Sesuatu yang baru atau unik hasil ciptaan atau hasil penstrutural semula.
Tujuan Inovasi.Untuk meningkatkan tahap efisien, releven dan kualiti pelajar.
Inovasi Pendidikan.Kemampuan guru dan pelajar untuk membina transformasi
atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah
yang releven dengan perkembangan semsa kearah penjanaan dan perkembangan
minda yang lebih menarik.
Faktor-faktor yang perlu dititikberatkan.
1) Guru*ciri-ciri guru yang inovatif*peranan guru inovatif
2) Pelajar*ciri-ciri guru yang inovatif*peranan guru inovatif
3)kurikulum
4) kemudahan
5) masyarakat
KEPENTINGAN
Meningkatkan kualiti
Meningkatkan kemahiran guru
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif
Memudahkan pengawalan kelas oleh guru
Mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran
Menjimatkan masa dan tenaga.
Oleh hal yang demikian, guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau
merancang inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian inovasi yang
dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan. Hal ini
adalah sangat penting kerana tanpa melibatkan guru dalam proses merangka inovasi dalam
pendidikan di sekolah, mereka akan menolak inovasi yang diperkenalkan kepada mereka. Hal ini
demikian kerana apabila sesebuah inovasi dilakukan tanpa melibatkan para guru, mereka akan
menganggap inovasi ini sebagai sesuatu yang menyusahkan dan mengganggu mereka dalam
menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Oleh itu, inovasi dalam pendidikan seharusnya
mengutamakan penglibatan guru itu sendiri kerana mereka lebih faham prospek dalam bidang
yang mereka ceburi.
2) Murid
Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan, murid mempunyai peranan yang sangat
dominan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan
sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul
dalam diri mereka tanpa paksaan. Hal ini berlaku apabila murid-murid juga dilibatkan terlibat
dalam proses merangka inovasi dalam pendidikan walaupun dengan memperkenalkan kepada
mereka objektif pelaksanaan inovasi daripada tahap perancangan sehinggalah pelaksanaan.
Mereka juga harus dijelaskan tentang tanggungjawab bersama dalam pelaksanaan ini agar
inovasi dalam pendidikan dapat berjalan dengan konsisten.
Peranan murid dalam inovasi pendidikan adalah sangat penting kerana mereka ialah individu
yang menerima pelajaran dan penyampai ilmu pelajaran kepada rakan-rakannya yang lain. Oleh
itu, pengenalan tentang inovasi dalam pendidikan adalah sangat penting kepada murid agar
mereka dapat membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3) Kurikulum
Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa kurikulum di sekolah adalah sangat penting dalam
dalam pelaksanaan inovasi dalam pendidikan.
Oleh itu, pembaharuan dalam pendidikan perlu sesuai dengan kurikulum sekolah dan
kemudian barulah diikuti dengan pembaharuan dalam pendidikan. Jika hal ini berlaku, keduaduanya akan selari dengan aspek-aspek lain dalam pendidikan.
4) Kemudahan
Kemudahan termasuk sarana dan prasarana pendidikan tidak seharusnya diabaikan khususnya
ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan di sekolah sudah pastinya
akan mempengaruhi kelangsungan inovasi yang ingin diterapkan. Tanpa wujudnya kemudahan
yang kondusif, pelaksanaan inovasi dalam pendidikan mungkin akan pincang. Oleh itu, pihak
sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik agar murid dapat
menerima isi pelajaran dalam keadaan yang selesa. Tidak lupa juga kepada keperluan tambahan
lain seperti alat pemancar (projector) dan tabir putih seharusnya berada dalam keadaan baik agar
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat dijalankan. Hal ini demikian kerana,
menurut Rogers (dalam Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009), murid-murid lebih mudah
menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum.
5) Lingkup Sosial Masyarakat.
Ketika usaha inovasi dalam pendidikan dilaksanakan, masyarakat terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam perubahan tersebut. Mereka mampu membawa sama ada impak positif
mahupun negatif. Hal ini demikian kerana pendidikan itu sendiri adalah untuk mengubah
masyarakat untuk menjadi lebih baik. Tanpa melibatkan masyarakat sekitar, inovasi dalam
pendidikan tidak dapat dijalankan dengan baik malah, mereka mungkin tidak menyokong
sekiranya inovasi yang dilakukan tidak dijelaskan dengan baik kepada masyarakat. Contohnya
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
baru-baru ini mendapat tentangan daripada segenap masyarakat kerana kurang diberi
pemahaman tentang kepentingan PBS itu sendiri. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut John Dewey, pendidikan ialah pembentukan manusia baru melalui perantaraan
karakter dan fitrah dengan mencontohi peninggalan budaya lama masyarakat manusia. Hal ini
menunjukkan kita mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.
Maka, perubahan dalam kebiasaan adalah sukar diterima oleh masyarakat. Jadi, mereka
seharusnya didedahkan tentang inovasi yang cuba dilakukan.
Definisi
PENDAPAT TOKOH
INOVASI PENDIDIKAN
Kemampuan guru dan pelajar untuk membina
transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sam
a ada
dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan deng
an
perkembangan semasa ke arah penjanaan dan
perkembangan minda yang lebih dinamik.
Faktor yang perlu dititikberatkan
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai
pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.
Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh
seseorang.
Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang
lama oleh seseorang individu.
Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru
yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring
about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new
context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of
providing a strategy to deal with a specific local or national problem.
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan
ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita
rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru
pada unit yang menggunakannya.
Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu
produk atau proses.
Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea
baru pada organisasi.
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan
sebagai:
Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi
peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan.
Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:1. Peringkat individu
2. Peringkat organisasi
Peringkat Individu
Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran
dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti
sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.
Peringkat Organisasi
Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka.
Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran.
Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan
maksimum.
Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu
dengan cara:1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam
sesuatu ekosistem
2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap
dan pantas
3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik
4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan
dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988)
Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen asas
inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran,
khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci
oleh manusia.
2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari
oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.
3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta
yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara
berterusan.
4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu
masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat,
pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.
5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk
mencuba idea yang unik dan ganjil.
6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan
penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.
7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan
Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan
adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk
menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat
penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui
mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan
dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh
penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak
dipersetujui.
Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga
memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang banyak,
hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lain yang wujud
dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu
persetujuan
2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan
pengetahuan dan pengalaman mengenainya
3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah
dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan
tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan kemantapan hasil
4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan kriteriakriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke takat
apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang berbangkit
5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan telah
tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.
6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan
yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha
menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu
lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.
7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha
memperoleh inovasi pendidikan.
8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang
datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakan ssuatu
usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu penjelasan yang berbentuk
teknikal dan empirikal.
9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai
sendiri dan juga di kalangan penerima.
10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku dan
menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu untuk
kegunaan di negeri ini.
KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN
Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti.
Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam
mengeneralisasikan idea baru.
Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang
bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.
Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih
realiti.
Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh
masyarakat.
Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan
mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:1.
2.
3.
4.
5.
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
ekspresif
produktif
inventif
inovatif
emergentif
Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh
diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea
baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula,
memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran.
Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi
mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002).
Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang
dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat
dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi
revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai
perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi
menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan
perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu
membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru
dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat
berpengetahuan (Fransman, 1999).
Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi
mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:1.
2.
3.
4.
5.
6.
Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah.
Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi
proses iaitu:1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak
dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)
2. Kreativiti Teknikal kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola)
3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan
novel
4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan
pendekatan alternatif
5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis
perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.
Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan
di sekolah, yang meliputi:1. Kreativiti kurikulum ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek
pembelajaran, reka bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.
2. Kreativiti pengajaran menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi
pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah
3. Kreativiti profesional mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya
profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi
terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.
4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran
terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong kemajuan
diri dan kemajuan pendidikan amnya.
5. Kreativiti persekitaran belajar iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat
belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif
boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.
6. Kreativiti pengurusan cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem
pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan
dan perkhidmatan yang ditawarkan.
7. Kreativiti teknologi bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannya kepada
kreativiti dan inovasi sekolah.
Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan
masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan
kreatif perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang
dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina
kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu
bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk
dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.
FAKTOR-FAKTOR UTAMA
PERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN
Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif
ialah,
1. Pengurusan
2. Komunikasi terbuka
3. Teknologi
4. Penyelesaian masalah
5. Budaya
6. Strategi
7. Kepimpinan dan
8. Pemikiran
Faktor-Faktor Utama Dalam Perkembangan
Pembelajaran Kreatif Dan Inovatif
PENGURUSAN
Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi
pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih
dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih
mesra dan berhemah.
Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan
demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem
komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang
berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang
harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif.
Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik
perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan
kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan
organisasi pembelajaran melibatkan:a. Perancangan perubahan
Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu
dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan
mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran guru.
b. Pengetahuan
Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran,
berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya
maju. Mereka di anggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi
pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
c. Strategi pengajaran dan pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan
pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga
dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga
dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar.
Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan
guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,
pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan
pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan.
Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian
positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.
Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar
juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat
membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan
pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif.
Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi
pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan
inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan
pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat
mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga
dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai
kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat
menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat,
kecerdasan dan kecekapan mereka.
Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti dan
inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan
berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail
dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang
kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen,
pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif
dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan
kemajuan sekolah.
d. Kurikulum
Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan
perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan
baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan
jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di
sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau
pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan
bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.
Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan
berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan
kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif
dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih
kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan di kalangan
pelajar supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan.
Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau
teamwork perlu dubentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan
berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.
e. Pengurusan organisasi pembelajaran
Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya
mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif dan juga menghasilkan
pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri.
KEPIMPINAN
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran
di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas
dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi
membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek
pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan
sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu
mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada
strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.
Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai
organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi
sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan
dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi
pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak
bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh,
pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai
kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di
sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk,
kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.
BUDAYA
Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong
semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan
perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan
dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional.
Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta
keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni,
menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaan dan
pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang
ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini.
Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti aktiviti kreatif
sekolah dalam sains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, ko-kurikulum, dan melahirkan
tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi sekolah kreatif tidak hanya bergantung
kepada pencapaian akademik semata-mata,sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalam pelbagai
bidang lain seperti muzik, pancaragam, sukan dan budaya. Budaya sekolah yang baik mampu
menyemai nilai, norma positif, menghormati orang lain, memberi dorongan dan mengadakan
persaingan yang sihat dan membina di dalam organisasi.
TEKNOLOGI
Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti
dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang
lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi
pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.
Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi
maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan
organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali
menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah
kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada
kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha
bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan
jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah
luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan
ini.
Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan.
Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan.
Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah
bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi.
Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan
pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to
manage, innovate and implement change.
Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan,
asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh
kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa
yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pula menyatakan
organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus
hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan
akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat
kewujudannya. Melakukan perubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan
mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko.
Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak pada dekad ini di mana
generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat
mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanian ke revolusi
industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi ialah proses
semula jadi di mana sesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk menangani inovasi yang di
akibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang di bawa oleh proses maklumbalas dan
tindakbalas melalui sistem komunikasi dan maklumat antara manusia dan sistem.
Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa inovasi
dalam organisasi pendidikan. Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan
peralatan pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah
bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak kementerian juga
menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio
dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV
dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan
menggunakan teknologi satelit.
Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT
dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada tahun
1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set komputer
untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 1994 pula, KPM
telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiap
sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas
kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini
dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian
Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan
tidak dirangkaikan. Antara tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah
sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanyak 10 set komputer bagi setiap buah
sekolah.
Pada tahun 2000, Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Rendah dan
Menengah (Projek Pengkomputeran) diperkenalkan di 2,418 buah sekolah rendah dan menengah
beberapa sistem pemilihan calon masuk ke institusi pendidikan tinggi tempatan. Bahagian sumber
maklumat juga menyediakan kemudahan rangkaian KPMnet yang menghubungkan Jabatan/Bahagian
dengan institusi pendidikan. Melalui kemudahan ini, personel KPM diberikan kemudahan e-mel dan
internet. Laman web KPM iaitu EducationNet telah dibina dan mengandungi maklumat aktiviti semasa
serta maklumat tentang status permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), maktab perguruan
dan universiti awam serta status pinjaman PTPTN.
PEMIKIRAN
Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanya soalan-soalan terbuka yang dapat
mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta mencetuskan
pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunan semula pengetahuan
dan proses asimilasi iaitu menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada.
Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkan pemikiran divergent atau
lateral, imaginatif di kalangan pelajar.
Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan
hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai
pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza
mengikut teori pemikiran yang diamalkan. Konsep pemikiran tersebut ialah:Pemikiran sebagai CUBA JAYA
Menurut ahli psikologi behavioris pemikiran ialah satu usaha cuba jaya, iaitu pertalian antara
rangsangan dan respons. Teori pemikiran behavioris terdiri daripada tiga komponen, iaitu rangsangan
(Ra: sesuatu situasi penyelesaian masalah, respons (Re : tingkah laku penyelesaian masalah tertentu)
dan kaitan antara rangsangan tertentu dan respons tertentu. Organisma akan cuba sehingga berjaya
mencapai pertalian itu. Pertalian itu diandaikan berlaku dalam minda organisma dan dipamerkan
dengan penyelesaian masalah berkenaan (Ra-Re). Menurut Thorndike (1911), latihan mengeratkan
pertalian antara rangsangan dan respons, dan respons yang tidak membantu proses penyelesaian
masalah, lama-kelamaan akan kehilangan kesannya. Pertalian antara rangsangan dan respons akan
bertambah kukuh sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan selepas menyelesaikan sesuatu
masalah.
Apakah pula yang berlaku antara rangsangan dan respons? Hull (1943) meramalkan bahawa responsrespons kecil berlaku di antara Ra dan Re yang membawa kepada penyelesaian masalah. Watson
(1930) menyifatkan ini sebagai bercakap dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun ahli-ahli psikologi
behavioris tidak begitu berminat menerangkan apa yang berlaku di antara rangsangan dan respons.
Oleh sebab apa yang berlaku dalam minda organisma tidak dapat dilihat secara empirikal, kajian
mengenainya kurang diberi perhatian. Hanya tindakan yang dapat diperhatikan berlaku, seperti
rangsangan dan respons diterima sebagai bukti.
Pemikiran sebagai CELIK AKAL
Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian kaitan
antara satu aspek masalah dengan aspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural. Iaitu
kebolehan memahami bagaimana semua bahagian-bahagian masalah dapat disepadukan bagi
memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini memerlukan mengorganisasi semula elemen-elemen masalah
kepada bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan.
Dalam eksperimen klasik yang dijalankan oleh Kohler (1925) seekor monyet yang lapar diletak di
dalam sebuah sangkar. Sebiji pisang tergantung daripada bumbung sangkar tersebut dan terlalu tinggi
untuk monyet itu mendapatkannya. Dalam sangkar itu juga terdapat beberapa kotak yang berlainan
saiz. Monyet itu cuba mendapatkannya pisang itu dengan melompat-lompat beberapa kali tetapi tidak
berjaya. Ia pun berhenti seketika dan memerhati sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba mengheret
kotak-kotak ke tengah sangkar di bawah pisang. Lalu monyet itu pun menyusun kotak-kotak itu
bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan kemudian memanjat kotak-kotak tersebut dan berjaya
mendapatkan pisang. Menurut Kohler, apabila monyet itu secara tiba-tiba sedar tentang pertalian di
antara kotak-kotak dengan mendapatkan pisang, ia disifatkan celik akal (insight).
Pemikiran sebagai MENCARI MAKNA
Menurut Ausubel (1968), struktur kognitif atau skemata ialah pengetahuan sedia ada manusia dan
terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi yang pernah dipelajari atau didedahkan. Pembelajaran
bermakna atau meaningful learning berlaku apabila maklumat baru dapat diasimilasikan ke dalam
struktur kognitif individu berkenaan melalui proses subsumpsi. Pendek kata, subsumpsi berlaku
apabila individu dapat memberi makna kepada maklumat baru berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Namun demikian, pemikiran ditafsirkan sebagai proses mencari skemata atau pengalaman lalu yang
sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau maklumat baru.
Pemikiran sebagai PEMBENTUKAN KONSEP
Pengujian hipotesis atau pemikiran induksi lazimnya dikaitkan dengan pembentukan konsep dan
penaakulan analogikal. Pembentukan konsep dikaitkan dengan usaha-usaha Bruner, Goodnow &
Austin (1956) yang menyarankan kepentingan pengkonsepan. Pembentukan konsep atau kategori
memudahkan individu memahami persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif. Kategori
konsep mewakili beberapa objek atau peristiwa yang mempunyai ciri-ciri serupa atau hampir sama
serta ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain.
Individu yang diberikan masalah mengumpulkan maklumat mengikut kategori tertentu dikatakan akan
mengemukakan hipotesis dan peraturan. Contohnya, objek-objek seperti meja, kerusi, katil dan almari
akan dilonggokkan di bawah kategori perabot. Dia akan meneruskan proses melonggokkan mengikut
hipotesis ini sehingga ia tidak boleh dipakai lagi.
Pemikiran sebagai PEMBINAAN MAKLUMAT
Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif yang
melibatkan beberapa operasi mental utama seperti induksi, deduksi, penaakulan, urutan dan
klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabila menyelesaikan masalah
atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan dengan
membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya.
Kanak-kanak dengan spontan boleh asimilasi pengetahuan daripada pengalaman dan menyusunnya
melalui beberapa operasi mental. Walau bagaimanapun aspek-aspek pengalaman dan cara
pengalaman itu disusun adalah terhad dan tertakluk kepada tahap perkembangan kanak-kanak itu.
Dalam proses pembelajaran yang memberi pelajar peluang bercakap, memberi pendapat dan
membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran pelajar di sekolah. Kanak-kanak yang
berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layanan yang positif akan muncul sebagai pemikir
yang lebih berkesan.
Pemikiran sebagai PENAAKULAN DEDUKTIF
Penaakulan deduktif ialah membuat kesimpulan berdasarkan premis, pernyataan atau maklumat
tertentu yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber. Individu hanya perlu menyusun idea-idea
tersebut ke arah mendapat satu jawapan yang betul sahaja. Semua butir maklumat yang diperlukan
untuk menjawab pertanyaan Siapakah yang paling tinggi? Telah diberikan. Individu hanya dikehendaki
menyusun dan mengaturnya mengikut cara berkesan. Sekiranya maklumat yang diberikan salah,
maka jawapannya pun mungkin salah. Penaakulan induktif juga disebut sebagai pemikiran bertumpu
atau konvergen.
Pemikiran sebagai PENAAKULAN INDUKTIF
Penaakulan induktif yang disebut sebagai pemikiran bercapah tidak ditujukan ke arah mendapatkan
satu jawapan betul. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin betul (Phillips,
1994). Individu yang menaakul secara induktif cuba mengemukakan pelbagai jawapan, idea,
kesimpulan dan alternatif yang boleh diterima sebagai betul. Lazimnya, dalam penaakulan induktif
individu tidak dapat menyatakan dengan yakin iaitu daripada banyak jawapan yang dicadangkan, satu
jawapan adalah betul. Mengapa? Ini adalah kerana jarang sekali seseorang itu akan dapat meneliti
segala kemungkinan. Kemungkinan lain boleh timbul yang memaksa individu mengubahsuai pemilihan
awalnya. Contohnya, jika kita rumuskan bahawa semua kucing mempunyai ekor dan tiba-tiba kita
bertembung dengan kucing yang tidak mempunyai ekor, kita terpaksa mengkaji semula rumusan yang
dibuat tentang kucing.
Pemikiran sebagai PENYELESAIAN MASALAH
Menurut Simon (1962), semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian
masalah. Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap
dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan dan rekreasi atau semasa
pembelajaran.
Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaan awal,
dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang terdiri
daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedaran tentang
masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu
tindakan di ambil, maka individu itu adalah pada tahap keadaan pertengahan, iaitu dia telah menukar
keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia dikatakan telah sampai
pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah.
STRATEGI PEMBELAJARAN
Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran
yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.
Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang
terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh
digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara
berkumpulan dan sebagainya.
KOMUNIKASI TERBUKA
faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi,
pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.
Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak
masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan
dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya
mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan
inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.
Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang
berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu menanya beberapa persoalan
dengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan tersebut ialah: Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atau aktiviti dalam perkembangan organisasi
pembelajaran?
Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yang telah memberi sumbangan kepada
kejayaan lepas?
Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalang yang mengganggu aktiviti?
Bagaimana beliau menetapkan matlamat untuk dan mengukur kesesuaian perkembangan aktiviti
dalam pembelajaran baru?
Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan perkembangan proses hasil pembelajaran
baru?
Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu
sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan,
pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan
perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.