Anda di halaman 1dari 5

Tarikh: 18 April 2016 (Isnin bagi Seksyen 1)

20 April 2016 (Rabu bagi Seksyen 3)


21 April 2016 (Khamis bagi Seksyen 2)
Kuliah E-Learning Facebook
Tajuk Kuliah: SASTERA DAN AGAMA & SASTERA KEMBARA
Nota Kuliah
AGAMA:
Sistem kepercayaan
Merupakan naluri / fitrah semula jadi manusia
Semua agama mengajak manusia kepada kebaikan
HUBUNG KAIT SASTERA DAN AGAMA
Sastera berfungsi untuk mendidik manusia agar menjadi manusia yang
berakhlak mulia
Dan agama juga mempunyai peranan yang sama
Justeru, melalui karya sastera, agama dilihat saling lengkap melengkapi
dengan sastera
KESUSASTERAAN ISLAM
Merupakan hasil karya daripada seorang pengarang yang beragama Islam
yang ditujukan kepada pembaca tanpa mengira agama (kebanyakan
pengarang Melayu dan beragama Islam)
Melalui karya yang dihasilkan, kita dapat mengenal pasti sejauh mana
seorang pengarang itu patuh sepenuhnya terhadap ajaran Islam ataupun
sebaliknya.
Sastera Islam tercetus daripada seni Islam yang lebih luas yang didasari oleh
tauhid dan akhlak.
Karya sastera Islam mementingkan 3 aspek iaitu: kebenaran, kebaikan dan
keindahan
CIRI KARYA SASTERA ISLAM
Mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan
Watak-watak yang diperlihatkan berakhlak mulia dan patuh dengan suruhan
agama

Karya tersebut mampu mendorong lahirnya masyarakat yang rukun dan


damai
Karya tersebut mengesankan bahawa tiada tempat bagi mereka yang jahat
Pengarang yang mencipta karya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah
CIRI KARYA YANG DICIPTA OLEH PENGARANG YANG TIDAK
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM
Karya tersebut mendorong pembaca untuk melakukan kejahatan kerana
watak-watak yang ditampilkan tidak patuh kepada suruhan agama
Karya tersebut bersifat anti-Tuhan
Karya tersebut membenarkan yang Haram
Karya tersebut mendorong lahirnya masyarakat yang durjana kerana
menggambarkan tentang kejahatan sahaja.
SASTERA BERUNSUR ISLAM
Mula menjadi fenomena selepas berlakunya kebangkitan Islam pada tahun
1970-an dan berkembang pesat pada tahun 1980-an.
Ramai pengarang mula menulis karya berunsur Islam kerana kesedaran
mereka tentang kepentingan menerapkan nilai-nilai Islam dalam karya
Sastera berunsur Islam dan sastera Islam masih hangat dibincangkan pada
hari ini kerana perbezaan pendapat para sarjana tentang istilah yang lebih
sesuai digunakan sama ada Sastera Islam atau Sastera Berunsur Islam (masih
diperdebatkan)
SASTERA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Penuh dengan mitos dan lagenda (banyak unsur keajaiban)
Dipengaruhi oleh Hindu. Kedatangan Islam menyebabkan berlaku
perubahan apabila sastera Melayu mula diIslamkan (dikenali sebagai zaman
peralihan Hindu-Islam)
CONTOH NOVEL BERUNSUR ISLAM
Novel Hidayah karya Harun Hj Salleh
Novel Masuk ke dalam cahaya karya Abdullah Hussain
Ku-Ingin KasihMu karya Siti Hawa Mohd Hassan
Novel Hidayah

Mengisahkan kehidupan dua bersaudara kembar (Kusi dan Erus (keturunan


Kadazan yang berasal dari kawasan pedalaman di Kampung Tanah Tinggi,
Sabah.
Selepas ibu bapa mereka meninggal, mereka tinggal dengan nenek
Gumpaling (hidup dalam kemiskinan)
Mereka tidak mempunyai sebarang kepercayaan (tidak ada agama)
Kedua-duanya berpisah apabila Erus merajuk & meninggalkan rumah (Kusi
mencarinyatidak berhasil)
Kusi menjadi anak angkat Tuk Guru Amin (mempelajari agama Islam).
Berpindah ke Seremban & mendalami ajaran Islammenjadi ustaz (ustaz
Mazran bin Abdullah)
Erus @ Alexander Tawai (telah dipelihara oleh seorang rahib @ Father
berbangsa Belanda). Belajar di universiti Australia dan berkenalan dengan
Mary Munang. Rahib tidak dibenarkan berkahwin dan hasrat berkahwin
dengan Mary tidak kesampaian.
Ustaz Mazran (Kusi) ditugaskan di sekolah menengah di Sabahmengajar
agama Islam
Berkenalan dengan Mary Munang (yang pernah belajar di Australia
kenalan adiknya)
Di sekolah ini, berlaku dialog tentang kepercayaan agama masing-masing
(Islam & Kristian) menyebabkan Mary Munang memeluk Islam dengan
nama Mariam Abdullah)
Hubungan baik antara Mary Munang (dahulunya penganut Kristian yang
sangat kuat) dengan ustaz Mazran (Kusi) telah menyebabkan ketua paderi di
kawasan itu (Erus @ Alexander Tawi)yang telah kembali ke Sabah mula
campur tangan dan menemui ustaz Mazran (abangnya sendiriterpisah 18
tahun)
Erus (Kristian) tidak menurut jejak langkah abangnya untuk memeluk Islam.
Percanggahan pendapat (berlaku dialog agama) antara Mary Munang &
Ustaz Mazranpenyebab Mary Munang memeluk Islam & bukan paksaan
(dakwah secara tersembunyi)
SASTERA POPULAR ISLAMI
Muncul di Indonesia selepas novel Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El
Shirazy menjadi fenomena di Indonesia dan kemudian merebak ke Malaysia.
Sastera popular Islami berbeza dengan sastera Islam & sastera berunsur
Islam kerana beberapa faktor:
1) Faktor komersial yang masuk (menggunakan tema percintaan yang dianggap
bertepatan dengan ajaran Islam)
2) Lebih bersifat sensasi untuk memenuhi permintaan pembaca

3) Tema dan persoalan lebih ringan kerana Islam yang ditampilkan itu mudah
(garapan tema tentang Islam itu luas sifatnya)
4) Menggunakan bahasa yang lebih santai dan memperlihatkan wujud
percampuran bahasa (slanga, bahasa Inggeris)
5) Tajuk lebih sensasi (lebih kepada novel popular) berbanding sastera Islam
dan sastera berunsur Islam (lebih kepada novel serius)
Persamaan
Tujuan untuk mengajak kepada kebaikan & meninggalkan kemungkaran
(berdakwah)
SASTERA KEMBARA / TRAVEL LITERATURE
Sastera kembara bukan sekadar catatan perjalanan biasa, sebaliknya tulisan
yang mengandungi unsur-unsur sastera. Bukan suatu catatan jurnal yang
kering dengan tarikh dan peristiwa semata-mata
Teori Sastera Perjalanan / pengembaraan
Muncul akibat daripada iklim intelektual dan kesan daripada dunia
pascamoden dan globalisasi
Dunia tanpa sempadan dan hubungan yang cepat dan tangkas telah
membuka ruang kepada manusia untuk melakukan perjalanan,
pengembaraan dan ziarah.
Perjalanan bukan sahaja untuk melancong tetapi dengan tujuan untuk
menambah pengalaman dan menajamkan pemikiran
Dari sudut penciptaan teks pengembaraan, ia sudah bermula sejak dahulu
lagi.
Barat mengakui bahawa citra perjalanan yang baik dan bersistem telah
dimulai oleh Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah
Daripada tradisi penulisan pengembaraan Islam inilah Barat mula masuk ke
dalam sastera perjalanan dan akhirnya membentuk kaedah penulisan teksteks pengembaraan sama ada yang berbentuk faktual dan fiksyional
Teori sastera perjalanan telah mula dibentuk pada pertengahan 1990-an di
Barat
Dengan terbentuknya Teori Sastera Perjalanan itu maka bermulalah dengan
rasminya tradisi kritikan sastera perjalanan
Konsep teks perjalanan dapat dicirikan sebagai penulisan yang hanya
berdasarkan fakta dan penulisan yang dicampurkan dengan unsur fiksyen.
Antara kedua-dua itu yang bercampur dengan fiksyen adalah lebih menarik
dan dekat dengan kesusasteraan seperti yang dihasilkan untuk menceritakan
pengembaraan Marco Polo dan John Mandevill

Joseph Conrad dalam Heart of Darkness menceritakan perjalanan /


pengembaraan yang sebenar
Dante dalam Divine Comedy menceritakan pengembaraan yang berdasarkan
imaginasi dan perjalanan fantastik
Konsep perjalanan novel pada zaman pascamoden pula banyak
mewacanakan tentang pengalaman pengembaraan ke negara-negara yang
tertindas dan terkebelakang akibat daripada kesan kolonialisme dan yang
sedang membina identiti kenegaraan baharu sesuai dengan perjuangan
pascakolonialisme
Dalam konteks ini, teori sastera perjalanan telah mendapat kesan daripada
pemikiran golongan Foucauldian Criticism dan teori Edward Said
pascakolonial daripada bukunya Orientalism. Justeru, teori perjalanan ini
bersifat interdisplinari dengan memberi fokus kepada diversiti budaya,
globalisasi dan migrasi.
Salah sebuah novel perjalanan realistik yang terkenal pada zaman ini adalah
daripada penulis The White Mary yang mengembara ke beberapa buah
wilayah di Papua New Guinea dan Congo yang pada keseluruhan naratifnya
berpandukan kepada pengalamannya secara peribadi
Kisah pengembaraan biasanya tertumpu kepada perjalanan watak dan
penceritaan dari suatu tempat ke suatu tempat dengan tujuan untuk
menyampaikan cerita berdasarkan pengalaman dan penemuan-penemuan
baharu
Namun, yang paling digemari apabila ada unsur eksplorasi, misteri dan
pengalaman daripada kejutan budaya
Kritikan menggunakan teori sastera perjalanan ini adalah untuk melihat dan
menganalisis deskripsi, pencitraan dan lukisan tentang perjalanan dan tempat
yang dilawati; lebih-lebih lagi aspek keistimewaan dan luar biasanya.
Sebagai pelawat, kita selalu tergoda dengan unsur-unsur kecantikan,
keunikan dan kehebatannya. Bukan sahaja kita ingin mengetahui yang
zahirnya tetapi juga batinnya.