Anda di halaman 1dari 8

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

Buletin MyGuru

2014
Tahun e-Pembelajaran
2014 akan meninggalkan kita tidak lama lagi
dan kita sama-sama bakal membuka lembaran
baru untuk tahun 2015. Tahun 2014 pasti
meninggalkan pelbagai cerita suka dan duka
buat kita. Bagi Unit E-Pembelajaran, tahun
ini sememangnya amat sibuk dengan pelbagai
aktiviti e-Pembelajaran buat pensyarah dan
pelajar UPSI. Bermula dengan pelaksanaan
Massive Online Open Courses (MOOC)
sehinggalah kepada pembangunan modul
e-Pembelajaran untuk perkembangan bakat
dan professional pensyarah UPSI.
Pastinya, tahun ini amat mencabar kerana
pelaksanaan MOOC dan Open Courseware
(OCW) bukan sahaja di peringkat UPSI,
malah menjadi salah satu KPI dan visi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak
dapat tidak, UPSI sebagai sebuah universiti
pendidikan perlu menerajui perubahan ini
sebagai salah satu langkah memperkasakan
pengajaran dan pembelajaran (P & P).
2014 juga merupakan tahun kejayaan buat
e-Pembelajaran
di
UPSI
apabila
produk-produk UPSI berjaya memenangi
pingat dan anugerah di pelbagai
pertandingan, karnival serta konvensyen.
Antaranya kejayaan VCLS dalam Edu-Ineri,
NIID, PECIPTA, IIDEL dan sebagainya.

Begitu juga MobiLearn yang dicalonkan


sebagai finalis untuk Anugerah Inovasi Sektor
Awam (AISA) bagi kategori Teknologi
Maklumat. Kejayaan ini membuktikan kerjakerja yang dilaksanakan UPSI telah mendapat
pengiktirafan sewajarnya dari pelbagai pihak.
Salah seorang penceramah di Forum
Pengajian Tinggi Asia (AHEF) baru-baru ini
menggariskan 5 perkara penting yang perlu
dipertimbangkan oleh sebuah universiti
seperti UPSI iaitu meningkatkan akses kepada
pengguna, mengubah budaya dalam pedagogi
digital, memilih produk dan teknologi yang
betul dalam P & P, integrasi teknologi terkini
serta meningkatkan keselamatan data.
Namun apa yang lebih penting adalah
kepuasan pengguna itu sendiri. Oleh yang
demikian, Unit E-Pembelajaran (UEP) Pusat
ICT berperanan memastikan pelaksanaan
e-Pembelajaran bukan sahaja mencapai
sasaran yang ditetapkan KPM atau pihak
Universiti, tetapi juga menjamin kesenangan
dan fleksibiliti pengguna dalam menyampai
dan menerima maklumat.

Most people understand that you can never be a master of your subject, only a
facilitator. Head of ICT, an international elementary school in Singapore

Menarik di dalam
CATATAN DARI AKEPT & MARINA BAY |
OPEN4LEARN SEBAGAI PLATFORM

ms2

ms3
VCLS RANGKUL EMAS DI NUCEL 2014 | ms4
PEMBELAJARAN TERBUKA |

PENSIJILAN ISMS UNTUK

ms5
| ms6 & 7

SISTEM MYGURU |
BLENDED LEARNING IN UPSI

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

THE GREATEST

Catatan dari

AKEPT &
MARINA BAY

Saya berkesempatan menjadi jemputan kehormat ke


dua seminar berkaitan e-Pembelajaran iaitu Asian
Higher Education Forum (AHEF) di AKEPT serta
BETT Asia Leadership Summit di Singapura. Bukan
sedikit ilmu yang saya perolehi dari kedua-dua
seminar ini. Mungkin rezeki saya di dalam bidang
ini, saya berpeluang bertemu dengan pelbagai
delegasi
antarabangsa
serta
berkongsi
pengetahuan sambil menambah ilmu di dada. Ada

yang ikhlas berkongsi, ada yang sekadar berborak


kosong dan tidak kurang juga ada
udang di sebalik batu. Rancak berbual rupanya
ingin menjual produk mereka. Sebagai seorang
pegawai di sebuah jabatan Kerajaan, tidak hairan
saya sering dihampiri pelbagai individu yang
berniat memasarkan sesuatu. Ada yang bagus,
tetapi kebanyakannya belum sesuai dilaksanakan
atas pelbagai faktor.

tersebut, selain memperbanyakkan kerjasama


dengan negara-negara maju seperti Jepun dan
Korea
Selatan.
Vietnam
pula
tanpa
disangka-sangka mengatasi Amerika Syarikat dan
UK dalam Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) melalui aspek persembahan
pendidikan.
Di awalnya Prof Dr Asma Ismail sebagai Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi yang
merasmikan majlis ini tanpa membaca skripnya
telah memberikan beberapa cabaran kepada IPT
di Malaysia serta MEIPTA. Antaranya
memastikan pelaksanaan MOOC memberi
manfaat dan kesan yang boleh dinilai secara
empirikal kepada tahap pembelajaran pelajar
selain keuntungan jangka panjang kepada
Kerajaan Malaysia.
Saya juga bersetuju dengan seorang delegasi dari
Indonesia yang menyatakan kekangan utama
bukanlah dari segi sistem dan kandungan tetapi
akses kepada sistem itu sendiri. Sebagai sebuah
Negara dengan 200 juta umat serta lebih 17000
pulau,
bagaimana
mungkin
pendekatan
e-Pembelajaran akan berjaya dalam masa
terdekat sedangkan Internet pun sukar didapati.
Namun mengambil sudut yang berbeza,
e-Pembelajaran adalah mekanisma yang mampu
meluaskan capaian pengetahuan tanpa mengenal
sempadan dan masa.

LEARNERS OF THEIR OWN


TEACHING AND STUDENTS

BECOME THEIR OWN


TEACHERS
Intel, BALS menghimpunkan lebih 1000 pakar dari
serata dunia. Antaranya pengarah pendidikan
Microsoft sendiri iaitu Beth Watson yang
menyatakan Technology is an enabler, not an
answer (Teknologi adalah pelaksana, bukan
jawapannya).
Kemuncak 2 hari ini menyimpulkan Asia terdiri
dari 3 kumpulan Negara iaitu maju, membangun
dan di persempadanan (frontier). Di sebalik
keagresifan Malaysia dalam mengaplikasi
e-Pembelajaran, kita masih dikategorikan sebagai

negara membangun bersama-sama Indonesia,


Vietnam, China, Taiwan dan beberapa negara lain.
Masalah utama negara membangun adalah
mewujudkan infrastruktur yang betul di tempat
yang betul. Masalah kedua adalah pembudayaan,
yang mana memastikan pengajar berdiri seiring
dengan kemajuan teknologi, dan bagaimana
menjadikan pelajar seronok dengan kaedah serta
Seminggu selepas AHEF, saya diminta ke pendekatan yang digunakan.
Singapura untuk menghadiri Asia Leadership
Summit (BALS) yang dianjurkan oleh BETT, Ahmad Wiraputra Selamat telah menyertai AHEF dan
sebuah badan yang menganjurkan perjumpaan BETT Asia Leadership Summit masing-masing pada
tokoh-tokoh pendidikan sedunia. Amat sesuai 25 - 26 November dan 2 - 4 Disember 2014.
diadakan di Singapura memandangkan negara
tersebut diiktiraf paling maju di Asia dalam aspek
pendidikan. Marina Bay Sands yang menjadi lokasi
sidang ini sendiri menggambarkan kepesatan
Singapura dalam pelbagai bidang.

AHEF adalah satu forum anjuran AKEPT yang


bertujuan menghimpunkan pakar, pengamal
pendidikan mahupun pelajar untuk berkongsi
praktis negara masing-masing dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Diadakan di AKEPT
selama 2 hari, saya dan CIO Tuan Hj Mohd Nazri
Md Saad berpeluang mengetahui perkembangan
pendidikan di Negara-negara Asean. Myanmar
contohnya yang sering digambarkan sebagai
sebuah negara yang mundur, rupanya sudah ke
hadapan dalam pelaksanaan e-Pembelajaran,
dengan pembukaan puluhan kolej-kolej dalam sains
komputer dan pengajian komputer di negara Dibiayai oleh 3 giant ICT iaitu Microsoft, HP dan

EFFECT IN TEACHING &


LEARNING OCCUR WHEN
THE TEACHERS BECOME

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

OPEN4LEARN
Sebagai Platform
Pembelajaran Terbuka
Sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia agar setiap IPTA menyediakan platform Massive Open Online Courses (MOOC),
UPSI mengorak langkah dengan membangunkan Open4Learn (O4L). Laman ini bertindak sebagai pelantar bagi bahan-bahan pengajaran yang
dibuka kepada masyarakat di luar UPSI. Setakat ini, tapak bagi 20 kursus yang terlibat dalam pembangunan OCW UPSI telah dicipta dalam
Open4Learn. Ia melibatkan kursus seperti Pendidikan Kanak-kanak, Pengantar Bahasa Melayu, English dan lain-lain. Open4Learn merupakan
ahli kepada Open Education Consortium (OEC) .
Objektif utama Open4Learn adalah memberi peluang kepada masyarakat mencapai bahan-bahan
pengajaran berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah berkelayakan dari
sesebuah universiti. Di samping itu, pewujudan kursus-kursus yang lengkap dengan teks , audio
dan video kuliah adalah untuk membantu para pendidik dalam melaksanakan Flipped Classroom
Teaching di seluruh dunia. Semua kandungan kursus dilesenkan di bawah Creative Commons
Attribution Non Commercial Share Alike license.
Pengguna sama ada di dalam dan luar UPSI boleh menjadi sebahagian dari O4L secara
percuma sama ada sebagai pengajar mahupun pelajar.

Berkenalan dengan

MEIPTA

Tahukah anda bahawa terdapat satu badan yang menggabungkan semua ketua /
penyelaras e-Pembelajaran setiap IPTA dikenali sebagai Majlis Ketua-ketua
Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA). Majlis ini berperanan
menjadi penggerak dan think tank terhadap pelaksanakan e-Pembelajaran di
IPTA selain melaksanakan pelbagai aktiviti bagi manfaat bersama. MEIPTA yang
mula ditubuhkan pada tahun 2007 ini dipengerusikan oleh Dr Hanafi Isa dari USM.
Mantan pengerusi adalah Prof Dr. Mohamad Amin Embi (UKM) dan Prof Ahmad
Jelani Shaari (UUM). Buat masa ini, MEIPTA bergerak dari IPTA ke IPTA melalui
mesyuarat yang diadakan 4 kali setahun.
Sehingga kini pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti bengkel-bengkel
e-Pembelajaran, pembangunan kertas kerja MOOC, penerbitan buku-buku
(kebanyakan buku adalah buah tangan Prof Mohamed Amin Embi), Karnival
e-Pembelajaran, forum e-Pembelajaran Asia Tenggara dan banyak lagi.

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

Sebagai pemenang Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi pantas, berkesan dan menyeluruh.
(AIKPT) 2012, produk mobile keluaran UPSI iaitu MobiLearn telah
dicalonkan ke Anugerah Inovasi Sektor Awam dalam bidang Selain MobiLearn, satu lagi produk UPSI iaitu Sistem Maklumat
pengurusan Teknologi Maklumat (ICT). Lebih membanggakan, Kewangan telah memenangi kategori Pengurusan Kewangan Terbaik.
MobiLearn dipilih sebagai finalis bersama dengan satu lagi produk
ICT dari Jabatan Perikanan Malaysia.
Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa telah
menyempurnakan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014
bertempat di The Place @ One City, Subang Jaya pada 9 Oktober
2014.
AISA merupakan anugerah peringkat kedua tertinggi dalam struktur
pengiktirafan Sektor Awam selepas Anugerah Inovasi Perdana
Menteri. Penganugerahan ini bertujuan untuk mengiktiraf inovasi dan
pencapaian cemerlang agensi Sektor Awam dalam 4 bidang
pengurusan utama iaitu Pengurusan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT), Pengurusan Kewangan, Pentadbiran Daerah dan
Tanah dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam majlis
tersebut, Kementerian Pertahanan turut menerima Anugerah
Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2012-2013.
Pencalonan MobiLearn sebagai finalis banyak didorong oleh
kebolehan produk tersebut dalam menyebarkan maklumat dengan lebih

MOBILEARN
Dengan kemenangan
tersebut
UPSI
berjaya membawa
pulang wang tunai
RM300,000 berserta
trofi dan sijil.

Finalis

ANUGERAH INOVASI

ICT 2014

VCLS Rangkul Emas di NUCEL 2014


Pusat ICT berjaya memenangi pingat EMAS dalam pertandingan Invention, Innovation & Design On
e-Learning (IIDEL) pada Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan (NUCEL) melalui
produk Virtual Campus Learning System (VCLS). Lebih membanggakan, VCLS turut memenangi
anugerah produk terbaik dalam pertandingan tersebut. Pusat ICT juga memenangi anugerah BOOTH
TERBAIK . Karnival serta pertandingan tersebut diadakan pada 15-17 November 2014 di Pusat
Konvensyen Shah Alam (SACC).
VCLS adalah gabungan 3 aplikasi e-Pembelajaran
UPSI berasaskan pengkomputeran awan iaitu
MyGuru, MobiLearn dan Open4Learn. Kerangka ini
menawarkan kepelbagaian fungsi dan pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P), selain
menyediakan platform yang stabil dan berskalabiliti
tinggi.
NUCEL turut diserikan dengan penyampaian hadiah
kepada 12 pemenang pertandingan Blog dan Kurasi
Pendidikan (EDU2014). Pertandingan ini dianjurkan
oleh Pusat ICT UPSI dengan kerjasama MDEC dan
Joota. Hadiah disampaikan oleh CIO UPSI
Tn Hj Mohd Nazri Md Saad.

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

MOOC / OCW sebahagian dari BIG IDEA


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Sektor Pengajian
Tinggi, menggariskan 10 idea besar atau big ideas bagi memperkasa
kualiti pengajian tinggi selaras aspirasi negara maju. Massive Open Online
Courses (MOOC) dan Open Courseware (OCW) menjadi salah satu
daripada Big Idea yang dikemukakan bagi pelan pembangunan tersebut. Hal
ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kualiti P & P
melalui pembelajaran secara terbuka dan atas talian.
Antara objektif big idea ini adalah mengoptimumkan perkongsian ilmu dan
kepakaran melalui pembelajaran atas talian yang tidak bersempadan, selain
membawa bidang-bidang pengajian dari IPTA ke persada antarabangsa.
Namun objektif yang lebih penting adalah meningkatkan capaian
masyarakat kepada bahan pengajaran yang kreatif, inovatif dan berkualiti
tinggi. Antara langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan objektif ini
adalah dengan pewujudan pasukan pembangunan e-Kandungan, pewujudan
platform OCW dan MyMOOC. UPSI telah mengambil langkah ke arah ini
melalui pembangunan Open4Learn sebagai pelantar MOOC/OCW.

Cap E-PEMBELAJARAN

Mod Blended atau pembelajaran teradun merujuk kepada kursus


yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online
dan mod pembelajaran bersemuka onsite dengan nisbah 30%
- 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online
sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran
bersemuka.
UPSI mengenalpasti kursus-kursus yang berstatus Pembelajaran
Teradun (Blended Learning) melalui sistem MyGuru. Penetapan
status pembelajaran teradun ini adalah merujuk kepada rubrik
yang ditetapkan oleh KPM. Dashboard yang memaparkan status
pembelajaran teradun bagi setiap kursus telah diwujudkan dalam
sistem MyGuru. Dashboard ini dibangunkan bertujuan
memaklumkan kepada pensyarah tentang status kursus masing
-masing.
Rubrik boleh didapati melalui QR Code berikut.

Pensijilan ISMS untuk


Sistem MyGuru
Pusat ICT UPSI telah memperolehi Pensijilan ISO/IEC
27001:2005 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
bagi Perkhidmatan Sistem MyGuru yang berkuatkuasa mulai
Ogos
2014.
Pensijilan
ini
merupakan satu
pendekatan
sistematik bagi
mengurus
maklumat sensitif
organisasi supaya
kekal
selamat
melalui proses
penyediaan, pelaksanaan, operasi, pemantauan, penyemakan,
penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem pengurusan
keselamatan maklumat. Ianya merangkumi seluruh aset ICT
termasuk perkakasan, perisian, perkhidmatan, data atau
maklumat serta manusia yang mempunyai nilai kepada
organisasi.

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

BLENDED LEARNING in UPSI

Mohd Nazri Md Saad, Megat Azrin Ahmad and Ahmad Wiraputra Selamat - The article adapted and summarized from the Blended &
Flipped Learning: Case Study in Malaysian published by KPM and MEIPTA, edited by Mohamed Amin Embi.

Realizing the importance of blended learning, UPSI set up an


e-learning policy to cultivate the e-learning among the faculties.
Lecturers are also urged to use the Learning Management
System (LMS) as a platform of communication and interaction in
moving towards the blended learning approach.
UPSI is designing units and programs of study for
optimized learning, taking into account learners needs,
discipline accreditation requirements, a mix of directed and selfdirected activities, and available resources and
infrastructure. Providing an overall ambition to increase
flexibility in terms of time and place of learning for students this
would imply moving away from putting all, or most of effort, into
offering face to face lectures and tutorials.
The blended learning activities would normally include:
~ On campus experiences. When students come to campus, the
experience should be designed to be engaging and a worth
making the effort to attend and in a space and context designed
to foster interactive learning.
~ On line experiences. This includes structured and
self-directed learning activities. In some cases a whole unit may
be delivered on line but it is not expected that whole courses or
programs would be delivered on line at undergraduate level.
Moving to Cloud
Through cloud computing, MyGuru will be operated from a
cloud computing in on-demand network which can be scaled
accordingly. This network can access any form of computer
source such as in server form, storage, application or software.
After the migration, MyGuru receive a significant impact on its
stability and speed. Prior to the migration, the majority of
students can only reach the page in 30-90 seconds.
However after the migration, the page can be accessed as speed
as 0.39 seconds.

Malaysians will possess mobile phones and as reported by


Malaysian Communication and Multimedia Commission
(MCMC) in a survey in 2010. However, higher institution
students use mobile mainly for communication and
entertainment
rather
than
educational
purposes.
Therefore, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) has taken
the initiative to develop mobile learning known as MobiLearn.
The
users
of
this
application
can
be
divided into three,
which are students,
lecturers/staff
and
guardian.
UPSI
through ICT Centre
has developed a
mobile
application
specifically for online
teaching and learning
by
customizing
appropriate modules
of the University
Integrated Managment
System
(UIMS),
including
MyGuru,
into a simple, user friendly environment.
Benchmarking
Benchmarking is viewed as a method for quality assurance and
enhancement of blended learning in higher education. Selfassessment is involved at the participating institutions, which
leads to a high level of awareness and understanding of existing
practices and policies at different levels of the organization.
Benchmarking is thus an efficient self-improvement tool.

MyGuru has been through several benchmarking process, which


are
ACODE
Benchmarking
and
International
MobiLearn
Institutional E-Learning Benchmarking (IILB) and Pilot
Blended learning combines brick-and-mortar schooling with National Inter-Institutional Benchmarking Project (PNIBP).
online delivery of content and instruction. Mobile
devices provide support that enhances teaching and
learning in a virtual classroom environment. Majority of

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

Training

Conclusion

The main challenge in implementing blended learning in UPSI is


lecturers knowledge and culture. Therefore, UPSI take
proactive steps to deliver courses and lectures on blended
learning. As of June 2014, 90% of lecturers have attended
courses related to blended learning organized with in
collaboration of Human Resource Department and ICT Centre.

UPSI is struggle in conceptualize and implementing blended


learning. Therefore, the main things need to be taken care of is
its
alignment
with
the
ministry
and
institutions mission and goals. The development and
delivery of blended courses can be used to address a variety of
institutional, faculty, and student needs.

Reporting
As part of the mechanisms of the control and upgrade the
process blended learning, UPSI create the comprehensive
reporting system for blended learning courses in MyGuru. This
report includes the number of courses involved, the number of
courses
activities,
the
number
of
uploaded
material and so on. These items followed the rubric that is
structured by the MOE and MEIPTA after a detailed study
carried out to it.

Aktiviti

E-PEMBELAJARAN 2014

Pertandingan Educational Blog & Kurasi Kandungan Peringkat Kebangsaan

Virtual Campus Learning System (VCLS)


Pingat Emas -Invention, Innovation & Design On E- Learning (IIDEL) dan
Booth Terbaik
Virtual Campus Learning System (VCLS)
Pingat Perak - Innovative Practices in Higher Education EXPO 2014 (I-PHEX)

MobiLearn
Finalis Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat & Komunikasi 2014 (AIICT)

BILANGAN 1 | JANUARI 2015

Unit

E-PEMBELAJARAN

Sidang Redaksi
Buletin MyGuru
Penasihat :

Mohd Nazri Bin Md Saad


Norazizah Binti Othman

Ketua Editor :

Ahmad Wiraputra Bin Selamat

Editor :

Siti Munirah Binti Ahmad


Suhaila Binti Abusairi
Murni Binti Ibrahim
Eimiza Faisha Bin Azmi

Grafik :

Norashikin Binti Zainal Abidin


Anis Fatiha Binti Ahmad Sahimi @Shuhaimi
Buletin MyGuru diterbitkan oleh :
Terbitan akan datang,
Sebarang pendapat atau cadangan boleh diajukan ke :
wiraputra@ict.upsi.edu.my
ictcentre@upsi.edu.my
015-48117915
+605 - 458 1600
http://www.upsi.edu.my
https://myguru2.upsi.edu.my
https://awan.upsi.edu.my

T
C
i
t
a
s
u
P
login.upsi.edu.my
open4learn.my