Anda di halaman 1dari 3

Sayur Kangkung

Alam:
Divisi:
Subdivisi
:
Kelas:
Order:
Famili:
Genus:
Spesies:
Binomial:

Tumbuhan
Magnoliophyta
Tiada maklumat
Magnoliopsida
Solanales
Convolvulaceae
Ipomoea
I. aquatica Forsk / I.
reptans L. Poir.
Ipomoea aquatica Forsk
Ipomoea reptans L. Poir.

Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran
berdaun dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di
Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Malaysia ia
ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah
rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di
Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil
panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea
aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau
paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar
basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant. Kangkung banyak

terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai


hampir di mana-mana kawasan berair.

Kegunaan
Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua
mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh
dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering
digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.
Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung
goreng belacan.
Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina,
iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.

Daun Saderi
Pengelasan saintifik
Alam:

Tumbuhan

Divisi:

Magnoliophyta

Kelas:

Magnoliopsida

Order:

Apiales

Keluarga:

Apiaceae

Genus:

Apium

Spesies:

A. graveolens
Nama binomial
Apium graveolens
L.

Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm.


Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung
banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi
kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua

apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat
dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan
halus.

Kegunaan
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Terdapat belbagai cara untuk menggunakan saderi sebagai ubat untuk
mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah
dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan
ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk
keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.Selain itu,
saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan
bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman
di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk
menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau
septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin
dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Anda mungkin juga menyukai