Anda di halaman 1dari 39

ADAT RESAM DAN

KEBUDAYAAN KAUM
INDIA
 Masyarakat India merupakan etnik
ketiga terbesar di Malaysia
 Masyarakat India kaya dengan
ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini
Kelahiran
Sewaktu Mengandung
 Adat Valaikaappu adalah adat yang
dilakukan ketika kandungan sulung
wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga sembilan bulan
 Wanita hamil dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru ,Suulkaappu
 Suul bermaksud `kandungan ibu
 Kaappu bermaksud 'perlindungan'
 Gelang ini dipakai bertujuan untuk
melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.
 Hadiah kepada wanita hamil tersebut yang
dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang
 Hadiah ini termasuk barang kemas, sari,
gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,
buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan.
 Upacara memandikan wanita hamil
diadakan, mutugu niir (kulittal).
 Wanita hamil dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa
muda, air mawar dan bunga-bungaan
 lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan
sebagai memohon restu Tuhan
 Upacara dimulakan dengan
a) menyapu serbuk cendana pada kedua
belah tangan dan pipi wanita hamil
b)kumkum diletak di dahi
c)gelang tangan dipakaikan.
 Seterusnya upacara aalatti dijalankan
 Wanita yang hamil akan memakan salah
satu nasi yang disediakan.
 Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun
pisang berasingan dan seterusnya
dibungkus dengan kain putih dan disimpul
 Wanita hamil akan diminta membuka salah
satu bungkusan
 Selesai upacara ,wanita hamil akan tinggal
di rumah ibu bapanya selama sebulan
selepas bersalin
Menyapu kunyit pada Ibu mengelilingkan beras di atas
tangan dan pipi kepala sebanyak tiga kali

Suami menyuapkan manisan


ke dalam mulut isteri
Semasa Bersalin
 Waktu kelahiran adalah penting bagi
masyarakat India dimana ia akan
dicatat dengan tepat bagi menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu
 Bintang bayi ini akan menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi sehingga
dewasa.
Membisikkan Nama Tuhan
 Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis
mantera Tuhan akan dibisikkan di telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong
 Tetapi sekarang mantera Tuhan akan
dibisik sebaik sahaja melihat bayi
 Ia adalah untuk membolehkan bayi
mendengar nama Tuhan sebelum
mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan
untuk membawa rahmat kepada bayi.
Menyapu Madu
 Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu
bercampur minyak sapi pada lidahnya.
 Madu dikatakan dapat melembutkan lidah
bayi dan memudahkan bayi bertutur.
 Setitik minyak bijan yang dicampur dengan
sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi
untuk bertindak menjadi pelawas dalam
sistem penghadaman dan membantu
tumbesaran bayi.
Potong Tali Pusat
 Tali pusat yang dipotong akan ditanam
bersama uri dan tembuni di sekitar
kawasan rumah bersama duit tembaga,
serbuk kunyit, garam dan pinang.
 Bahan-bahan ini dimasukkan bersama
untuk mengelak dari dikorek oleh binatang
liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.
Memberi Nama
 Apabila bayi berusia enam belas hari,
upacara pemberian nama diadakan
 Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke
dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli
keluarga
 Namanya akan disebut sebanyak tiga kali
pada telinga bayi tersebut dan diumumkan
pada orang ramai.
 Nama-nama yang dipilih lazimnya
berdasarkan almanak dengan mengikut
tarikh kelahiran bayi
ADAT PERKAHWINAN
Merisik
 faktor etnik, sub etnik, kasta dan
agama perlu diambil kira
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
 Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin
perempuan untuk melihat sendiri
paras rupa dan perawakan calon
isterinya
 Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang,
cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian
serta serbuk kumkum akan dibawa.
 Dibawa sebagai tanda kedatangan mereka
atas niat yang baik dan untuk mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan
 Pihak perempuan akan menerima hantaran
tersebut sekiranya bersetuju.
 Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan
Kaji kecocokan pengantin
 dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep
perceraian
 Terdapat 10 aspek perlu diambil kira untuk
menentukan kesesuaian pasangan bakal
pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu
 Diantara yang masih diamalkan oleh
masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira
poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam,
Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi
poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya
poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.
Ikat Janji
 lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan
kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.
 bapa kedua-dua belah pihak akan
berbincang mengenai perkahwinan
 Jika kedua-dua belah pihak pengantin
bersetuju, mereka akan mengikat janji.
 Bakal pengantin lelaki seterusnya akan
melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal
pengantin perempuan
 Seterusnya perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai.
 Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang
 Kemudian mereka akan membincangkan
mengenai hari perkahwinan dan tentang
belanja untuk pengantin perempuan, kad
jemputan dan sebagainya.
Bertunang dan sembahyang Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan ku'gumem


Parisam
 Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu
parisam biasa atau udan parisam.
 Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada hari
perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari
yang sama di sebelah pagi sebelum
perkahwinan dilangsungkan.
 Pihak pengantin lelaki akan menyediakan
beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil.
Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang
sudah bersuami sahaja
 Pada awalnya, upacara sembahyang akan
dilakukan terlebih dahulu
 Kemudian bapa pengantin perempuan
akan membawa parisam yang mengandungi
sari dan diberi kepada anaknya
 Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu
daripada tuhan.
 Setelah itu barulah pihak lelaki dan
jemputan lain boleh melihat puurana
kumbum dengan lebih dekat lagi.
 Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke
ruang tamu
 Pada masa ini beberapa orang saudara-
mara boleh mengalungkan kalungan bunga
pada bakal pengantin perempuan
Sebelum Majlis Perkahwinan
Kad Jemputan
 Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak
Hindu
 Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan
lancar
 Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan
serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
 Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan
ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa
bersembahyang (arccanai).
 Kad diletakkan di atas dulang bersama
sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan
sebagainya sebagai lambang kekayaan.
 Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada
pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya
Penyediaan Thaali
 merupakan lambang suci perkahwinan yang
dikalungkan pada leher pengantin perempuan
 Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,
kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran
untuk pembuat thaali.
 Ini adalah untuk memastikan tukang thaali
mengetahui hari yang sesuai untuk membuat
thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
akan diambil dan diletakkan di tempat
sembahyang atas suruhan pembuat thaali.
Mukuurtta Kaal
 Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan
 Untuk menjalankan adat tersebut sebatang
pokok yang masih muda dan lurus akan
ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.
 Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta
kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.
Perkahwinan
 atau ikatan suci melalui perkahwinan antara
pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.
 Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda
dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia
hingga hari tua.
 Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin
setelah selesai acara menyarung cincin.
 Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali
 Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa
atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-
buahan dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.
 Antara adat yang dilakukan untuk menghormati
dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji
kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya,
menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,
mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki
ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua)
serta sari (ibu mertua) dan wang.
 Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-
tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum air susu bercampur pisang di
dalam sebiji gelas.
 Upacara ini menandakan pasangan ini secara
rasmi telah menjadi suami isteri.
Minji (Sarung Cincin Lelaki)
Pengantin Bersanding

Kolem dan Khumbem Paal (Menyapu Susu Lelaki)

Alipu (Mengarak Lampu) Minji (sarung Cincin Wanita


Paal (Menyapu Susu Wanita)
Paal Abisygem
(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Upacara Akad Nikah Paal Abisygem


(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Memohon Doa Restu Malei Mathel


(Bertukar Bunga Malei
Ayeer Mantherem Perkakasan Upacara Perkahwinan
(Juru Nikah)

Phavitirem - Theperpul
Otthianem (Aksesori) (Memakai Cincin Daun)

Perkakasan Upacara Poree (Membakar Ramuan)


Perkahwinan
Vaalem Varuthel
Samenthi Phutu (Membuat Tiga Pusingan)

Thali Tallapha
(Rantai Daripada Benang) (Perhiasan Kepala)
Kematian
Semasa Kematian
 Sekiranya seseorang itu telah meninggal
dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
 Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan
dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan.
 Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan
sirih pinang diletakkan berhampiran si mati.
 Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai
simbol ketenangan jiwa si mati.
 Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang.
 Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si
mati perlu dijaga dengan sebaiknya.
 Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu
jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih
dan diletakkan ke dada
 Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup
rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut
dengan menggunakan kain. kunyit disapu
pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi.
 Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke
dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas.
 Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan
dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak
berbau.
 Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-
gambar yang tergantung diterbalikkan dan
barang-barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu.
 Lagu-lagu suci dinyanyikan serta dimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar
roh si mati sentisa tenang dan aman.
 Mayat akan dimandikan terlebih dahulu
dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu
atau halaman rumah.
 Kaum lelaki yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh
membawa air dalam jumlah yang ganjil.
 Sebelum dimandikan, minyak dan araippu
digunakan untuk disapukan pada kepala
sebagai mandian terakhir.
 Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara
terdekat.
 Belakang tapak tangan digunakan untuk
menyapu minyak ini dan bukannya
menggunakan tapak tangan sebagaimana
lazimnya.
 Mayat seterusnya dimandikan oleh orang
yang telah berumur.
 Selepas dimandikan, si mati akan
dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari
bagi mayat perempuan dan dhoti bagi
mayat lelaki.
Kollic Catti
 periuk tanah liat yang mengandungi api
 Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa
yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
 Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu.
 Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum
itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.
 Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia
seperti rambut yang baru tumbuh.
 Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru
diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan
bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan
setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang
tersendiri.
Pengebumian
 Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu
membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah
mengorek liang lahad.
 Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum
menghampiri liang lahad.
 Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian
kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah
seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan.
 Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur
bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu
api unyuk dibakar.
 Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di
antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai
tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara
sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
 Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki
mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut
arah jam.
 Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang
akan menebuk kollic catti dengan menyebut
'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali.
 Pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti
berada di hadapan mayat dan duduk melutut
tetapi tidak menghadap mayat.
 Kemudian tiga batang kayu yang menyala
dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.
Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan
kesedihan keluarga si mati