Anda di halaman 1dari 3

MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

SURAH AL-AARAF : AYAT 23

MAKSUD AYAT :

[ Kedua-duanya ( Adam dan Hawa ) berkata : "Wahai Tuhan kami! Kami telah
menzalimi diri sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi
rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi."]

LATAR BELAKANG AYAT

Ayat lafaz penyesalan Nabi Adam dan Hawa memohon maaf atas perbuatan
mereka kerana memakan buah khuldi larangan ALLAH SWT selepas diperdaya
oleh Iblis hingga menyebabkan mereka dihukum keluar dari syurga dan turun ke
dunia.

MAKSUD ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI

Orang yang melakukan dosa, melanggar hukum syarak, melakukan sesuatu


perkara bukan pada tempatnya dan mendedahkan diri mereka kepada
kemurkaan dan azab ALLAH SWT.

JENIS-JENIS ZALIM

1. ZALIM KEPADA ALLAH SWT


- Menyekutukan ALLAH SWT

2. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI


- Iaitu melakukan perbuatan syirik
dan kufur.

3. ZALIM SESAMA MANUSIA.


- Iaitu membuli kawan, mencaci dan mencerca mereka.

4. ZALIM TERHADAP ALAM SEKITAR


- Iaitu dengan cara melakukan pencemaran terhadap alam
sekitar.

KESAN BERBUAT ZALIM

1. DIRI SENDIRI
-Berdosa dan dimurkai ALLAH.
-Dibenci masyarakat.

2. MASYARAKAT
-Kejahatan berleluasa.
-Negara mundur.
-Rakyat tertindas.

3. ALAM SEKITAR
-Bencana alam.
-Mengancam kehidupan flora dan fauna.

MAKSUD KEAMPUNAN ALLAH SWT

Penghapusan dosa oleh ALLAH SWT kepada hamba yang berdosa dan memohon
taubat kepadanya.

LANGKAH-LANGKAH MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH

1-Mengaku kesalahan.
2-Menyesal atas apa yang dilakukan.
3-Berazam dan berjanji tidak ulangi.
4-Tidak berputus asa.
5-Bertaubat.

CARA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT

1-Berlaku adil terhadap orang lain.


2-Ikhlas bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah
dilakukan.
3-Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna.
4-Membelanjakan harta di jalan ALLAH semasa senang ataupun susah.
5-Berkasih sayang sesama anggota keluarga dan masyarakat.

PENGAJARAN AYAT

1. Mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang telah dilakukan ialah sifat
terpuji.
2. Orang yang beriman wajib mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam.
3. Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan godaan syaitan.
4. Keampunan suatu rahmat Allah kepada hambaNya.