari pemerintah karena sampai saat ini, masih banyak Industriindustri yang membuang limbah cairnya begitu saja ke sungai. Mereka tidak
menghiraukan dampak yang akan timbul pada masyarakat yang hidup di area tersebut.
Penyuluhan bagi pengguna transportasi laut.
Bagi masyarakat pengguna transportasi lautan hendaknya diberikan penyuluhan agar
memastikan kendaraan mereka tidak bocor agar tidak mencemari air laut.
Peraturan yang tegas kepada para pengusaha minyak.
Peraturan tersebut dibuat agar tidak membuat kilang minyak dekat pemukiman
penduduk. Kilang-kilang minyak hendaklah didirikan sejauh mungkin dari kawasan
pemukiman, agar tidak membahayakan masyarakat sekitar. Jika terjadi kebocoran
minyak yang mencemari laut, maka binatang-binatang laut akan terganggu
ekosistemnya.
Pemerintah hendaknya membuat peraturan yang tegas untuk pembuangan limbah
beracun.
Dengan peraturan yang ketat, maka para pengusaha akan berpikir berulang kali untuk
membuang limbah cairnya begitu saja. Pengolahan limbah yang mahal sudah menjadi
risiko mereka sebagai pengusaha. Maka jika Anda akan mendirikan sebuah industri,
buatlah industri yang ramah lingkungan. Selain lebih murah, Anda pun tidak akan
dibenci oleh masyarakat dan lembaga-lembaga pencinta lingkungan.

Pengertian Pencemaran Air adalah masuknya suatu zat , energi maupun komponen
lainnya baik berupa makhluk hidup maupun benda mati ke dalam air yang
menyebabkan penurunan kualitas air sehingga air tidak dapat berfungsi sebagai mana
mestinya.
Bahan yang dapat mencemari air sangat beragam. Berbeda bahan yang
mencemari tentu berbeda pula akibat pencemarannya.
Berikut ini adalah jenis jenis bahan pencemar air :
1. Berdasar Jenis Bahannya pencemar air dibedakan menjadi
a. Bahan pencemar fisik
Bahan pencemar fisik diantaranya adalah sampah, lumpur, pasir, dan sebagainya.
b. Bahan pencemar kimia
Bahan pencemar kimia antara lain zat-zat organik bisa berupa lemak, minyak, detergen,
sabun, zat warna, karbohidrat, protein maupun zat-zat anorganik (unsur bebas, logam
berat, asam, basa, dan garam) dan zat radioaktif.
c. Bahan pencemar biologis
Bahan pencemar biologis dapat dibagi menjadi dua yaitu mikroorganisme patogen dan
mikroorganisme yang pertumbuhannya tidak terkendali (bloming ) karena eutrofikasi.
Mikroorganisme patogen terutama berasal dari tinja manusia. Ada 4 kelompok
mokroorganisme yang terkandung dalam tinja yaitu virus, bakteri, protozoa, dan cacing.
Mikroorganisme yang pertumbuhannya tidak terkendali antara lain adalah fitoplankton,
ganggang ,dan eceng gondok.
2.Berdasar Mudah tidaknya Terurai
Berdasarkan mudah tidaknya terurai secara biologis oleh bakteri yang ada di air, bahan
pencemar diklasifikasikan menjadi dua, yaitu bahan pencemar yang mudah terurai
( biodegradable) dan bahan kimia yang sukar busuk (nonbiodegradable ) Bahan
pencemar yang mudah busuk misalnya karbohidraPencemaran Air, Penyebab dan Akibat
Pencemaran Airt, lemak, dan protein. Bahan pencemar yang sukar busuk misalnya
plastik, karet, kaca, kain, kayu, detergen ABS, dan lain-lain.Lama pembusukan dapat
bertahun-tahun.
Akibat pencemaran air
Akibat pencemaran air adalah penurunan kualitas air dan gangguan penggunaannya.
Dalam batas-batas tertentu badan-badan air mampu membersihkan atau memurnikan
dirinya sendiri (self purification) terhadap bahan- bahan pencemar yang masuk ke
dalamnya. Pencemaran terjadi bila batas daya dukung untuk membersihkan dirinya
terlampaui. Dampak negatif dari pencemaran ini antara lain adalah pengurangan oksigen
terlarut, peningkatan derajad eutrofikasi, penurunan keanekaragaman biota air,
penurunan kualitas air, peningkatan biaya sosial tinggi sebagai akibat langsung maupun
tidak langsung.

SYARAHAN; Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah
Seri Peramu Jaya, guru guru dan murid murid sekalian. Pada pagi yang indah ini
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari
Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya yang bertajuk, Punca
Punca Pencemaran Alam Sekitar.
Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam
sekitar ini. Bumi ini telah dicemari oleh tangan tangan rakus yang mahukan
keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa alam sekitar. Kesan pencemaran
alam sekitar telah memberikan impak impak negatif seperti gangguan ekosistem,
pencemaran air dan pencemaran udara.
Malahan terdapat banyak punca punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Antaranya, kekurangan ilmu terhadap pemilik kilang industri ini tentang pencemaran
alam ini telah menyebabkan mereka ini membuang sisa - sisa toksik industri mereka ke
dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik mati dan menghadapi
kepupusan. Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan kesihatan manusia.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Selain itu, pembuangan sampah merata rata juga antara punca pencemaran alam
sekitar. Oleh itu, pelajar pelajar seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini.
barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium boleh dikitar semula dan
barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk pertanian. Pembuangan sampah dengan
kadar yang banyak boleh meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit
seperti tikus dan lipas.
Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon daripada racun
serangga. Ramai masyarakat di negara ini yang mengguna racun seranga seperti Ridsect
bagi menjaga keselamatan keluarga tanpa memikirkan alam sekitar. Gas ini akan
menyebabkan menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan membenarkan sinaran
ultra unggu memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh menggunakan
racun serangga water base yang lebih mesra alam.
Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang berleluasa. Penebangan
yang tidak terkawal boleh membawa banyak keburukan terhadap flora dan fauna serta
manusia. Contohnya seperti perubahan landskap dan kepupusan flora dan fauna yang
menyebabkan ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan
datang. Contoh langkah yang perlu diambil ialah menguatkusakan undang undang dan
bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam aktiviti yang diadakan seperti Sayangi
Sungai Kita. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga alam
sekitar.
Sekian, terima kasih.
Surat Kiriman rasmi (pencemaran air)
Ketua Kampung,
Kampung Sentosa,
43000 Cheras,
Selangor.
Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar,
Cawangan Selangor,
Aras 2, Bangunan JAS,
Selangor 16 OKTOBER 2013.
Tuan
,
Aduan Tentang Masalah Pencemaran Sungai
Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai ketua kampung bagi Kampung
Sentosa dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian pihak tuan
tentang perkara di atas, iaitu ingin mengetengahkan masalah sungai yang
tercemar hingga menimbulkan kemarahan penduduk.
2. Sungai berhampiran Kampung Sentosa amat cantik dan

bersih ketika dahulu. Malangnya, keadaan sungai kini amat


membimbangkan. Sungai tersebut kini penuh dengan sampah-sarap
seperti perabot lama, beg plastik dan tin-tin kosong. Keadaan sungai
yang tercemar amat memalukan.
3. Penduduk kampung risau kerana masalah itu bukan sekadar
mencemarkan sungai, malah membawa pelbagai implikasi negative
seperti wabak penyakit. Pengaliran air sungai yang tersekat akibat
pembuangan sampah menyebabkan nyamuk Aedes membiak
merata-rata khususnya dalam air takungan. Perkara tersebut
seterusnya menyakibatkan penyakit Deman Denggi yang meragut 2
nyawa penduduk Kampung Sentosa. Hal ini amat serius dan harus
diselesaikan secepat mungkin.
4. Tambahan pula, masalah keracunan makanan dan krisis
penggunaan air bersih untuk kegunaan harian merisaukan
penduduk. Seperti yang dimaklumkan di atas, air sungai telah
tercemar dan menjadi keruh. Oleh itu, air sungai tidak lagi selamat
untuk kegunaan domestik mahupun kegiatan pertanian.
5. Keadaan bertambah parah apabila keadaaan berkenaan
menjejaskan nama Kampung Sentosa kerana sungai tersebut
merupakan tempat rekreasi yang ternama sebelum ini. Sungai
tersebut pernah menarik perhatian ramai pelancong luar kerana air
sungai jernih dan permandangan sekitarnya cantik. Kini, jumlah
pelancong merosot secara mendadak akibat pencemaran.
6. Besar harapan kami agar pegawai berkaitan dihantar untuk
memantau keadaan dan menyelamatkan keadaan sungai tersebut.
Saya beryakinan penuh bahawa penduduk kampung akan bersedia
memberi segala kerjasama yang diperlukan. Langkah proaktif pihak
tuan untuk membetulkan keadaan ini bakal membawa rahmat yang
besar kepada penduduk di kawasan ini yang sudah sekian lama
terperuk dalam lingkaran masalah pencemaran air sungai. Oleh hal
yang demikian, saya bagi pihak penduduk Kampung Sentosa
mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah
berkenaan sebelum menjadi semakin kritikal.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

(RAJ A/L THEVARAJ)