Anda di halaman 1dari 6

1.

0 TUJUAN KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian Peranan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi Sebagai
Mediator Dalam Hubungan Antara Komitmen Organisasi Dan Prestasi Tugas yang
dijalankan oleh Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Muhamad Ariff Ibrahim dan M. Sukanthi
a/p Mariappa adalah bertujuan untuk menguji hubungan antara komitmen organisasi dan
tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) dalam kalangan kakitangan akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian tersebut juga dijalankan oleh pengkaji
untuk melihat hubungan antara tingkah laku kewargaan organisasi dan prestasi tugas
dalam kalangan kakitangan akademik UKM.
Di samping itu, penyelidikan tersebut juga bertujuan untuk menguji hubungan antara
komitmen organisasi dan prestasi tugas dalam kalangan kakitangan akademik UKM dan
juga ingin mengetahui peranan tingkah laku kewargaan organisasi (TKO) sebagai
mediator dalam hubungan komitmen organisasi dan prestasi tugas dalam kalangan
kakitangan akademik.
2.0 METADOLOGI KAJIAN
2.1 Responden
Pengkaji menggunakan responden seramai 211 orang. Responden terdiri
daripada 90 orang responden lelaki dan 121 orang responden perempuan. Responden
yang berumur bawah 35 tahun adalah seramai 61 orang dan 36 hingga 45 tahun adalah
seramai 82 orang. Manakala responden yang berumur 45 tahun dan ke atas adalah
seramai 68 orang. Di samping itu, responden yang berbangsa Melayu adalah seramai
199 orang, 7 orang berbangsa cina, 3 orang berbangsa India dan bangsa lain-lain
adalah seramai 2 orang. Dari segi tempoh perkhidmatan dalam organisasi pula
seramai 32 orang berkhidmat kurang daripada 5 tahun, kakitangan yang berkhidmat di
antara 6 hingga 10 tahun adalah seramai 80 orang responden dan 99 orang telah
berkhidmat lebih daripada 11 tahun.

2.2 Alat Ujian

Pengkaji telah menggunakan tiga alat kajian untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai
objektif penyelidikan tersebut. Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah kuantitatif
iaitu menggunakan alat kajian Organization Commitment Questionnaire (OCQ) yang telah
dibina oleh Mowday et. at. pada tahun 1979. Soal selidik tersebut mempunyai 15 item
yang mengukur komitmen organisasi dan menggunakan skala Likert 5-poin daripada
1=Sangat Tidak Setuju hingga 5=Sangat Setuju.
Alat kajian kedua iaitu Organization Citizenship Behavior Scale (OCB) yang
dibina oleh Podsakoff dan MacKenzie (1989) mengandungi 12 item dan mengukur lima
dimensi iaitu mengukur tingkah laku menolong (altruism), semangat setiakawan
(sportsmanship), kemurnian sivik (civic virtue), kesopanan (courtesy) dan kehematan
(conscientiousness). Alat kajian tersebut menggunakan skala Likert 5-poin terdiri daripada
1=Sangat Tidak Setuju hingga 5=Sangat Setuju.
Manakala soal selidik untuk mengukur Prestasi Tugas, pengkaji telah dibina
sendiri tetapi berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Motowidlo dan Van
Scotter (1994) dan Williams dan Anderson (1991). Soal selidik tersebut mengandungi 26
item dan menggunakan skala Likert 5-poin dari 1=Sangat Tidak Setuju hingga 5=Sangat
Setuju.

2.3 Prosedur Kajian


Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kuantitatif berbentuk
kajian lapangan dengan menggunakan soal selidik dalam mengumpul data. Sebelum
menjalankan kajian, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan
kajian di tujuh fakulti dan satu pusat pengajian di kampus induk UKM. Pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada responden, namun, sebelum borang soal selidik
diedarkan, pengkaji menerangkan terlebih dahulu tujuan kajian dijalankan. Setiap
responden diberi masa selama dua minggu untuk mengembalikan soal selidik tersebut.
Pengkaji mengambil tempoh selama 30 hari untuk pengedaran borang soal selidik tersebut.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji berdasarkan tujuan kajian yang pertama
iaitu keputusan analisis korelasi ke atas tingkah laku kewargaan organisasi (TKO)
menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan terhadap komitmen organisasi dan
tingkah laku kewargaan organisasi. Terdapat hubungan di antara demensi-demensi
tingkah laku kewargaan organisasi dengan komitmen organisasi dalam kalangan
kakitangan UKM. Keputusan menunjukkan setiap dimensi-dimensi menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja.
Manakala dapatan kajian bagi korelasi yang signifikan diantara tingkah laku
kewargaan organisasi (TKO) dan prestasi tugas. Keputusan menunjukan dimensi-dimensi
yang terdapat dalam TKO turut mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi
tugas. Namun, dimensi alturuisme didapati tidak mempunyai hubungan dengan prestasi
tugas. Keputusan regrasi juga menunjukkan tingkah laku kewargaan organisasi
berperanan sebagai mediator dalam hubungan di antara komitmen organisasi dan prestasi
tugas. Di samping itu, tujuan kajian terhadap peranan tingkah laku kewargaan organisasi
didapati sebagai mediator kepada hubungan komitmen organisasi dan prestasi tugas.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAJIAN

Kekuatan yang dapat dilihat dalam kajian yang dijalan ialah pengkaji telah membuktikan
bahawa majikan dan persekitaran kerja merupakan medium yang sangat penting dalam
organisasi kerana ia memainkan peranan yang besar kepada komitmen pekerja terhadap
organisasi. Sekiranya suasana kerja yang harmoni dan selesa dalam sesebuah organisasi,
organisasi tersebut akan dapat mewujudkan komitmen yang tinggi dan tingkah laku
kewargaan organisasi yang baik dalam kalangan pekerja. Lantaran itu, ia dapat
menyumbang kepada pengkatan kualiti dan produktiviti pekerja organisasi tersebut.
Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menunjukkan bahawa kakitangan akademik
yang memiliki komitmen yang tinggi tidak akan bertukar ke institusi pengajian tinggi yang
lain. Kebanyakan pekerja yang ingin mengekalkan posisi mereka di dalam organisasi,
mereka akan mempamerkan prestasi yang semakin dan sentiasa berusaha memastikan
produktivi organisasi semakin meningkat dalam organisasi tersebut.

Namun, dalam kajian tersebut, didapati mempunyai beberapa kelemahan yang tidak
dikenalpasti oleh pengkaji. Kelemahan yang didapati ialah kaedah penyelidikan yang
digunakan oleh pengkaji. Dalam mengukur tingkah laku, semangat setia kawan,
kemurnian sivik, kesopanan dan kehematan tingkah laku kewargaan organisasi pengkaji
boleh menggunakan kaedah kualitatif melalui pemerhatian. Hal ini kerana, melalui kaedah
pemerhatian pengkaji akan mendapat mengukur tingkah laku kewargaan organisasi
pekerja dengan lebih tepat. Misalnya semasa menjawab soal selidik, responden
berkemungkinan tidak akan berlaku jujur dalam menjawab soalan dan akan memberikan
jawapan bertentangan dengan nilai diri mereka yang sebenar.
Kelemahan kedua dalam kajian ini adalah masa yang diberikan untuk mengisi borang
soal selidik. Setiap responden telah diberikan masa selama dua yang mana masa tersebut
agak lama diberikan untuk mengembalikan semula borang soal selidik kepada pengkaji.
Hal tersebut akan menyebabkan responden berkemungkinan tidak akan kembalikan soal
selidik yang diberikan. Pengkaji perlu kurangkan masa yang diberikan. Keadaan ini akan
menyebabkan risiko untuk mendapakan kembali soal selidik adalah tinggi. Responden
mungkin akan lupa, tercicir atau kehilangan soal selidik. Oleh itu, pengkaji haruslah
mengurangkan masa yang diberikan kepada sehari atau dua hari sahaja.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalan dapat dilihat bahawa komitmen
organisasi, tingkah laku kewargaan organisasi dan prestasi tugas jelas menunjukkan
mempunyai hubungan antara satu sama lain dan memainkan peranan dalam sesebuah
organisasi. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa peranan tingkah laku kewargaan
organisasi berperanan sebagai mediator antara komitmen organisasi dan prestasi tugas
dalam kalangan kakitangan akademik UKM.
Sebagai seorang pekerja dalam sebuah organisasi, kita perlu memberikan
komitmen yang tinggi terhadap organisasi yang mana tingkah laku yang diberikan
perlulah secara sukarela. Hal ini kerana dengan bertingkah laku tersebut akan
meningkatkan keberkesanan dan prestasi sesebuah organisasi. Lantaran itu, dengan
adanya tingkah laku kewargaan organisasi yang tinggi, prestasi tugas personel dapat
ditingkatkan.

Disamping

itu,

organisasi

perlu

memainkan

peranan

penting

bagi

meningkatkan komitmen dan organisasi tugas kakitangan. Misalnya, organisasi haruslah


memberikan ganjaran kepada kakitangan sebagai penghargaan kepada sumbangan mereka
dalam organisasi. Hal ini kerana, pekerja akan lebih bersemangat dan amanah dalam
menjalankan tugas mereka. Menurut Sementara Locke (1976) (dalam Abdull Sukor
Shaari dan rakan-rakan, 2008) berpendapat bahawa kepuasan kerja merupakan keadaan
iaitu terdapatnya emosi positif atau menyenangkan terhadap ganjaran yang bakal
diperoleh kesan daripada pencapaian kerja. Oleh yang demikian, organisasi juga
memainkan peranan penting dalam meningkatkan komitmen dan prestasi tugas
kakitangan mereka.

RUJUKAN
Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Muhamad Ariff Ibrahim, M. Sukanthi a/p Mariappa,
(2013). Peranan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi Sebagai Mediator Dalam
Hubungan Antara Komitmen Organisasi Dan Prestasi Tugas. Bil. 1 Journal of
Psychology and Human Development.
Abdull Sukor Shaari dan rakan-rakan, (2008). Keadilan Penilaian Prestasi dalam
Kalangan Guru dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dan Pencapaian
Akademik. Universiti Utara Malaysia.