Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI ALAM SEKITAR

_____________________________


Kami merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurniamaka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan Majlis Perasmian Hari
keberkatan,

Mu,

Alam Sekitar, semoga majlis yang mulia ini dianugerahkan

kesejahteraan, kekuatan, hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami


dapat terus menghirup udara dimukabumi-Mu yang nyaman lagi damai ini.







Sempena Hari Alam Sekitar pada kali ini kami memohon agar Engkau
semaikanlah di dalam jiwa kami sekalian dengan semangat cintakan kepada
keceriaan dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Jauhkanlah kami dari
sebarang sifat tamak dan haloba dalam mengejar kepentingan dunia tanpa
mengambilkira kemusnahan alam sekitar. Hindarkanlah kami dan seluruh warga
negara ini dari sifat tidak bertanggungjawab dalam menjaga keceriaan
persekitaran kami. Harapan kami, agar Sambutan Hari Alam Sekitar ini akan
membangkitkan

kesedaran

kami,

memperbaiki

akhlak

dan

sikap

tanggungjawab kami dalam usaha menjadikan negara ini bersih dan sentiasa
ceria.





Ya Allah, tanamkanlah ke dalam jiwa kami dan anak-anak generasi kami sifat
menghargai alam sekitar. Berikanlah kami kekuatan untuk mendidik dan
memberi kesedaran kepada mereka supaya anugerah-Mu yang tidak ternilai ini
sentiasa terjaga dan terpelihara. Kurniakanlah kami ilham dan pemikiran yang
bernas agar masalah-masalah alam sekitar yang dihadapi dapat diatasi dengan
cara yang terbaik.





{ }


}