Anda di halaman 1dari 3

Apa Itu El Nino Cuaca Panas Kering

Apa Itu El Nino?


Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), El Nino adalah Fenomena
lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut
yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati
berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan
peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan
kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih
kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya
mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Nio berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada
pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun
berikutnya. El Nio yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim
yang sama.
Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), El Nino adalah keadaan lebih panas dari biasa yang
berpanjangan di kawasan tropika di tengah dan timur lautan Pasifik, dengan nilai Oceanic Nio Index
(ONI) adalah 0.5C atau lebih untuk sekurang-kurangnya 5 bulan ONI berturut-turut. ONI adalah Purata
untuk 3 bulan berturut-turut anomali suhu permukaan laut (Sea Surface Temperature, SST) di kawasan
NINO 3.4 dikira setiap bulan dan diguna pakai sebagai petunjuk fenomena El Nino.
Menurut Wikipedia, El Nino merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang
dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautanatmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik
tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna
"anak perempuan".

Kesan/ Impak El Nino


Berikut diantara kesan atau impak berlakunya El Nino terhadap sesuatu kawasan :

Keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia.

Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil.

Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan
pantai teluk di Amerika Utara.

Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima
akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak.

El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya
memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi
sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.

Itulah El Nino, fenomena alam masa kini. Walaupun fenomena kepanasan ini tidak dikaitkan dengan
aktiviti manusia di muka bumi, aktiviti lain seperti penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran
industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau hendaklah
dikawal. Aktiviti tidak sihat ini adalah antara contoh "kerosakan yang dilakukan manusia hingga memberi
kesan terhadap bumi.

Anda mungkin juga menyukai