Anda di halaman 1dari 48

KOLEKSI KARANGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

CONTOH 1
Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya
hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.Jelaskan amalan gaya hidup
sihat ini.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri
seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan
mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya
hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan
rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan
oleh masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat.
Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama
mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang
memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan
zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang
manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat. Langkah ini
baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk
mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan
mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang
terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap
suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga
memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin
peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan
keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi
aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia
perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang
lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan
mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang
meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh
memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini.
Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di

pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang
memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti
akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang
positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh
manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi
keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan
masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula.
Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri
manusia yang ingin sejahtera kehidupannya

CONTOH 2
AMALAN-AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan
gaya hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa
sihat, cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut
kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan
menjadi sihat melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat
pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu,
persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalan-amalannya?
Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh
tak melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan
mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan
makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat
dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan
bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang
sihat dan simbang.
Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini
demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana
aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil
contoh yang dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola
sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh
kehidupan yang sihat. . Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya
pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain
itu, badan yang cergas dan sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan
sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita

seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan beriadah mendatangkan banyak maslahat kepada fizikal
dan minda kita.
Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana
amalan tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati,
buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya,
contohnya penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih
awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan
dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan
sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa dan
wang ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan
rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah mengambil
langkah yang proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut
tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan
menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak akan
menjadi fatamorgana jika semua pihak saling berpegang pada prinsip yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing. Kalau bukan kita siapa lagi

CONTOH 3
Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat
Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat merupakan
kehidupan impian semua orang.Untuk mencapai impian
tersebut,pengamalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang
wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat.Rakyat negara
ini harus sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat
supaya dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat.
Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah
pemakanan yang seimbang.Hal ini meliputi pengambilan pelbagai
jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.Makanan
seperti nasi dan bijirin yang mengandungi kaborhidrat harus diambil dalam kuantiti yang banyak dan
diutamakan kerana kaborhidrat dapat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalani
pelbagai urusan kehidupan seharian.Pengambilan sayur dan buah-buahan yang banyak amat penting
bagi membekalkan vitamin dan serat yang cukup kepada tubuh badan.Makanan yang mengandungi
lemak,minyak,garam dan gula yang tinggi harus dielakkan.Hal ini demikian,makanan yang tidak sihat
ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,darah tinggi,obesiti dan serangan
jantung.Oleh itu,makanan yang seimbang dan sihat harus diutamakan dalam usaha melahirkan modal
insan yang berkualiti dan sihat.

Seterusnya,melakukan aktiviti senaman dan beriadah ialah merupakan salah satu cara
mengamalkan gaya hidup sihat.Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan
bersenam dan beriadah secara konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya
mengurangkan masalah peningkatan berat badan.Aktiviti senaman dan beriadah boleh dilakukan
sebanyak tiga kali seminggu bersama-sama keluarga dan rakan.Memang tidak dinafikan bahawa
badan yang cergas dapat membina minda yang cerdas.Oleh itu,kita haruslah memperuntukkan masa
sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah seperti
berjalan,berlari dan bermain yang dapat mengeluarkan peluh.Amalan senaman dan beriadah mampu
melancarkan aliran darah,menguatkan urat saraf dan otot-otot badan serta peluh yang dapat
menjamin kualiti kesihatan seseorang.
Selain itu,corak kehidupan yang sihat juga dapat membantu seseorang individu untuk hidup
sihat tanpa sebarang penyakit.Bagi menjamin kesejahteraan hidup,kita haruslah menghindarkan diri
dari segala perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan diri seperti amalan
merokok,pengambilan minuman keras,penagihan dadah dan pergaulan bebas.Amalan negatif sebegini
boleh mendedahkan diri kita kepada penyakit seperti kanser,AIDS dan sakit jantung.Pada masa
yang sama,rehat dan tidur yang cukup juga penting untuk menjaga kesihatan diri.Seseorang individu
yang tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup akan cepat berasa letih dan mudah jatuh
sakit.Sudah terang lagikan bersuluh,kita harus mengekalkan kualiti kesihatan kita bagi menjamin
kehidupan sihat selaras dengan peribahasa " mencegah adalah lebih baik daripada merawat ".
Di samping itu,pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres.Stres atau
tekanan perasaan merupakan gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan
masyarakat.Sesorang individu yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula untuk
menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan terganggu sehinggan menjejaskan kesihatan dan
kehidupan seharian.Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta
pendapat kaunselor,berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan dan mendekatkan diri dengan
Tuhan.Stres yang dapt diuruskan dengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat.
Bagi menjamin kesihatan diri kita terjamin,kita hendaklah berjumpa dengan doktor di
hospital dan klinik secara berkala,iaitu sekurang-kurangnya lima kali setahun bagi membolehkan
penyakit yang tidak menunjukkan sindrom dapat dikesan lebih awal.Sebagai contohnya,penyakit
berbahaya seperti kanser yang kita sedia maklum bahawa sukar diubati jika lambat diketahui.Bak
kata pepatah " jangan sudah terhantuk baru tengadah ".Oleh itu,dengan pertemuan secara berkala
dengan doktor,rawatan susulan dapat dilakukan supaya kesihatan seseorang indidu terjamin.
Kesimpulannya,jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan
yang diimpikan.Sebenarnya,tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya
hidup sihat.Gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan bagi melahirkan masyarakat
yang bebas penyakit.

CONTOH 4
Langkah-langkah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang
dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis
makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka.
Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek
sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah,
diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat
yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti
dan penyakit kronik.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari
bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu
untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan
mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman
turut menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman
dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain Dalam konteks ini, sikap ini
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau
menyimpan masalah mereka bagaikan kera sumbang. Sikap suka berkawan dan menghabiskan masa
bersama-sama dengan mereka menjadikan keperluan psikologi manusia yang dapat dipenuhi dengan
efektif. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya
hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk
menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu sentiasa
berfikiran terbuka dan membina. Sehubungan dengan itu individu itu mampu menyelesaikan
pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden
yang penuh dengan cabaran terutama tekanan di pejabat atau di sekolah memerlukan satu persepsi
positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin
tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulanya,gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan
tadi. Cuma sikap masyarakat masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita

semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah
terhantuk baru tengadah, iaitu setelah berpenyakit kronik baru kita menyesal.

CONTOH 5
Amalan-Amalan Gaya Hidup sihat
Amalan hidup sihat dapat didefinisikan sebagai amalan mulia yang dapat diterapkan dalam diri
setiap individu di negara kita.Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab, menyatakan bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi tidak
mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak mengambil berat tentang isu ini serta mereka mudah
menghidap penyakit kronik walaupun pada usia muda.Mengapakah kita perlu mengamalkan gaya
hidup sihat? Dengan mengamalkan gaya hidup sihat,kita boleh dapat banyak faedah.Sebagai contoh
tubuh badan yang sihat,otak yang cerdas dan mampu melakukan apa-apa sahaja aktiviti tanpa
sebarang kekangan yang melanda.Manakala, jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, kita bakal
didatangi dengan pelbagai masalah yang seterusnya boleh merumitkan keadaan kita pada masa
hadapan.
Antara amalan hidup sihat yang dapat kita terapkan dalam diri kita adalah dengan mengamalkan
pemakanan seimbang.Pemakanan seimbang adalah salah satu cara penting dalam memastikan kita
sentaisa dalam keadaan yang sihat.Oleh itu kita haruslah mengambil makanan mengikut keperluan
tubuh badan,bukan hanya mengikut kehendak nafsu kerana kelak akan merugikan diri kita sendiri
kita bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut kata badan binasa.Hal yang demikian juga, kita perlulah
mengurangkan kadar gula dalam makanan kerana kadar gula yang berlebihan dalam badan boleh
menyebabkan kita menghidap penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebagai
'Diabetes'.Pengambilan makan yang seimbang boleh kita dilakukan dimana-mana sahaja bukan hanya
tertumpu di rumah malah di sekolah juga.Piramid makanan yang telah disediakan oleh pihak
kesihatan boleh dijadikan sebagai panduan dalam memastikan kita sentiasa mengambil makanan
dalam kadar yang seimbang.
Amalan hidup sihat juga dapat dikaitkan dengan aktiviti bersenam.Bersenam merupakan aktiviti
yang berfaedah yang boleh kita lakukan pada bila-bila masa terutamanya pada cuti persekolahan
dan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.Melalui aktiviti bersenam, kita boleh
mengurangkan kadar air yang berlebihan di dalam badan secara berpeluh, membakar
lemak,mengurangkan kadar kalori,melancarkan pengaliran darah di dalam badan serta menjadikan
kita seorang yang sentiasa bersemangat dan aktif untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih
lancar dan sempurna.Di negara kita terdapat banyak tempat bersukan dan beriadah yang telah
dibina bagi kanak-kanak,remaja mahupun dewasa.Hal ini kerana, bagi memastikan mereka sentiasa
bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Oleh itu kita haruslah mengambil peluang ini,dengan
memanfaatkan segala kemudahan yang ada untuk bersukan dan bersenam. Bersenam juga boleh kita
lakukan sebanyak 3 kali seminggu dengan tempoh 30 minit pada setiap sesi.Sekiranya sebelum ini
kita malas untuk bersenam , namun kita janganlah berputus asa kerana bak kata pepatah dimana
ada kemahuan di situ ada jalan.

Amalan hidup sihat yang lain adalah dengan melakukan aktiviti bergotong-royong.Aktiviti
bergotong-royong biasanya diadakan di sekitar kawasan tempat tinggal.Setiap kawasan tempat
tinggal,sudah semestinya, terdapat Persatuan Rukun Tetangga yang bertanggungjawab dalam
memastikan kebersihan dan keselamatan di sekitar kawasan tempat tinggal.Oleh itu,kita boleh
menyertai rukun tetangga untuk membersihkan kawasan tempat tinggal dengan melakukan aktiviti
bergotong-royong.Antara aktiviti bergotong-royong yang boleh kita lakukan adalah dengan
membuang sampah ke dalam tempat yang sepatutnya,membersihkan kawasan longkang dan
membersihkan kawasan yang bertakung air.Sekiranya kita berjaya membersihkan kawasan tempat
takungan air, kita dapat mengelak penularan penyakit demam denggi yang berpunca dari nyamuk
aedes.Dengan bergotong-royong,kita boleh dapat banyak manfaat.Sebagai contoh, kita boleh
mengeratkan hubungan silaturahim,saling membantu antara satu sama lain bagai aur dengan tebing
dan melahirkan sikap prihatin dan bertanggungjawab akan tempat tinggal yang kita didiami.
Di samping itu, menziarahi orang sakit juga merupakan salah satu cara mengamalkan gaya hidup
sihat.Kita boleh menziarahi orang sakit di hospital yang berhampiran dengan kawasan tempat
tinggal kita. Pesakit bukan sahaja terdiri daripada orang luar,bahkan ahli keluarga kita yang sakit
juga boleh terlantar di hospital. Hal ini dikategorikan sebagai amalan hidup sihat adalah kerana,
apabila kita menziarahi orang sakit ketika di hospital, disana kita akan melihat pelbagai penyakit
dan masalah yang dihadapi oleh mereka.Jadi akan timbullah perasaan dalam diri kita untuk
meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik untuk mengelakkan diri kita dari dihidap penyakitpenyakit yang berbahaya malah ada juga yang boleh membawa maut kelak.Oleh sebab itu, kita
perlulah berusah menjaga kesihatan dan mencegah diri daripada sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan tubuh badan kita bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak amalan hidup sihat yang boleh kita
amalkan dalam kehidupan seharian sekiranya kita faham apa yang dimaksudkan dengan amalan hidup
sihat.Amalan hidup sihat juga boleh menggambarkan dan mencerminkan keperibadian seseorang.
Hal ini kerana , seseorang yang mempunyai keperibadian yang baik akan turut menjaga kesihatannya
dengan baik.Mengamalkan gaya hidup sihat sebenarnya tidak susah, namun mengekalkan amalan
gaya hidup sihat itulah menjadi tanda tanya kepada semua rakyat di Malaysia.Bak kata pepatah
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jadi jika kita tidak berusaha mengamalkan
gaya hidup sihat, kita tidak akan pernah tahu akan kesan positifnya terhadap diri kita.

CONTOH 6
Amalan Gaya Hidup Sihat [ Syarahan ]
Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, rakan-rakan pelajar, dan
hadirin sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri kerana mengundang saya untuk memberikan ceramah
bersempena dengan kempen Gaya Hidup Sihat. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk Amalan Hidup Sihat.
Hadirin sekalian,
Setiap individu ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Seseorang dapat melakukan aktiviti harian
tanpa gangguan dengan memiliki tubuh badan yang sihat. Walaupun begitu, matlamat tersebut tidak mudah
dicapai sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mencapai matlamat tersebut,
setiap individu perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan, dan pada masa yang
sama meninggalkan aktiviti yang boleh menjejaskan mutu kesihatan.
Antara usaha bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan
seimbang. Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya untuk mencegah seseorang
daripada serangan penyakit. Seseorang yang tidak mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan
terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit. Misalnya, pengambilan gula dan kolestrol yang
berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit Diabetis dan menimbulkan masalah kepada
fungsi jantung. Rajah piramid pemakanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan perlu dijadikan
panduan untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan itu mengandungi khasiat yang seimbang dan dapat
menyihatkan badan.
Hadirin yang dikasihi,
Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan seseorang. Hal ini demikian kerana semasa bersenam,
sebahagian besar organ dalam badan seseorang bergerak aktif. Jantung akan berfungsi dengan baik untuk
memastikan perjalanan darah menjadi lancar. Di samping itu, pembakaran lemak dalam badan akan berlaku,
sekali gus individu dapat mengatasi masalah lebihan lemak di dalam badan. Ringkasnya, melalui senaman,
badan menjadi lebih sihat dan otak menjadi cerdas. Jika rakyat negara ini mengamalkan aktiviti senaman,
tidak mustahil tahap kesihatan rakyat Malaysia akan meningkat. Oleh itu, kesedaran rakyat Malaysia
tentang kepentingan aktiviti senaman hendaklah dipupuk.

Selain itu, penjagaan kebersihan juga merupakan salah satu amalan hidup sihat. Orang ramai hendaklah
memastikan bahawa tubuh badan, pakaian, makanan, dan persekitaran sentiasa bersih. Sehubungan dengan
itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka daripada bermain di tempat yang kotor. Mereka juga perlu
memastikan bahawa kawasan di dalam dan di luar rumah berada dalam keadaan yang bersih. Sampah sarap di

persekitaran perlu dibuang di tempat pembuangan sampah atau ditanam. Langkah ini dapat mengelakkan
persekitaran daripada menjadi tumpuan bakteria atau serangga-serangga tertentu, terutamanya lalat, lipas,
dan nyamuk.
Meskipun orang ramai diberitahu tentang bahaya merokok, permintaan terhadap rokok masih tinggi.
Masalah penyalahgunaan dadah pula masih berterusan. Kedua-dua tabiat ini perlu dijauhi sekiranya
seseorang ingin menikmati kehidupan yang sihat. Hal ini demikian kerana perokok lebih terdedah kepada
risiko diserang sakit jantung, kanser, dan katarak. Gejala penyalahgunaan dadah pula mengundang pelbagai
masalah dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang bahaya tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah amat penting.
Setiap orang perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera apabila berhadapan dengan masalah
kesihatan. Pada kebiasaannya, orang ramai hanya menemui doktor apabila penyakit sudah serius. Amalan
sedemikian perlu diubah. Orang ramai hendaklah menghayati ungkapan bahawa mencegah penyakit lebih
mudah daripada mengubatinya. Sehubungan dengan itu, orang ramai perlu sentiasa melakukan pemeriksaan
kesihatan bagi mengesan penyakit dan mengetahui tahap kesihatan mereka. Tindakan yang lebih baik adalah
dengan mendisiplinkan diri untuk mendapatkan rawatan kesihatan setiap enam bulan. Sekiranya saranan ini
diikuti, sesuatu penyakit akan lebih mudah dicegah sebelum dirawat.
Hadirin yang budiman,
Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan. Langkah
ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan
kebersihan. Tanpa kesedaran tersebut, orang ramai tidak akan mementingkan gaya hidup yang sihat. Bagi
menambahkan pengetahuan orang ramai tentang hal ini, panduan tentang penjagaan kesihatan perlu
disebarluaskan. Semoga Amalan Hidup Sihat yang kita perkatakan ini benar-benar menjadi realiti di bumi
Malaysia. Semoga rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.

CONTOH 7
Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa
hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu
banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi
seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara
berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta
menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan
gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?

Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah
pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat,
protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang
berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana
makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan
penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga
pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman
berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi
kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam
memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini
bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih
erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap
imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20
minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini
boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila
seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan
mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman
dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani
pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan
kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan
memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik
dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat
ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anakanak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan
kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada setiap
masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri
dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan
dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa

menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh
membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat
membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga perlu mendidik ahli
keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan
anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah
bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong ditaman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu
bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat menjauhkan
diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka
dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding
dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa
digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya
hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga,
rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi
impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu
menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman
moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu
persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka
mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal
ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera,
menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu
maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri
yang baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan
asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah membawa
mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita
siha, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya
anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak

seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya
sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita
dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk
melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak
melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas
kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak,
mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah
menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi
orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak mendapat
rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang
diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai
usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun,
ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan
merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak
bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan
semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang
spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk
amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar
untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkahlangkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.

CONTOH 8
Amalan-Amalan Gaya Hidup Sihat Terhadap Remaja
Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang
cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting buat remaja kerana tahap
kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk
mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal,
mental dan emosi.

Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah remaja perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud
disiplin dalam aspek ini ialah remaja itu mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan

dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan
terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap
kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan
yang baik.

Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi
makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang
membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu
menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan
yang seimbang kepada remaja di negara ini.

Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu
menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan
seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi
amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka
pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan
dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan.

Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka.
Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja
dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda
negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi
mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini.

Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang
rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang
diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar
terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh
menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.

Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang
mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta
pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Remaja yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh
negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.

KOLEKSI KARANGAN PENCEMARAN ALAM

PENCEMARAN ALAM SEKITAR


CONTOH 1
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran seolah-olah tidak dapat
dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan
kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air.
Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas
dalam udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula
mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. Penipisan lapisan
ozon menyebabkan cahaya ultra ungu matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera.
Kesan rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di
kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat.
Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti
pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya
kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi
manusia membina rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi.
Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia. Manusia memerlukan air sebagai
sumber minuman dan juga sumber protien. Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun
dan tidak selamat diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien kerana hidupan air seperti
ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan, sisa toksik dan
minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan keadaan pencemaran alam sekitar
berada pada tahap yang minimum. Adalah malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat
telur di hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi tidak berguna sekiranya
nasi telah menjadi bubur.

CONTOH 2
Punca -Punca Pencemaran Alam Sekitar,Kesannya dan Langkahnya
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sekitar
sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi
pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri
manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita
sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara
untuk masyarakat. Bak kata pepatahdi telan mati emak di luah mati bapa. "Kita tidak mewarisi alam sekitar
daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah
alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.

Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun
aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Isu-isu tentang alam
sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam
sekitar yang sering berlaku di negara kita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan pencemaran udara.
Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah
disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam
sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap
pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa namun manusia durjana yang tidak
mencintai alam memandang enteng terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik
yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka
bumi ini. Terdapat juga individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke
dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan
sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula
akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Minda manusia berjiwa rakus seperti golongan
pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan
kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang
dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses
perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah
runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus
dimanifestasikan.

Punca seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini adalah kerana sikap pekerja di sektor pertanian
dan industri juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor
pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh menyebabkan air sungai
tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan
tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah
jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Asap-asap kilang dan kenderaan juga boleh diwartakan
sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan
kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu, terdapat juga
gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan
tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis
bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak.
Selain itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas. Ini menimbulkan
ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran
udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan
terhadap seluruh masyarakat.

Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi
dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh
penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. penyusutan
lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini. Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah
banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak
memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Kesan seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang
disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku
apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan
bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid
nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asidasid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid juga disebabkan air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun,
disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di
bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga
dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara.
Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air
hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi
pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah
dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu,
hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka
yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan
penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam
sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang

dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling
ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan
lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di
jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata,
barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa
mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan
kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang
dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan
mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat
pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang
telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes,
pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka
terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi
daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air
bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali
sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tongtong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil
menyelam minum air. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan
bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat
menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan
alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam
sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang berkaitan dengan
alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi tanpa
disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini.

CONTOH 3

Faktor Pencemaran Alam Sekitar dan Langkah Mengatasinya.


"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada
generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Katakata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga
yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar
yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam
sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar
dapat dibejat.

Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air
dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya
sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah
sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini
berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan
ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran
air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium
penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan
sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.

Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana
asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin
banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran
udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora
dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan
kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi
indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.

Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih
tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila
ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala
besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan
menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus
bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.

Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat keindahan alam sekitar, kita
haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar pidana ini tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil
adalah proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas
oksigen dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di lereng-lereng
bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang masih tegar menjalankan projek di
kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran

mereka bahawa alam sekitar amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan
harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang
dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus
dihukum.

Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita
menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah
mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam
sekitar terhadap masyarakat di dunia.

CONTOH 4
Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini.
Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai
pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara.Walau bagaimanapun, gejala
pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam,
terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib
menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib
seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan
kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di
tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang
dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak
begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka
tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda
yang dikenakan. Oleh itu, pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak
yang melakukan pencemaran.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid
sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang
sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal
ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di
sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika
sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap

alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa
akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam
sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.
Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan
kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan
sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah
penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan
masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu, televisyen wajar
digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam.
Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah
kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang
terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalanya kempen yang
dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan
dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

CONTOH 5
LANGKAH-LANNGKAH MENGATASI OLEH PIHAK KERAJAAN
Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah negara. Bagi isu besar seperti
pencemaran alam sekitar turut menjadi agenda utama yang kepada kerajaan untuk mengatasinya demi
kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara. alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan
masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan
memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu Kementerian pelajaran turut memainkan peranan bagi
mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha untuk melindunginya.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan
penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat
pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan
loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah
Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh
pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara
besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu operasi
perindustrian dijalankan. Selain itu, Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi
mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem
Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan
terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan
Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undangundang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan,
boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih
daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari
kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut
disampaikan kepadanya. Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) yang juga di bawah NRE
telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. Jabatan ini
memainkan peranan penting untuk menjaga hutan dari diterokai dengan haram dan berleluasa yang akhirnya
akan menyebabkan pencemaran tanah, pencemaran air dan udara. Tindakan yang diambil oleh Jabatan
Perhutanan dan Semenanjung Malaysia(JPSM) seperti tindakan undang-undang yang di kenakan terhadap
pesalah-pesalah yang melakukan pembalakan secara haram, penerokaan hutan simpan dengan haram dan
melakukan pembakaran terbuka adalah usaha yang harus di teruskan .

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menganjurkan kempen untuk
melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat.
Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang
dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh
dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini
bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan
mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah
merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan yang paling
penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat untuk membantu agensi-agensi
kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan
alam sekitar yang dikenali sebagai program rakan alam sekitar.

Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengatasi pencemaran terhadap alam
sekitar seperti penguatkuasaan undang-undang, kempen-kempen kesedaran,pameran yang berkaitan dengan
alam sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air kedaun keladi tanpa
disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara ini

CONTOH 6

SYARAHAN; Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah Seri Peramu Jaya,
guru guru dan murid murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya
yang bertajuk, Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.

Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam sekitar ini. Bumi ini
telah dicemari oleh tangan tangan rakus yang mahukan keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa
alam sekitar. Kesan pencemaran alam sekitar telah memberikan impak impak negatif seperti gangguan
ekosistem, pencemaran air dan pencemaran udara.

Malahan terdapat banyak punca punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya, kekurangan
ilmu terhadap pemilik kilang industri ini tentang pencemaran alam ini telah menyebabkan mereka ini
membuang sisa - sisa toksik industri mereka ke dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik
mati dan menghadapi kepupusan. Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan kesihatan manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, pembuangan sampah merata rata juga antara punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelajar
pelajar seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini. barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan
aluminium boleh dikitar semula dan barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk pertanian. Pembuangan
sampah dengan kadar yang banyak boleh meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit
seperti tikus dan lipas.

Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon daripada racun serangga. Ramai
masyarakat di negara ini yang mengguna racun seranga seperti Ridsect bagi menjaga keselamatan keluarga
tanpa memikirkan alam sekitar. Gas ini akan menyebabkan menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan
membenarkan sinaran ultra unggu memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh menggunakan racun
serangga water base yang lebih mesra alam.

Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang berleluasa. Penebangan yang tidak terkawal
boleh membawa banyak keburukan terhadap flora dan fauna serta manusia. Contohnya seperti perubahan
landskap dan kepupusan flora dan fauna yang menyebabkan ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Contoh langkah
yang perlu diambil ialah menguatkusakan undang undang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam

aktiviti yang diadakan seperti Sayangi Sungai Kita. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk
menjaga alam sekitar.

NOTA TAMBAHAN:Isu-Isu Alam Sekitar


Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam
sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear
di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat
diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering
membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang
perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang
diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar,
banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak
terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah
negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan
alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat
direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa
depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah
berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan
kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta
dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak
memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkahlangkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah
tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu
tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi
dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk
segala bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap
masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam
peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang
akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir
segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan
kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan

masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan
kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya
perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan
menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah
peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan
sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi
sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu
sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan
seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat
dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat
piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang
belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah
MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih
mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih
belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang
dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula
awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran
mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI
Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah
pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan
menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan
kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber
kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih
diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya KarakKuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai
kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam
buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam sekitar yang akan
dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan
perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan
bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik
universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan
ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan
juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh
itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati
daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak
mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan oleh perlanan

sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan
kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan
kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti
kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan
dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi
kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300
kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air
buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai
Tawar dan Sungai Kangar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan
peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan
penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah
denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000
sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk
menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan
sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa
pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang
bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak
akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan
membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal
berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber
dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang
dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing
kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan
undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang
dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman
ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas
dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan
Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang
kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri
Sabah atau Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan
dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di
bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri ,
Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri
berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (
Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi
pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut

bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala
kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman
Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di
Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah
menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada
badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada
pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat
diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana
masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia
bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah
negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah
dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah
tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan
dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa
sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun
adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan
dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat
diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan
alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika
pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik
dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang
diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri
ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu
juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri
masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang
yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betulbetul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang
persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam
melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan
Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu
menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak
membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan
alam sekitar.

MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)


Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa
tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah
satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang
berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian
sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi
keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua
bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada
pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya
dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat
keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius
kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah
pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan
boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun
jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan
pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu
sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan
majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran
alam sekitar yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan
pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius
kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana
Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil
kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan
terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar,
misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit
pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan.
Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi
setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam
pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu,
mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan
mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan

buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan
surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada
dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai
hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu
memainkan peranan dalam menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai
kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah
tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain
itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,
Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.
MASALAH KAKITANGAN
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar
adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi
jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang
berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong
ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan
Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan
mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan
sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi
yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang
Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975,
kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan
berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja
yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang
berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan
calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang
langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan
sempurna sepertimana yang diharapkan.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada
tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini
disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah
keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi
JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap
negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan

yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa
yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula
berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan
undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak
terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah
dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan
segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan
penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan
dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar
untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka
yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan
awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam
kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali
ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin
meningkat.
Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai
yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan
air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan
pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan
membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan
kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan
pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat
bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos
yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa
sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam
belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul
ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan
alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya
tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam
sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses
pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal

pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul
bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal
ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam
sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut
memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan
peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan
turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang
bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih
belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata
untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha
pembangunan.
Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang
mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor
yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang
ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam
sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang
berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam
sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan
kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan
berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit
memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan
undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan
bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga
suatu hari nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak
mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu
alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan
berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat
kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan
dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal
alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai matapelajaran yang
berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk
keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek
lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan
masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil
ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk
menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam
sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan
pengurusan alam sekitar yang betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam
sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam
pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi
muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat
mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah
medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap
sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam
sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun.
Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan
pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang
terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang
pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya
peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara
kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai.
Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah
kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah
ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas
mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar
usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang
dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu.
Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi
penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

KESIMPULAN
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika
dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun
penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada.
Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undangundang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban
kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul.
Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak
formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang
dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul
seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun
masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai
kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan
semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa
mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa
membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi
penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.

Pencemaran air & sungai


DEFINISI PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem
kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian,
perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian
tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam
sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan
kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan
hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR


Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang
sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara
tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada
pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis
babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya
membawa kepada pencemaran laut.

Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik
ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air
sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke
dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi
lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV
Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah
menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

KESAN PENCEMARAN AIR


Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi
bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan
manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum
pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air
minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh
pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan
habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat
kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran
bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan
peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui
televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat
memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala,
Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang
setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan
sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk
tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka
penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara
ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke
sistem saliran utama di sungai.

Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak
sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu m enyokong segala aktiviti
yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan
impian negara dapat di capai.
CONTOH 1

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI


Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan,iaitu penyesuaian antara manusia dengan
alam sekelilingnya.Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian.Lembah sungai
dipilih sebagai lokasi petempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh pelbagai manfaat sungai
kepada manusia.Antaranya termasuklah sumber air,makanan,pengangkutan dan perhubungan.Hal ini jelas menunjukkan
bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.Namun begitu,masalah pencemaran sungai
pada masa ini amat membimbangkan.

Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.Tindakan ini akan menyebabkan
kualiti air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik.Hal ini boleh mengundang krisis air dan
menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai.Tambahan pula,pembuangan sampah sarap akan
menyebabkan sungai berbau busuk.Oleh itu,setiap individu mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.

Selain itu,pembuangan sisa daripada kilang menyebabkan pencemaran sungai.Sisa daripada kilang yang tidak
dirawat terlebih dahulu akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai kerana mengandungi bahan kimia yang
berbahaya.Apabila sisa tersebut bercampur dengan air sungai,tahap kebersihan air sungai merosot dan boleh
mengundang pelbagai penyakit kepada individu yang menggunakan air dari sumber tersebut.Justeru,pihak yang
bertanggungjawab tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing hanya sematamata kerana kos pengurusan sisa dari kilang mahu dijimatkan.

Di samping itu,kegiatan pembalakan merupakan salah satu faktor perdana pencemaran sungai.Hal ini demikian kerana
apabila pokok-pokok ditebang,struktur tanah akan menjadi lemah akibat kehilangan sokongan daripada akar-akar pokok
yang mencengkam tanah.Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas
tanah tanpa halangan.Struktur tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis dan mengalir bersama air hujan ke
sungai.Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek.Apabila hujan turun,sungai
tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan akhirnya akan melimpah keluar sehinnga berlaku banjir kilat.

Konklusinya,sungai memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan manusia.Manusia mestilah merancang
setiap aktiviti yang hendak dilakukan dengan baik supaya tidak mengundang kesan negatif kepada alam
sekitar.Sesungguhnya,alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang perlu dipelihara kebersihan dan keindahannya
untuk kebaikan semua hidupan di muka bumi ini.

CONTOH 2

Karangan pencemaran sungai


Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sungai dalam negara yang merangkumi pelbagai
usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu
pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan
rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti
pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk
menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan
industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai
dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami
adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka
sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan
kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin
teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita
sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar
(JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai
dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43
sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53.
Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding
dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002
bertambah baik setahun kemudian.
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan
memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini
disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan
daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan
sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai
seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang
didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran
sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai
saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis
pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk
memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi.
Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya
apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan
peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke
sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar

dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka
bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan
takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan
sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungaisungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai
kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.Jelasnya, segala usaha mungkin akan
mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul
tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

CONTOH 3

Karangan pencemaran sungai


Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik oleh manusia.Jelaskan pendapat
anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan.Beribu-ribu ekor ikan terapungapung di permukaan sungai sungai di Pahang telah teruk dicemar.
Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan
media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi
liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia.
Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen
seperti Cintailah Sungai Kita tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun
isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam
benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus
Dewan Edisi keempat, pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih
sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya
kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran
sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai.
Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini,
masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke
dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang
sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan
mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai
yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai
itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.Selain itu, punca yang seterusnya ialah
pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan
mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada
manusia dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah,
kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak
diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah
sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada
tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar
. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah
mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap

sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis
demi kepentingan bersama.Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama
berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal
tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah
ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana
minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara
langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan
proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah
berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai
kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai
medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah
memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan.
Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini
akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan
juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020dapat direalisasikan
dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada
dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh
penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah
sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos

tercemar, air

seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya
ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang
membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan,
ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak
mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan
anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar
kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara.
Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan
akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan
yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi
fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan
2020. Cintailah Sungai kita.

CONTOH 4

Punca-Punca Pencemaran Air


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada
sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam
parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan
oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai
untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni
biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan
kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak
mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian
tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di
dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak
menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air
tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya
menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air.
Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa
toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan
ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air
laut.

CONTOH 5

SYARAHAN; Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menegah Seri Peramu Jaya, guru guru
dan murid murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang
menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya yang bertajuk, Punca Punca
Pencemaran Alam Sekitar.

Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam sekitar ini. Bumi ini telah
dicemari oleh tangan tangan rakus yang mahukan keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa alam sekitar.
Kesan pencemaran alam sekitar telah memberikan impak impak negatif seperti gangguan ekosistem, pencemaran air
dan pencemaran udara.

Malahan terdapat banyak punca punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya, kekurangan ilmu
terhadap pemilik kilang industri ini tentang pencemaran alam ini telah menyebabkan mereka ini membuang sisa - sisa
toksik industri mereka ke dalam sungai. Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik mati dan menghadapi kepupusan.
Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan kesihatan manusia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selain itu, pembuangan sampah merata rata juga antara punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelajar pelajar
seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini. barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium boleh
dikitar semula dan barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk pertanian. Pembuangan sampah dengan kadar yang
banyak boleh meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit seperti tikus dan lipas.

Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon daripada racun serangga. Ramai masyarakat di
negara ini yang mengguna racun seranga seperti Ridsect bagi menjaga keselamatan keluarga tanpa memikirkan alam
sekitar. Gas ini akan menyebabkan menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan membenarkan sinaran ultra unggu
memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh menggunakan racun serangga water base yang lebih mesra alam.

Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang berleluasa. Penebangan yang tidak terkawal boleh
membawa banyak keburukan terhadap flora dan fauna serta manusia. Contohnya seperti perubahan landskap dan
kepupusan flora dan fauna yang menyebabkan ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Contoh langkah yang perlu
diambil ialah menguatkusakan undang undang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam aktiviti yang diadakan
seperti Sayangi Sungai Kita. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

CONTOH 6
Surat Kiriman rasmi (pencemaran air)

Ketua Kampung,
Kampung Sentosa,
43000 Cheras,
Selangor.

Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar,
Cawangan Selangor,
Aras 2, Bangunan JAS,
Selangor 16 OKTOBER 2013.

Tuan
Aduan Tentang Masalah Pencemaran Sungai

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai ketua kampung bagi Kampung
Sentosa dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian pihak tuan
tentang perkara di atas, iaitu ingin mengetengahkan masalah sungai yang
tercemar hingga menimbulkan kemarahan penduduk.
2. Sungai berhampiran Kampung Sentosa amat cantik dan
bersih ketika dahulu. Malangnya, keadaan sungai kini amat
membimbangkan. Sungai tersebut kini penuh dengan sampah-sarap
seperti perabot lama, beg plastik dan tin-tin kosong. Keadaan sungai
yang tercemar amat memalukan.
3. Penduduk kampung risau kerana masalah itu bukan sekadar
mencemarkan sungai, malah membawa pelbagai implikasi negative
seperti wabak penyakit. Pengaliran air sungai yang tersekat akibat
pembuangan sampah menyebabkan nyamuk Aedes membiak
merata-rata khususnya dalam air takungan. Perkara tersebut
seterusnya menyakibatkan penyakit Deman Denggi yang meragut 2
nyawa penduduk Kampung Sentosa. Hal ini amat serius dan harus
diselesaikan secepat mungkin.
4. Tambahan pula, masalah keracunan makanan dan krisis
penggunaan air bersih untuk kegunaan harian merisaukan
penduduk. Seperti yang dimaklumkan di atas, air sungai telah
tercemar dan menjadi keruh. Oleh itu, air sungai tidak lagi selamat
untuk kegunaan domestik mahupun kegiatan pertanian.
5. Keadaan bertambah parah apabila keadaaan berkenaan
menjejaskan nama Kampung Sentosa kerana sungai tersebut
merupakan tempat rekreasi yang ternama sebelum ini. Sungai
tersebut pernah menarik perhatian ramai pelancong luar kerana air
sungai jernih dan permandangan sekitarnya cantik. Kini, jumlah
pelancong merosot secara mendadak akibat pencemaran.
6. Besar harapan kami agar pegawai berkaitan dihantar untuk
memantau keadaan dan menyelamatkan keadaan sungai tersebut.
Saya beryakinan penuh bahawa penduduk kampung akan bersedia

memberi segala kerjasama yang diperlukan. Langkah proaktif pihak


tuan untuk membetulkan keadaan ini bakal membawa rahmat yang
besar kepada penduduk di kawasan ini yang sudah sekian lama
terperuk dalam lingkaran masalah pencemaran air sungai. Oleh hal
yang demikian, saya bagi pihak penduduk Kampung Sentosa
mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah
berkenaan sebelum menjadi semakin kritikal.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(RAJ A/L THEVARAJ)

KOLEKSI KARANGAN PENCEMARAN UDARA


CONTOH 1
Punca-punca Pencemaran Udara
Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan kualitinya
merosot. Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti udara di negeri
Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat tidak sihat
sepanjang tahun tersebut. Justeru, punca-punca pencemaran udara ini harus dikenal pasti bagi memudahkan
kita untuk menanganinya agar tidak berleluasa.

Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam. Bencana alam merupakan
fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung berapi dan kebakaran
hutan akibat kemarau yang berpanjangan. Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah
membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan jerebu yang sangat teruk di negaranegara yang berhampiran. Dengan itu, bencana alam juga merupakan faktor penyumbang kepada
kemerosotan kualiti udara di negara kita.

Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini. Pertambahan
kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara melalui ekzos

kereta juga turut bertambah . Sekiranya kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik,
kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan. Justeru, asap yang mengandungi gas-gas
beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya

Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman. Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini meneroka hutan untuk tujuan
petempatan dan pertanian. Mereka menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan
pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk tanam. Oleh hal yang demikian,
aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan mencemarkan udara di
kawasan yang berhampiran.

Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka. Sampah-sarap
yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjuta-juta tan sehari apabila
dikumpulkan di loji pelupusan sampah. Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada
setiap hari bagi mengelakkannya daripada bertambah banyak. Justeru, udara akan semakin tercemar kerana
tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain membakarnya.

Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan masyarakat
di negara ini dalam mengejar arus pemodenan . Semua pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan
permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku . Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah
pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

CONTOH 2
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi
sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan
pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat
banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani
pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara
yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami
kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses
fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida

untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuhtumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan
asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.
Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan
ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunanbangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur
boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar
yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan.
Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki
dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC
(kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan
tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan
kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan
meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan
menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkahlangkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah.
Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

CONTOH 3
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna. Isu pencemaran alam sekitar
terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa
manusia semakin peka akan kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana sikap
segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran itu, langkah-langkah yang
proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk mengatasi masalah pencemaran udara.

Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan mengaplikasikan undang-undang tegas
kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran
memilih cara mudah dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian. Keadaan
ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang awam dan kilang-kilang pula
membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya, jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu,

pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak seperti melepaskan batuk di
tangga.

Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus sentiasa memastikan
kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga
pengguna kenderaan yang lain, mereka seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat
kerja. Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang serius.
Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal
namun bak kata pepatah Melayuhendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu
mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Kepesatan pembangunan negara menyebabkab
pembuangan pelbagai barangan walaupun masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula
untuk digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar
semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah dengan
keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan.

Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan
peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari
terutamanya pada kerajaan kerana bumi ini milik kita bersama.

CONTOH 4
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap
dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap
ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang
terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah
kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai
penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih
untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan
pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen
tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi
paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses
fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan
karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisutisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat
pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil
keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia
buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai
hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan
galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan
menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan,
khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahanbahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu
dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan
yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti
CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana
bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang
membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan
rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka
langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan
penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas
pencemaran udara dapat diminimumkan.

CONTOH 5
Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran Di Kampung Belengu

Kelab Alam Sekitar,


Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.

Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
28000 Temerloh,
Pahang.

Tuan,
PERCEMARAN DI KAMPUNG BELENGU

02 Oktober 2012

Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu ingin
memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah pencemaran di Kampung Belengu, Temerloh, Pahang.

2.
Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan operasi kuari di Bukit Ara. Pembukaan ini telah
menyebabkan debu-debu berterbangan dan berlakunya pencemaran udara. Banyak penduduk menghidapi
asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.

3.
Pembukaan kuari ini juga, telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Sungai yang dahulunya,
merupakan sumber ikan yang banyak kini telah tercemar. Airnya pula telah menjadi keruh dan berlumpur.

4.

Kerja-kerja pembukaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Keadaan ini telah

menganggu ketenteraman penduduk kampung.

5.
Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu memohon jasa baik tuan untuk
mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(NUR NADIRAH BT. AHMAD)


Pengerusi
Kelab Persatuan Alam sekitar,
Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.

Karangan pencemaran bunyi


PENCEMARAN BUNYI
Pada masa kini, terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di sekitar kita, salah satu
pencemaran alam ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ialah bunyi yang dihasilkan oleh mesin, haiwan
atau manusia yang menganggu aktiviti atau keseimbangan dan keselesaan kehidupan manusia dan haiwan.
Kebanyakan pencemaran bunyi berpunca dari luar rumah iaitu berpunca dari sistem pengangkutan,
termasuk sistem pengangkutan, termasuk system pengangkutan, bunyi kenderaan, bunyi helicopter dan bunyi
kereta api. Dalam proses pembangunan industri juga boleh menyebabkan pencemaran bunyi. Sebagai
contoh,bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan aktiviti pembuatan. Sumber lain
bagi punca pencemaran bunyi ialah di kawasan petempatan iaitu penggera kereta, siren perkhidmatan
kecemasan dan lain-lain.
Pencemaran bunyi akan mendatangkan pelbagai kesan
yang berbahaya kepada manusia. Antara kesan yang akan
timbul adalah menjejaskan kesihatan manusia. Pencemaran
bunyi akan mendatangkan kesan ke atas pendengaran dan
psikologi. Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin
menyebabkan kehilangan pendengaran. Lelaki berusia yang
didedahkan kepada bunyi bising akan lebih ketara
pengurangan sensitif pendengaran berbanding dengan
sejawat yang tidak terdedah dengan bunyi bising walaupun
perbezaan usia mereka tidak ketara. Dari segi psikologi,
pencemaran bunyi mampu menyebabkan gangguan komunikasi
antara manusia, gangguan tidur dan menjejaskan kestabilan mental iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian
susah dilakukan.Tahap bunyi bising yang tinggi juga mampu menyumbangkan kepada kesan kardiovaskular dan
pendedahan bunyi bising yang sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam mampu menyebabkan peningkatan
statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin.
Pencemaran bunyi bukan sahaja memberi kesan kepada manusia tetapi juga mampu memberi kesan
buruk pada haiwan. Bunyi bising mampu menyebabkan tekanan, meningkatkan risiko kematian dengan menukar
keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa atau mangsa dan juga menganggu penggunaan
bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkaitan dengan navigasi. Kesan bunyi bising pada kehidupan
haiwan adalah kemusnahan habitat dan seterusnya mungkin akan menyebabkan kepupusan pada golongan
haiwan tersebut.
Pencemaran bunyi merupakan satu pencemaran yang amat berbahaya, oleh itu langkah-langkah yang
harus dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya langkah yang boleh dijalankan ialah penguatkuasaan
undang-undang. Terdapat enam peratauran dan akta yang telah digubal bagi mengawal pencemaran bunyi dan
kualiti alam sekitar. Peraturan dan akta telah dikuatkuasakan sehingga hari ini, antaranya ialah PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling(Hingar Kenderaan Motor, 1987), Panel Code 1971,Undang-undang
Kenderaan Lalulintas 1959, Akta Penerbangan Tempatan 1976, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Akta
Kilang Dan Jentera 1969.Dengan peraturan-peraturan dan akta yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini maka
pencemaran bunyi dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan. Contohnya, dalam Seksyen 23
menyatakan bahawa tiada sesiapapun kecuali jika diberi lesen, boleh mengeluarkan kebisingan dengan syarat

yang ditentukan. Sesiapa yang melanggar syarat tersebut akan didenda tidak melebihan RM5000 atau
penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Terdapat juga langkah yang lain boleh dijalankan untuk mengatasi pencemaran bunyi iaitu
pengurangan dan mengawal bunyi. Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi yang dikeluarkan
boleh dilaksanakan termasuk penggunaan halangan bunyi, mengehadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur
permukaan jalan dan menghadkan kenderaan berat.Oleh itu,kereta yang mengeluarkan bunyi bising yang kuat
harus maemasang penghalang bunyi untuk mengurangkan pencemaran bunyi.
Kesimpulannya, pencemaran bumyi akan menberi kesan buruk kepada kehidupan manusia dan juga
kehidupan haiwan. Oleh itu, pelbagai langkah yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah
pencemaran bunyi supaya kehidupan manusia dan haiwan menjadi lebih baik.