Anda di halaman 1dari 7

ELM 3043E

Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral


1.0 Pengenalan isu-isu moral yang menyebabkan keruntukan akhlak di
sekolah
Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam
pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di
Malaysia. Motto Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian
yang amat meluas. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab guru pendidikan
moral dalam merealisasikan aspirasi negara adalah sangat penting. Hal ini
disebabkan sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya
memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Jadi, masalah-masalah isu moral yang berlaku pada hari ini telah
menjadi penghalang kepada peningkatan kualiti kemoralan di antara pelajar.
Masalah-masalah sebegini telah membawa banyak impak yang negatif
terhadap murid, guru mahupun sekolah. Justeru, isu-isu ini haruslah dikaji
dan ditinjau dengan teliti supaya dapat diselesaikan dengan berkesan.
Dengan ini, barulah kualiti Pendidikan Moral di sekolah akan dapat
dipertingkatkan di samping menambahbaiki kemoralan seseorang murid.
Antara punca utama keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini adalah
disebabkan mereka terlalu mudah dipengaruhi dengan perangai rakan
sebaya. Jika terikut rakan sebaya yang tidak baik, maka seseorang remaja itu
juga kemungkinan akan dipengaruhi dan mula berubah dari segi tingkah laku
serta pemikirannya. Akhirnya, remaja tersebut akan mula berubah menjadi
seseorang yang tidak mematuhi peraturan, tidak mendengar arahan ibubapa,
sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan banyak lagi akibat
pengaruh rakan sebaya.
Selain itu, hubungan dalam keluarga juga merupakan faktor yang
dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja. Pada zaman kini,
kebanyakan ibu bapa bekerja keras sehingga mengabaikan anak-anak
mereka.

Mereka

cuba

memuaskan

hati

anak-anak

dengan

hanya

memberikan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama


anak-anak.
1

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral
Ini menyebabkan anak-anak mereka telah terabai dan disebabkan
mereka tidak dapat kasih sayang atau perhatian daripada ahli keluarga, maka
mereka pun mula melakukan pelbagai masalah sosial di sekolah seperti
vandalisme, nakal, melawan guru dan sebagainya. Semua ini adalah sematamata untuk menarik perhatian atau mendapatkan kasih sayang daripada para
guru.
Di samping itu, pengaruh media massa juga memberikan impak yang
tinggi terhadap keruntuhan akhlak murid-murid di sekolah. Pada zaman
teknologi ini, pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui media
massa ini dan ini telah menyebabkan ramai remaja yang terikut dengan
pengaruh berkenaan. Antaranya adalah seperti hisap rokok, tagih dadah,
bergaduh, pergaulan bebas, vandalisme dan sebagainya. Jika selalu
terdedah dengan pengaruh yang tidak sihat ini, maka lama-kelamaan
seseorang murid itu akan terikut juga dan menyebabkannya semakin runtuh
akhlaknya.
Bukan begitu sahaja, remaja zaman kini juga mudah terpengaruh
dengan majalah hiburan atau buku yang mengandungi unsur-unsur lucah
serta radikal ataupun unsur-unsur yang ganas. Bahan-bahan inilah yang akan
mendorong kepada keruntuhan akhlak seseorang murid di sekolah kerana
mereka lebih suka untuk mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai
perlakuan anti-sosial berbanding dengan belajar akibat dipengaruhi oleh
bahan-bahan yang tidak sihat ini.

1.1 Kesan tidak menghayati nilai moral dalam kalangan warga sekolah
Antara kesan utama warga sekolah tidak menghayati nilai-nilai moral
ialah kewujudan kes-kes yang serius seperti pembuangan bayi. Statistik telah
menunjukkan peningkatan yang ketara dari setahun ke setahun terhadap kes
pembuangan bayi dan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi
negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kehidupan generasi muda
masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka
ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama.
2

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral
Disebabkan mereka tidak lagi menghayati ataupun mempunyai nilainilai moral, maka akhirnya remaja-remaja muda yang telah terlanjur ini telah
mengambil jalan mudah yakni sama ada membuang bayi yang dilahirkan,
menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka.
Selain itu, akibat tidak menghayati nilai moral di sekolah, para remaja
juga semakin mudah untuk terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Dadah
merupakan sejenis bahan kimia yang amat membahayakan kesihatan jika
diambil secara berlebihan. Memang tidak dapat dinafikan lagi, penagihan
dadah merupakan masalah yang semakin meruncingkan pada hari ini dan ia
juga melibatkan golongan remaja yang masih bersekolah.
Remaja-remaja ini tidak mengetahui betapa bahayanya dadah di mana
mereka akan menghadapi masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi
badan, penyakit mental,kanser dan sebagainya. Namun, akibat tagihan
dadah, terdapat murid yang terpaksa mencuri, merompak ataupun melakukan
apa-apa jenayah yang membolehkan mereka untuk mendapat wang untuk
membeli dadah. Ini telah menyebabkan pembangunan negara tergugat
kerana keasyikan mereka untuk mengkhayalkan diri sehingga hilang minat
dalam pelajaran dan keinginan untuk bekerja.
Di samping itu, warga-warga sekolah kini juga banyak yang suka
ponteng sekolah akibat tidak menghayati nilai-nilai moral. Ponteng sekolah ini
merujuk kepada tindakan seseorang pelajar yang sengaja tidak mengikuti
sesuatu pelajaran yang sepatutnya wajib. Mereka lebih suka untuk merayaurayau di luar daripada belajar di dalam kelas. Maka hal sebegini berlaku
adalah disebabkan murid-murid tersebut masih tidak menghayati nilai-nilai
moral seperti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan diri sendiri.
Maka murid-murid ini sebenarnya sedang menghancurkan masa depan
mereka sendiri.
Bukan begitu sahaja, banyak warga sekolah yang juga terlibat dalam
gejala tidak sihat iaitu vandalisme akibat tidak menghayati nilai-nilai moral.
Vandalisme seringkali dirujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda
awam seperti kerusi, telefon dan tandas awam.

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral
Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah,
tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang
dilakukan oleh segolongan remaja yang tidak merasa berpuas hati terhadap
keadaan masyarakat. Inilah salah satu lagi kesan murid-murid tidak
menghayati nilai moral di mana mereka suka untuk merosakkan harta benda
atau kemudahan awam tanpa berasa takut ataupun menyesal.
1 .2 Hubungkait proses sosiolisasi dalam pembentukan moral individu
di sekolah
Proses sosiolisasi merupakan satu proses belajar yang dilakukan oleh
seseorang untuk berbuat atau bertingkah laku berdasarkan peraturan yang
telah diakui dalam sesebuah masyarakat. Maka sosialisasi adalah satu
proses yang membantu seseorang untuk belajar dan menyesuaikan diri
terhadap cara hidup dan peraturan sesuatu masyarakat itu.
Oleh itu, sesi kaunseling di sekolah merupakan salah satu proses
sosiolisasi dalam pembentukan moral individu di sekolah. Sesi kaunseling ini
telah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Hal ini disebabkan ia bertujuan untuk memberikan penunjuk
arah kerjaya kepada para remaja mengenai masa depan mereka, sejurusnya
mengurangkan kes keruntuhan akhlak di kalangan murid.
Sehubungan dengan itu, guru-guru kaunselor di sekolah bolehlah
menganjurkan kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar. Ini merupakan
satu strategi yang baik bagi membantu melahirkan hubungan yang sihat
antara remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain.
Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada
rakan sebaya. Oleh itu, program ini akan bermanfaat jika dirancang dengan
teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas
kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini.

Selain itu, tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa


ini juga mempunyai hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen
4

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral
negatif dari luar yang tidak terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan
budaya kita. Lantaran itu, kemasukan video atau buku lucah perlu disekat
dengan mengharamkan kemasukannya. Pada masa yang sama, serbuan
yang kerap juga perlu dilakukan ke atas premis-premis yang menjual
barangan seperti rokok, pistol dan sebagainya bagi mengesan dalang yang
mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Usaha yang
berterusan sememangnya akan dapat membanteras jenayah di kalangan
remaja hingga ke akar umbi, sejurusnya mengurangkan kes keruntuhan
akhlak remaja di sekolah.
Bukan begitu sahaja, pendekatan seperti mengadakan ceramah juga
boleh membantu membentuk moral individu di sesebuah sekolah. Contohnya
sentiasa mengadakan ceramah yang bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada setiap individu di sekolah tentang kesan dan bahayanya isu-isu moral
seperti menagih dadah, pergaulan bebas, merokok, vandalisme dan lain-lain
lagi.
Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para remaja
bahawa mereka harus befikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu
masalah kerana kini mereka telah mengetahui apa akibatnya. Misalnya
sebelum seseorang remaja terjebak dengan penagihan dadah, maka
kemungkinan dia akan teringat ceramah yang pernah diadakan di sekolah
mengenai kesan menagih dadah. Jadi, ini akan menyebabkan remaja
tersebut menjauhkan diri daripada penagihan dadah kerana dia sudah tahu
akibat menagih dadah.
Sekolah juga haruslah bijak dalam menangani masalah-masalah moral
ini. Misalnya, sekolah bolehlah sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti seperti
pertandingan melukis poster anti-merokok, pertandingan kehadiran kelas
yang paling tinggi, minggu anti-dadah dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini
adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang
keburukan masalah-masalah sosial ini, sejurusnya membantu membentuk
moral individu di sekolah.

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral
1.3 Refleksi daripada sumbangan tokoh moral antarabangsa dalam
pembentukan nilai moral kendiri.
Nelson Mandela, hidupnya boleh dikatakan menyumbang kepada
rakyat Afrika Selatan, dikenali sebagai bapa kepada Afrika Selatan, seorang
yang menerima penghormatan dan pujian orang di seluruh dunia. Bagi
penduduk di Afrika Selatan, beliau adalah seorang wira kerana beliau
menentang diskriminasi kaum dan memperjuangkan keamanan untuk
penduduk Afrika Selatan walaupun kemudian dia dipenjarakan selama 27
tahun.
Beliau dikenali sebagai tokoh pejuang keamanan yang menentang
segala bentuk penindasan dan telah dijadikan idola hampir ke seluruh dunia.
Yang paling saya sanjungi Mandela adalah beliau telah menerima hadiah
Nobel Keamanan Dunia pada tahun 1993 sebagai tanda pengiktirafan atas
usaha dan perjuangan beliau selama ini terhadap rakyat. Ini dapat
membuktikan semangat perjuangan yang diperjuang oleh Mandela sangat
dihargai. Nelson Mandela disanjungi oleh orang ramai kerana mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti keadilan pada setiap kaum, perasaan
berkasih sayang serta hidup bertoleransi di dalam agama merentasi tanpa
melihat warna kulit, bangsa atau agama adalah sesuatu yang dituntut dan
diajar di mana-mana ajaran agama di dunia. Jika semua orang mengambil
sikap dan pendirian seperti Mandela tanpa mementingkan diri, bersatu hati
dan melihat jauh setiap orang yang ada dari kaca mata kemanusiaan bahawa
mereka itu adalah saudara, pastinya dunia ini akan aman. Semangat
perjuangan yang ditonjolkan Mandela dapat menjadi inspirasi manusia untuk
terus berjuang bagi mendapat kebebasan.

I have fought against white domination,and I have fought


against black domination.I have cherished the ideal of a
democratic and free society in which all persons together in
harmony and with equal opportunities.It is an ideal which I

ELM 3043E
Isu-Isu Dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Moral

hope to live for and achieve.But if needs to be,it is an ideal


for I am prepared to die.

Anda mungkin juga menyukai