Anda di halaman 1dari 12

PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUK :
PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN
MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
(MBMMBI)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR

ZAITON BINTI YAHAYA

NO. MATRIKS

D 20102043786

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Latar belakang MBMMBI

3.0 Rasional Pelaksanaan MBMMBI

4.0 Strategi Pelaksanaan Dasar MBMMBI

5.0 Peranan guru dalam melaksanakan MBMMBI


5.1 Peranan guru sebagai egen perubahan
5.2 Peranan guru sebagai pelaksana
5.3 Peranan guru sebagai role model
5.4 Peranan guru sebagai mentor
5.5 Peranan guru sebagai pengurus kelas

6
7
7
9
10
11

6.0 Rumusan

1.0

11

Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalamai perubahan yang sangat besar di
dalam bidang pendidikan.

Malaysia memiliki enrolmen Pendidikan rendah yang

universal dan merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen
sekolah menengah yang terpantas.

Kadar literasi di kalangan orang dewasa pula

adalah sekitar 92%. Pendidikan bukan sahaja merupakan hak asasi manusia, malah
ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


amat penting kepada perkembangan ekonomi.

Prestasi pendidikan yang rendah

memberi kesan yang negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap
pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya
tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta
jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam
pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan.
Bagi memenuhi hasrat untuk meningkatkan lagi pencapaian di dalam bidang pendidikan
ini, usaha telah dijalankan untuk merombak sistem pendidikan .

Rombakan yang

diadakan ini akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan
pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada usaha transformasi pendidikan. Matlamat
Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan
bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Bagi memperkukuhkan hasrat falsafah ini, penekanan yang lebih
akan diberi kepada usaha memupuk pembangunan sahsiah pelajar, memupuk kreativiti
dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan
terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.
2.0

Latar Belakang MBMMBI


Rancangan Malaysia kesepuluh telah menggariskan enam bidang keberhasilan Utama
Negara dan rakyat Malaysia (NKRA).

NKRA ini merupakan kombinasi keutamaan

jangka pendek dan isu-isu jangka panjang yang memberi kesan kepada rakyat. NKRA
pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik
prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh.
Untuk mempercepatkan penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan
dan menyeluruh, penekanan tidak hanya pada pembangunan fizikal tetapi juga aspek
yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan
sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksaan sistem pendidikan terbaik dunia dan
keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat
strategi akan digunapakai.

Antaranya ialah memastikan setiap kanak-kanak boleh

berjaya, menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar, membuat


pelaburan bagi membangun kepimpinan unggul di setiap sekolah dan meningkatkan
daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.

Bagi memastikan

setiap kanak-kanak boleh berjaya pula digariskan pula beberapa pendekatan seperti
ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


penyediaan asas pendidikan yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak, peningkatan
enrolmen dan kualiti sekolah, merendahkan umur bagi permulaan persekolahan,
memastikan penguasaan literasi dan numerasi dan juga memartabatkan Bahasa
Melayu dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris.
3.0

Rasional pelaksanaan MBMMBI


Pelaksanaan Program memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) akan dijalankan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia kesepuluh
iaitu 2011 hingga 2015. Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud mengembalikan
kedudukan

Bahasa

itu

sebagai

bahasa

pengantar

di

sekolah

kebangsaan.

Memperkasakan bahasa inggeris pula bermaksud usaha untuk mempertingkatan


penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik. ( Mohd. Ayob
Abd. Razid. 2011)
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan
Matematik di sekolah rendah dan menengah dilihat telah menghakis kepentingan
Bahasa Malaysia dalam bidang tersebut. Ini telah menimbulkan kerisauan dari pelbagai
pihak terutamanya golongan-golongan cendekiawan melayu. Oleh itu tindakan untuk
mengembalikan Bahasa Melayu sebagai menggantikanBahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dilihat telah menyelamatkan bahasa
melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Selain daripada itu, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dilihat
telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan pada tahun 1970an. Hasil
dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pencapaian untuk kedua-dua mata pelajaran
sains dan matematik didapati lebih baik sewaktu Bahasa melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar.

Selain daripada itu, di kebanyakan negara-negara lain di dunia

seperti Jepun, Jerman , China dan lain-lain berusaha keras untuk memertabatkan
bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga
tidak kurang hebatnya berbanding dngan bahasa-bahasa di dunia yang lain.
4.0

Strategi pelaksanaan Dasar MBMMBI.


Bagi meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar
beberapa strategi telah dirancang oleh kerajaaan. Antaranya ialah menambah jumlah

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


guru Bahasa Inggeris dengan menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi
menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta selain daripada pengambilan melalui Institut Perguruan dan Institusi Pengajian
Tinggi Awam.

Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ini juga kerajaan

mengambil langkah menyediakan guru Bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru
bagi setiap kelas berenrolmen tinggi seperti kelas-kelas yang melebihi 35 orang murid.
Selain daripada langkah juga diambil untuk menyediakan bahan-bahan bacaan Bahasa
Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
Langkah juga diambil untuk memartabatkan Bahasa Mealaysia itu sendiri.

Antara

langkah yang diambil ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan manakala Bahasa cina di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis kebangsaan Tamil. Bilangan
waktu

pengajaran

Bahasa

Malaysia

juga

ditambah di sekolah-sekolah

Jenis

Kebangsaan Cina dan Jenis Kebangsaan Tamil. Ini dapat meningkatkan penguasaan
Bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar bukan melayu. Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan diadakankan sepanjang dasar
MBMMBI dijlankan. Sebagaimana yang dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris langkah menyediakan bahan bacaan dalam Bahasa
melayu dan juga seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
juga ditambah demi menjayakan hasrat yang terkandung sepanjang perjalanan dasar
MBMMBI ini.
5.0

Peranan Guru Dalam Melaksanakan MBMMBI


Menurut

Datuk Abd.

Ghaffar

Mahmud,

Ketua

Pengarah

Pelajaran

Malaysia,

transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan


aspirasi negara untuk menjadikam Malaysia sebuah negara maju dengan acuan
yang tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat
yang terpelihara sejak sekian lama.

Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi

kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang
perlu digalas dalam bidang kurikulum, ko kurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.
Justeru itu, tanpa komitmen dan juga usaha gigih pra guru, semua pelan yag
ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar
peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk genarasi masa muka.
Peranan guru adalah sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan
bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan
peranan guru dipandang tinggi dan diikhtiraf sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai egen
perubahan.
Dalam merealisasikan hasrat dasar MBMMBI guru memainkan peranan yang sangat
penting. Tanpa kerjasama dari guru-guru pejalanan dasar yang telah terancang dengan
baik ini mungkin akan pincang. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu bekerjasama bagai
aur dengan tebing untuk memastikan keberhasilan dasar ini demi kebaikan pelajarpelajar dan seterusnya menjana masa depan negara.
5.1

Peranan guru sebagai egen perubahan.


Perubahan yang berlaku dalam sistem pendikan kita memerlukan kerjasama dari
semua pihak baik dari pemerintah, masyarakat, sekolah, guru-guru mahupun
pelajar-pelajar itu sendiri. Dalam merealisasikan dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini guru dilihat
memainkan peranan sebagai egen perubahan. Guru perlu memainkan peranan
di dalam masyarakat dengan bertindak membawa ilmu pengetahuan dan
membimbing masyarakat untuk memahami hasrat dan tujuan dasar tersebut.
Guru-guru juga perlu bertindak saling membantu dengan masyarakat sekeling
demi menjayakan dasar ini. Dalam konteks dasar MBMMBI ini guru perlu
memainkan peranan yang sangat besar dengan memberikan pengetahuan dan
kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang peri pentingnya kejayaan dasar
ini. Guru-guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang membolehkan masyarakat
sekeliling faham tentang keperluan dan kebaikan dasar tersebut. Guru-guru juga
perlu meningkatkan pengetahuan masing-masing demi demi untuk membawa
perubahan-perubahan baru untuk memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar,
masyarakat dan negara yang semakin kompleks dan progresif. Guru juga perlu
bersedia denagn mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan memenuhi

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


keperluan dan cabaran masa depan yang sering berubah serta meningkat dari
semasa ke semasa.
5.2

Peranan guru sebagai pelaksana


Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan semua
perancangan yang telah dirancang demi kebaikan pelajar-pelajar.

Melihat

kepada pelaksanaan dasar MBMMBI, guru memainkan peranan yang sangat


penting sebagai pelaksana.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, Pelaksana bermaksud orang yang
melaksanakan ( menjalankan, mengusahakan) rancangan. Oleh itu, dalam
perspektif ini guru sebagai pelaksana dasar MBMMBI ini bermaksud guru
bertanggungjawab menjalankan rancangan yang telah direncanakan bagi
menjayakan dasar ini. Bagi merealisasikan dasar MBMMBI ini, pelbagai strategi
telah dirancang dan dijalankan di sekolah-sekolah. Tidak dapat disangkalkan
guru memainkan peranan dalam melaksanakan perancangan ini.

Sebagai

seorang guru, peranan sebagai pelaksana inilah yang dianggap paling penting.
Guru-guru perlu bertindak untuk berkomunikasi di dalam bahasa melayu atau
bahasa inggeris yang betul dan baku sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini adalah satu tindakan yang paling utama
dalam merealisasikan dasar MBMMBI ini. Ini akan meningkat mutu Bahasa itu
sendiri. Selain daripada itu sebagai pelaksana guru guru perlu memastikan
mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu yang ada baik dari segi
komunikasi tetapi juga dari segi kemantapan bahasa itu sendiri. Guru-guru perlu
melengkapkan diri untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadi insan yang
mahir di dalam kenahiran berbahasa seperti penguasaan tatabahasa yang betul.
Kemahiran-kemahiran seperti kemahiran di dalam ejaan dan pengolahan ayat
juga perlu dikuasai.
Selain daripada itu, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan demi
menyokong dasar ini. Guru-guru boleh menjalankan peranan mereka sebagai
pelaksana dengan bertindak menyokong dan bertindak aktif dalam semua aktiviti
yang dirancang dan dijalankan di sekolah.

Sebagai contoh guru Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah boleh menjalankan minggu

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


Bahasa di mana di sini guru-guru mengetengahkan murid-murid yang berminat
untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti seperti pidato, bercerita,
bersajak, berlakon dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan meningkatkan
lagi minat di kalangan pelajar di dalam penggunaan Bahasa malaysia dan
Bahasa inggeris. Ini secara tidak lansung akan meningkatkan lagi pencapaian
pelajar-pelajar dalam kemahiran berbahasa.
Dalam memastikan minat pelajar-pelajar terhadap bahasa dapat ditingkatkan,
satu program yang dijalankan di sekolah sejak dari dahulu lagi perlu diberi
penekanan yang lebih mendalam.

Guru yang bertindak memainkan peranan

sebagai pelaksana perlu memastikan program NILAM yang dijalankan sejak


sekian lama terus dijalankan dan terus dimantapkan. Program NILAM ini adalah
satu program yang sangat efektif dalam memastikan objektif untuk menanamkan
minat pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan bacaan. Umum telah mengetahui
perkembangan ICT yang sangat pesat dewasa ini dan ianya banyak
mempengaruhi pelajar-pelajar.

Ini telah menyebabkan minat pelajar-pelajar

terhadap bahan bacaan berbentuk buku menjadi sangat rendah.

Oleh itu

program NILAM ini dilihat sebagai penggerak kepada penambahan minta


pelajar-pelajar untuk membaca. Peranan guru di sini adalah sebagai pelaksana
terhadap semua program yang dijalankan di sekolah demi memastikan dasar
MBMMBI ini dapat direalisasikan.
5.3

Peranan guru sebagai role model.


Role bermaksud bahagian yang dilakonkan atau tugas seseorang dalam satusatu usaha mahupun peranan.

Sementara model membawa maksud

membentuk sesuatu atau bekerja sebagai satu contoh tauladan. Role model
maksudnya seseorang yang menjalankan tugas dan peranan dan dijadikan
contoh oleh orang lain.
Guru adalah seorang role model kepada pelajar-pelajarnya.

Guru dianggap

sebagai role model kerana seorang guru berjaya menepati ciri-ciri seorang role
model. Seorang guru bukan sahaja dilihat dari ilmunya, juga dilihat daripada
keolahan dan perangainya yang akan dijadikan contoh atau model kepada
masyarakat, terutama sekali kepada murid, pelajar dan generasi muda.

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

PENGANTAR BAHASA MELAYU


Jika kita melihat dari aspek merealisasikan MBMMBI guru memainkan peranan
sebagai role model kepada pelajar-pelajarnya. Guru perlu bertindak untuk
menyokong dasar yang dirancang dengan baik ini.
menyuruh tetapi juga mempraktikkan.

Guru bukan sahaja

Pelajar-pelajar tidak akan bertindak

memulakan sesuatu tanpa adanya dorongan atau contoh yang baik yang
diperlihat oleh guru seperti kata pepatah melayu guru kencing berdiri anak
murid kencing berlari. Oleh itu , guru-guru dikehendaki menjayakan dasar
MBMMBI ini sebaik mungkin. Untuk itu guru-guru akan bertindak menjunjung
arahan ini dengan sebaik mungkin. Guru-guru akan bertutur dan menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas dengan menggunakan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sebaik mungkin. Guru-guru juga akan
memperbaiki kemampuan dan kemahiran mereka di dalam kedua-dua bahasa
demi menjayakan dasar MBMMBI ini.
ikutan pelajar-pelajarnya.

Seterusnya tindakan ini akan menjadi

Sekiranya guru-guru menjalankan peranan sebagai

role model ini dengan cemerlang, kejayaan Dasar MBMMBI Ini tidak dapat kita
sangkalkan kerana telah diketahui dan dibincangkan sebentar tadi guru adalah
role model dan ikutan pelajar-pelajarnya.
5.4

Peranan guru sebagai mentor.


Menurut Kamus Dewan Edisi keempat , mentor membawa maksud pembimbing
atau penasihat.

Sebagai mentor seorang guru harus bertindak untuk

membimbing anak-anak didik dan mengarah sikap, kemampuan, potensi dan


peribadi murid ke arah pencapaian tujuan dan hasrat dasar pendidikan.
Merujuk kepada keberhasilan dasar MBMMBI ini, peranan guru sebagai mentor
dilihat dari segi membimbing dan mengarah sikap, kemampuan, potensi dan
peribadi murid ke arah mencapai hasrat dasar iaitu memartabatkan Bahasa
Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar tentunya tidak
akan dibiarkan oleh para guru terkapai-kapai sendirian di dalam melayari
perubahan di dalam sistem pendidikan.

Semua penglibatan murid di dalam

rancangan dan aktiviti-aktiviti yang direncanakan oleh guru sepanjang perjalanan


dasar ini akan dibantu dan dibimbing oleh guru. Guru-guru akan membimbing
pelajar-pelajar sekiranya mereka mengalami masalah, serta membantu murid
mencungkil bakat atau kebolehan yang ada pada diri murid.
ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

Umpama kata

PENGANTAR BAHASA MELAYU


pepatah melayu Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat isinya. Begitu
juga peranan guru dalam situasi ini.

Jika tidak dibimbing manakan mampu

pelajar-pelajar mengembangkan kemampuan mereka sendiri. Guru-guru perlu


memainkan peranan mereka sebagai mentor dengan baik demi untuk
memastikan keberkesanan dasar MBMMBI ini.
5.5

Peranan guru sebagai pengurus kelas kondusif.


Sebagai seorang guru yang berkesan dan yang juga di dalam perjalanan untuk
menjayakan aspirasi dasar MBMMBI seorang guru perlu memainkan pernan
yang baik sebagai pengurus kelas . Guru memainkan peranan yang penting
dalam menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif
dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu

menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih


berkesan.

Sebagai mana yang diketahui, MBMMBI juga akan melibatkan

penekanan terhadap penggunaan ICT di dalam pengajaran Bahasa Malaysia


dan Bahasa Inggeris.

Untuk itu, guru perlu lebih bersedia dan bertindak

memastikan diri sentiasa bersedia dengan bahan-bahan bantu mengajar yang


memenuhi kehendak perjalanan dasar seperti menyediakan bahan-bahan bantu
mengajar untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam bentuk yang lebih
canggih dan menggunakan peralatan ICT.

Pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Sains dan Matematik yang bakal dijalankan dalam Bahasa


Malaysia juga memerlukan guru bertindak menyediakan bilik darjah yang
kondusif dan bahan bantu yang sesuai.
6.0

Kesimpulan
Keberkesanan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tidak dapat kita sangkalkan.
Bahasa Melayu pernah digunakan dengan meluas di pusat-pusat pengajian tinggi
sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang
sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmi dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai
siswazahdalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain.

Golongan professional

yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa melayu turut mahir berbahasa
Inggeris.
ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

10

PENGANTAR BAHASA MELAYU

Usaha untuk memansuhkan PPSMI dan Dasar MBMMBI dibuat selapas kerajaaan
mengkaji dan memeliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar
itu. Kerajaan juga telah mengambil kira pelbagai pandangan cendiakawan serta
pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dijalankan sejak
2003.
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menjayakan hasrat
yang terkandung di dalam dasar MBMMBI ini. Sekiranya guru menjalankan peranan
yang aktif dan proaktif sepanjang perjalanan dasar ini kita akan mampu melihat
kejayaan dasar ini dalam usaha untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dan seterusnya mengangkat martabat Bahasa Melayu itu sendiri
sebagai Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia.

ZAITON BINTI YAHAYA


D20102043786

11

PENGANTAR BAHASA MELAYU

RUJUKAN :

Rancangan Malaysia kesepuluh 2011-2015, Unit Perancang Ekonomi, Percetakan Nasional


Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. (2010)

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris


(MBMMBI). pmr.penerangan.gov.my

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan penguasaan Bahasa


Inggeris.pelajaranperak.gov.my

Akademik Bahasa: Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu,Memperkukuhkan Bahasa


InggerisMBMMBI. akademikbahasa.blogspot.com

ISU BAHASA : Memartabatkan bahasa melayu sebagai saluran penguasaan ilmu. www.
Jasa.gov.my

GURU SEBAGAI ROLE MODEL www.scribd.com

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN. www.sabah.edu.my

Guru dan Alam Pendidikan. Kulanzsalleh.com


ZAITON BINTI YAHAYA
D20102043786

12