Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...

Warahmatullahi
wabarakatuh.
KATA ALUAN
Awal bicara salam sejahtera
Selawat dan salam ke atas Rasulullah
Semoga Allah melimpahkan barokah
Alhamdulillah, bertemu kita di pentas bercerita
Yang dimuliakan;
Tuan pengerusi yang bijak menyusun kata
Panel hakim yang arif lagi bijaksana
Tak lupa juga buat si penjaga masa..
Seterusnya..
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah..
Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah Wahyu Pertama
Rasulullah SAW.
[ISI 1]
Kawan-kawan;
Wahyu merupakan perkara yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan
rasul melalui perantaraan malaikat Jibril. Rasulullah SAW telah menerima
wahyu yang pertama ketika baginda berusia hampir 40 tahun.
Kisahnya bermula apabila Nabi Muhammad gemar mengasingkan diri di
Gua Hira. Di sana baginda beruzlah untuk mencari ketenangan daripada
kerosakan akhlak masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu.
[PENGAJARAN]
Kawan-kawan,
Nampaknya.. ciri-ciri masyarakat jahiliah telah menjadi seperti api dalam
sekam dalam masyarakat kita hari ini. Gejala sosial semakin meruncing di
kalangan orang Islam, khususnya masalah pergaulan bebas.
Menurut Ketua Pengarah JPN Datuk Alwi Ibrahim seramai 17 303 orang
anak luar nikah Melayu didaftarkan di seluruh Negara pada tahun lalu.
Justeru kawan-kawan, saya menyeru bagi mengatasi masalah ini, kita
hendaklah menjaga batas pergaulan sebagaimana yang telah
diperintahkan agama.

[ISI 2]
Hari silih berganti, akhirnya pada malam 17 Ramadhan, datang seorang
lelaki terus memeluk erat Rasulullah. Lelaki itu adalah Jibril AS. Dia
berkata Bacalah, Wahai Muhammad!
Nabi Muhammad sangat terkejut dan baginda tergamam. Tubuh baginda
menggigil kesejukan.
Nabi Muhammad lantas menjawab Saya tidak tahu membaca. Jibril
mengulangi sehingga kali ketiga. Baginda memberi jawapan yang sama.
Akhirnya Jibril membacakan ayat 1-5 surah Al-Alaq:
[DALIL 1]

{
1
}1

{2}1






{ 3}1

{ 4}1

}5}1





Maksud Ayat:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia
dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah,
yang mengajar manusia dengan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[PANTUN]
Pelangi-pelangi alangkah indahnya
Merah kuning hijau di langit yang biru
Wahyu yang pertama telah diterima
Dakwah Rasullullah mula dengan ilmu.
[PENGAJARAN]
Kawan-kawan
Antara hikmah wahyu pertama adalah ia merupakan petunjuk bahawa
ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia.
Oleh itu kawan-kawan, marilah kita terus berusaha untuk menuntut ilmu.
Dewasa ini pelbagai program dan kemudahan telah disediakan oleh pihak
kerajaan agar kita tidak ketinggalan dalam arus pendidikan bertaraf
global. Buktinya ialah pemberian Komputer Riba 1 Malaysia dan Program
Frog VLE.

[ISI 3]
Rasulullah pulang tergesa-gesa.
Mengadu pada isteri tercinta..
Sang isteri tenang mendengar cerita.
Peristiwa terjadi di Gua Hira
Melihat Rasulullah gelisah, Khadijah pun berkata:
Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat anda kecewa. Anda
seorang yang suka menyambung tali silaturrahim, selalu menolong orang
yang susah, menghormati tetamu dan selalu membela kebenaran.
Kawan-kawan,
Khadijah memainkan peranan sebagai seorang isteri dan juga sahabat
yang mendukung perjuangan Rasulullah. Beliau rela membantu
Rasulullah dalam apa jua keadaan.
[PENGAJARAN]
Oleh itu kawan-kawan..kita harus mecontohi sifat Sitti Khadijah. Kita
perlu saling bantu membantu dalam melaksanakan dakwah Islamiah.
Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:

Maksud ayat:
Hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa,
Surah Al-Maidah:2
[ISI 4]

Kawan-kawan,
Siti Khadijah pun membawa Rasulullah bertemu sepupunya Warakah bin
Naufal. Beliau seorang ahli Kitab yang berpegang pada tauhid. Setelah
mendengar peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah, Warakah pun
berkata;
Demi Tuhan, engkau adalah nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika
aku masih hidup ketika kaum mu mengusirmu, maka akulah orang yang
pertama akan membantumu.
Penjelasan Warakah itu merupakan jawapan kepada persoalan Khadijah.
Rupanya Muhammad adalah seorang nabi pilihan Allah. Semenjak
peristiwa itu, Rasulullah mula berdakwah secara rahsia di kalangan ahli
keluarga dan sahabat baginda.

[PENGAJARAN]
Kawan-kawan,
Kita hendaklah mengambil teladan daripada tindakan Sitti Khadijah. Kita
perlu merujuk kepada orang yang lebih ahli untuk menyelesaikan
sebarang kemusykilan. Bak Kata pepatah.. Jika Malu Bertanya.. Sesat
jalan...
[PENUTUP]

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli Suasa Di Kota Tinggi;
Selesai Sudah Amanah Diberi,
Di Lain Masa Bersua Lagi.
Sekian sahaja.
Wabilahhi Taufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.