Anda di halaman 1dari 15

TONE EXCEL HARAM: KUPASAN EKSLUSIF!

1. Baru-baru ni kecoh dan viral Tone Excel HARAM. Maka panas la semua pengguna Tone Excel.
Tak kurang juga pesaing turut tumpang sekaki. Saya sebagai pengguna Tone Excel ni jadi raguragu. Dah 6 bulan saya jadi pengguna. Bila viral TONE EXCEL HARAM saya pulak terus decide nak
ubah dari PENGGUNA menjadi PENGEDAR. Apa macam? Nak tahu? Baca sampai habis.
.
2. Selama ni saya guna, saya kaji la sikit-sikit. Sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia 71% SKMM
mengatakan mereka akan memilih pakej/plan yang murah. Disebabkan ada yang kata TONE
EXCEL HARAM, ada unsur-unsur riba dan pelbagai lagi isitilah arab seperti gharar, ghabn al-fahisy
dan sebagainya maka semua orang menjadi tertanya-tanya. Bukan semua orang faham istilahistilah semua tu. Nak hadam! Kelaut la...baca artikel panjang macam ini pun belum tentu habis. Jadi,
cara yg terbaik, viralkan ia supaya orang boleh komen kemudian baru kita baca.
.
3. Apa jua produk atau servis tidak boleh di ISLAM kan ia dengan sekadar menukar nama dengan
istilah bahasa Arab tapi haruslah semua ciri-ciri mematuhi syarak. Untuk memastikan ia mematuhi
syarak, perlu ada panel tertentu yang menilai ia. Namun sekiranya panel tersebut tidak menilai atau
syarikat tidak submit untuk di nilai, maka tidaklah ia HARAM secara total.
.
4. Sesuatu produk atau servis sekalipun selepas dinilai masih menjadi pertikaian semua pihak. Ada
yang bersetuju ada yang tidak. Masing-masing ada hujahan sendiri. Ambil contoh ASB/ASN
sehingga kini masih ada pertikaian.
.
5. Namun sebagai individu apakah pendirian yang patut diikut? Kiri sudah timbang kanan pun
sudah! Mana yang mahu dipilih? Pandangan saya mudah, terpulang lah pada individu. Namun
timbanglah berdasarkan ilmu masing-masing. Bukan ilmu merewang tapi ilmu hasil kajian yang
mendalam. Tanya pada yang tahu.
.

6. Prinsip Islam mudah sahaja. Jika tidak ada keadilan dan masing-masing tidak meredhai sampai
ke sudah tak ketemui titik persetujuan. Begitulah dalam perniagaan, harus saling berpuas hati dan
adil dalam segala hal. Duit pun dapat, berkat pun sampai. Saya pun baca la semua komen-komen di
internet, page facebook dan sebagainya. Ada komen yang bagus, tertib beradab, ada yang main
hentam, ada juga yang mengambil kesempatan. Masing2 menyatakan pendapat masing2.
.
7. Saya tak mahu bias kepada mana-mana pihak namun saya cuma menyatakan pendirian saya.
Saya percaya pertikaian ini wujud kerana permasalahan SUDUT PANDANG. Setiap orang melihat
dari perspektif masing-masing di mana posisi dia berada. Cara melihat tentu berbeza apabila berada
di posisi yang berbeza. Maklumat yang diakses juga berbeza.
.
8. Secara umumnya saya perhatikan terdapat sekurang-kurang 6 posisi melihat pertikaian status
Tone Excel ini. Untuk membolehkan anda melihat dari perpektif menyeluruh, maka saya cadangkan
anda posisikan diri anda untuk melihat dari angle berikut:
.
a. Posisi Syarikat.
b. Posisi Pengguna.
c. Posisi Pengedar.
d. Posisi Bakal Pelanggan.
e. Posisi Pesaing.
f. Posisi lain2 seperti pengamal Undang, Panel Syariah dsb.
.
9. Daripada posisi di atas lah kebanyakan orang melihat. Apabila berada di posisi tertentu maka
cara penilaian mereka berbeza. Kita sepatutnya menilai secara holistik, secara berhati-hati dan jujur
lalu menyenaraikan segala ciri-ciri yang nyata mahupun tersembunyi jika wujud. Kemudian terjunlah
lebih mendalam untuk menilai kelemahan, kekuatan, peluang yang ditawarkan, halangan yang
terpaksa dihadapi, percanggahan dengan segala undang-undang, hukum atau apa jua peraturan
dengan melihat dimensi mengikut posisi yang saya nyatakan di atas.
.
10. Saya cuba huraikan satu persatu. Apa yang saya tulis dari atas dan seterusnya adalah
pandangan peribadi saya sendiri berdasarkan kajian saya. Anda berhak untuk komen berdasarkan
pandangan masing. Tiada siapa yang betul atau tiada siapa yang salah. Apa yang penting adab dan
tertib sebagai manusia yang bermoral. Penulisan ini agak panjang dan anda boleh teruskan jika
berminat. Memadai lah stop disini jikalau anda hanya pandai komen sebelum habis membaca.
.
SUDUT PANDANG - POSISI SYARIKAT TONE EXCEL
.
11. Saya merujuk kepada laman web Tone Excel dan saya dapati secara nyata, objektif mereka
adalah untuk memberi peluang semua pengguna telefon mudah alih mendapat sumber pendapatan
sampingan secara berkala (dibayar setiap bulan). Itulah objektif yang tersurat.
.
12. Namun objektif yang tersiratnya mudah difahami, mereka adalah syarikat yang dimiliki oleh
pihak tertentu yang mana ingin menjana keuntungan dari perniagaan atau perkhidmatan mereka
berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
.
13. Syarikat akan menyediakan skim untuk golongan sasar mereka sertai dengan pelbagai tawaran
yang menarik agar dapat bersaing dengan pesaing mereka yang juga kompetitif. Matlamat mereka
adalah untuk untung pada masa yang sama mengamalkan prinsip moral berdasarkan undangundang dan peraturan kerana pelanggan harus dicari dan dikekalkan.

.
14. Syarikat juga akan menawarkan pelbagai pakej sebagai rancangan pengambilan dan
pengekalan pengguna. Ini penting untuk persaingan dalam pasaran.
.
SUDUT PANDANG - POSISI PENGGUNA
.
15. Pada posisi inilah paling ramai melihat. Kajian SKMM mengatakan 96.3% rakyat Malaysia yang
menggunakan telefon bimbit memberi maklum balas bahawa telefon bimbit penting dan sangatsangat penting di dalam kehidupan mereka seharian.
.
16. Para pengguna sudah tentu memilih perkhidmatan dari syarikat telekomunikasi yang
memberikan tawaran terbaik. Pada posisi pengguna mereka akan melihat kepada berapa murah
pakej atau plan yang ditawarkan. Seterusnya mereka akan melihat kepada berapa baguskah
coverage telco tersebut. Ada juga segelintir pengguna akan turut menggunakan telco yang sama
dengan relatif meraka seperti ahli keluarga, BF/GF, rakan-rakan pejabat.
.
17. Namun ada juga sebahagian kecil pengguna melihat kepada bundle plan yang telco tawarkan
agar sesuai dengan keperluan mereka. Tapi tidak kurang juga ada yang sangat-sangat SETIA
dengan JENAMA kerana kajian mengatakan sebahagian besar orang itu akan kekal dengan sesuatu
telco tidak kurang dari 1 tahun.
.
18. Walau apa jua fakta yang saya tulis, yang paling penting pengguna akan melihat dari skala
berapa banyak yang mereka belanjakan setiap bulan. Sebab itu semua iklan akan ada perkataan
JIMAT! JIMAT! JIMAT. Konsep PENJIMATAN adalah lebih glamor berbanding konsepp
PENDAPATAN.
.
SUDUT PANDANG - POSISI PENGEDAR
.
19. Pengedar Tone Excel adalah orang yang mencari duit hasil pengedaran simkad Tone Excel
samada secara full time atau sampingan. Mereka bukan setakat menjual sim kad, mereka
sebenarnya turut melakukan tugas-tugas lain yang kebanyakan orang tidak lihat. Para pengedar
perlu bekerja keras kerana mereka sebenarnya adalah staf syarikat yang dibayar dari hasil kerja
mereka.
.
20. Bagi membolehkan mereka menjadi pengedar, mereka perlu belajar dari penaja mereka, mereka
perlu buat kajian tambahan, mereka perlu keluarkan modal, perlu mengenali kelebihan dan keunikan
produk, mereka perlu mencari prospek, perlu bercerita supaya sampai, mereka perlu belajar dari
semasa ke semasa secara online atau bersemuka, perlu buat closing customer, perlu mencari
buying trigger dan pelbagai lagi. Bukan kerja yang senang untuk dapatkan duit.
.
21. Lalu bagaimana semua ini harus disampaikan. Pengedar ini akan menggunakan pelbagai
medium. Ada yang buka booth, ada yg buat car boot sale, ada yang bercerita kat pejabat sampai
rakan sepejabat meluat. Tidak kurang juga yang mempromosi di wall sendiri dan instagram tanpa
jemu-jemu.
.
22. Matlamat seorang pengedar mudah. Mereka ingin memperkenalkan kepada orang produk Tone
Excel mereka. Harapan mereka pula agar pendapatan mereka bertambah, komisen hasil kerja
mereka berkembang. Pengedar ini adalah pekerja.
.

SUDUT PANDANG - POSISI BAKAL PELANGGAN


.
23. Bagi seorang bakal pelanggan ataupun orang yang belum menyertai Tone Excel kerana masih
menggunakan servis lain, sudah tentu mereka bukannya faham sepenuhnya. Pandangan golongan
ini adalah tertakluk kepada maklumat-maklumat yang sampai kepada mereka. Sumber yang paling
besar adalah internet.
.
24. Maklumat yang sampai pula adalah pelbagai jenis samada positif dan negatif. Maklumat yang
positif menyebabkan bakal pelanggan ini bertukar menjadi pelanggan. Namun sekiranya maklumat
yang negatif diterima maka kebayakan bakal pelanggan akan meletakkan barrier atau tembok
penghalang di hadapan mereka. Kekal lah mereka dengan talian yang mereka pakai.
.
25. Bakal pelanggan pula setahu saya tidak pernah melihat iklan-iklan Tone Excel di media-media
utama berbanding pesaing mereka di pasaran. Ya, memang tidak ada iklan kerana memang syarikat
tidak membuat iklan. Rujuk balik perenggan-perenggan di atas iaitu Sudut Pandang - Posisi
Syarikat. Objektif mereka adalah berkongsi pendapatan dengan pelanggan. Kemudian rujuk pula
perenggan-perenggan Sudut Pandang - Posisi Pengedar. Pelanggan yang menjadi pengedarlah
pekerja mereka, juruiklan, jurucakap, jurujual, tukang pos, despatch dan sebagainya.
.
26. Jadi, tidak hairanlah kalau bakal pelanggan tidak mendapat maklumat dari syarikat kerana
semua maklumat tiba dari pengedar. Sehingga sekarang ini tidak ada pun kenyataan dari syarikat
berhubung status patuh syariah setakat pengetahuan saya. Hanya pengedar sahaja yang berbicara.
.
27. Ungkapan popular di kalangan peniaga adalah "Words Tell, Emotion Sells". Bakal pelanggan ini
mempunyai emosi, sebarang tindakan adalah dipengaruhi emosi. Sebab it lah wujudnya iklan. Iklan
ini akan mencari sasaran. Iklan inilah yang menembak emosi bakal pelanggan menjadi pelanggan.
Sangat jarang bakal pelanggan membeli dengan fakta kerana kebanyakan membeli kerana faktor
emosi. Sebab itu juga lah tidak ramai yang membaca artikel sebegini hingga habis. Sebab fakta
tidak menjual, emosi yang menjual.
.
SUDUT PANDANG - POSISI PESAING
.
28. Lumrah perniagaan ada persaingan. Kiranya tiada persaingan itu monopoli namanya. Namun
bagaimana para pesaing melihat Tone Excel dari sudut pandang mereka? Saya percaya para
pesaing turut mengakui Tone Excel bagus. Jikalau perniagaan sebegini tidak bagus kenapa wujud
syarikat-syarikat lain seperti Tone Plus, OneXOX, WafyMobile, Clister, RedONE dsb.
.
29. Namun apabila menjadi pesaing mereka lebih cenderung untuk melihat kelemahan. Walaupun
masing-masing mengakui ada kelebihan mengapa perlu ditonjolkan kerana kelemahan lah perlu
diwar-warkan.
.
30. Persaingan ini tidak nampak secara khusus antara syarikat tetapi persaingan ini begitu ketara
hanya pada peringkat pengedar. "Jerung steady je...ikan bilis je yang selalu berlanggar".
.
31. Selepas ini saya rasa tak elok la nak kondem antara satu sama lain, masing-masing mencari
rezeki atas usaha sendiri. Rezeki yang disampaikan dari tuhan akan berpindah menjadi darah
daging kita dan keluarga. Seeloknya dicari atas kejujuran dan keikhlasan. Semoga masing-masing
semuanya jadi kaya dan diberkati.
.

SUDUT PANDANG - POSISI LAIN-LAIN


.
32. Setiap posisi di mana kita berada, maka berbeza cara kita melihat dan menilai. Apa yang betul
pada pandangan kita mungkin nampak herot pada pandangan orang lain. Masing-masing ada asas
dan pendirian berdasarkan ilmu masing-masing dan berlandaskan apa yang dipegang.
.
33. Justeru, kita sepatutnya saling hormat menghormati dan meraikan rasa hormat kepada pendirian
sahabat-sahabat kita mahupun pesaing. Apa yang penting mengamalkan kaedah yang bermoral.
.
PENGETAHUAN AM MUAMALAT?
.
34. Tidak dinafikan apabila berada di posisi berbeza, pemahaman akan berbeza dan akan
menentukan pendirian masing. Walau apa jua tafsiran masing-masing hanya ada 2 pendirian sahaja
iaitu Halal atau Haram? Walau bagaimanapun untuk menentukan perkara ini haruslah mempunyai
pemahaman tentang objek atau produk atau perkhidmatan tersebut terlebih dahulu.
.
35. Saya percaya apabila kita berurusan dengan manusia yang lain, itu melibatkan muamalat.
Agama sudah menggariskan panduan, pihak-pihak berwajib hanyalah mengesahkan bahawa
sebarang perniagaan itu patuh atau tidak pada syariat yang diajarkan.
.
36. Terlebih dahulu sekali lagi saya ingatkan, jangan jadikan artikel ini sebagai rujukan ataupun
sandaran. Saya cuma ingin membawa untuk mengenali produk secara terperinci terlebih dahulu.
Kemudian masing-masing putuskan apa yang patut dipegang. Ini adalah pandangan saya ketika
penulisan ini dibuat. Tidak semestinya betul untuk selamanya. Sekiranya terjumpa pandangan yang
lebih baik. Maka tinggalkanlah pandangan saya.
.
37. Saya tekankan dulu kewajipan menuntut ilmu. Untuk melakukan apa jua pekerjaan, ilmu itu
adalah wajib. Di dalam kehidupan semua orang bermuamalat. Bermuamalat bukan dengan cara
ikut-ikutan tetapi dengan landasan yang betul.
.
38. Muamalat yang baik hasil dari ilmu yang betul akan memastikan rezeki kita halal seterusnya
menyempurnakan ibadat kita. Apabila pengetahuan kita tentang muamalat mencukupi ditambah
dengan pengetahuan tentang objek perniagaan yang mantap maka kita tidak akan terjebak dengan
perkara-perkara yang haram. Kita juga tidak akan menjatuhkan perkara yang haram menjadi halal
atau sebaliknya.
.
39. Secara asasnya semua bentuk perniagaan adalah harus atau halal kecuali ada rujukan khusus
yang menyatakan ia haram. Kalau sudah jelas haram maka jangan cuba2 jadikan ia halal sematamata untuk kepentingan peribadi. Perniagaan ini harus dilakukan dengan cara saling redhameredhai antara satu sama lain atau apa jua cara yang diharuskan.
.
40. Perniagaan tidak boleh menggunakan cara yang haram termasuk, penipuan, riba,
penyelewengan, mencuri, rasuah, perjuadian dan sebagainya.
.
41. Apabila melakukan sesuatu perniagaan, transaksi atau cara perniagaan harus dilihat. Istilahistilah nama-nama atau panggilan tertentu terutamanya bahasa arab bukanlah lambang ia halal.
Tetapi bentuk perniagaan tersebut itu sendiri perlu mengikut cara yang diharuskan.
.
42. Semua orang berniaga mahukan keuntungan. Tiada siapa yang mahukan kerugian. Keuntungan

pula tidak boleh diambil dari kerugian orang lain. Perniagaan haruslah setara. Barulah adil, suka
sama suka.
.
43. Namun dalam kes Tone Excel, bagaimanakah ia menjana keuntungan. Adakah ia meletakkan
untung yang terlalu besar. Adakah perniagaan ini mempunyai risiko. Tanpa risiko kenapa perlu
wujudnya keuntungan. Dalam perenggan seterusnya saya akan memberikan huraian berdasarkan
persoalan.
.
APAKAH RISIKO KERUGIAN TONE EXCEL?
.
44. Apakah risiko kerugian Tone Excel?
.
a. Syarikat Tone Excel sudah tentu mempunyai risiko yang paling besar. Risiko mereka adalah
kehilangan pelanggan mereka dan berhijrah kepada pesaing-pesaing yang juga ada kelebihan
perniagaan yang ditonjolkan.
.
b. Agent atau pengedar juga mempunyai risiko. Mereka menyimpan stok simkad yang dibeli dari
syarikat. Sekiranya simkad tersebut tidak terjual, mereka menanggung kerugian. Sekiranya
pelanggan-pelanggan mereka tidak memnggunakan perkhidmatan yang mereka perkenalkan,
mereka juga mengalami kerugian.
.
c. Pengguna. Mereka yang paling terkesan sebenarnya. Sekiranya terdapat polisi-polisi yang tidak
jelas, pengguna akan menanggung kerugian samada secara nyata atau senyap.
.
ADAKAH TONE EXCEL MENJANA PENDAPATAN PASIF?
.
45. Setelah saya perhatikan betul-betul tidak wujud pun unsur pendapatan pasif di dalam Tone
Excel. Sekali kerja selamanya mendapat duit adalah tidak wujud. Pengedar Tone Excel sebenarnya
bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat pendapatan permulaan dan seterusnya
mengekalkan pendapatan tersebut.
.
46. Istilah yang lebih tepat bukanlah pendapatan pasif sebaliknya pendapatan berjadual. Istilah
pendapatan pasif saya kira digunakan untuk tujuan promosi sahaja. Mungkin juga kebanyakan
pengedar Tone Excel atau bakal pengguna lebih familiar kepada Multi Level Marketing (MLM) maka
mereka lebih selesa menggunakan istilah pendapatan pasif supaya orang ramai senang memahami.
.
ADAKAH TONE EXCEL MENJAMIN PULANGAN MODAL?
.
47. Saya tercari-cari sekiranya tertulis di mana-mana Tone Excel Menjamin Pulangan Modal. TIADA.
Beli simkad dan guna. Habis yang percuma, bayar lagi untuk perkhidmatan seterusnya. Pengedar
pula beli stok simkad dan kalau simpan sahaja tidak pernah membuahkan pendapatan. Silap masa
simkad expired tanggunglah kerugian.
.
ADAKAH TONE EXCEL MENJANA PENDAPATAN BERLAPIS?
.
48. Ya dari segi strukturnya ia kelihatan berlapis. Namun bukan seperti MLM tetapi ia berlapis untuk
menunjukkan pengguna iatu diperkenalkan oleh siapa. Tone Excel menghadkan komisen hingga
Level 3 sahaja bagi pengedar.
.

49. Bagi saya ia memadai kerana masih dalam lingkungan kawalan. Bukanlah sehingga ratusan
level yang kita tidak kenal. Sehingga Level 3, pengedar ini perlu melakukan pelbagai tugas. Saya
sebutkan TUGAS PENGEDAR bukan tugas syarikat.
.
50. Pengedar ini bertanggungjawab penuh untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu. Mereka
bekerja bagi pihak syarikat. Mereka menceritakan kepada orang lain. Mereka menjawab soalan,
bertanyakan kepada orang atasan yang lebih senior sekiranya tidak dapat menjawab. Mereka
mendaftarkan orang yang ingin membeli produk dan perkhidmatan mereka. Mereka menyelesaikan
masalah pengguna. Tidak kira masa dan tempat.
.
ADAKAH TONE EXCEL MENJAMIN PENDAPATAN TETAP BULANAN?
.
51. Tidak. Tone Excel hanya menjanjikan pendapatan dibayar 3 kali sebulan mengikut peratus
perkongsian keuntungan. Berapa jumlah yang dibayar adalah tertakluk kepada berapa jualan topup
oleh syarikat. Sekiranya tidak ada seorang pon yang membeli topup, maka tiada pendapatan
mereka.
.
52. Pengedar atau syarikat tidak boleh memaksa pengguna membeli topup. Tugas mereka hanyalah
tugas pengedar.
.
MENGAPA WUJUD 2 KADAR KEUNTUNGAN BERBEZA?
.
53. Pada pengedar akan menerima komisen 6%, 3% dan 11% sekiranya mereka topup RM20
hingga RM59. Mereka mendapat komisen yang berbeza iaitu 10%, 3% dan 13% sekiranya mereka
topup RM60 ke atas. Terdapat 2 kadar yang berbeza. Bab ni saya rasakan sungguh menarik untuk
difikirkan. Mengapa syarikat memperkenalkan kaedah ini bermula tahun 2013?
.
54. Setelah saya teliti, saya dapati sebenarnya pengedar juga adalah pengguna. Walaupun mereka
adalah entiti yang sama tetapi peranan mereka adalah berbeza. Sebagai seorang pengguna
sekiranya mereka topup bawah RM20 itu tidak menjadi persoalan. Mereka dapat lah faedah yang
setara dengan RM 20.
.
55. Perlu dingat bahawa semua perniagaan dibina atas perkiraan risiko. Syarikat harus
menanggung risiko ini. Mereka perlu mengekalkan pelanggan mereka untuk tujuan survivability.
.
56. Pointnya adalah PENGEDAR dan PELANGGAN. Jikalau sekadar pengedar cukup sahaja
perkongsian keuntungan 6%, 3% dan 11% tetapi mengapa beri lebih? Sebab syarikat ingin
mengikat kesetiaan pelanggan. Sebab itulah pelanggan yang topup lebih banyak diberikan komisen
extra Level 1 extra 4% manakala Level 3 Extra 2%. Ia adalah bentuk penghargaan kepada
pelanggan sebenarnya.
.
PERKONGSIAN KEUNTUNGAN JUALAN
.
57. Syarikat Tone Excel dan Pengedar sebenarnya berkongsi keuntungan. Keuntungan tersebut
adalah diperolehi dari hasil jualan topup Tune Talk yang dibeli oleh pelanggan. Hasil jualan topup ini
diterima syarikat dan dikongsikan kepada para pengedar mereka. Saya kali pelanggan topup kadar
perkongsian itu dipecahkan sekurang-kurang seperti berikut:
.
a. Syarikat - Maksimum 80%

.
b. Pengedar Level 1 - Tidak kurang 6%
.
c. Pengedar Level 2 - Tidak Kurang 3%
.
d. Pengedar Level 3 - Tidak Kurang 11%
.
APA SYARAT PENGEDAR HENDAK DAPAT PERKONGSIAN UNTUNG
.
58. Seperti yang saya tegaskan diatas, keuntungan tidak diperolehi secara pasif sebaliknya adalah
melalui usaha. Terdapat pelbagai usaha yang sukar sebenarnya dilakukan. Antara yang saya dapat
senaraikan adalah seperti dibawah.
.
59. Pengedar mesti menjadi pengedar yang aktif, bukan sleeping partner. Sudah lah kedai tidak
ada. Jadi akaun Tone Excel adalah kedai mereka. Mereka mesti mengekalkan akaun tersebut aktif
dengan membeli perkhidmatan Tune Talk. Tanpa ada kedai, bagaimana mereka boleh mendapat
hasil. Bolehkah anda menjual dari kedai yang ditutup. Itu adalah pertimbangan yang mudah saya
kira.
.
60. Para pengedar Tone Excel selalu diwar-warkan sebagai kerja senang kerana market besar,
produk laris, semua orang guna dan sebagainya. Namun menjadi pengedar simkad yang juga
partner syarikat bukan senang sebenarnya. Mereka harus menjadi pengguna terlebih dahulu.
Mereka perlu siapkan diri dengan ilmu. Mereka juga perlu perlu mencari prospek (bakal pelanggan)
seterusnya menceritakan kepada mereka. Itu adalah kerja-kerja promosi.
.
61. Cabaran ini sangat lah besar kerana bukan setakat menjual simkad tetapi mereka perlu
mendaftar pelanggan, menjawab soalan, selesaikan masalah, menjaga pelanggan-pelanggan agar
terus kekal, memberi khidmat nasihat dan sebagainya. Semua itu tidak senang namun itulah kerja
sebagai pengedar Tone Excel. Kejian, pandangan sinis dan tohmahan itu makanan. Mereka bekerja
untuk syarikat tanpa tidak mengira tempat dan masa. Adakah sehingga kini anda ingin katakan itu
pendapatan pasif. Duduk dan goyang kaki sambil hirup kopi?
.
62. Pengedar Level Atas seperti Junior Centre, Servis Centre atau Branch sudah tentu menanggung
tanggungjawab yang lebih tinggi. Mereka lah yang menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada
para pengedar dibawah mereka. Merekalah yang mendidik para pengedar bagi pihak syarikat. Apa
yang saya buat ini, menulis panjang-panjang ini juga adalah kerja? Ini lah sebahagian kerja.
63. JC, SC atau BC ini sudah tentu menanggung risiko yang lebih tinggi. Mereka menyimpan stok
simkad yang besar dari syarikat. Apakah kerja ini sifar risiko? Tergamak kah anda mengatakan ini
pendapatan pasif namanya?
.
TONE EXCEL RIBA?
.
64. Sebelum nak tulis bab riba. Saya tegaskan disini saya bukanlah orang yang pakar.
Sebagaimana di atas, sekali lagi saya tegaskan, INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI. Pandangan
yang saya kira betul pada saya ketika ini. Tuan2 dan Puan2 yang membaca berhak buat
penilaianya. Rujuk lah kepada mereka yang arif lagi pakar. Saya sekadar memberikan pandangan
dari konteks pemahaman saya. Pandangan ini mungkin berubah sekiranya terdapat perubahan
pada maklumat-maklumat yang saya ketahui. JANGAN SESEKALI JADIKAN INI SEBAGAI

SUMBER RUJUKAN. Sekiranya terdapat pandangan yang jauh lebih baik, ambil yang terbaik,
abaikan pandangan saya.
.
65. Riba dalam bahasa mudah adalah lebihan yang tidak setara mengikut ukuran yang diakui syarak
terhadap syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang membuat pertukaran. Dari
asalnya setara kemudian wujudnya lebihan, berbiak, bercambah dan berkembang lalu subur atas
sesuatu yang asal yang dulunya adalah setara, sudah menjadi tidak setara. Asalnya dari redha
meredhai menjadi teraniaya lagi membenci. Asalnya dari adil menjadi kejam. Itulah riba. Allah
halalkan jual beli tetapi haramkan riba.
.
66. Di dalam Syarikat Telekomunikasi Tone Excel saya lihat terdapat 2 transaksi. Yang pertama
adalah jual beli simkad dan yang kedua adalah jual beli perkhidmatan rangkaian iaitu topup.
Transaksi yang pertama adalah jual beli simkad. Seorang membeli dan seorang menjual. Pelanggan
membeli pengedar menjual. Ada barang dagangan iaitu simkad.
.
67. Transaksi kedua adalah jualan perkhidmatan. Penjual adalah pemilik rangkaian Tune Talk
manakala pembeli adalah pelanggan Tune Talk Tone Excel. Barangan yang didagangkan adalah
perkhidmatan. Pelanggan membayar untuk menggunakan perkhidmatan call, sms dan data. Penjual
menyediakan segala perkhidmatan agar pelanggan dapat menggunakannnya dengan berpuas hati.
.
68. Bagi tujuan menambah nilai dalam perkhidmatan, promosi, rancangan pengambilan, rancangan
pengekalan dengan mengambilkira pelbagai risiko perniagaan, syarikat iaitu penjual menyediakan
pelbagai kemudahan tambahan seperti sistem points, insentif pelancongan, insentif umrah, cabutan
bertuah dan sebagainya apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi.
.
69. Syarat ini bukanlah di dalam jualan perkhidmatan tetapi ia adalah insentif tambahan untuk
pelanggan. Perkara ini tidak bercambah atas perkhidmatan yang dibayar sebaliknya ia diberikan
percuma atas dasar kesetiaan dan komitmen para pelanggan kepada syarikat perkhidmatan.
.
70. Seterusnya syarikat melindungi para pengguna dengan Insurans percuma dari Tune Insurans.
Ini tidak diperkenalkan oleh Tone Excel tetapi ia diperkenalkan oleh Tune Talk. Insurans ini adalah
insurans berkelompok. Pengguna tidak minta untuk dilindungi tetapi diberikan perlindungan dengan
syarat-syarat tertentu. Pengguna juga tidak membayar untuk mendapat perlindungan ini. Insuran
kelompok atau GPA ini nampak mudah padahal bukan senang untuk dapatkannya. Setahu saya
naik motosikal pun x cover.
.
71. Perkara yang perlu saya tegaskan berdasarkan pemerhatian saya. Pengguna tidak membayar
sebarang komitmen bulanan pun untuk insurans ini. Apa yang paling penting sebenarnya terletak
pada pengguna sendiri.
.
72. Sekiranya mengetahui bahawa Insuran ini adalah insuran konvensional mengapa perlu
berharap. Dan yang paling penting sekali, sekiranya terjadi sesuatu kemalangan sekalipun layak
mengapa hendak dituntut? Insuran sama sekali tidak dibayar jikalau tidak dituntut. Kalau nak tuntut
juga nak sedekah kepada rumah anak yatim, saya bukanlah orang yang pakar bab nak bersihkan
harta riba ni. Cari orang lain, jangan jadi pengguna yang bodoh sebaliknya jadi yang bijak.
Bukankah saya pernah katakan diatas, kewajipan menuntut ilmu itu wajib kepada semua orang.
Boleh rujuk disini http://www.tunetalk.com/my/pdf/TUNE_TALK_GPA_POLICY_New.pdf
.
73. Insurans terbaik yang saya boleh cadangkan adalah pendapatan yang terjamin secara sah dari

sumber yang harus bersandarkan kepada penyerahan diri kepada Allah swt. Islam itu mudah dan
syumul (menyeluruh & merangkumi semua). Asalnya semua benda itu harus namun jangan kita
sempitkan menjadi haram semata-mata kerana kekurangan pengetahuan kita sendiri.
.
MENGAPA SIMKAD TONE EXCEL MAHAL?
.
74. Perkara ini selalu menjadi isu dan menjadi persoalan. Mahal sangatkah simkad ini sehingga
mewujudkan pelbagai analogi. Dibandingkan dengan objek2 lain sehingga menjadi viral. Saya pun
setuju mahal. Memang mahal! Sudah lah mahal, kita yang Islam dan miskin ini pula dikenakan cukai
GST. Namun analisis saya menghasilkan output yang berbeza. Ya, ia murah. Bahkan paling murah
berbanding pesaing-pesaingnya. Baca penerangan selanjutnya.
.
75. Harga SimKad adalah RM93. Kerajaan mengenakan GST RM5.58 menjadikan harga jualan
RM98.58 (RM98.60). Untuk tujuan analisis, saya keluarkan GST kerana ia adalah perkara lain.
Untuk menilai berapa harga sebenarnya harus dilihat dari dua perspektif iaitu Pengguna dan
Syarikat. Apa yang pengguna dapat dan apa yang syarikat dapat?
.
76. Apa yang pengguna dapat?
.
a. Barang Yang DiPerolehi.
- Barang yang diperolehi adalah simkad.
- Berapa harga barang. Rujuk di akhir pengiraan!
.
b. Perkhidmatan Yang DiPerolehi.
- Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan telekomunikasi Tune Talk Tone Excel selagi ia aktif.
- Pengguna menerima Kredit (Airtime) RM30. Airtime ini boleh digunakan untuk call atau sms atau
membeli perkhidmatan internet.
- Pengguna menerima data 1Gb (dikatakan bernilai RM38 jika dibeli secara biasa)
.
c. Pengguna menerima Rebat Tunai RM 0.90
.
d. Analisis Perolehan Pengguna
- Pengguna menerima sekeping simkad
- Pengguna menerima di dalam akaun nilai 30+38+0.90 = RM68.90 (74% daripada RM93)
- Jadi, pada sisi pengguna nilai simkad tersebut adalah RM24.10. Ya, mahal bukan?
.
77. Apa yang syarikat buat?
.
a. Syarikat menjual simkad pada harga RM93.
.
b. Harga kos (selepas ditolak dapatan pengguna) adalah RM24.10.
.
c. Kos tersebut tentu mengambilkira pelbagai faktor termasuk persaingan, risiko dan sebagainya.
.
d. Visi dan misi syarikat adalah berkongsi untung dengan pekerja-pekerja mereka.
.
e. Pekerja mereka adalah agent/pengedar. Pengedar membuat pelbagai tugas bagi pihak syarikat.
.
f. Daripada keuntungan syarikat RM24.10, RM 20 diberikan kepada pengedar sebagai upah jualan.

10

.
g. Bakinya RM4.10. Mahal lagi kan?
.
h. Jangan lupa pengguna juga adalah pengedar. Dengan RM4.10 pelanggan telah menjadi
pengguna dan dilantik menjadi pengedar. Anda nilaikan sendiri!
.
78. Jadi simkad Tone Excel berdasarkan analisis saya cuma berharga RM4.10. Tidak ada bezanya
dengan perkhidmatan lain. Bahkan lebih murah. Dengan RM4.10 juga pengguna menerima pelbagai
manfaat lain.
.
GHARAR.
.
79. Salah satu topik yang menjadi perbincangan adalah gharar. Sekali lagi saya tegaskan. Saya
bukanlah orang yang pakar. INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI. Pandangan ini hanyalah
berdasarkan maklumat yang saya tahu setakat ini. Terpulang pada anda. Bertanyalah kepada
mereka yang arif lagi pakar.
.
80. Saya sekadar memberikan pandangan dari konteks pemahaman saya. Pandangan ini mungkin
berubah sekiranya terdapat perubahan pada maklumat-maklumat yang saya ketahui. JANGAN
SESEKALI JADIKAN INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN. Sekiranya terdapat pandangan yang jauh
lebih baik, ambil yang terbaik, abaikan pandangan saya.
.
81. Gharar adalah ketidakjelasan, ketidakpastian, pertaruhan atau perjudian yang wujud dalam
urusniaga. Perkara gharar memang banyak di dalam urusniaga. Gharar ini ada yang mendatangkan
mudarat dan ada yang tidak. Gharar yang ringan tidak menyebabkan ketidakadilan kepada salah
satu pihak tetapi gharar yang berat memang tidak adil dan dilarang keras semasa urusniaga.
.
82. Mudahnya gharar adalah ketidakpastian maklumat-maklumat penting di dalam sesuatu
perjanjian yang boleh mendatangkan ketidakadilan semasa perjanjian dibuat atau pada masa akan
datang.
.
WUJUDKAH GHARAR DALAM TONE EXCEL?
.
83. Disebabkan ketidakpastian perlu dijelaskan maka saya lebih suka menjelaskan dalam bentuk
persoalan lazim. Mungkin ada beberapa persoalan yang saya tertinggal namun saya cuba sedaya
upaya untuk mencari soalan-soalan familiar.
.
84. Adakah jumlah keuntungan dalam Tone Excel tetap?
.
Tone Excel tidak pernah memberikan jumlah bonus atau komisen secara tetap. Apa yang dijanjikan
secara tetap adalah KADAR. Kadar ini adalah peratus perkongsian keuntungan. Jumlah yang
diperolehi dari peratusan ini akan berubah setiap bulan samada menaik atau menurun bergantung
kepada jualan perkhidmatan (belian topup).
.
85. Adakah Tone Excel menjual barangan yang tidak wujud?
.
Sudah tentu wujud. Pengedar menjual simkad kepada pelanggan. Ini merupakan satu transaksi.
Para pelanggan pula membeli perkhidmatan dari syarikat dengan cara topup setiap bulan. Jadi
wujud dua perkara iaitu jual beli simkad dan jual beli perkhidmatan dalam transaksi yang berbeza.

11

.
86. Adakah Tone Excel menjanjikan perkara yang kabur pada masa hadapan?
Tone Excel menyatakan secara jelas. Kadar/Peratusan perkongsian untung akan diberi kepada
pengedar secara jelas. Berapa jumlah yang akan diperolehi adalah bergantung kepada berapa
jualan bulanan syarikat. Semakin banyak pengguna membeli topup atau perkhidmatan, semakin
banyak jumlah yang akan diterima.
.
87. Adakah kontrak keuntungan dinyatakan secara jelas?
.
Ya. Sebarang penerangan dan syarat dinyatakan secara jelas di dalam laman web Tone Excel atau
Tune Talk. Terpulang kepada para pelanggan untuk membacanya atau tidak. Lebih baik juga
sekiranya para pelanggan menghadiri kelas dan taklimat untuk mendapat penerangan yang jauh
lebih jelas.
.
88. Kenapa dua kadar komisen yang berbeza?
.
a. Pada pengedar akan menerima komisen 6%, 3% dan 11% sekiranya mereka topup RM20 hingga
RM59. Mereka mendapat komisen yang berbeza iaitu 10%, 3% dan 13% sekiranya mereka topup
RM60 ke atas. Terdapat 2 kadar yang berbeza. Bab ni saya rasakan sungguh menarik untuk
difikirkan. Mengapa syarikat memperkenalkan kaedah ini bermula tahun 2013?
.
b. Setelah saya teliti, saya dapati sebenarnya pengedar juga ada pengguna. Walaupun mereka
adalah entiti yang sama tetapi peranan mereka adalah berbeza. Sebagai seorang pengguna
sekiranya mereka topup bawah RM 20 itu tidak menjadi persoalan. Mereka dapat lah faedah yang
setara dengan RM 20. Perlu dingat bahawa semua perniagaan dibina atas perkiraan risiko. Syarikat
harus menanggung risiko ini. Mereka perlu mengekalkan pelanggan mereka untuk tujuan
survivability.
.
c. Pointnya adalah PENGEDAR dan PELANGGAN. Jikalau sekadar pengedar cukup sahaja
perkongsian keuntungan 6%, 3% dan 11% tetapi mengapa beri lebih? Sebab syarikat ingin
mengikat kesetiaan pelanggan. Sebab itulah pelanggan yang topup lebih banyak diberikan komisen
extra Level 1 extra 4% manakala Level 3 Extra 2%. Ia adalah bentuk penghargaan kepada
pelanggan sebenarnya.
.
89. Adakah Tone Excel melibatkan perjudian?
.
Pendapatan Tone Excel tidak tumbuh di atas nasib. Pendapatan Tone Excel juga tidak berkembang
biak dikalangan orang yang menang dengan mengambil dari orang yang kalah. Tune Talk menjual
barangan dan perkhidmatan. Tidak ada orang yang kalah dan orang yang rugi di dalam Tone Excel.
Semakin banyak usaha semakin banyak keuntungan. Semua ini adalah hasil kerja berkumpulan.
.
90. Adakah Tone Excel menawarkan pasif income?
.
a. Tidak wujud pendapatan pasif dari segi perbuatan dalam tone Excel. Tetapi seringkali istilah ini
dimainkan untuk tujuan promosi. Sekali kerja selamanya mendapat duit adalah tidak wujud.
Pengedar Tone Excel sebenarnya bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat pendapatan
permulaan dan seterusnya mengekalkan pendapatan tersebut. Istilah yang lebih tepat bukanlah
pendapatan pasif sebaliknya pendapatan berjadual.
.

12

b. Istilah pendapatan pasif saya kira digunakan untuk tujuan promosi sahaja. Mungkin juga
kebanyakan pengedar Tone Excel atau bakal pengguna lebih familiar kepada Multi Level Marketing
(MLM) maka mereka lebih selesa menggunakan istilah pendapatan pasif supaya orang ramai
senang memahami.
.
91. Adakah terdapat maklumat disembunyikan dari pelanggan?
.
Sepanjang pengetahuan saya tidak terdapat sebarang maklumat yang disembunyikan. Semua jelas
dinyatakan di laman web. Namun sekiranya terdapat rasa ragu-ragu ia adalah disebabkan
kurangnya pemahaman tentang terma dan syarat-syarat. Pemahaman ini boleh dicapai melalui
perkongsian maklumat samada menghadiri kelas atau forum online.
.
92. Kenapa Tone Excel tidak melantik Panel Penasihat Syariah?
.
Saya juga tertunggu mengapa TE masih belum melantik Panel Penasihat Syariah. Namun sehingga
ini setelah saya dalami berdasarkan pengetahuan saya tidak ada satu pun yang saya tidak berpuas
hati. Saya berpegang kepada semuanya harus selagi mana ada terjumpa yang jelas haram. Jika
Tone Excel jelas difatwakan haram kita semua kena akur. Syarikat pula kena berusaha untuk
memastikan ia pauh syariah kerana ramai pengguna mereka beragama Islam.
.
93. Adakah orang yang berada di bawah rugi?
Saya rasa tidak ada istilah orang yang paling bawah dalam Tone Excel. Namun penglibatan yang
paling rendah adalah pengguna. Pengguna mendapat semua barang-barang dan perkhdimatan
yang dibayar. Jadi tidak ada siapa yang rugi.
.
94. Kenapa perlu ada topup minima RM20 sebulan?
.
a. Perkara ini membuatkan saya tidak selesa. Kenapa para agent atau pengedar mesti topup
minima RM20 pada setiap bulan untuk memperolehi komisen. Mengikut kefahaman saya, para
pengedar ini perlu membelanjakan sejumlah wang tertentu bagi mendapat imbalan yang lebih besar.
Bagi saya ini perlu diperhalusi. Namun pada sudut yang lain saya berpendapat begini.
.
b. Syarikat Tone Excel melakukan tugas-tugas mereka sebagai pembekal perkhidmatan dengan
memastikan perkhidmatan mereka berkualiti. Seorang pengedar Tone Excel melakukan pula tugas
dan tanggungjawab sebagai seorang pengedar membantu memperkenalkan perkhidmatan kepada
para pelanggan. Masing-masing ada tanggungjawab.
.
c. Perlu kita ingat bahawa para pengedar juga adalah pengguna. Seorang pengguna
membelanjakan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli perkhidmatan kerana itu adalah
keperluan mereka bukan paksaan. Tanpa menjadi pengguna aktif bagaimana mereka tidak dapat
menjadi pengedar. Syarikat pula tidak memaksa mereka membuka premis.
.
d. Perniagaan mestilah adil. Adilkah apabila seorang pengguna topup RM10 dan menggunakan
perkhidmatan selama 2 tahun tanpa topup. Ya mungkin adil pada pengguna tetapi tidak adil kepada
syarikat dan pengguna yang lain. Syarikat perlu mengekalkan kualiti perkhidmatan mereka dari
semasa ke semasa untuk menjaga kebajikan pelanggan. Daripada perkara ini akan wujud perkara
lain pula.
.
e. Tanpa ada komitmen bulan, pengguna menggunakan untuk menerima panggilan masuk, sms

13

masuk dan yang paling penting menggunakan aplikasi percuma seperti whatsapp, telegram,
instagram, line wechat dan sebagainya menggunakan nombor yang didaftar atas akaun syarikat.
Cuba anda cari bolehkah aplikasi percuma ini digunakan tanpa memasukkan nombor perkhidmatan.
Saya rasa tidak ada. Cuba kita fikirkan adilkah kepada syarikat selama 2 tahun pengguna
menggunakan secara percuma.
.
f. Perkara kedua yang boleh saya katakan kenapa perlu membeli perkhidmatan talian bagi kekal
aktif sekurang-kurang RM 20 adalah kerana untuk mengelakkan tuduhan pendapatan pasif.
Sekiranya tiada sebarang topup bulanan, Tone Excel akan sekali lagi menerima tuduhan yang lebih
mudarat iaitu mempromosikan pendapatan pasif. Sekali buat selamanya dapat duit tidak dibuat di
dalam Tone Excel. Masing-masing menjalankan tugas masing-masing untuk kebaikan bersama.
.
95. Kenapa Rate Tone Excel mahal?
.
a. Tone Excel menyatakan mereka memberikan kadar panggilan 28 sen seminit flat rate kepada
semua rangkaian. Sebagai pengguna saya turut rasakan ia adalah mahal. Saya bertanyakan
perkara ini kepada pengguna-pengguna Tone Excel betul atau tidak panggilan Tone Excel mahal?
Kebanyakan mereka menjawab ya, tetapi kredit sehingga hujung bulan tidak pernah habis. Bahkan
ada yang kredit terkumpul sehingga RM500. Bebas untuk beli data dan sebagainya.
.
b. Persoalannya jikalau mahal kenapa tidak habis? Dari segi kebolehpercayaan kepada
perkhidmatan, saya melihat 2 perkara iaitu pertama setaip kali selepas call para pelanggan akan
menerima mesej berapa baki terkini, tarikh validity, baki data dsb. Kedua, sekiranya mereka
memerlukan maklumat terperinci mereka boleh login ke laman web dan mendapat bil terperinci
sebagaimana postpaid. Kemudahan yang diterima oleh pelanggan ini sama seperti postpaid.
.
c. Apa yang paling penting adalah kadar flat rate. Saya boleh menerima hakikat kerana pada waktu
mana sekalipun kita membuat panggilan, kita tetap akan mendapat kadar yang sama. Tidak ada
perbezaan kadar pada waktu puncak, waktu malam atau lewat malam. Saya merasakan lebih adil
dan tidak rugi. Saya juga tidak mengeluh apabila tiba-tiba kredit hilang tanpa saya dapat mengetahui
sebabnya. Tidak ada caj tersembunyi.
.
KESIMPULAN
.
96. Ramai yang keliru dan mengatakan Tone Excel adalah program MLM sedangkan ia adalah
program referal.
.
97. Ramai juga dikalangan pengedar Tone Excel adalah bekas ahli MLM. Cara penerangan mereka
mungkin terpengaruh dengan method penerangan MLM.
.
98. Tidak kurang juga yang fobia kepada MLM sehingga menganggap semua produk adalah MLM.
.
99. Ada dikalangan pengedar Tone Excel yang gagal memahami sejelas-jelasnya hingga
menyampaikan maklumat yang kabur kepada bakal pelanggan.
.
100. Tone Excel tidak menjamin pendapatan pasif tanpa sebarang usaha.
.
101. Tone excel tidak menyembunyikan caj di dalam perkhidmatan mereka sebaliknya kurang
maklumat menyebabkan wujudnya penilaian peribadi.

14

.
102. Komisen Tone excel bukan berdasarkan ahli yang ditaja sebaliknya berdasarkan hasil jualan
simkad (produk) dan hasil jualan topup (perkhidmatan).
.
103. Tidak wujud skim piramid iaitu siapa yang masuk dulu untung lebih.
.
104. Tone Excel adalah satu bentuk perniagaan yang unik dan kompetitif. Sebab itu ada persaingan.
.
PENUTUP
.
105. Akhir sekali saya cadangkan agar syarikat segera mendapatkan Penasihat Syariah agar segala
kekeliruan selesai.
.
106. Saya menulis dari sudut pandangan peribadi. Saya tidak pernah memaksa orang memahami
apatah lagi mengikut apa yang saya faham.
.
107. JANGAN SESEKALI jadikan penulisan saya sebagai sumber RUJUKAN.
.
108. Saya tidak pernah mewakili syarikat di dalam penulisan ini. Ini adalah pandangan peribadi
saya.
.
109. Para pembaca berhak membaca dari mana posis mereka berada. Memberikan pendapat
komen dan pendapat peribadi, menyatakan pegangan dan pendirian masing-masing. Tetapi
utamakan lah adab dan moral.
.
110. Yang paling penting di dalam mencari ilmu, rujuklah kepada yang pakar. Kita mungkin pakar
dalam bidang kita namun kita tidak master dalam semua bidang.
.
111. Pendapat saya ini berdasarkan kepada apa yang saya faham dan pegang ketika ini. Ia
mungkin boleh berubah sekiranya terdapat maklumat lain selepas ini. Sekiranya terdapat
PENDAPAT LEBIH BAIK, ABAIKAN PENDAPAT SAYA. Ambil penerangan yang lebih baik untuk
manfaat anda semua.
By: JanaKaya III
http://toneexcelgenius.com
27.04.2016

15

Anda mungkin juga menyukai