Anda di halaman 1dari 14

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2015

ATURCARA
KETIBAAN
YB / YDP

TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat EN. RIPIN B.

CATATAN
Peah

LAMAT Adun N62 Lambir


Diiringi oleh YDP PIBG serta Puan Guru Besar.

NYANYIAN
LAGU
NEGARAKU &

Sebagai tanda cinta akan Negara, dan berbangga menjadi

Bunyau

warga SK Temenggong Datuk Muip, majlis dimulakan dengan


nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah.

LAGU SEKOLAH
Yang Berhormat dan para hadirin diminta berdiri.
(LAGU)
Sidang Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN

Sirih berlipat sirih pinang

ALU-ALUAN

Sirih dari pulau mutiara

JURU ACARA

Pemanis kata selamat datang

Peah

Awal bismillah pembuka bicara


Melayang serindit di hujung muara
Merbah berkicau di hujung pekan

Bunyau

Hari ini kita bersama


Pelajar cemerlang kita raikan

Yang Berhormat Encik Ripin B. Lamat Adun N62 Lambir


Yang Berbahagia YDB PIBG En. Jaya Ramba
Yang Dihormati Pn. Angela Lee Ik Ching, Guru Besar SK TDM
Yang BerusahaPenolong Kanan Kurikulum : En. Nuing Ak Jimbai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn Suryani Brahim
Penolong Kanan Kokurikulum : En. Wilson Aup
1

Peah

Para jemputan, Ahli2 Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa, Guru-guru


dan murid-murid yang dikasihi.
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat
dan kurnianya pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul
dalam majlis penuh ceria Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah

Bunyau

Kebangsaan Temenggong Datuk Muip bagi tahun 2015.


Selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.
Terima kasih yang tidak terhingga buat
Yang Berhormat Encik Ripin B. Lamat Adun N62 Lambir,
kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk bersama di
majlis kita pada hari ini, walaupun banyak urusan rasmi lain
yang memerlukan perhatian dan kehadiran beliau.
BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat

Peah

Dipetik gadis ditepi titi


Doa dibaca memohon rahmat
Semoga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah
kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Mohd. Yusof B. Abdullah.
Dengan hormatnya dipersilakan
PERSEMBAHAN
1

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Hadirin yang dimuliakan.
Kita segarkan suasana pagi ini dengan persembahan Silat
Rumpun Sarawak dan diikuti Tarian Etnik Bumi Kenyalang.
2

Bunyau

Dipersilakan.
(PERSEMBAHAN SILAT RUMPUN SARAWAK & TARIAN
ETNIK BUMI KENYALANG)

UCAPAN

Hadirin yang dihormati,

Peah

GURU BESAR
Tak Molek, jika alu tiada lesungnya
Tak berguna jika dayung tiada perahunya
Tak lengkap jika majlis tiada yang berbicara
Oleh itu dengan segala hormatnya mempersilakan yang
Dihormati Pn. Guru Besar, Pn Angela Lee untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
(UCAPAN GB)
UCAPAN

Terima kasih Pn. Guru Besar.

YDP
Sidang hadirin sekalian.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata Azimat pengikat kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Majlis seterusnya mempersilakan YDP PIBG En. Jaya Ramba
untuk mengungkapkan bicara sepatah dua kata.
3

Bunyau

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN YDP PIBG)

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG.

PERASMIAN YB
Hadirin sekalian.
Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,
Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh di jiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada Guru Besar yang berjasa,
Di sini ada Pemimpin yang berjiwa mulia.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Yang Berhormat En. Ripin B. Lamat untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip 2015.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN YB EN. RIPIN B, LAMAT)

Peah

PERSEMBAHAN
2

Buah selasih di dalam puan,


Dibawa gadis ke tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berhormat En. Ripin B. Lamat diatas ucapan
dan kesudian untuk merasmikan majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang 2015 SKTDM.
Yang Berhormat serta para hadirin sekalian.
Seterusnya majlis mempersilakan kumpulan Ngajat Pua Kumbu
untuk memeriahkan majlis kita.
Majlis mempersilakan.
( NGAJAT PUA KUMBU )

PENYAMPAIAN

Hadirin sekalian yang dihormati sekalian

Peah

SIJIL &
HADIAH PRA

Berkebaya batik berwarna merah

SEKOLAH

Diserikan dengan permata berlian


Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.
Penganugerahan Pelajar cemerlang pada pagi ini dimulakan
dengan penyampaian Sijil dan hadiah kepada murid Pra Sekolah
SK TDM sesi 2015.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Penolong Hal Ehwal Murid Pn. Suryani Brahim untuk
mempersilakan dan mengiringi Yang Berusaha En. Nuing Ak.
Jimbai

Pen.

Kanan

Kurikulum
5

naik

ke

pentas

bagi

menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah.


Majlis dimulakan dengan menyampaikan Sijil Dan Hadiah

Bunyau

kepada pelajar :.
a.

Pra Smart
(Penyampaian Sijil & Hadiah)
Peah

b. Pra Diligent
(Penyampaian Sijil & Hadiah)
c. Pra Brillian

Bunyau
(Penyampaian Sijil & Hadiah)
Untuk pengetahuan Yang Berhormat serta para jemputan,
jumlah pelajar pra sekolah kita pada tahun ini ialah seramai 74
orang. Diantara mereka sudah pastinya ada yang menunjukkan
potensi, kecemerlangan dan keperibadian yang baik. Oleh yang
demikian pihak sekolah begitu berbesar hati memberikan
penganugerahan kepada Pelajar Cemerlang Lelaki dan Pelajar
Cemerlang Perempuan Pra Sekolah.
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Lelaki ialah
(Baca biodata Lelaki)
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Perempuan ialah
(Baca biodata Perempuan)
Semoga anugerah ini sebagai pendorong semangat memulakan
langkah untuk terus berjaya di masa akan datang.
PERSEMBAHAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


6

3
NYANYIAN

En. Nuing Ak. Jimbai Pen. Kanan Kurikulum atas kesudian


menyampaikan sijil & hadiah kepada semua Pelajar Pra sekolah
bagi sesi 2015
Hadirin dihormati sekalian
Kita berhenti seketika, tenangkan minda untuk memberi
peluang kepada Pemenang Muip Idol 2015 menyampaikan
persembahan.
Dipersilakan
Jacinta Olivia Ak. Malina
-

Agi Menais Litan Demalan


Patah Seribu

Daniella Ak. Sengalang


-

Tua Selama Ya
Tentang Rasa

( NYANYIAN )
UCAPAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

KETUA
PELAJAR

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Wakil
Murid Tahun 6 2015 untuk menyampaikan ucapan penghargaan
bagi mewakili semua murid Tahun 6 yang akan meneruskan
perjuangan ke sekolah menengah.
Dipersilakan Adik Mohd Amni Amzar Ketua Pengawas Sesi
2015 .
(Ucapan Murid)

PENYAMPAIAN

Biar condong, jangan rebah


7

SIJIL
TAHUN 6

Biar retak jangan belah


Biar kalah jangan mengalah
Biar susah jangan berserah
Teruskan perjuangan untuk kecemerlangan demi masa depan
yang gemilang
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan
kepada murid Tahun 6 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Yang
Berusaha En. Nuing Ak. Jimbai untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Dihormati Pn. Guru Besar Pn. Angela Lee Ik
Ching naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara
penyampaian sijil penghargaan kepada semua murid tahun 6.
Dipersilakan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat serta sidang hadirin,
Pada tahun ini jumlah pelajar Tahun 6 adalah seramai 220
orang. Dan pada hari ini akan menerima keputusan UPSR yang
akan diumumkan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil untuk murid-murid
tahun 6 Merah.
( PENYAMPAIAN SIJIL)

PERSEMBAHAN
4
PRA SEKOLAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Dihormati Pn Guru Besar atas kesudian sekali lagi
menyampaikan sijil & hadiah kepada semua murid Tahun 6.
Buat anak-anak Tahun 6, teruskan usaha anda biar dimana
anda berada, ingatlah bahawa
Benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung, jika
dicampak kelaut menjadi pulau.
8

Sidang Hadiri sekalian.


Indah Senyuman di pagi hari
Ceria dan comel Nampak berseri
Murid PRA sekolah sudah menanti
Untuk mempersembahkan gerak tari
Dipersilakan..
(Tarian Pra Sekolah)

PENYAMPAIAN

Terima kasih adik-adik pra yang comel-comel belaka.

HADIAH
TAHAP 1

Hadirin yang dihormati.


Tanpa membuang Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada muridmurid cemerlang SK TDM bagi Tahap 1.
Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Dihormati Puan Guru Besar untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Berbahagia En. Jaya Ramba YDP PIBG naik ke
pentas bagi menyampaikan Sijil dan hadiah bagi kedudukan
terbaik didalam kelas dan mata pelajaran terbaik setiap
tahun.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis dimulakan dengan keputusan Terbaik Bagi Tahun 1
Merah
(Penyampaian Hadiah)

PERSEMBAHAN
5

Persembahan pelajar menyusul lagi


Dari puteri-puteri yang bestari
Langkah di ayun kanan dan kiri
Indah gemalai gerak nya tari
Majlis mempersilakan kumpulan Dikir Puteri.
(TARIAN DIKIR PUTERI )

PENYAMPAIAN

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang diteruskan lagi dengan

HADIAH TAHAP penyampaian Sijil dan hadiah kepada murid-murid cemerlang


2

SK TDM bagi Tahap 2.


Dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
yang di hormati Pn. Guru Besar untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Berhormat En. Ripin B. Lamat Adun N62
Lambir naik ke pentas bagi menyempunakan penyampaian Sijil
dan Hadiah bagi kedudukan terbaik dalam kelas dan mata
pelajaran terbaik mengikut tahun.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis dimulakan dengan keputusan Terbaik
Tahun 4 Merah
(Penyampaian Hadiah)

10

ANUGERAH

Hadirin yang dihormati.

PELAJAR
CEMERLANG
KOKURIKULUM

Hendak Seribu daya tak hendak seribu dalih


Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Genggam bara api biar sampai jadi arang

ANUGERAH
TOKOH

Kejayaan hari ini bukanlah kejayaan yang datang bergolek


Kejayaan hari ini adalah usaha yang berterusan

PELAJAR 2015
Oleh yang demikian pihak sekolah berbesar memberikan
penganugerahan dan penghargaan kepada pelajar yang
berpotensi yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang
bergelar pelajar di SK TDM. Anugerah seterusnya yang akan
disampaikan ialah Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum
dan Anugerah Tokoh Pelajar 2015.

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum 2015


(Baca biodata)
Pelajar yang dimaksudkan ialah.
Penerima Anugerah Tokoh Pelajar 2015
(Baca biodata)
Pelajar yang dimaksudkan ialah
Tahniah diatas kecemerlangan yang anda tunjukkan. Teruskan
perjuangan anda, semoga terus berjaya menjadi insan yang
PENYAMPAIAN

berguna.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

CENDERAMATA

kasih kepada
Yang Berhormat En. Ripin B. Lamat Adun N62 Lambir
atas kesudian menyempunakan majlis kita pada pagi ini
Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah, dipersilakan Puan
Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berhormat En. Ripin B. Lamat Adun N62 Lambir
Dengan hormatnya dipersilakan.
11

(Cenderamata)
Terima kasih Puan Guru Besar.Untuk Yang Berhormat..
Kuning emas masaknya padi
Mawar Merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi sanjungan
Tanam lengguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah Terpaku di dalam hati

PERSEMBAHAN
6

Dipenghujung majlis ini marilah kita sama-sama berhibur


dengan persembahan pentomen Renang berirama dan Kumpulan
Koir Sekolah.
Majlis mempersilakan.
Pentomen
Koir

NYANYIAN
IBU
PERTIWIKU

Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini. Majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat serta
suluruh warga dewan untuk berdiri bagi menghormati dan
menyanyikan lagu ibu pertiwiku.
Majlis mempersilakan.

PENUTUP

Hadirin sekalian
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah dihati
12

Semoga kita berjumpa lagi.


Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlancur patah bicara
Serendah hati kemaafan di pinta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasihyang tidak
terhingga diucapkan kepada semua tetamu jemputan. Aahli
Jawatankuasa kerja Majlis Anugerah Cemerlang SK TDM
2015, para ibu bapa serta mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para


jemputan menjamu selera.
Sekian

Pengumuman UPSR

Pengumuman

Umum telah mengetahui bahawa pada hari ini 17 November

upsr

2015, merupakan pengumuman rasmi keputusan UPSR yang


telah diduduki oleh semua pelajar tahun 6 pada 8, 9, dan 10
September yang lalu.
Sudah pastinya debaran menantikan keputusan itu bukan
sahaja dirasai oleh anak-anak didik sekalian tetapi turut
dirasai oleh para ibu bapa serta guru-guru.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan En. Nuing ak Jimbai naik ke pentas bagi
13

mengumumkan keputusan UPSR SKTDM pada tahun


ini..dipersilakan.

14

Anda mungkin juga menyukai