Anda di halaman 1dari 2

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan

penderitaan

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya,
kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang
telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah
mengalah.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus
kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua.
Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan


ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat
difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan
apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia
di dunia dan akhirat.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas
daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka
keaibannya.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu
dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat
curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai
suatu bangsa merdeka – Soekarno

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang
yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng Tju

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta
Wahab)

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya
namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai
apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk
menukar dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai