Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
kumpulan kami dapat menghasilkan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia ini dengan jayanya. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak- pihak yang banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih
yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Mustapha
Kamal bin Ahmad Kassim. kerana telah memberi bimbingan sepanjang menyiapkan
kerja kursus ini.
Kami telah ditugaskan untuk membuat satu kajian dalam bentuk penulisan esei
mengenai proses hagemoni barat dan globalisasi yang semakin mengegarkan dunia
dan menimbulkan banyak masalah dalam kalangan masyarakat masa kini. Perubahan
yang dibawa oleh arus globalisasi menjadi semakin ketara apabila perubahan tersebut
bertentangan dengan norma norma serta nilai nilai budaya timur. Tugasan ini
berfokus kepada konsep faktor faktor serta kesannya terhadap kehidupan manusia
terutamanya dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
Dalam proses penghasilan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang
saya dan ahli kumpulan saya hadapi dalam usaha menghasilkan projek ini. Sebagai
contoh, semasa proses pencarian maklumat, saya mengalami sedikit kesulitan, kerana
maklumat yang saya perolehi kurang menepati kehendak soalan.

Namun dengan

bantuan daripada rakan-rakan yang prihatin dan pensyarah kami yang tidak putusputus memberikan galakan dan idea bagaimana untuk menghasilkan tugasan yang
terbaik maka kami dapat mengatasi masalah ini. Selain itu, saya dan rakan-rakan saya
telah pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat, dan Alhamdulillah kami
memperolehi maklumat yang kami inginkan.
Sepanjang penghasilan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak faedah
yang berguna sebagai seorang bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah, saya lebih mengetahui dan

memahami konsep, faktor dan kesan hagemoni barat dan globalisasi yang melanda
dunia serta memberi impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Ilmu ini sangat
berguna bagi saya sebagai seorang bakal guru untuk dijadikan sebagai sumber
perkongsian kepada anak-anak murid di masa hadapan.
Selain itu, kita juga boleh melihat betapa pentingnya untuk kita mengetahui
mengenai hal-hal semasa dan dunia kita pada masa kini. Saya juga mula sedar betapa
pentingnya kerja kursus ini dalam memupuk nilai nilai murni dalam diri seorang bakal
guru untuk melahirkan anak bangsa yang berilmu pengetahuan yang luas dan
berakhlak mulia dan sebagai seorang guru yang berkualiti kita perlu mencapah kan
pemikiran kita agak tidak hanya berfikir di dalam kotak. Buka minda agar kita boleh
menjadi guru aktif dan boleh berfikir di luar kotak( think out of box ).
Usaha ini perlu diteruskan kerana sebagai seorang guru pelatih, kita perlulah
memberikan input luar daripada bidang akademik kepada para pelajar supaya mereka
mampu berfikir lebih jauh dan mempunyai minda kelas pertama disamping kita perlu
menunjukkan akhlak yang baik agar mampu menjadi contoh tauladan yang boleh
mereka ikuti. Dengan adanya kursus seperti ini maka secara tidak langsung ia akan
membantu guru pelatih untuk mempelajari sejarah dan dapat mengambil pelajaran
serta iktibar daripada tamadun Islam dan tamadun Asia yang wujud beberapa abad
yang lalu. Bukan itu sahaja, malahan kursus ini mampu membantu pihak IPG dalam
usaha melahirkan lebih ramai pendidik yang berkualiti dan mempunyai pemikiran minda
kelas pertama.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberi
banyak faedah dan pengajaran

kepada

saya dan rakan rakan dan hal ini

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Menjadi seorang guru bukanlah suatu pekerjaan yang mudah seperti
yang kita fikirkan. Ianya memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kerana kita
bukan sahaja mengajar mereka tapi kita juga perlu mendidik mereka menjadi insan
yang mampu berdikari dan berguna kepada agama , masyarakat dan negara.