Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Pengenalan
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan

kemahiran

masyarakat

yang

kerja

diwarisi

tangan

yang

memerlukan

turun-temurun.

Di

sekolah

daya

cipta

rendah,

oleh
murid

diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan,alat


pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman
dan tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi

hasil

kerja

diadakan

sebagai

satu

proses

pembelajaran

yang

merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi


setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.1 Konsep Asas Seni Tradisional


Definisi Kraf Tradisional
Makna kraf
Keluaran Kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya
tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan
termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai
reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan
kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979) Dengan perkataan Kraf adalah barangan
yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara
sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.
Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi.
Makna kraf tradisional

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam


menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing
perhiasan diri dan lain-lain lagi. Kraf tradisional adalah merupakan warisan
bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan
kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan
mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak
terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk
kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus
berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan
kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai
tujuan.Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu
untuk diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari
alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada
pengamatan

dan

pemikiran

penciptaannya

yang

dijelmakan

melalui

impian,seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam.


Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan
sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi
juga

berbeza

berhampiran

dengan

karya

dengannya

seni

berusaha

daripada

kebudayaan

membudayakan

kelompok

masyarakat

yang

tempatan

dengan budaya mereka dalam segala serbi. Ini termasuk juga penggunaan
ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada
negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina
dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina
jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana
penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan
termasuklah seni kraf. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh
masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur
daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati
diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah
dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam
Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang
mudah didapati disekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana
masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan
mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan
2

fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek
atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi
ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat
permainan, alat perburuan dan kenderaan. Sebagai sebuah Negara berdaulat,
seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi
pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya
Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu
bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti
mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara
berhak

serta

berkewajipan

untuk

menerima,

mengamalkan,

menghayati,

menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi


daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan,keadaan, serta daerah. Kraf
tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi
muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti
batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan
barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya
sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan
mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat
diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang
khasnya murid sekolah
1.2 Fungsi ekonomi dan sosio-budaya dalam kraf tradisional
Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikannya dan tersendiri.
Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan
budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun
seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas.
Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan
dipersekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas
air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lainlain lagi. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk.
Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau
pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk
geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan
bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang
atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang
3

kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.


Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti
atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Anyaman mengkuang
atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga
boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya.
Penciptaan keris mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis
senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa
dahulu. Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa
bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa,
keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan
tradisional Melayu.

2.0 Kraf Tradisional (Wau)


Diertikan

sebagai

layangan

iaitu

rangka

kayu

yang

baluti

kertas

dan

diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan


tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.
Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas, gentian atau
kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala,
bersayap, berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin.
Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga
dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor
2.1 Mengenal ciri visual kraf
Menurut suatu catatan, wau dipercayai dicipta oleh seorang yang bernama Sang
Jaya atau yang mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu dan Masai
Kelana Seri Panji. Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi.
Terdapat beberapa dakwaan tentang Negara asal bermulanya wau seperti di
Indonesia, Thailand dan tidak kurang pula yang mendakwa dari Kelantan.

Pada awalnya wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara. Wau
digunakan sebagai panduan untuk menentukan sesuatu arah. Wau juga
dikatakan menjadi lambang kejayaan setiap serangan yang dilakukan oleh
sesebuah negara yang dilakukan oleh sesebuah negara ke atas negara lain.
Selepas berjaya dalam serangan pesta menyambut kemenangan diadakan
dengan menaikkan wau. Lama kelamaan wau dijadikan permainan mengisi masa
lapang yang popular sehingga diadakan pertandingan pula,
Kini wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan
pada musim kemarau setelah selesai menuai padi,
Pendapat kedua menyatakan wau telah bermula di Negara China sejak 3000
tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu wau bukan dicipta untuk tujuan
hiburan, sebaliknya untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang
terperangkap di bukit-bukit atau gunung-gunung semasa banjir.
Ada juga berpendapat, wau bukan sahaja sudah dimainkan malah sudah
mempunyai pelbagai bentuk rupa pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud.
Perkara ini dapat dibuktikan melalui buku Sejarah Melayu yang menceritakan
perihal pertandingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad putera Sultan Mahmud.
Ini menunjukkan permainan wau pada masa itu sangat popular hingga wujud
permainan kebangsaan bagi anak-anak raja dan golongan istana.
Pendapat ketiga pula menyatakan permainan wau pada awalnya tiada nama.
Wau dimainkan oleh kanak-kanak dan diperbuat daripada daun yang diikatkan
pada tulang belakang dengan menggunakan tali daripada kelopak pisang atau
urat nanas.
Permainan itu dimainkan di kawasan lapang dan berangin. Apabila permainan
tersebut terputus, anak-anak yang memainkan akan menangis. Bunyi tangisan
wa,wa,wa akan kedengaran dan lahirkan perkataan wau.
Jenis-jenis Wau

Wau Bulan
Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia.
Kepopularannya

didominasi

oleh

rakyat

pantai

timur

diSemenanjung

Malaysia. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan
dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan
seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya,
wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang
biasa

adalah

sepanjang

2.5 meter dengan

tinggi

3.5 meter. Ini

untuk

memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan
menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang
terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan. Bentuk wau bulan ini menjadi
lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Bagaimanapun,
sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing,
bukan wau bulan.

Wau Kucing
Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai
seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian
kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan
dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya.
7

Wau Jala Budi


Wau

Jala

Budi merupakan

sejenis

jenis layang-layang yang

popular

di

negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turuntemurun di Malaysia.

Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada

bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari
kerangka ekor Wau Jala Budi.

Wau Merak

Wau Merak merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular dikalangan


keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipasdan
dipercayai

berasal

dari Sulawesi, Indonesia.

Ia

memiliki

rekabentuk

bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak
biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau
helang.

Wau Dodo Helang


Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di
Terengganu, Ia tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo helang ini
mempunyai rupa yang sama dengan wau helang kecuali hiasan pada dada
layang-layangnya yang berbeza.

Wau Kangkang
Wau

Kangkang merupakan

sejenis

jenis

layang-layang

yang

popular

di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara


turun-temurun

di Malaysia.

Wau

kangkang

menyerupai

bentuk wau

jala

budi tetapi memiliki corak ekor yang mencapah.

Wau Seri Bulan


Wau seri bulan merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Ia
merupakan

wau

tradisional

yang

telah

dimainkan

secara

turun-temurun

di Perak, Malaysia. Ia mempunyai sedikit persamaan dengan Wau bulan yang


dimainkan di Kelantan.

10

Wau Helang

Wau

Helang merupakan

sejenis

jenis layang-layang yang

popular

di Perlis, Malaysia. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau merak, kecuali
tidak berekor panjang. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Way Helang
merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Perlis. Pada kebiasaannya, wau
helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini
bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin
melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk
menghiasi dada Wau helang adalah burung helang atau burung pemangsa yang
lain.

Tengku
tanda

Muhammad

Faris

perasmian

Petra

'Pesta

Wau

(tengah) menaikkan Wau

Puyuh

Antarabangsa

2008'

Kelantan

di Pantai Geting, Tumpat Kelantan.


Wau

Puyuh merupakan

sejenis

jenis

layang-layang

yang

popular

di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara


turun-temurun di Malaysia.

Wau Puyuh menyerupai bentuk wau bulan tetapi

memiliki corak ekor yang lebih melengkung..

11

Wau Kapal

Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia


merupakan

wau

tradisional

yang

telah

dimainkan

secara

turun-temurun

di Malaysia.Wau kapal tradisional menerapkan hiasan menggunakan teknik


telepuk, tebuk dan tampal manakala wau kapal moden lebih mudah untuk
dihasilkan kerana tiada motif hiasan seni tradisional.
Meskipun penghasilan wau kapal tradisional agak rumit, ia mempunyai keunikan
dan keistimewaan tersendiri berbanding wau kapal moden. Teknik telepuk,
tebuk dan tampal adalah warisan berzaman dari negeri Selangor dan dipercayai
wujud lebih 300 tahun dahulu.

Teknik telepuk ini menggunakan pelbagai kertas

warna yang diukir dengan bunga kecil kemudian ditebuk dan diulang beberapa
lapis untuk dijadikan corak.
2.2 Mengenal alat, bahan, proses dan teknik kraf
(a) Alatan dan bahan yang digunakan:
(i) Alat
Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting
(ii) Bahan
Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas
minyak atau kertas warna, gam dan benang
(b) Langkah-langkah untuk membuat wau:
(i) Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.
(ii) Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
(iii) Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
12

(iv) Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
(v) Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.
(vi) Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
(vii) Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.
(viii) Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau
2.3 Mengenal motif kraf
Pada mulanya wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi
permainan yang sangat digemari orang, terutamanya pendudukan di Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu. Kini, wau telah terkeluar dari tujuan
asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta
warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang
baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identiti istimewa
negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan sebagai
hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah dan
tempat-tempat lain.
Corak hiasan wau
(i)

Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan

(ii)
(iii)

larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.


Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.
Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir
(Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan

(iv)
(v)

semburan warna.
Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.
Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.

Jenis-Jenis Motif
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Bunga matahari
Daun ketumbit
Ketamguri.
Pucuk rebung
Itik pulang petang
Badak mudik

2.4 Proses perkembangan artistik


1. Proses pengwujudan idea

13

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh


serta asal-usulnya. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu
yang lebar.

Proses

pengwujudan

idea

menggunakan

alam

semulajadi

dan

objek

di

persekitaran sebagai sumber idea atau ilham. Wau bulan merupakan wau yang
paling popular jika dibandingkan wau lain. Wau ini mempunyai bentuk seperti
bulan sabit yang di bahagian hadapan dan separa bulatan di bahagian ekor Wau
bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain untuk
memastikan
terdapat

pada

kelihatan

jelas

wau

yang

tersebut

akan

sekali.

bungan
bentuk

corak

merupakan
yang

Bungasatu

paling

popular.Antara

bunga

menjadi

kegemaran

pembuat ialah bunga labu, bunga pecah lapan, cempaka

yang
si

dan sebagainya.

Haiwan juga boleh dijadikan sumber impirasi untuk menghasilkan sesebuah


corak
Antara motif haiwan yang digunakan dalam wau ialah siku keluang, tapak
harimau, tulang ikan dan sebagainya. Bentuk geometri ini hanya berbentuk satu
garisan yang unik tetapi menarik antara jenis geometri ialah garisan lurus,
melintang, menyerong . Corak abstrak yang dapat dibentuk setelah direka.

14

Antara bentuk abstrak yang digemari ialah pucuk jala dan mata berkait

2. Proses perkembangan dan penghalusan idea


Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang menarik sekali. Ini
disebabkan alat permainan ini mempunyai bentuk yang unik dan pelbagai corak .
Tambahan pula wau dimainkan dengan cara menerbangkan ke angkasa. Bagi
menghasilkan wau yang menarik, pelbagai corak dilakarkan. Kemahiran melakar
dan

melukis

corak

bergantung

kepada

kemahiran

seseorang.

Oleh

itu

pengalaman dan kemahiran amat diperlukan dan dari situlah keunikan wau
dapat dinilai. Sebelum menghasilkan wau, langkah-langkah yang paling baik
adalah merancang dahulu keperluan yang ingin dilakukan. Antaranya ialah
bahan-bahan yang ingin diperlukan, bahan-bahan hias atau bahan-bahan lain.
Perancangan penghasilan wau ini boleh dilukis untuk dijadikan panduan semasa
menghasilkannya. Sememangnya wau tidak lengkapnya sekiranya tidak terdapat
motif di dalamnya .Sekiranya wau dihasilkan tanpa warna dan corak yang

15

tertentu,wau tersebut akan kelihatan kosong dan kurang menarik. Oleh itu si
pembuat wau mereka pelbagai motif dalam setiap wau supaya mempunyai nilai
komersil.
Lazimnya motif yang digunakan adalah berpandukan alam semula jadi .Oleh itu
si pembuat wau hanya perlu mengadaptasikan pada wau mereka. Antara jenis
corak yang terdapat pada wau ialah tumbuhan , haiwan, geometri dan gabungan
pelbagai corak. Bunga-bungan merupakan satu bentuk yang paling popular.
Bunga-bungaan ini dipilih daripada jenis mudah yang dilakarkan pada wau.
Antara bunga yang menjadi kegemaran si pembuat ialah bunga labu, bunga
pecah lapan, cempaka

dan sebagainya. Selain tumbuhan, haiwan juga boleh

dijadikan sumber impirasi untuk menghasilkan sesebuah corak . Namun bergitu


hanya satu-satu bahagian haiwan sahaja yang dicorakkan pada wau.

Ini

disebabkan masyarakat Melayu tidak begitu berminat untuk menghasilkan corak


haiwan secara menyeluruh. Antara motif haiwan yang digunakan dalam wau
ialah siku keluang, tapak harimau, tulang ikan dan sebagainya.
Abstrak adalah bentuk yang sukar untuk dinyatakan secara lisan dan tidak
mempunyai bentuk yang tertentu. Corak abstrak yang dapat dibentuk setelah
direka. Antara bentuk abstrsk yang digemari ialah pucuk jala dan mata berkait.
Bentuk pucuk jala ini adalah bentuk bahagian sudut jala, sedangkan mata
berkait pula ialah seperti mata yang bersambungan antara satu sama lain.
Namun begitu masih banyak corak abstrak yang dibuat mengikut kemahiran si
pembuat wau. Geometri pula mudah dihasilkan. Bentuk geometri ini hanya
berbentuk satu garisan yang unik tetapi menarik antara jenis geometri ialah
garisan lurus, melintang, menyerong. Sungguhpun geometri yang dibentuk ini
berupa satu garisan tetapi kelihatan menarik.
Semasa membuat wau, ukiran dan rautan mestilah ketat seimbang. Kemudian
kertas telah dibentuk dan dicorakkan akan ditampal pada rangka wau
menggunakan gam. Keseimbangan ini adalah penting untuk memastikan wau
dapat dinaikkan dengan baik sekali apabila berada di angkasa. Kemudian wau
dipasang busar yang halus untuk menghasilkan bunyi dengung apabila
dilayangkan ke udara.
3. Proses pernyataan dalam medium
Penghasilan wau adalah unik berbanding permainan lain. Bagi menghasilkan wau
yang mempunyai nilai komersil, terdapat lima kertas yang digunakan iaitu kertas
16

berwarna merah, hijau, emas, hitam dan putih. Pelbagai jenis lukisan dan rekaan
untuk setiap lapisan di atas kertas putih terlebih dahulu dan kemudian menentas
atau melorekkannya. Kerja ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan tempoh
masa bergantung kepada kecekapan si pengukir. Ada banyak jenis buluh yang
boleh digunakan sebagai rangka namun yang paling sesuai untuk rangka besar
wau ialah buluh duri. Sememangnya wau tidak lengkapnya sekiranya tidak
terdapat motif di dalamnya. Sekiranya wau dihasilkan tanpa warna dan corak
yang tertentu,wau tersebut akan kelihatan kosong dan kurang menarik.

2.5 Mengaplikasikan proses kreativiti mengikut tatacara yang betul


Cara bermain
Bagi wau jenis terbang, kepuasan boleh dirasai apabila wau tersebut mampu
melakukan penerbangan setinggi mungkin. Sebelum diterbangkan adalah perlu
dipastikan wau tersebut diimbangkan dengan baik dan tidak berat sebelah. Ini
adalah untuk menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau tidak.
Sekiranya

tidak

seimbang,

wau

tidak

dinaikkan

dengan

baik.

Setelah

keseimbangan dipastikan tugas selanjutnya ialah menaikkan wau supaya


mampu tebang ke udara. Biasanya dua orang diperlukan untuk menaikkan wau.
Seseorang akan memegang tali wau yang digelar juru anjung dan seorang lagi
akan membawa wau kira-kira 15 hingga 25 meter dari juru anjung dan digelar
juru main tali. Sebaik sahaja terdapat angin yang sesuai, wau akan dilepaskan
dan juru anjung akan menariknya sambil berlari anak. Ketika itu wau akan naik
kemucak kira-kira 20 meter ke udara. Juru anjung akan terus menghulurkan tali
supaya wau dapat dinaikkan lebih tinggi. Lazimnya wau boleh naik sehingga 500
hingga 600 meter ke udara. Setelah melihat wau naik dengan baik, juru anjung
akan menambat tali wau pada pangkal pokok dan terus memegang. Juru anjung
akan meninggalkan tempat tersebut dan menikmati alunan bunyi busur yang
dibawa oleh angin. Oleh kerana angin adalah faktor penentu wau sama ada wau
boleh dinaikkan atau tidak, bermakna wau selalu dimainkan pada musim
berangin.
Pertandingan

17

Wau dipertandingkan dan terdapat beberapa pertandingan dijalankan. Salah satu


daripadanya ialah dari segi terbangannya yang di ukur pada darjah ketinggian
wau atau arah yang ditetapkan. Wau yang baik imbangkan akan dapat terbang
melawan angin di satu darjah menegak sehingga beberapa lama. Terdapat juga
pertandingan yang menjatuhkan lawan. Setiap wau dipasang dengan taji besi
tajam pada bahagian bawah wau supaya dapat memutuskan tali wau lain. Wau
yang tertali akan cuba menjatuhkan wau yang terbang disekitarnya. Wau yang
dapat dijatuhkan akan dikira kalah.
Cara lain itu pertandingan ialah melekatkan serbuk kaca pada tali supaya
menjadi tajam. Apabila berlaku pergeselan antara tali wau, wau akan terputus
talinya dan jatuh maka ia dikira kalah. Bagaimana pun penggunaan serbuk kaca
ini diharamkan kepada kerana ia mendatangkan bahaya kepada permain. Dalam
sesebuah pertandingan kumpulan permain wau terdiri daripada dua orang.
Bagaimana pun kumpulan peserta ini tertakluk kepada saiz wau itu sendiri. Bagi
wau yang bersaiz kecil, hanya dua orang pemain sahaja diperlukan. Sekiranya
saiz wau yang dipertandingkan itu besar, iaitu lebih daripada enam meter
bilangan peserta sebuah kumpulan boleh mencecah 10 orang.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pertandingan wau boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu dari segi kenaikan wau dengan pantas dan menegak atau
dari segi kecantikan. Dalam pertandingan wau naik, pengadilan akan dibuat
untuk memilih pemenang berdasarkan wau yang naik tinggi. Kemahiran peserta
menaikkan wau , wau menghasilkan bunyi yang paling kuat dan merdu. Selain
itu pengadilan juga dibuat ke atas gembar lukisan wau dan menaik secara
menegak iaitu tidak berputar ditiup angin. Cara pengadilan dari segi ketinggian
wau menaik dipanggil pancang meter. Kiraan ukuran wau naik dibuat dengan
pembaris yang diletak pada bahagian pancang tempat tali wau diikat.
Pertandingan wau cantik pula lebih menitikberatkan kepada aspek keunikan seni
rupa dan kreativiti pembuat wau, wau yang tergolong dalam kategori wau cantik
tidak perlu diterbangkan. Jadi pemarkahan tidak termasuk kemerduan bunyi wau
dan

keupayaan

wau

naik

dengan

sempurna.Jangka

masa

bagi

sesuatu

pertandingan pula dikira dengan menggunakan tempurung. Tempurung jantan


iaitu tempurung yang berlubang akan diletakkan di atas air. Selagi tempurung
berkenaan

tidak

tenggelam,

pertandingan

terus

berjalan,

tetapi

apabila

tempurung telah tenggelam, bererti jangka masa sebuah pertandingan telah


tamat.
18

2.6

Menghargai

dan

menghayati

karya

melalui

proses

apresiasi

menggunakan laras seni visual


Kraf tradisional wau ini mempunyai pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan.
Garisan-garisan halus dapat dilihat pada ukiran corak atau motif di atas
permukaan kertas wau. Kebanyakkan motif wau menggunakan rupa flora dan
fauna

untuk

menghasilkan

prinsip

kepelbagaian.

Bentuk

wau

juga

mempengaruhi keseimbangan wau untuk terbang dengan stabil di atas udara.


Motif

pada wau banyak

menggunakan warna-warna yang

terang untuk

menunjukkan motifnya ketika wau berada di atas udara. Setiap wau mempunyai
beberapa motif yang dijadikan sebagai penegasan. Motif-motif yang ada pada
permukaan

wau

banyak

menggunakan

pengulangan

untuk

memberikan

imbangan yang simetri.

Refleksi
Antara kesan baik yang terdapat pada kraf tradisional ini ialah dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan masyarakat. Jadi, masalah
yang terdapat di dalam diri golongan remaja dapat diselesaikan. Seterusnya,
daripada kraf tradisional ini, para remaja terutamanya golongan pelajar dapat
menyemai semangat cintakan hasil buatan tangan masyarakat tempatan dalam
diri mereka. Sifat ini dapat dipupuk melalui proses pencarian maklumat oleh
pelajar.
Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini
terbukti apabila ramai pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam
kraf tradisional yang banyak menyedarkan para pelajar akan kepentingan
menghargai kraf tradisional dan sejarahnya. Kraf tradisional ini juga dapat
memupuk sifat sabar dalam diri pengkarya ketika menghasilkan kraf ini. Melalui
19

kraf tradisional ini kita dapat berbicara tentang daya kreatif yang mengandungi
makna dan fikiran dalam konteks budaa masyarakat kita.

20

21

22

23