Anda di halaman 1dari 2

Sistem pendidikan di negara kita telah melalui transformasi radikal yang selari

dengan falsafah pendidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan semula


kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini adalah impak penglobalisian di
dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin kepada penggunaan
komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di sekolah
di seluruh negara. Berdasarkan kajian Computer Technology Research, menyatakan
bahawa seseorang individu akan dapat menyimpan 80 peratus daripada apa yang
mereka lihat, dengar dan buat secara serentak (Rozinah Jamaludin, 2000). Oleh itu,
pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu sesi P&P matematik
yang lebih menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih
berkesan kepada para pelajar.

Walaupun, ICT mempunyai potensi besar dalam mewujudkan pengajaran dan


pembelajaran matematik yang berkesan, namun banyak kajian menunjukkan wujud
pelbagai kesukaran dalam mengaplikasikan ICT dalam P&P matematik. Salah satu
daripadanya adalah disebabkan oleh kebanyakan para guru tidak mempunyai
pengalaman dan kemahiran untuk membina laman web dalam perisian pendidikan
matematik yang berkualiti (Chung dan Jamaludin, 2010). Kekurangan kemahiran ini
telah membataskan guru untuk menghasilkan bahan pengajaran secara online.
Manakala kelemahan dalam penggunaan perisian sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran ialah ketidaksesuaian perisian yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan tahap pembelajaran pelajar. Selain itu, guru-guru masih
kurang yakin dalam keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran. Terdapat
juga guru yang masih kurang mahir dalam penggunaan komputer, justeru
menyukarkan mereka menghasilkan bahan pengajaran berasaskan komputer Gaskill
et al, 2006). Oleh itu sebagai guru yang bertanggungjawab kepada proses
pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengetahui peranan ICT dalam PdP
Matematik khususnya.
Antara peranan ICT yang perlu diketahui guru adalah membolehkan guru
menghasilkan sendiri serta merekabentuk lamna web matematik yang sesuai untuk
bahan pengajaran. Jaringan komputer di sekolah pula membolehkan semua subjek
kandungan pembelajaran yang dipelajari murid digabungkan dan elemen merentas
kurikulum dapat dilaksanakan. Ilmu matematik bukan sahaja dapat digabungjalin

dengan ilmu lain malah pengeksplorasian ilmu daripada sumber yang pelbagai juga
dapat dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai