Anda di halaman 1dari 3

BERIMAN KEPADA RASUL

TUGAS-TUGAS RASUL
1- Menyampaikan wahyu ALLAH SWT.
2- Membimbing manusia mengenal ALLAH SWT dan membersihkan hati daripada perkara syirik.
3- Mengajar manusia cara beribadat dan kehidupan berlandaskan syariat.
4- Menjadi tauladan kepada umat manusia.

RASUL SEBAGAI PEMIMPIN


1) DALAM RUMAHTANGGA
a. Suami bertanggungjawab.
b. Bapa pengasih.
c. Anak yang mengenang budi ibu bapa.
d. Contoh terbaik untuk anak-anak.

2) DALAM MASYARAKAT
a. Memimpin dan menyatukan kabilah-kabilah yang bertelagah.
b. Menjalin hubungan baik dengan jiran dan menjaga hak-hak mereka.
c. Bersama-sama para sahabat membina masjid Nabawi.

3) DALAM NEGARA
a. Memimpin Madinah dengan adil dan saksama.
b. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.
c. Mewujudkan kestabilan politik.

KETAATAN KEPADA RASUL


a. Taati rasul bermaksud taati ALLAH SWT.
b. Membawa ajaran Islam yang sempurna.
c. Cintai Rasullullah SAW lebih dari segala-galanya.
d. Menghayati sirahnya, contoh terbaik dalam semua aspek.

JAMINAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT


a. Mendapat nikmat dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.

b. Mendapat kesejahteraan hidup dunia dan Akhirat.


c. Mendapat syafaat dari Rasullullah di hari Akhirat.