Anda di halaman 1dari 13

Cabaran Kesusasteraan Era Teknologi

Memartabatkan kesusasteraan Melayu Oleh MD ISHAK A. RAHMAN

KESUSASTERAAN Melayu pada era 70-an dan 80-an menjadi salah satu mata
pelajaran pilihan utama di sekolah asrama penuh apatah lagi di sekolah
biasa. Golongan pelajar berpendidikan sastera pada masa itu ramai yang
berjaya menjadi pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, tokoh ilmuan, serta
tokoh penting dalam masyarakat.

Keadaan ini telah berubah, pelajar tidak mendapat motivasi untuk


mempelajari mata pelajaran itu dengan alasan mata pelajaran ini tidak
membantu masa depan pelajar, dan sesetengahnya menolak mata pelajaran
sastera Melayu dengan alasan pelajar sudah mempelajari komponen sastera
(komsas) dalam Bahasa Melayu.

Jika kita melihat matlamat pembelajaran bahasa Melayu hanya sedikit sahaja
yang berkaitan dengan sastera. Begitu juga dalam penilaian bahasa Melayu,
komponen sastera hanya sebahagian sahaja dalam soalan bahasa Melayu.

Kandungan mata pelajaran bahasa Melayu yang menggunakan komponen


sastera sekadar memahami maksud kata atau frasa, sedikit kemahiran
sastera, serta kemahiran berfikir. Penekanan diberikan kepada penilaian
kemahiran berbahasa. Jelasnya, penghayatan sastera amat sedikit dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Berbanding dengan mata pelajaran kesusasteraan Melayu, pelajar perlu


memiliki kemahiran mengupas dan mengulas pelbagai aspek sastera di
samping menulis karya sastera. Malah, pelajar dapat menguasai kemahiran
bahasa yang lebih tinggi kerana memahami unsur keindahan dan maksud
konotatif yang mencabar minda.

Kita juga seharusnya menerima dan memikirkan cadangan agar melakukan


transformasi terhadap sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu kepada mata
pelajaran ala kemahiran hidup. Kita perlu menyingkap perjalanan hidup
bekas lulusan sastera dan kemanusiaan yang telah berjaya. Mereka
mempunyai pengalaman bidang-bidang yang boleh diceburi oleh lulusan
sastera. Bidang tersebut boleh diterapkan dalam mata pelajaran
kesusasteraan Melayu.

Bidang kerjaya lulusan kesusasteraan Melayu yang utama pada dasarnya


ialah menjadi penulis. Kerjaya penulis sebenarnya mempunyai masa depan
yang cerah sekiranya diusahakan secara kreatif dan inovatif. Bukan tidak ada
penulis bahasa Melayu yang menyara hidup dengan menulis. Malah, jika ada
inisiatif untuk menterjemahkan karya ke bahasa lain agar pasaran lebih luas,
tidak mustahil penulis boleh mendapat hasil yang lumayan.

Kita masih kekurangan buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja. Kita
terpaksa menterjemah buku daripada bahasa asing. Walaupun langkah ini
merupakan satu usaha yang positif, tetapi alangkah baiknya jika kita
mengeluarkan buku karya penulis tempatan. Malah, terdapat kedai buku di

negara kita lebih banyak menjual buku-buku import daripada buku-buku


karya tempatan.

Memang terdapat pelajar yang berbakat dan berminat dalam bidang


kesusasteraan. Jika mereka tidak diberi dorongan dan pendidikan dalam
bidang yang diminati, apa lagi dipaksa mempelajari mata pelajaran lain,
tentulah bakat mereka tidak dapat diketengahkan dengan lebih mantap. Kita
akui, ada pelajar yang tidak didedahkan dengan ilmu sastera boleh menjadi
penulis karya kreatif. Namun, ketajaman mereka akan lebih terserlah jika
mereka memiliki asas ilmu sastera.

Selain itu, bidang sastera juga meliputi urusan untuk mengadakan seminar,
pertunjukan pentas, dan sebagainya. Sebagai contoh, kerjaya pengacara
dalam majlis-majlis tersebut, tentu lebih berkesan sekiranya seseorang itu
menguasai kemahiran sastera. Mereka bukan sahaja boleh mengungkapkan
kata-kata indah, malah boleh berpantun atau berpuisi yang akan lebih
memberi nyawa kepada majlis tersebut.

Akhir sekali, peluang pelajar Melayu untuk mengambil kesusasteraan Melayu


semakin terhad kerana mereka telah mengambil jumlah mata pelajaran
maksimum. Sementara pelajar bukan Melayu digalakkan untuk mengambil
mata pelajaran kesusasteraan Inggeris, Cina, dan Tamil.

Bukankah lebih wajar semua pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran


kesusasteraan Melayu? Dengan ini, pelajar kita akan lebih fasih berbahasa
Melayu dan memahami budaya tempatan. Sesungguhnya, memartabatkan
kesusasteraan Melayu merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa
Melayu secara berkesan dan menebalkan jati diri bangsa.

Cabaran Kesusasteraan Era Teknologi

Bidang sastera sedang menghadapi cabaran hebat akibat


sains dan teknologi

ledakan

Keperluan
terpinggir

semakin

Kesusasteraan dilihat tidak menjamin peluang pekerjaan.

Membaca, menulis novel, cerpen, puisi hanya dilihat sebagai aktiviti


mengisi masa lapang ataupun memenuhi tuntutan naluri dan bakat
seni yang bersifat sampingan.

Ilmu kesusasteraan yang menggambarkan keagungan tamadun dan


keintelektualan bangsa suatu masa dulu dianggap kurang relevan
lagi pada zaman kini.

Teknologi dianggap dapat menaikkan kedudukan kita setaraf dengan


bangsa-bangsa yang maju di dunia.

Mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu tentang teknologi diberi


tumpuan. Ilmu yang dirasakan tidak dapat memenuhi keperluan ini
dikesampingkan.

Dalam mengejar teknologi, kita terlupa kepada aspek-aspek


pembinaan rohani seorang insan. Tumpuan hanya diberikan kepada
pembinaan fizikal dan juga mental. Pembinaan spiritual diabaikan.

Benarkah sastera tidak relevan lagi dan tidak memberi apa-apa


sumbangan terhadap negara pada abad ke 21 ini? Mengapa?

tinggi

terhadap

sains

menjadikan

sastera

Faktor utama:

1) Kurangnya minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Justeru, karya sastera tidak disentuh atau dibaca oleh masyarakat

2) Sistem pendidikan negara yang tidak mengiktiraf dan tidak


menyedari kepentingan sastera dalam kehidupan manusia

3) Negara dan rakyat terlalu obses kepada teknologi. Karya sastera


dilupakan kerana dianggap tidak menarik dan tidak menghiburkan
berbanding teknologi (gajet dll)

Tidak seperti negara-negara maju yang mengamalkan dan


mengekalkan tradisi membaca semenjak ratusan tahun dahulu,
Malaysia tidak mempunyai tradisi membaca yang kukuh.

Kita tidak diasuh membaca untuk mengisi masa lapang. Di Amerika


Syarikat, dan negara-negara lain yang mengamalkan budaya
membaca, rakyatnya tidak lekang dengan bahan bacaan. Mereka
membaca dari bilik air hingga ke terminal bas, dari restoran di
lapangan terbang hingga ke dalam perut pesawat.

Timbul persoalan? Apakah kehebatan fizikal dan mental sudah cukup


untuk dijadikan ukuran kehebatan bangsa?

Pembangunan yang hebat dengan pemikiran yang hebat akan


menjadi sia-sia jika tidak diimbangi dengan kerohanian yang sihat
dan akhlak yang tinggi.

Ketiga-tiganya
(fizikal,
mental,
rohani-spiritual)
harus
diseimbangkan. Jika fizikal dan mental sudah hebatspiritualnya
juga harus hebat.

Teknologi yang secanggih dan semoden mana pun tidak akan dapat
mengisi kekosongan jiwa dan membentuk pekerti mulia seorang
insan.

Kekosongan jiwamembawa kepada keruntuhan akhlak. Negara


yang maju bukan diukur dengan pembangunan yang serba canggih
tetapi dengan adanya rakyat yang berakhlak tinggi.

Generasi muda kini banyak yang hilang pegangan hidup kerana


pengaruh teknologi

Berilmu tetapi tidak berakhlak akan mendatangkan kebinasaan


kerana jiwa kosong tidak diisi dengan nilai-nilai agama dan nilai-nilai
etika. Hidup mudah dikawal oleh hawa nafsu.

Generasi muda sekarang banyak yang lupa bahawa pengajaran


akhlak dan moral bukan hanya diajar menerusi agama tetapi juga
dibantu oleh karya-karya sastera.

Kesusasteraandisiplin khusus yang berkait rapat dengan nilai-nilai


hidup dan aspek emosi manusia. (Sastera bukan hanya memberi
maklumat tentang dunia intelektual atau material, tetapi juga dunia
emosi dan nilai kepada manusia).

Hal ini kerana, sastera amat dekat dengan kehidupan kita kerana
bahan utamanya adalah manusia, lingkungannyapersoalan tentang
manusia dan kehidupannya).

Daripada sastera, masyarakat boleh mengambil pengajaran dan


iktibar. Melalui sastera juga dapat kenal budaya dan cara hidup
bangsa lain

Peredaran zaman banyak menghilangkan nilai-nilai ketimuran kita


yang dahulunya merupakan sebahagian hidup generasi nenek
moyang kita.

Kerana tidak digunakan lagi, kesusasteraan kini terpinggir oleh alatalat elektronik (TV, Radio, Gajet dll)

Kehidupan (masa lapang) tidak lagi digunakan untuk membaca


karya sastera @ sesi bercerita tetapi diisi dengan menonton
televisyen dll

Apa yang ditayangkan di TV, filem (tidak dapat membentuk akhlak


mulia insansebaliknya banyak membawa kepada keruntuhan
moral)

Era Teknologi: Kemunculan Sastera Siber

Sastera siber (cber-literature) atau sastera interaktif muncul seiring


dengan perkembangan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan,
hubungan tanpa batasan ruang dan masa.

Suatu perkembangan baharu dalam dunia sastera tanah air.

Sejarah kesusasteraan kita bermula dengan tradisi lisan kemudian


percetakan (tulisan) dan yang terbaharu, teknologi

Berkembang pesat di semua negara termasuk Malaysia

Pengarang berkarya (bukan hanya menulis semata-mata) tetapi


mereka cipta karya (dalam bentuk multimedia, hasil gabungan 3D
yakni teks, grafik dan audio.

Definisi sastera siber:

1) Karya yang diterbitkan di internet. Definisi karya siber


merangkumi:

harus

*Bentuk karya moden yang mengintegrasikan ciri-ciri multimedia


(teks, warna, grafik, animasi, bunyi) dan bersifat interaktif (mampu
memberi tindak balas terhadap rangsangan pembaca) serta
memanfaatkan sistem link internet.

2) Sastera siber juga dinamakan e-Sastera

Contoh laman sastera siber: www.esastera.com

(Laman ini menjadi platform dalam usaha untuk menghasilkan


karya sastera yang bermutu) e-Sastera

*Sebuah majalah elektronik


berbahasa Melayumenjadi wadah
untuk ahli menyiarkan karya sastera mereka.

Ciri-ciri Sastera Siber

1) Keboleh capaian yang segera dan meluas (disiarkan di internet


dapat diakses & diberikan respons dengan serta-merta
oleh
khalayak (seluruh pelosok bumi yang ada capaian internet)dunia
tanpa sempadan. Hanya bahasa yang menjadi sempadan.

2) Bersifat dinamikboleh diedit oleh penulis sepanjang masa (dan


ia boleh digelar sebagai karya yang sedang digarap).

3) Dari segi bentukbukan berbentuk cetakan konvensional.


Sebagai contoh puisi di alam siber (luahan emosi bukan hanya

memanipulasikan kata-kata semata-mata). Ada grafik berwarna,


kesan bunyi dan suara)

Ciri interaktifmemberi pilihan kepada pembaca untuk menentukan


kesudahan sesebuah cerita sama ada gembira, sedih atau apa jua
situasi.