Anda di halaman 1dari 1

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat yang mengutamakan si pelaku sebagai subjek.Mengandungi
kata kerja yang berawalan MeN- me- men- menge- menyContoh ayat :
1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.
2. Ayah membelah kayu api itu.
3. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.
Ayat Pasif
Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya.Mengandungi
kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan dibeserta dengan kata sendi oleh.
Contoh ayat :
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.