Anda di halaman 1dari 3

20 Istilah Perubahan Organisasi

1. Penukaran (Alteration)
Merancang perubahan kecilan seperti perubahan wajah dan rupa tetapi
identiti asal masih dikekalkan
2. Variasi (Variation)
Mencadangkan perubahan yang tidak rata, tidak teratur, tidak tetap dan
tidak pada masa yang tertentu (Irregular) atau perubahan tidak berlanjutlanjut atau tidak terus-menerus (intermittent change)
3. Tranfomasi (Tranformation)
Tranfomasi adalah pertukaran atau perubahan dalam bentuk (in form) iaitu
terutamanya dalam fungsi ( function) atau sifat (in nature).
4. Pegantian (Convertion)
Pegantian adalah cadangan perubahan yang lebih kuat supaya padan atau
sesuai sengan fungsi baru di dalam sesebuah organisasi
5. Pengubahsuaian (Modification)
Pengubahsuaian menunjukkan perubahan bentuk kecilan atau minor sahaja
dan bertujuan untuk menghadkan (limit), menyederhana (moderate) atau
meredakan keadaan
6. Metamorposis (Metamorphosis)
Perubahan yang melibatkan bentuk atau rupa
7. Revolusi (Revolution)
Perubahan secara menyeluruh dalam sebuah organisasi atau syarikat
tersebut.
8. Regenerasi ( Regeneration)
Regenerasi ialah membuat pembaharuan terhadap organisasi
9. Inovasi (Innovation)
Idea baru yang digunakan untuk memulakan atau memperbaiki satu proses,
produk atau perkhidmatan supaya menghasilkan sesuatu yang baru.
10.Peningkatan atau Penambahbaikan (Improvement)
Suatu yang lebih baik atau membuat sesuatu yang lebih baik dan
menunjukkan pemajuan (Progression) dan peningkatan (Upgrading) terhadap
produk atau perkhidmatan dan seterusnya terhadap organisasi
11.Perubahan terhadap akibat atau peristiwa (Happened change)
Berlaku disebabkan sesuatu pekara yang tidak disangka dan biasanya
disebabkan oleh faktor luar yang tidak boleh dikawal. Perubahan ini
mempunyai kesan yang mendalam dan paling teruk kepada organisasi.
Contohnya apabila berlakunya kegawatan ekonomi dan penurunan mata
wang
12.Perubahan Reaktif (Reactive change)
Perubahan ini berlaku apabila satu peristiwa atau satu siri peristiwa yang
berlaku yang memerlukan perubahan mengikut situasi atau peristiwa
tersebut. Terdpat dua tindakan iaitu tindakan Adaptif dan Tindakan Reaktif.
Tindakan adaptif membuat perubahan yang kecil manakala tindakan reaktif
iaitu melibatkan keseluruhan organisasi. Contohnya pemintaan meningkat
atau menurun terhadap produk atau perkhidmatan syarikat.
13.Perubahan Ramalan (Anticipatory Change)

Perubahan yang dilaksanakan akibat jangkaan atau ramalan satu peristiwa


yang bakal berlaku pada masa hadapan. Jadi dengan adanya ramalan masa
hadapan ini maka, organisasi akan menyesuaikan diri mengikut kesesuaian
ramalan itu. Perubahan organisasi mungkin perubahan secara kecil-kecilan
atau menyusun semula organisasi.
14.Perubahan Berencana (Planned Change)
Perubahan operasi yang dirancang untuk mengambil tindakan kepada
permintaan atau tuntutan dari luar dan dalam organisasi. Perubahan dibuat
secara pilihan yang teratur dan terancang. Biasanya apabila berlaku konflik
atau perubahan ini akan menggunakan kaedah pengecilan organisasi
(downsizing) iaitu dengan mengurangkan kos pembuatan dan meningkatkan
jualan.
15.Perubahan Kecilan (Incremental Change)
Perubahan dituju kepada peringkat mikro dan difokuskan kepada unit dan
kompenan dalam satu organisasi. Perubahan yang berlaku adalah perlahan,
kecil dan berbentuk adaptif atau penyesuaian dan membantu dalam
perlaksanaan perubahan yang lebih besar.
16.Perubahan Operasi (Operational Change)
Peningkatan dari segi kualiti, kuantiti, ketepatan masa (timeliness) dan kos
seunit operasi/ pengeluaran bagi produk atau perkhidmatan. Walaupun
perubahan operasi ini nampak seperti keseluruhan tetapi objektif atau tujuan
organisasi tidak berubah.
17.Perubahan Strategik (Strategic Change)
Perubahan kepada semua atau hampir kesemua kompenan organisasi,
strategi dan melibatkan perubahan sistem keseluruhan (systemwide). Contoh
perubahan ini adalah penukaran stail pengurusan dan perubahan dalam
tujuan dan misi organisasi
18.Perubahan Hala Tuju ( Directional Change)
Berlaku dalam keadaan persaingan sengit, perubahan dalam polisi kerajaan
dan strategi perdagangan atau perniagaan gagal. Perubahan ini berkaitan
dengan hala tuju organisasi serta perlu dilakukan dengan menganalisis
persaing, pengurusan maklumatn dan system pengurusan kaalan yang
cukup.
19.Perubahan Dasar atau Asas ( Fundamental Change)
Mendefinisikan semula hala tuju dan misi terbaru untuk organisasi. Biasanya
apabila berlakunya perubahan ini menyebabkan pertukaran tampuk
pengurusan organisasi. Perubahan ini disebabkan kegagalan kepimpinan,
masalah moral kakitangan atau keuntungan yang rendah
20.Perubahan Menyeluruh (Total Change)
Perubahan yang dibuat adalah membentuk satu visi baru untuk
menyelesaikan atau menghadapi sesuatu masalah. Perubahan ini mencapai
satu keterbalikkan (Turnaround) atau menterbalikkan keadaan. Melalui
perubahan ini menyebabkan organisasi membuat satu rombakan besar dan
derastik kepada sistem yang sedia ada.
21.Perubahan Transformasi (Transformation)

Perubahan melibatkan keseluruhan organisasi atau hamper kesemuanya


disebabkan oleh ancaman yang besar untuk pemajuan, penerusan atau
kelangsungan organisasi. Selain itu, perubahan ini juga melibatkan
perubahan orientasi. Contoh perubahan yang dibuat ialah dari
berorientasikan produk kepada berorientasikan teknologi atau pelanggan,
pentadbiran pemusatan kepada pentadbiran demokrasi dan daripada
penggunaan manual kepada penggunaan automasi atau robotic
22.Perubahan Revolusi (Revolutionary Change)
Perubahan ini akan menukarkan strategi dan reka bentuk (design) organisasi
yang mendadak. Perubahan ini melibatkan tiga perkara iaitu perkara pertama
membentuk visi yang jelas dan kredibel serta strategi baru untuk mencapai
visi. Perkara kedua ialah menggerakkan kakitangan secara individu dan
berkumpulan. Manakala akhir sekali adalah menyediakan sumber diperlukan,
sokongan struktur dan proses.
23.Rekreasi (Recreation)
Membuka atau merombak struktur yang lama dan membina satu yang baru.
Satu metamorfosis bukan sahaja menjadi lebih baik tetapi
berlainan/berbeza.

Anda mungkin juga menyukai