Anda di halaman 1dari 3

SENARAI ACARA SUKANEKA

HARI KELUARGA SK BUKIT DINDING 2016


RESIDENCE INN,CHERATING
KAUM BAPA
1. Lari bawa air dalam dulang
2. Boling pantai
KAUM IBU
1. Kutip kacang guna chopstik
2. Kupas epal paling panjang
KANAK-KANAK
1. Ibuoh ibu.
2. Kepit belon
3. Kutip gula-gula
FAMILY
1. Pecahkan belon itu
2. Lari kasih sayang
3. Musang berjanggut

PERATURAN PERMAINAN

LARI BAWA AIR DALAM DULANG


1. Peserta perlu membawa dulang yang mengandungi cawan yang berisi air
sambil berlari bersimpang siur.
2. 3 orang peserta terawal di kira sebagai pemenang.
BOLING PANTAI
1. Peserta perlu membaling bola ke arah botol air yang disusun berbentuk
segi tiga.
2. Peserta yang paling berjaya menjatuhkan botol paling banyak dikira
sebagai pemenang.
KUTIP KACANG GUNA CHOPSTIK
1. Peserta dikehendaki mengutip kacang dengan menggunakan chopstik ke
dalam botol air dalam masa lima minit.
2. 3 orang peserta yang berjaya memasukkan kacang yang paling banyak di
kira sebagai pemenang.

KULIT EPAL YANG TERPANJANG


1. Setiap peserta dikehendaki mengupas sebiji epal. 3 orang peserta yang
berjaya mengupas kulit epal
yang paling panjang dikira sebagai
pemenang.
IBU 0H IBU
1. Peserta di minta menutup mata dengan menggunakan kain manakala ibu
atau bapa dikehendaki memanggil nama anak.
2. 3 orang peserta terawal yang berjaya mencari ibu atau bapa akan dikira
sebagai pemenang.
KEPIT BELON
1. Setiap peserta dikehendaki mengepit belon di celah kaki hingga ke garis
penamat. 3 orang peserta terawal yang berjaya tiba di garisan penamat di
kira sebagai pemenang.

KUTIP GULA-GULA
1. Gula-gula akan ditabur atas tikar. 3 orang peserta yang berjaya mengutip
gula-gula yang paling banyak di kira sebagai pemenang.
PECAHKAN BELON ITU

1. Acara ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap peserta akan


dibekalkan sebiji belon dan tali. Peserta diminta meniup belon tersebut
dan mengikat belon tersebut di kaki.
2. 3 orang peserta yang berjaya menyelamatkan belon daripada dipijak oleh
pihak lawan dikira sebagai pemenang.
LARIAN KASIH SAYANG
1. Peserta terdiri daripada pasangan suami isteri ataupun di kalangan ahli
keluarga. Setiap pasangan akan berlari dengan kaki yang diikat.
2. 3 pasangan terawal yang berjaya sampai ke garisan penamat di kira
sebagai pemenang.
MUSANG BERJANGGUT
1. Permainan akan dijalankan mengikut keluarga. Setiap keluarga di minta
untuk mengasingkan kekacang yang telah disatukan.
2. 3 buah keluarga yang berjaya mengasingkan mengikut jenis kekacang di
kira sebagai pemenang.