Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENUH TIMBALAN PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang dihormati Cik Nurfarah Gan binti Abdullah, Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perempuan Melayu
Melaka, Para Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
dan seterusnya para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Pendidikan Khas Ambilan Januari 2013 yang saya kasihi
sekalian.
Salam Sejahtera dan selamat petang.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
para pelajar dan para pensyarah kerana menjemput saya untuk
menghadiri Karnival Permainan Tradisional dan seterusnya
merasmikan Majlis Pembukaan Karnival Permainan Tradisional pada
petang yang indah ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
semua pelajar dan pensyarah yang terlibat atas persiapan dan
komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan karnival ini. Segala
usaha yang anda semua lakukan dapat dilihat dengan
berlangsungnya karnival ini dengan jayanya.
Tuan-tuan dan Puanpuan yang saya hormati sekalian,
Permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia
yang tidak ternilai harganya.Warisan nenek moyang kita ini
melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa.
Permainan tradisional ini merupakan permainan yang dimainkan
oleh generasi pada zaman dahulu lagi. Permainan tradisional ini
bukan sahaja menghiburkan malah dapat mengisi masa lapang dan
menyihatkan tubuh badan kita. Apa yang lebih penting permainan
ini boleh dijadikan medium atau alat untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat dalam
kampus kita sendiri. Para pelajar yang dikasihi, Sebenarnya apa
yang anda semua lakukan pada hari ini adalah perkara yang sangat
baik dan harus dikekalkan pada masa akan datang. Anda semua
telah melestarikan permainan tradisional ini dan menyahut seruan
negara untuk memartabatkan warisan budaya negara agar tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Saya difahamkan bahawa penganjuran karnival ini adalah


untuk memenuhi kehendak silibus PJM3123e iaitu Pengurusan dan
Pentadbiran Sukan. Karnival yang diadakan ini adalah untuk
memberi peluang dan pengalaman
kepada para pelajar
mempelajari cara-cara mengurus sesuatu pertandingan secara
sistematik dan berkesan. Disamping itu juga, penganjuran
permainan tradisional ini merupakan salah satu wadah untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar.
Saya juga difahamkan bahawa sebanyak unit terlibat dalam
Karnival Permainan Tradisional pada kali ini. Sambutan yang
menggalakkan ini dapat memperluaskan lagi objektif karnival ini
diadakan dan seterusnya menjadikan lagi permainan tradisional ini
satu permainan yang diingati oleh warga belia terutamanya warga
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Tahniah saya ucapkan
kerana anda semua telah berjaya mengurus dan mentadbir karnival
ini dengan baik.
Karnival pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan
kecergasan semata-mata malah diharap dapat melahirkan insan
guru yang bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam
pelbagai aspek. Ini kerana setiap acara sukan dan permainan yang
dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah
dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Di dalam sukan dan
permainan juga mengandungi konsep persefahaman, disiplin, taat,
daya saing, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu
pertandingan.
Tuan-tuan dan Puanpuan yang saya hormati sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan
mengungkapkan dua rangkap pantun

saya,

izinkan

saya

Bunga layu di dalam taman,


Bunga ditanam di kawasan gurun,
Warisan Melayu ditinggal jangan,
Menjadi kebanggaan turun temurun.
Riuh kelasi bergurau senda,
Duduk dipangkal pohon Markisa,
Diperlihara diwarisi kesenian yang ada,
Agar kekal budaya bangsa.
Akhir sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka dan para pelajar PISMP Pendidikan Khas Ambilan

Januari 2013
kerana telah berjaya menganjurkan karnival ini
dengan cemerlang.
Saya dengan ini dengan lafaz Bismilllahirrahmanirrahim
merasmikan Majlis Pembukaan Karnival Permainan Tradisional 2015
dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.