Anda di halaman 1dari 20

Nota Khas GTP

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya


www.pembangunanMasyarakat.com kelolaan Infokerjaya
Resources (002091193-K)

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula


naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web


www.pembangunanMasyarakat.com, sila laporkan kepada kami
melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya
akan diberikan kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip


penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa
hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources dari www.pembangunanMasyarakat.com. Ianya
diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, JUN 2013


Edisi Pertama Januari 2010
1st revision: Mac 2010 (Gred 41)
2nd revision Oktober 2010 (PTD)
3rd revision Julai 2011 (PTD)
4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)
5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam)
6th revison Februari 2012 (Juruaudit)
7th revision Mei 2012 (PTD)
8th revision April 2013 (PTD)
9th revision Jun 2013 (Pegawai Pembangunan Masyarakat)

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Government Transformation Programme


(GTP)

GTP = Program Transformasi Kerajaan

Diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib

ketika itu, GTP diperkenalkan dengan 6 NKRA (National Key Result Areas/ Bidang Keberhasilan
Utama Negara)

Selepas genap 2 tahun, iaitu 27 Julai 2011 satu lagi tambahan NKRA diumumkan oleh Dato Seri
Najib iaitu NKRA COL

Jadi semuanya dirangkum; Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara

Ianya adalah arah tuju kerajaan dalam untuk menangani permintaan rakyat (dengan pantas)

Inisiatif Kerajaan
(TIMELINE)

2009
o

Julai 2009: Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

2010
o

Klinik 1Malaysia

Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)

Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)

Program Susu 1Malaysia

Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

2011
o

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

Menu Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)

2012
o

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia

Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M)

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

Rawatan Perubatan Percuma Bagi Warga Emas

Kad Keistimewaan 1Malaysia

Inisiatif Kembali Ke Sekolah

Interaktif Tuisyen 1Malaysia (i-TR1M)

Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Kedai Kain 1Malaysia(KK1M)

Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia

2013
o

Pasar Bergerak 1Malaysia

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Inisiatif Kerajaan
(*HighLight)

PR1MA
o

Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak


mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak
untuk memohon skim perumahan kos rendah.

Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali
pertama

Terbuka kepada individu/keluarga dengan pendapatan isi rumah (suami dan


isteri)bulanan antara RM2,500 RM7,500 tidak kira sama ada mereka sedang bertugas
di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.

Pemohon dan pasangan TIDAK BOLEH memiliki lebih dari satu hartanah

Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima
peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga
rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.

Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10
tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi
menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan
bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA

BR1M 1.0 & 2.0


o

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pemberian RM500 (sekali bayar)

Kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

BR1M 2.0, pemberian diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
dengan jumlah pendapatan kasar RN2,000 sebulan. Pemberian RM250 untuk golongan
ini.

Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan


Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri

BB1M
o

Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

Baucar buku RM200

Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat
Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi

1AZAM
o

Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)

Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi


rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.

Rujuk NKRA LIH

KAR1SMA
o

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU

KR1M
o

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah

Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA

Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

KIR1M
o

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih
murah

Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal

Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa

Menu Rakyat 1Malaysia


o

Menawarkan sarapan pada harga maksimum RM2 dan makan tengah hari pada harga
maksimum RM4.

Terdapat di restoren-restoren terpilih dan di institusi pengajian

Ianya adalah hidangan yang lengkap dan berkhasiat terdiri daripada nasi, daging, sayursayuran dan minuman.

Menu Rakyat diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai
dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengah hari.

Klinik 1Malaysia
o

Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia

Kos rawatan percuma kepada warga emas

Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)

Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah


o

RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah

Yuran sekolah kerarajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012)

eKasih
o

Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)

Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)
dengan memberikan maklumat asas

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes
yang didaftarkan di portal

Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih

LINUS
o

Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang
untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga
persekolahannya

SBT
o

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012

Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi
bimbingan oleh kementerian melalui Program Handholding untuk melonjakkan
sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.

Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam
sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking
Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah
Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan
antarabangsa setiap sekolah.

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

National Key Result Areas (NKRA)

Tunggak kepada mencapai matlamat GTP

7 NKRA
o

NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah

Menteri Dalam Negeri

NKRA Rasuah

Membanteras rasuah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan pencapaian pelajar

Menteri Pelajaran

NKRA LIH (Low Income Household)

Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendaj

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

NKRA COL (Cost of Living)

Menangani kos sara hidup yang kian meningkat

Timbalan Perdana Menteri

NKRA UPT (Urban Public Transport)

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar

Menteri Pengangkutan

NKRA RBI (Rural Basic Infrustructure)

Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah, diperkenalkan pada Julai 2009

Antara pencapaian NKRA Jenayah


o

Malaysia diiktiraf

#12 Paling Selamat diantara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi (World


Justice Project)

#1 Paling Selamat dan Aman di Asia Tenggara (Global Peace Index)

#4 Paling Selamat dan Aman di Asia Pasifik (Global Peace Index)

#19 Paling Selamat dan Aman di peringkat Global (Global Peace Index)

Pengurangan Jenayah Indeks sebanyak 11.1%

Pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 39.7%

Kepuasan terhadap Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkat kepada 70.5%

Memperbanyakkan sukarelawan
o

Lebih 3,000,000 sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM.

3,931 anggota RELA dilatih sebagai Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve - PVR).

1,607 anggota JPAM dilatih sebagai Sukarelawan Polis (PVR).

30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) tambahan direkrut menjadikan jumlah
keseluruhan. kepada 147,000.

Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (Customer Service Rating - CSR) dilancarkan di 82 balai
polis di Selangor dengan 95% responden melahirkan rasa puas terhadap perkhidmatan yang
diberikan oleh Anggota/Pegawai Pejabat Pertanyaan.

Program Bandar Selamat dilaksanakan di 151 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis
perbandaran tempatan) di seluruh negara dengan pemasangan 8,329 tiang lampu yang lebih
cerah, 1,311 cermin keselamatan, 104.3 km rel penghadang dan tonggak jalan

Lebih 8,000 rampasan dan tangkapan Gerakan Negara (Ops Lejang, Rentap, Pintu, Lusuh).

Perkhidmatan MyDistress (http://mydistress.net/background.html) dilancarkan dengan 68,925


pengguna berdaftar (Laporan Tahunan 2011 oleh PEMANDU)

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

10

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

NKRA Rasuah

Membanteras Rasuah diperkenal pada Julai 2009

Kempen Pencegahan Rasuah Maskot: Ejen Lang

Antara inisiatif dan pencapaian di bawah NKRA Rasuah;


o

Pakatan Integriti (Integrity Pacts)

Menangani rasuah berkaitan isu perolehan dalam kerajaan

Ikrar Integriti Korporat (Corporate integrity Pledge, CIP)

Menangani rasuah sektor swasta

64% daripada syarikat yang diumumkan dibawah Projek Permulaan (Entry Point
Project - EPP) untuk Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation
Programme - ETP) telah menjanjikan komitmen terhadap Ikrar Integriti Korporat
(CIP).

Pada tahun 2011, sebanyak 64 syarikat telah menandatangani ikrar tersebut

Pendakwaan dalam tempoh satu tahun

Lebih 424 kes telah diproses dan 249 kes diselesaikan oleh 14 mahkamah khas
rasuah pada tahun 2011

Akta Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuat kuasa pada 15 Disember


2011 sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk membanteras rasuah
dan amalan penipuan dengan menggalakkan dan memudahkan penzahiran
kelakuan yang salah di sektor awam dan juga swasta.

Matlamatnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang


menyediakan maklumat yang sedemikian.

Unit pematuhan

Unit pematuhan di kelima-lima agensi penguatkuasaan telah diwujudkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

11

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


o

masing-masing mempunyai unit khas untuk memantau dan


memastikan pegawai agensi masing-masing mematuhi tingkah
laku yang sewajarnya

Garis panduan ganjaran dan penghargaan

Pada bulan Jun 2011, garis panduan berkaitan dengan pemberian ganjaran
kepada kakitangan awam yang melaporkan kes rasuah hingga membawa
kepada pendakwaan yang berjaya telah dikeluarkan

Buku kecil Pembaharuan Perkhidmatan Awam

Diterbitkan pada tahun 2011, buku kecil ini merupakan pengumpulsemakan


semua perubahan yang dilakukan oleh setiap kementerian dan agensi dalam
usaha memperbaharui semula proses dan tatacara birokratik.

NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar diumumkan pada Julai 2009

Merapatkan jurang pendidikan

Pendidikan presekolah

Meningkatkan adar literasi dan numerasi

Meningkatkan standard pendidikan


o

Sekolah berprestasi tinggi (SBT)

Program pembangunan prestasi sekolah

Tawaran Baru untuk guru besar dan pengetua

Insentif/ganjaran untuk meingkatkan prestasi dan pencapaian mereka sebagai


pemacu utama bagi perubahan dalam system persekolahan

Tawaran ganjaran kecemerlangan khas untuk SBT

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

12

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Guru besar dan pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi RM7,500

5% guru paling cemerlang RM1,800

Lain-lain guru RM900

Pada Laporan pencapaian NKRA Pendidikan, inisiatif yang diambil menunjukkan pencapaian
berikut:
o

Mencapai kadar enrolmen prasekolah sebanyak 77.23% pada Disember 2011

Melancarkan 3,089 kelas prasekolah dengan bantuan Kementerian Pelajaran, Jabatan


Kemajuan Masyarakat(KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) dan sektor swasta.

Mencapai kadar literasi sebanyak 97.5% dan numerasi 98.6% bagi pelajar Tahun 2 dalam
program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

Mencapai kadar literasi sebanyak 91.0% dan numerasi 95.4% bagi pelajar Tahun 1 dalam
kohort kedua program LINUS

Menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 buah sekolah pada
2011, tambahan kepada 20 SBT yang telah dikenal pasti pada 2010

Jumlah sekolah berprestasi terendah (Sekolah-sekolah band 6 dan 7) berkurangan


sebanyak 40.25% dari tahun sebelumnya

Tambahan beberapa inisiatif baharu pada tahun 2011;


o

Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), dibangunkan untuk mengumpul data


berkaitan dengan prasekolah dan kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ serta 5+ yang
mendaftar untuk prasekolah

Sebuah instrumen untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai simptom


masalah pembelajaran telah dibangunkan dan sebanyak 3,916 pelajar dari kalangan
kanak-kanak Tahun 2 telah dikenal pasti

Sebuah sistem data kebangsaan yang berasaskan laman sesawang, Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah dibangunkan untuk semua sekolah awam Malaysia

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

13

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

NKRA LIH

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah diumumkan pada Julai
2009 oleh Dato Najib Tun Razak

Inisiatif 1AZAM (peruntukan latihan dan pembiayaan)


o

AZAM Tani

Aktiviti pertanian dan asas tani

Golonagn miskin luar Bandar melibatkan diri dalam perniagaan asas tani
(ternakan ayam iti dan akuakultur)

AZAM Niaga

Perniagaan kecil-kecilan

Menggalakkan program keusahawanan perniagaan kecil (Gerai kecil, kedai


runcit, catering)

AZAM Khidmat

Perkhidmatan (bekerja sendiri)

Menggalakkan perniagaan kecil inovatif (mencuci kereta, memotong rumput,


pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua etc)

AZAM KERJA

Pemadanan/penempatan pekerjaan

Mendapatkan prospek kerja untuk golongan miskin (pembantu rumah, atendan


pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan pekerja restoran makanan
segera (KFC etc)

AZAM Sabah

AZAM Sarawak

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

Insurans 1AZAM

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

14

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Pada tahun 2011, lebih 500,000 ahli isi rumah miskin telah dapat menikmati kemudahan
skim perlindungan insurans 1AZAM yang diuruskan oleh Allianz Insurance.

Hanya mereka yang berdaftar dengan sistem eKasih Jabatan Perdana Menteri yang
layak menyertai skim ini.

Skim ini sah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 Januari hinga 31 Disember 2011,
merangkumi perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal.

Antara pencapaian NKRA LIH ini (setakat tahun 2011);


o

Penyertaan 63,147 isi rumah miskin dalam program 1AZAM

317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan verifikasi eKasih berjaya diproses

1,100 orang usahawan wanita dimajukan

NKRA UTP

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar diumumkan pada Julai 2009

Bidang tumpuan utama


o

Keandalan dan masa perjalanan

Menitikberatkan ketepatan masa

Mengurangkan tempoh perjalanan dari pintu ke pintu

Keselesaan dan kemudahan

Ketercapaian dan kesalinghubungan

Akses yang mudah kepada pengangkutan awam

Ketesediaan dan keupayaan

Memperbaiki pengalaman perjalanan pengguna (end to end)

Menyediakan kapasiti pengangkutan awam yang mengcukupi

Antara pencapaian NKRA UTP yang dilaporkan dalam Laporan GTP 2011;
o

Pengenalan sejumlah 470 bas RapidKL yang meningkatkan kekerapan bas di sekitar
Lembah Klang.

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

15

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya
yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun
2011 daripada 254,745 penumpang pada tahun 2010.

Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%

Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan (dikenali juga sebagai Integrated
Transport Terminal Bandar Tasik Selatan atau ITT BTS) telah beroperasi sepenuhnya. ITT
BTS ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan
mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air memasuki pusat bandar (CBD)

Pengubahsuaian dan naik taraf Hentian Puduraya kepada Pudu Sentral menawarkan
kemudahan moden bertaraf dunia

Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa
perjalanan bas di tiga laluan utama

Tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu
merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Nasional
Berhad (Prasarana)

Penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan
Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana
Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi
perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011

NKRA RBI

Mempertingkatkan infrastruktur Asas luar Bandar Julai 2009

Mencakupi peningkatan 4 perkara asas di luar Bandar


o

Jalanraya

Air

Elektrik

Perumahan

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

16

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Antara pencapaian NKRA RBI setakat tahun 2011


o

1,796.1 km jalan raya telah dibina atau dinaik taraf

109,500 buah rumah telah mendapat bekalan air bersih

54,270 buah rumah telah menerima bekalan elektrik

31,327 buah rumah telah siap dibina atau dibaik pulih lebih awal dari jadual

NKRA COL

Cost of Living untuk menyara kos sara hidup. Diperkenalkan pada Julai 2011

Fokus utama NKRA COL


o Menyediakan langkah segera meringankan beban
o Mengurangkan kos pengangkutan
o Mengurangkan kos makanan
o Menyediakan perumahan dengan harga berpatutan dan berkualiti

Lebih 5.2 juta isi rumah mendapat manfaat BR1M berupa bantuan kewangan one-off (bayaran
sekali sahaja) sebanyak RM500. Sebanyak RM2.6 bilion yang diperuntukkan untuk program ini

Di bawah inisiatif Kembali Ke Sekolah, kira-kira 5.3 juta pelajar rendah dan menengah
menerima bantuan RM100. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan.

Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bermula sesi persekolahan tahun ini (2012). Buat julungjulung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma

Inisiatif BB1M (baucar buku RM200), kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat. Sebanyak RM260 juta
diperuntukkan

Klinik 1Malaysia diwujudkan memberi rawatan hampir percuma kepada semua rakyat.Bayaran
RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

17

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat Malaysia kini mampu membeli
barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan
harga pasaran

Melalui pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan
sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej sarapan pagi yang
ditetapkan pada kadar standard sebanyak RM2 dan RM4 untuk makan tengah hari

Hasil dari perlaksanaan GTP, kandungan ucapan


Dato Seri Najib Tun Razak
Antara pengiktirafan yang telah diterima daripada institusi bertaraf
dunia adalah seperti berikut:

Pertama, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013,


secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling
mesra
perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga,
Malaysia
menduduki tangga pertama dari segi akses kepada
kemudahan kredit

Kedua, menurut Institute of Management Development di dalam


laporan
World Competitiveness Yearbook 2012/2013, Malaysia
adalah negara
ke-14 paling berdaya saing di dunia. Kedua-dua
agensi tersebut juga
meletakkan Malaysia di tangga keempat di
dunia yang paling melindungi pelabur

Perunding pengurusan global AT Kearney mengeluarkan beberapa


indeks yang menunjukkan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-10
bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks
keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012. Malaysia turut diiktiraf
sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi
Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China.

Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan


Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membelibelah kedua terbaik di
Asia Pasifik.

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

18

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara


Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

Manakala, dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia


mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012.
Ia
telah menyaksikan kenaikan market capitalisation daripada
999 bilion
ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion
ringgit atau peningkatan
sebanyak 47 peratus. Ini bererti,
sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan

telah
berjaya
dijana
sejak
semua
inisiatif
transformasi
dimulakan.
Sebagai peneraju kewangan Islam di dunia dan
sebagai pemacu utama
sukuk global pula, Malaysia juga telah
menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada
tahun 2012.

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

19

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Dokumen di bawah ini adalah edaran umum yang diedarkan PERCUMA


oleh Kerajaan Malaysia mengenai pencapaian Program Transformasi
Negara. Kami di Infokerjaya Resources lampirkan di sini untuk
bacaan tambahan anda

TEKS UCAPAN OLEH


YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN
PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA
PADA 19 MAC 2013 (SELASA), JAM 8.05 MALAM
BERTEMPAT DI AUDITORIUM PERDANA
ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com

20