Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK TERTUTUP

1 MURID 1 SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BUANG SAYANG


KINABATANGAN

2016

Pada 6 Oktober 2015 iaitu pada hari Isnin telah berlangsung pertandingan
bola sepak tertutup peringkat Sekolah Kebangsaan Buang Sayang. Lokasi
pertandingan kali ini adalah di padang bola sepak Kampung Buang Sayang.Tujuan
penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat
kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para
pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang
sukan. Selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan, pertandingan ini diharapkan dapat
meningkatkan kemahiran murid di dalam sukan bola sepak.
Sebanyak 24 orang murid lelaki Tahap 2 terlibat dengan pertandingan kali ini.
Pertandingan bola sepak ini dijalankan secara liga di mana kumpulan yang
mendapat mata paling banyak dikira sebagai pemenang. Murid-murid dibahagikan
mengikut kumpulan rumah sukan. Secara keseluruhan terdapat 3 buah rumah sukan
iaitu Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning.
Pertandingan dimulakan pada jam 4 petang dimana setiap kumpulan diberi
taklimat ringkas mengenai syarat dan peraturan permainan. Pengadil perlawanan
turut diperkenalkan ketika ini. Terdapat penonton yang terdiri daripada ibu bapa dan
penduduk sekitar yang turut hadir untuk memeriahkan lagi pertandingan ini. Pada
masa yang sama di gelanggang sekolah berlangsung kejohanan tertutup bola jaring
bagi murid perempuan Tahap 2.
Hujan lebat yang turun pada hari sebelum pertandingan menyebabkan
padang basah. Oleh itu murid-murid dinasihatkan supaya berhati-hati semasa
bermain. Pertandingan berjalan dengan lancar dimana akhirnya Rumah Biru telah
muncul juara dengan diikuti oleh Rumah Merah. Rumah Kuning sekadar mendapat
tempat ketiga. Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh guru besar
Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, Encik Majahil Bin Majingkil dengan diiringi
oleh penolong kanan kokurikulum, Encik Rusmin Bin Okar.
Secara keseluruhannya, pertandingan kali ini berjalan dengan baik seperti
yang telah dirancang. Objektif penganjuran tercapai dimana bakat-bakat baru bagi
sukan bola sepak dapat dikesan. Kerjasama yang erat di antara pihak pentadbir,
guru-guru dan penduduk sekitar telah memberi impak yang positif. Semoga
penganjuran pada tahun hadapan akan menjadi lebih baik dan berjaya. Sekian,
terima kasih.

Disediakan oleh,
......................................................
(SYAHNAZ BIN SHAHARUDIN)
Penyelaras 1 Murid 1 Sukan,
SK Buang Sayang Kinabatangan

Disemak oleh,
.......................................
(RUSMIN BIN OKAR)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Buang Sayang Kinabatangan

Disahkan oleh,
.................................................
(MAJAHIL BIN MAJINGKIL)
Guru Besar
SK Buang Sayang Kinabatangan

Sesi pemanasan badan sebelum mula bermain

Pertandingan bola sepak dimulakan

Bergambar bersama pengadil sebelum mula perlawanan