Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BIG FASA EMPAT 2016

6 April 2016
Masa
12.15 tengahari

Catatan
Para pelajar berkumpul di Dewan Bendahara dan mendengar
taklimat

dan

pesanan

awal

daripada

pensyarah

unit

kokurikulum, Encik Wan Aziz bin Wan Mohamad @ Wan


Ahmad.
Pelajar semester 4 bergerak ke Pusat Kokurikulum JPN Kem
2.00 petang

Tanggok dengan menaiki sebuah van dan sebuah coaster.


Para pelajar tiba di Pusat Kokurikulum JPN Kem Tanggok dan
terus menunaikan solat zohor secara berjemaah.
Seterusnya taklimat disiplin dan kem disampaikan oleh
pengarah Pusat Kokurikulum JPN Kem Tanggok. Setelah itu
Kem Komandan BIG Fasa Empat 2016 menyampaikan taklimat
aktiviti BIG pada petang itu.
Para pelajar mengambil cadar, sarung bantal, dan juga beg
tidur yang dibekalkan oleh Pusat Kokurikulum dan seterusnya

4.00 petang

masuk ke dorm untuk melakukan persiapan tempat.


Para pelajar bergerak ke Kg Rusa dengan berjalan kaki untuk
melaksanakan aktiviti pertama BIG. Pelajar tiba di Kg Rusa dan
terus menunaikan solat asar berjemaah dengan diimamkan
oleh imam Kg Rusa.
Setelah solat selesai, kata aluan di sampaikan oleh ketua
kampung Rusa dan penghulu BIG, saudara Ramli bin
Mustaming. Usai taklimat, para pelajar dan penduduk kampung
menikmati minum petang dan bermesra dengan penduduk
kampung di laman hadapan masjid.
Kemudiannya para pelajar bergerak untuk melakukan lawatan
ke 2 buah rumah ibu tunggal untuk menyelami perasaan dan
pengalaman hidup mereka. Pergerakan pelajar dibahagikan
kepda dua iaitu satu kumpulan perempuan pergi ke sebuah
rumah dan sebuah kumpulan lelaki bergerak ke sebuah lagi

rumah.
Selesai lawatan ke rumah ibu tunggal, majlis penutupan untuk
program pada petang itu dilaksanakan dan cenderamata
disampaikan kepada ketua Kampung Rusa. Kemudiannya, para
9.00 malam

pelajar bergerak pulang semula ke Pusat Kokurikulum JPN


Selesai solat maghrib dan isya secara berjemaah, para pelajar
menyertai sesi ceramah yang disampaikan oleh Ketua Unit
Kokurikulum, Encik Mohamad bin Abdul Latif. Ceramah yang
disampaikan berkisar tentang cabaran dan pengalaman guru di
kawasan pedalaman yang disampaikan melalui paparan video
dengan menggunakan projektor.
Sesi soal jawab turut dilakukan di sepanjang sesi di sepanjang
sesi ceramah dan para pelajar aktif dalam sesi soal jawab yang
dilaksanakan.
Selesai sesi ceramah, pada jam 11.00 pm, para pelajar masuk
ke dorm untuk menguruskan diri dan masuk tidur.

7 April 2016
Masa
6.00 pagi

Catatan
Setelah bangun pagi dan menguruskan diri, para pelajar
menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah
pagi. Setelah itu, para pelajar menikmati sarapan pagi dan
kemudiannya mendengar taklimat berkenaan program yang

7.15 pagi

bakal dilaksanakan pada pagi itu.


Para pelajar bergerak ke SK Seneng untuk melaksanakan
program bimbingan akademik di sekolah kepada para murid
tahun 6.
Program dimulakan dengan sesi motivasi kepada para murid
yang disampaikan oleh saudari Syamilah binti Pauzan, Nabilah
binti Abdul Rahman, dan saudara Hariz Hazwan bin Wahad.
Kemudiannya program diteruskan dengan sesi kelas bimbingan
mengikut unit iaitu unit Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris.

Bimbingan akademik ini dilaksanakan dengan cara melakukan


bimbingan akademik mengikut topik yang dipilih oleh unit
masing-masing. Bimbingan akademik dilaksanakan dengan
cara interaktif dan menggunakan pendekatan pembelajaran
abad ke 21.
Seterusnya,

majlis penutupan untuk program

bimbingan

akademik dan penyampaian cenderamata kepada pihak


sekolah atas kesudian mereka menerima pelajar IPGKSM
3.00 petang

untuk melaksanakan program BIG pada kali ini.


Selesai solat zohor, para pelajar bergerak menuju ke kawasan
perkuburan Kg Seneng dan melakukan aktiviti gotong royong
pembersihan kawasan kubur.
Pembersihan

kawasan

kubur

dilakukan

dengan

cara

membuang sampah sarap yang ada dan menebas rumput


rumpai yang bertumbuh panjang di kawasan kubur.
Penduduk

kampung

turut

turun

sama

dalam

proses

pembersihan kawasan kubur. Setelah selesai pembersihan


kubur, para pelajar dan sukarelawan dihidangkan dengan
7.00 malam

minum petang iaitu kuih lompat tikam.


Setelah selesai menguruskan diri, dan makan malam, para
pelajar bergerak ke surau Kg Seneng untuk solat maghrib dan
isya berjemaah diikuti dengan kuliah yang disampaikan oleh
pensyarah unit kokurikulum.
Seterusnya, para pelajar dijamu dengan makanan bihun goreng
dan bbq daging kambing dan ayam. Pada waktu itu para pelajar
turut berinteraksi dan berbual-bual dengan para penduduk
kampung.
Selesai

sesi

makan,

para

pelajar

bergerak

Kokurikulum untuk berehat dan menguruskan diri.

8 April 2016
Masa

Catatan

ke

Pusat

6.00 pagi

Para pelajar bangun untuk menguruskan diri dan solat subuh


berjemaah. Setelah solat subuh, kuliah subuh disampaikan oleh
AJK yang bertugas.
Selesai solat subuh dan kuliah subuh, para pelajar bergerak

7.30 pagi

untuk sarapan pagi di dewan makan.


Para pelajar tiba di Kg Seneng dan mula belajar cara untuk
memasak dan menyediakan kuih tradisional seperti tonyok,
tapai ubi, tapai goreng, dan pelbagai lagi kuih tradisional yang
lain.
Cara memasak dan penyediaan kuih tradisional diajarkan oleh
penduduk kampung kepada para pelajar IPGKSM semester
empat.
Selesai memasak, para pelajar dan penduduk kampung yang
terlibat menikmati kuih muih yang mereka masak sementara

11.45 pagi

menunggu ketibaan VIP untuk majlis penutupan.


Ketibaan para VIP untuk majlis penutupan. Para pelajar
mendengar ucapan daripada Tuan Pengarah IPGKSM, Dr
Mohd Aziz bin Mohd Din dan juga ucapan daripada wakil IPGM
iaitu Ketua Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar IPGM.
Usai majlis penutupan para pelajar bergerak pulang ke
IPGKSM dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid
berdekatan sewaktu perjalanan pulang.

Refleksi
Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sepanjang program BIG ini, pelbagai
perkara telah saya pelajari dan alami. Antara ilmu yang saya pelajari ialah berkenaan
cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dikawasan pedalaman yang bagaimana cara mereka
menghadapi cabaran tersebut. Saya juga telah memperoleh bagaimana kesabaran yang

diperlukan oleh seorang insan yang bergelar guru dalam mendidik anak bangsa. Melalui
ilmu yang saya peroleh ini, saya dapat mempersiapkan diri dengan ilmu dan kekuatan
mental dan fizikal yang diperlukan dalam menghadapi cabaran yang diperlukan dalam
memegang amanah selaku seorang pendidik.
Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk bergaul dan mendekati penduduk kampung.
Dengan ini saya dapat membiasakan diri dengan cara kehidupan di kampung dan cara
bergaul dengan penduduk setempat. Saya juga telah banyak mempelajari ilmu baharu
berkenaan cara penyediaan dan memasak kuih muih tradisional Dengan ini saya juga bukan
sahaja ini saya bukan sahaja dapat melengkapi ilmu berkenaan ikhtisas dan pedagogi
malah saya juga dapat melengkapkan diri dengan ilmu kehidupan seharian yang bakal
banyak membantu kehidupan saya apabila bergelar seorang guru.
Diharapkan program BIG seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang lantaran
pendekatan program pada kali ini yang bersifat unortodok, berbeza dengan aktiviti-aktiviti
yang pernah dilakukan pada BIG sebelum ini. Harapanya, dengan ilmu yang saya peroleh di
sepanjang BIG pada kali ini dapat membantu perkembangan saya dalam menjadi seorang
guru untuk generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai