Anda di halaman 1dari 17

Teks Forum

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian,


bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOK-Setiap Sedutan Membawa
Padah. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana
nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita
pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya
ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu
tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih
jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan
lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu
menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan
bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun
serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"
bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin
dan Karbon Monoksida.
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa
teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel
kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?
Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurangkurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis
dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu
sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan
yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini
menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri
boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya
yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh
disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?
Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, antara kesan asap rokok
kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran
pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga
menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai
menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana
mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi
perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang sekeliling daripada
sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok
itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.
Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih kurang RM1,000 setiap
tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok
membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti
membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir
kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati melainkan maut. Kepada
panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok ialah pertama
tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok".
Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa
berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang
paling penting adalah melawan keinginan untuk merokok.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel
kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula dariapada usia remaja
lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka
dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu
menggunakan pendekatan yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan
bunga sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa
mereka.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah berhenti merokok, saya
pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya
rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel
kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok.
Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama selain itu kita juga
dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya
merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir
dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih
baik dan bermanfaat.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan
pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri
kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu
dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. pengayuh sudah ditangan
perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi
tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap
pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

ISU PELANCONGAN : KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT


PROMOSI PELAWAT ASING DATANG KE MALAYSIA
S: Apakah peranan agensi pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara
mengunjungi Malaysia dan pelancong tempatan melancong dalam negara berbanding ke
luar?
J : Tanggungjawab utama agensi pelancongan ialah mewujudkan pakej menarik yang
menjanjikan keselesaan dan memenuhi kehendak pelanggan seperti penginapan,
pengangkutan, makanan dan perkara berkaitan. Mereka perlu mengambil kira kehendak
pelanggan dan menyediakan perkhidmatan seperti dikehendaki. Mereka juga boleh
memperkenalkan produk yang mungkin menarik minat pelancong untuk mencuba. Perlu
diingat pakej menarik itu bukan saja untuk pelancong luar negara malah juga rakyat
tempatan. Banyak produk pelancongan yang boleh dipromosikan seperti ekopelancongan,
pelancongan pengembaraan dan sukan. Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan
Malaysia (MATTA) pula bertindak sebagai orang tengah antara kementerian dan agensi
pelancongan. Kami memaklumkan kepada ahli mengenai jadual diatur kementerian dan
agensi pelancongan turut mengambil bahagian dalam memasarkan produk mereka. Satu
perkara perlu diketahui ialah MATTA tidak terbabit dalam usaha mengadakan pameran dan
sebagainya di luar negara.
S : Adakah usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan di rantau ini
mencukupi?
J : Kementerian Pelancongan melakukan tugas yang baik dalam mempromosikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong luar dan tempatan. Mereka juga melakukan
pameran dan penjelajahan dengan sektor korporat untuk tujuan itu, bekerjasama dengan
media tempatan. Ia bukan saja mengadakan promosi memperkenalkan Malaysia ke peringkat
antarabangsa, malah juga memberi tumpuan kepada pelancongan domestik seperti
memperkenalkan Selangor kepada penduduk Sabah, menggalakkan penduduk Sabah
melancong ke Selangor dan sebaliknya. Produk Selangor tidak boleh diperkenalkan di
Selangor saja tetapi perlu melangkaui sempadan negeri itu. Saya rasa dalam kes ini, memang
kementerian melakukan tugas yang baik kerana pelancong tempatan dapat mengenali
budaya di luar negeri mereka dengan lebih baik walaupun mungkin ada persamaan.
Kementerian menjalankan konsep pemasaran yang baik untuk memperkenalkan Malaysia
tetapi seperti juga perniagaan lain, bidang ini turut mempunyai saingan. Sukar untuk kita
menukar arah pemikiran orang mengikut cara kita, tetapi ada cara melakukannya iaitu
dengan memasarkan apa yang mungkin berlainan daripada ditawarkan Thailand dan
Indonesia misalnya. Saya rasa konsep Malaysia Truly Asia mencapai sasaran kerana berjaya
menarik pelancong. Satu perkara paling menarik mengenai Malaysia yang tidak ada di negara
lain ialah kepelbagaian budaya. Pelancong boleh menemui budaya Cina dan India tanpa perlu
mengunjungi China atau India. Datang saja ke Malaysia dan nikmati semua itu di sini.
Kepelbagaian budaya yang unik itu menjadi tarikan utama. Berbanding Singapura, kita
mempunyai banyak kelebihan. Kita mempunyai Taman Negara dan gunung untuk pelancong
yang gemarkan cabaran, pulau dan pantai untuk mereka yang suka suasana tenang.
S ;Apakah yang boleh ditonjolkan sebagai ikon Malaysia dalam usaha menarik lebih ramai
pelancong luar negara seperti Bali di Indonesia?
J : Kita mungkin masih belum mempunyai ikon pelancongan seperti Bali di Indonesia dan
Phuket di Thailand. Kita sedang bergerak ke arah itu. Kita juga bukan sekadar ingin
mempromosikan destinasi sebaliknya mempromosikan Malaysia sebagai negara pelancongan.
Memang ada usaha dibuat mempromosikan destinasi seperti Langkawi dan Sipadan yang

menjadi kawasan tumpuan pelancong. Begitu juga Gunung Tahan dan Taman Negara bagi
penggemar aksi lasak atau menaiki rakit menelusuri sungai dan kemudian balik berehat bagi
yang inginkan perjalanan kurang mencabar. Kita juga sudah ada Melaka sebagai Bandar Raya
Bersejarah untuk ditonjolkan sebagai ikon destinasi. Konsep kita mungkin agak berbeza
dengan negara lain. Malaysia mempunyai banyak keistimewaan yang boleh ditonjolkan.
Selain kepelbagaian budaya yang saya sebutkan tadi, pelancong juga boleh menyaksikan
kepelbagaian agama dianuti di sini. Walaupun Islam sebagai agama rasmi, amalan agama lain
dibolehkan. Pelbagai perayaan disambut di sini dan ini tidak boleh ditemui di negara lain. Satu
lagi perkara yang tidak boleh kita nafikan ialah kepelbagaian makanan. Jika pelancong ingin
masakan tempatan, kita ada. Jika mereka mahukan makanan tempat asal, kita boleh
sediakan. Menariknya, kadang-kadang pelancong tidak mahu makanan di hotel penginapan
seba-liknya mencuba di gerai tepi jalan. Itu juga kita ada. Mereka boleh memilih gerai yang
mereka mahu. Makanan Melayu, India, Cina dan hidangan pelbagai negeri boleh didapati di
satu tempat.
S :Apakah jenis produk pelancongan perlu diberi penumpuan yang dirasakan lebih berpotensi
untuk dikembang dan diperkenalkan ke peringkat antarabangsa?
J : Saya dapati pelancongan kesihatan, sukan dan pelancongan perniagaan antara produk
yang ada pasaran. Ini perlu diberi tumpuan. Potensinya memang ada. Bagi komuniti
perniagaan, kita ada KLCC dan Pusat Konvensyen Putrajaya yang boleh dijadikan tempat
persidangan antarabangsa yang selesa. Hotel kita juga menyediakan tempat sesuai dan
selesa untuk sebarang seminar bagi kumpulan kecil, dalam lingkungan 500 orang. Kita
bertuah kerana mempunyai kestabilan politik, kadar ekonomi yang berkembang dan
kemudahan lain yang boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan pelancongan perniagaan.
Semua ini mempunyai potensi dipasarkan selain pelancong suka dengan pertandingan sukan
seperti golf dan sebagainya.
S : Bagaimana dengan kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih suka melancong ke luar
negara seperti Bandung, Thailand dan Vietnam?
J : Kita tidak boleh sekat kehendak orang. Mungkin ada orang yang suka selang-selikan
tempat percutiannya dalam dan luar negara. Apa yang kita perlu lihat ialah pelancong luar
yang semakin bertambah setiap tahun disebabkan kemudahan pengangkutan. Mengapa
rakyat kita suka ke luar negara itu perkara lain. Idea Cuti-Cuti Malaysia banyak membantu
memperkenalkan pelancongan domestik. Ia secara tidak langsung menyedarkan rakyat
supaya lebih mengutamakan pelancongan domestik.

Kelebihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan


Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan
bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan
berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak
RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang
ditunjukkan menunjukkan bahawa negara kita semakin mendapat tempat dalam kalangan
warga asing untuk dilawati. Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia yang menyebabkan
pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka?
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu
menggamit kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini
memiliki pantai yang memutih dan indah dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai
Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak di Pahang dan Pantai Karambunai di Sabah.
Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh memilih destinasi selaman

yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia seperti Pulau
Sipadan di Sabah dan Pulau Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta alam
semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan
Belum di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang. Sementelahan,
Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia
oleh UNESCO menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat
bersejarah dan kehalusan estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, macam-macam ada
di Malaysia!
Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kamu dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum
dari seluruh Asia. Fenomena inilah yang menyebabkan Kementerian Pelancongan telah
memilih slogan Malaysia Truly Asia atau Malaysia ialah Asia sebagai slogan untuk Kempen
Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat
Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, makanan, kesenian dan pertuturan
sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong, contohnya
sambutan Citrawarna Malaysia dan Malaysian Kitchen memberi ruang untuk para pelancong
memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya perlu ke
Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.
Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang
kondusif untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi
memudahkan para pelancong dari luar, syarikat penerbangan nasional, iaitu Penerbangan
Malaysia (MAS) dan Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari serata dunia ke
destinasi pelancongan di Malaysia. Di samping itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem
transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel menyenangkan mobiliti para pelancong.
Manakala, dari segi tempat penginapan terdapat pelbagai kategori berdasarkan bajet masingmasing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap desa hinggalah asrama
yang berkos rendah. Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan para
pelancong selesa berada di negara kita.
Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan
berbudi bahasa. Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa
kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara ini. Malah, para pelancong juga berasa
selamat ketika melancong di sini disebabkan mereka mudah untuk mendapatkan bantuan jika
menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu menyebabkan pelancong asing
terdorong untuk berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, mahajana ibarat duta
kecil yang berperanan untuk menjaga imej negara di mata para pelancong.
Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang
mahu berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak
kerajaan, swasta dan orang ramai harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan
di negara ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kita
berharap kedatangan pelancong asing ke negara kita akan bertambah tahun demi tahun
sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik mereka untuk berkunjung ke sini.

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara


Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri
pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun

bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan


sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari
luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Persoalannya,
apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita?
Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang
boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat tempat
bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di negara kita pelancong
juga boleh bermain sambil melawat tempat tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui
bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah
persembahan turut diadakan seperti di Kota A Famosa. Di Kota A Famosa pelancong bukan
sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana
tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut
disediakan. Tempat tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak
kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di negara kita.
Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita.
Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara kita
yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan
Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara negara Barat seperti England cuma
mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali
pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti
negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di
Malaysia mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti yu sang, bau dan char
kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan
enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini
memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia.
Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri
kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu
bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat
Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik
dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti
membeli belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan
lain lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita
bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan. Jelasnya, industri kraf
tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi
istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang
berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain.
Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza
dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan dapat
mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,

ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional
seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional
seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat daripada kain
sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa
pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka
untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang
berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik
kepada negara Malaysia.
Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat
penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada
negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang
terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga
kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Peranan Pelbagai Pihak Untuk Menggalakkan Industri Pelancongan Di


Malaysia
Dasawarsa, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan
bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan
berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak
RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Oleh yang
demikian, bagi memastikan sektor pelancongan terus mekar, pelbagai pihak perlu
memainkan peranan yang aktif untuk berganding bahu memajukan sektor ini.

Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut
dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk
pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Tamsilannya,
baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan
acara Malaysian Kitchen di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan
tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat
daripada warga negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai
pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti
negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah
pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk
pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Marcapada,
terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi
citarasa pelancong yang pelbagai kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Antara lain,
kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan
bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak
ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula
jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga
menggalakkan agropelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan

dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan
pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu,
pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di
menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya,
produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia,
iaiatu Segala-galanya terdapat di Malaysia.

Selain kerajaan, para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti
perkidmatan mereka. Oleh yang demikian, operator pelancongan perlu bergerak seiring
dengan prakarsa kerajaan menarik kemasukan pelancongan dengan memastikan
perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan harapan pelancong yang datang. Kita tidak
mahu senario, indah khabar dari rupa akan menjahanamkan usaha promosi yang telah
dilakukan. Maka, para pengusaha tempat penginapan hendaklah menyediakan kemudahan
yang kondusif selari dengan kehendak pelancong sama ada melibatkan hotel bertaraf lima
bintang mahu pun penginapan inap desa. Seterusnya, para pengusaha pengangutan awam
seperti pemandu teksi dan bas pelancongan diingatkan agar menyediakan perkhidmatan
pada kadar yang berpatutan dan memberikan layanan yang mesra kepada para pelancong.
Sikap buruk sesetengah pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam amat kita kesali
kerana telah merosakkan imej negara. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga. Tidak kurang penting ialah kebersihan tandas-tandas awam perlu dititikberatkan
kerana elemen berkenaan akan menggambarkan mentaliti rakyat tempatan. Tegasnya,
pengusaha pelancong yang bertindak sebagai barisan hadapan industri pelancongan wajar
menyediakan perkhidmatan yang bertaraf dunia sesuai dengan taraf negara sebagai negara
membangun yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada
usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Oleh itu, mahajana
hendaklah menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana bertepuk sebelah tangan, tak
akan berbunyi. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga
tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para
pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang
untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan
tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di
rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar negara. Intihanya,
warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan
ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan
penting demi kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada
masa akan datang adalah tidak mustahil industri pelancongan tempatan akan standing
dengan negara-negara yang telah sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu, kita
berharap agar destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau
Bali di Indonesia. Akhirul kalam, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti
akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.

Langkah-Langkah Memajukan Sektor Pelancongan

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara
yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak
seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang
pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau
dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor
pelancongan di negara kita.
Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Banyak produk
pelancongan yanng wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan
menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak.
Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan
musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk
pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong
mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara
mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini
dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh,
pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami
cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat
meningkatkan sektor berkenaan.
Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita
sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat
diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang
pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar
menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa.
Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada
rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar
diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan
menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang
demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang
berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan
lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai
contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1,
kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian
peminat antarabangsa.Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada
beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak
setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan antarabangsa memang terbukti
kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negaranegara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan
dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjung negara ini
bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk
melawat tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum
air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan
di negara kita.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara
ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan
melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk
menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen
yang diadakan sepanjang tahun ini mennyediakan pelbagai acara untuk menarik minat
pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum
dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk
memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain badan-badan kerajaan, pihak
swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang kompetetif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri
untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan
menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung,
di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai
kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh
pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang
terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di
dunia.

Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat


Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa,
agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah negara yang
multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya dalam konteks
kemasyarakatan yang luas juga. Konsep kemajmukannya yang merujuk kepada pelbagai
masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan,
mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum sendiri dalam lingkungan komuniti
yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan masayarakat itu menjadi kompleks
sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi
bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Tahap-tahap
masyarakat ini terus bekembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan global (Zaid
Ahmad, et al., 2013).
Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini mencetuskan perbezaan
individu-individu dalam banyak aspek seperti agama, pekerjaan, bahasa, dan politik (Marshall,
1994). Keadaan ini akan mencorak kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat
heterogen di negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan berkongsi
pola kebudayaan mereka namun tidak kurang pula yang bersifat ekstrem dan teguh
berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi
masalah besar sekiranya semua golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep
multikultural ini sepenuhnya. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan
dalam masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud
antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum
dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan
kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap

kaum. perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini,
persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat.
Kupasan idea yang berkaitan dengan isu ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek budaya
semata-mata malah aspek seni yang terkandung di dalamnya juga. Sesuai dengan keperluan
tugasan ini, fokus perbincangan adalah menjurus kepada kepentingan bidang seni dan
kebudayaan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Hal ini amat penting di mana setiap
masyarakat harus menerimanya dengan tangan dan dada terbuka. Persefahaman budaya
ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf unsur
kebudayaan kaum lain (Fatimah Daud, 1984). Selain daripada itu, melalui persefahaman
seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang terbuka dan tidak
menimbulkan konflik.
Definisi Seni dan Kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan
bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan
kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan
yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan
seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai
identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup
mereka.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah pasti
mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaannya juga. Sifat multikultural
(kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar
belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan
kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi sebahagian
daripada cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan sehingga
sekarang.
(i)

Definisi Seni

Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,
enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan, 2005). Sesuatu
yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lainlain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri. Perkataan seni jika ditambah dengan
imbuhan ke (awalan) dan an (akhiran) membentuk perkataan kesenian yang membawa
pengertian yang lebih luas lagi iaitu perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan
ketelitian penciptaan sesebuah karya seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan
amalan yang amat penting kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
sejak turun temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat berbilang
kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural lebih terserlah
dan dikenali ramai.
(ii)

Definisi Kebudayaan

Manakala, takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa Sanskrit,iaitu


buddhayah yang berasal daripada bentuk jamak dari buddhi membawa maksud budi atau
akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture yang berasal daripada
perkataan Latin colere, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak
daripada tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani
(kerja-kerja pertanian).

Namun, pengertian kebudayaan yang bersabit dengan tradisi akal dan budi manusia ini lebih
menjurus kepada cara hidup sesuatu bangsa atau umatnya. Untuk kita memahami gaya hidup
berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep
budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah
kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini juga berkait rapat dengan bidang seni,
sastera, dan muzik klasik serta merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat
kita.
Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya sesebuah
masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat
kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya,
etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi
kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula
adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi
tumpuan kepada : (1) memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal
(perspektif universal), (2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik)
dan (3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka (perspektif
budaya).
Jadi, setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai
keunikannya. kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai
makhluk yang berbudaya, mempunyai perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata,
misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lainlain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan
bermasyarakat.
Fungsi Seni Dan Kebudayaan
Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan keduadua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi,
bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada
masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan
juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan
masyarakat kita.
Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah
masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan.
Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktivitiaktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian
bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin
hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu
bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan
lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal
mereka agar sihat sejahtera.
Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan agama, seluruh penduduk dan
masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah
wajib. Aktiviti-aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam
yang berkait rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan
amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi keinsafan sebagai
seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli masyarakat supaya akur dengan perintah agama
dan mengerjakan perkara-perkara yang wajib dan sunat.

Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi yang membabitkan sebilangan
besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam
kalangan mereka. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan
identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan masyarakat,
khasnya bagi masyarakat berbilang kaum (Ting, 1997). Proses sosialisasi ini menggambarkan
hubungan etnik sosial dalam masyarakat. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta
sikap saling hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk
yang harmoni.
Dari segi pendidikan, bidang ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa
panjang supaya memiliki ciri insan yang memiliki seni dan budaya, mempunyai citarasa seni
yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsurunsur lain seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan supaya menjadi
lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat
penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan
relevan. Hal ini dapat menjadikan murid-murid lebih berkreativiti bagi melahirkan insan
pelajar yang celik dalam bidang seni dan kebudayaan.
Sebagai ahli dalam masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting. Proses
penyampaian komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan perspektif sosialisasi
yang baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai media mendidik dan mengkritik yang
lazim digunakan pada zaman dahulu dan berkesan sebagai media komunikasi. Aspek seni
seperti wayang kulit, wayang orang dan seni teater, syair dan seumpamanya mempunyai
pesanan atau mesej dalam bentuk komunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat.
Oleh yang demikian, komunikasi adalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus
berhubung dengan orang lain. Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif,
iaitu seseorang individu itu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu agar
seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk
melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan.
Seterusnya, aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan
dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti
bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan dan amalan
hidup seharian masyarakat di negara kita. Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat
Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan
dan aktiviti seni dan kebudayaan. Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di
mata dunia sebagai sebuah negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormati.
Penglibatan Masyarakat
Konsep budaya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat kata pepatah Melayu,
bagai aur dengan tebing begitulah keakraban hubungan kedua-dua entiti ini. Kepelbagaian
budaya bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara ini. Masyarakat Malaysia
mulai menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam kehidupam seharian. Misalnya,
amalan budaya makanan dalam masyarakat Malaysia semakin diterima dan dikongsi secara
bersama. Menururt Zaid Ahamad et al,.(2013) semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini
sekaligus telah memajukan masyarakat Malaysia dengan nama kesatuan dalam
kepelbagaian.
Dalam konteks seni dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat secara
keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting dalam pertumbuhan hubungan

antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam
memberi impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan pertumbuhan ekonomi.
Kecergasan Fizikal
Penglibatan masyarakat di dalam aktiviti seni dan kebudayaan dapat meningkatkan
kecergasan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti yang dilakukan iaitu permainan
tradisional yang melibatkan banyak pergerakan yang ringkas tetapi mampu memberikan
impak senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan setiap hari. Melalui aktiviti seni dan
kebudayaan di Malaysia berbentuk seni suara, seni gerak , seni rupa, dan permainan
tradisional masyarakat dapat bergerak aktif dan menggunakan tulang empat kerat
sepenuhnya. Pergerakan yang berlaku secara optimum ini bukan sahaja sebagai latihan fizikal
tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat dianggap sebagai satu bentuk
senaman.
Bagi kebanyakan bentuk seni, seni tari misalnya tidak lepas daripada pergerakan. Suatu
pergerakan yang berirama merupakan medium ekspresi individu melalui gerak-geri berirama
yang indah yang membawa kepada kecergasan fizikal. Selain itu juga, aktiviti seperti galah
panjang juga dapat meningkatkan kecergasan fizikal masyarakat kerana apabila mereka
bermain bersama di dalam suasana yang gembira dan kondusif, mereka dapat menunjukkan
seratus peratus potensi diri dan seterusnya menjamin kesihatan diri kerana aktiviti senaman
seumpama ini dapat membakar kalori di dalam badan.
Perpaduan Kaum
Penumpuan penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti seni dan kebudayaan juga
menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta
mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Aspek perpaduan kaum bukan suatu isu
yang remeh temeh. Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan
mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan
keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana
kepelbagaian etnik di Malaysia.
Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai
sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan
memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur,
hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara,
keharmonian sosial dan kemuafakatan. Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada
bidang seni dan kebudayaan ini Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk
mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada
kehidupan seharian dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian
tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan
melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Program untuk mendidik dan
menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan
masyarakat diberi penekanan agar selari dengan hasrat penyatuan kaum di Negara ini
dicapai. Kesemua ini amat penting kepada masyarakt bagi menjamin hubungan kaum terus
terpelihara dan negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
Ekonomi
Dari sudut ekonomi, aktiviti seni dan kebudayaan juga tidak kurang penting sumbangnya.
Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu
sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara
maju. Misalnya, di Amerika Syarikat, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya

Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK
negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta
memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara
bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif (Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, 2005).
Antara lain, usaha yang berterusan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf
Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi
meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru.
Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru dilaksanakan secara meluas
dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan kreatif serta
penjenamaan kraf negara diusahakan. Potensi ekonomi industri budaya kreatif terus
berkembang dan menyediakan peluang perniagaan kepada para usahawan. Industri
kraftangan juga dapat memastikan keutuhan ekonomi melalui bidang pelancongan iaitu
menarik minat pelancong asing membeli barangan tersebut.
Justeru itu, penglibatan masyarakat amat penting bagi menarik kedatangan pelancong asing
untuk berkunjung ke Malaysia, melalui aktiviti seni dan kebudayaan ini masih relevan
dilakukan dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara Malaysia.
Penglibatan Murid
Di peringkat bangku sekolah, penglibatan murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan turut
penting dan memberi kesan positif ke atas perkembangan diri dan kemajuan akademik
mereka. Bagi memaksimumkan pencapaian ini,sebagai seorang murid yang berdaya saing
dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga turut terserlah di mana
hubungan mereka secara personal dan interpersonal dapat ditingkatkan lagi sejajar dengan
nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang lain di sekolah. Hubungan baik
dengan rakan-rakan dan guru merupakan aspek yang penting bagi mewujudkan persekitaran
sekolah yang sihat. Keadaan ini akan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran ke
tahap yang tinggi serta memberi faedah kepada semua pihak.

Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah
dan jati diri murid. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara turut
mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Dalam hal ini, aktiviti seni
dan kebudayaan yang dapat melibatkan murid adalah aktiviti tarian dan permainan
tradisional.
Tarian
Tarian adalah boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama. Dalam
kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli
ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian-tarian yang bercorak
seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat
menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian siti payung, mak inang,
asyik , gamelan dan sebagainya.
Berkenaan dengan penglibatan murid dalam seni tarian ini ianya lazim berlaku di peringkat
sekolah. Murid-murid selalunya mengemari aktiviti tarian ini sejak kecil lagi dan bergerak aktif
sebagai gerak kerja luar bilik darjah mereka. Penglibatan murid-murid dalam tarian dapat
menonjolkan lanskap bakat dan potensi diri mereka keseluruhannya. Dalam pergerakan seni
tarian ini, pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakangerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (meliputi

aktiviti gerak tari) bertujuan untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing(expressive and functional ).
Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana murid-murid bergerak
mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka
berkenaan muzik yang didengari. Potensi pergerakan murid-murid boleh dirangsang melalui
ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keiginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu satu cara untuk memuaskan keiginan untuk begerak ialah menerusi
tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-tari yang berentak dan
berirama dalam tarian.
Di sekolah proses pengintegrasian merupakan satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak jenis pengintegrasian yang boleh dijalankan
dalam pengajaran di sekolah. Antaranya pengintegrasian pelbagai kemahiran dan mata
pelajaran tertentu dalam konteks kurikulum di sekolah rendah. Bagi aktiviti seni tarian ini,
pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan adalah yang berkaitan dengan
integrasi Seni Visual dalam pendidikan, muzik dan pergerakan.Pengintegrasian ini banyak
memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menguasai kemahiran belajar dan
seterusnya mengembangkan bakat serta potensi mereka dalam bidang tarian.

Banyak peluang dan ruang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan
pengetahuan yang berguna dalam usaha melatih mereka menjadi pelajar yang aktif dan
progresif. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Permainan Tradisional
Penglibatan murid-murid dalam permainan tradisional juga penting. Ianya bukan sahaja
memenuhi tuntutan kurikulum tetapi yang lebih penting sebagai usaha mempertahankan
jenis permainan ini tidak pupus dan diketepikan oleh golongan muda. Di peringkat sekolah
telah ditubuhkan banyak kelab permainan dalaman seperti congkak, batu seremban dan
sebagainya. Ini bagi mendedahkan murid kepada aktiviti permainan tradisional bermula
daripada peringkat sekolah rendah lagi. Lazimnya, permainan ini bersifat kekampungan
sahaja dan dimainkan oleh golongan dewasa sahaja. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) memperkenalkan jenis-jenis permainan tradsional ini dipelajari di sekolah-sekolah
adalah tepat demi kelangsungan permainan ini terus terpelihara dan diminati golongan
generasi muda.
Di Malaysia permainan tradisional ini juga dikenali sebagai permainan rakyat atau folk
games. Permainan ini juga dikenali sebagai pemainan masa senggang atau sukan rakyat.
Permainan rakyat berfungsi sebagai medium hiburan, sosialisasi dan meningkatkan
kecergasan. Selain itu, permainan rakyat juga menjadi aktiviti utama untuk menyerikan majlis
keramaian dan perkahwinan pada zaman sebelum kemerdekaan. Bagi permainan tradisional
yang melibatkan murid-murid termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main
kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain. Permainan tradisional ini wujud
sejak sekian lama lagi, permainan ini mudah, jimat dan boleh dimainkan bila-bila dan di mana
sahaja. Selain melibatkan kos yang rendah, permainan tradisional ini melibatkan penggunaan
bahan yang mesra alam berbanding alatan dalam permainan moden.
Penglibatan murid-murid dalam permainan tradisional ini tidak harus dipandang sepi.
Mereka harus didedah pada peringkat awal lagi dan diberi peluang mewarisi warisan pusaka
bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan murid secara

langsung dalam permainan tradisional ini nescaya dapat mempopularkan permainan ini dan
mengelakkan ianya pupus dan lenyap begitu sahaja di negara ini.

Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat
penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini sememangnya berkait rapat
dan sangat senonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa,
keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan
halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya
menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat
multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam
memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar.
Keadaan ini telah memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar dalam bidang seni
dan kebudayaan ini turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan diri, khususnya tahap
kecergasan fizikal, aspek perpaduan kaum, dan ekonomi masyarakat secara keseluruhannya.
Keadaan ini telah melonjakkan nilai tambah (add values) bidang seni dan kebudayaan dalam
ruang lingkup masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus menjadikan kedua-dua bidang ini
amat penting dan terus menyumbang terhadap pembangunan negara secara
keseluruhannya. Penglibatan aktif golongan murid di peringkat sekolah menandakan evolusi
seni dan kebudayaan ini terus berkembang dan mendapat tempat di benak sanubari golongan
muda hari ini. Sejajar dengan kepentingan bidang ini dalam mencorakkan tahap
perkembangan domain psikomotor, kognitif dan afektif murid di sekolah pada tahap yang
optimum juga.